Tutorial : Memasang Windows 8 Melalui Pendrive

Sekarang hangat dan heboh tentang Sistem Operasi (OS) yang terbaru iaitu Windows 8 yang sedang dibincangkan dan dikomesialkan secara besar-besaran melalui media arus perdana, internet dan juga akhbar. Kedai kedai komputer pula menawarkan promosi pemasangan sistem operasi dengan harga yang rendah. Tahukah anda anda juga boleh memasang Sistem operasi yang terbaru tanpa sebarang caj .(untuk pemasangan begini no siri tidak disediakan, sendiri buat, sendiri tanggung.he3)
application-management
Memasang Operating Sistem (OS) tika abad ini adalah tidak sesukar seperti dahulunya. Masih segar lagi di ingatan hamba, memasang OS Windows Me,98  ketika tahun 90an dulu-dulu,memerlukan penguasaan baris perintah (command prompt) hanya untuk mem’format’ cakera. Mungkin kerana pertambahan pengguna dan pakar-pakar dari pembangun OS pada abad ini memudahkan kerja dan pengguna. Tetapi semudah mana pun, langkah yang beribu itu bermula dari langkah yang pertama. Jadi ayuh kita mulakan!
Untuk pemasangan melalui pendrive, anda memerlukan perkara seperti dibawah :

Pendrive : Sekurang-kurangnya 8GB keatas, anda boleh gunakan external, tetapi pastikan anda membuat backup terlebih dahulu
ISO Windows 8 : Boleh dapatkan disini
Perisian untuk bootable usb, contoh yang akan kita gunakan disini adalah Yumi

Setelesah selesai mendapatkan barang-barang diatas, kita boleh mulakan kerja. Muat turun Yumi dan pasangkan nya .Sebelum memulakan kerja, pastikan Pendrive atau Extenal Hard Disk anda berformat “NTFS”image
Pilih partition USB anda, sekiranya anda menggunakan external hard disk sebagai bootable USB anda, klik “Show All Drive? USE CAUTION”, sila berhati-hati semasa memilih partition anda, ianya akan membuang fail-fail sekiranya anda silap. Untuk keselamatan, pastikan anda membuat ‘backup’ terlebih dahulu
picture
Cara “Windows Vista/7/8 Installer pada kotak senarai dan tetapkan fail ISO Windows 8
YUMI-Multiboot-USB-Creator
windows_7_usb_yumi_001
Tunggu sehingga siap, dan restart balik komputer/laptop anda. Tetapan pada BIOS hendakah pada USB,
bios_usb_boot
Perlu diingatkan, tidak semua BIOS menyerupai gambar diatas, ianya berbeza mengikut jenama dan versi. Jadi pastikan anda mengkaji telebih dahulu tetapan pada BIOS anda supaya langkah seterusnya dilakukan.
YUMI-Boot-Menu
Pilih Windows Vista/7/8 Installer dan tekan ‘Enter’. Tunggu sehingga ianya keluar gambar seperti dibawah
windows-8-clean-install-05Pilih tetapan yang sesuai dan pilih partition yang betul iaitu partition yang anda ingin pasang Windows 8. Jangan sesekali anda memasang Windows anda pada partition simpanan barang anda, saya tak akan bertanggungjawab kalau anda kehilangan fail – fail anda
windows8partition
Semasa proses install sedang berlangsung, komputer/laptop anda mungkin akan di restart atau skrin gelap seketika, ianya adalah normal. Sekiranya gambar seperti dibawah telah keluar, anda telah berjaya memasang Windows 8. Tak sukar mana kan. 

glimpse-of-metro
Oh ya, pada kebiasaan nya, windows 8 telah mempunyai Driver sedia ada, sekiranya Driver anda tidak dipasang lagi, anda boleh merujuk laman sesawang pengeluar laptop anda.   Anda juga boleh memasang Sistem Operasi Ubuntu dengan cara yang sama. Sekiranya anda mempunyai masalah, boleh ajukan pertanyaan pada ruang komen dibawah.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img