Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah syukur akhirnya release jugak evasi0n,
Anda sudah baca entri bawah ni?
[ Info ] evasi0n, Generasi baru JailBreak
Entri itu lama punya ( tak lama sangat la, hanya beberapa jam yang lalu )
Pukul 1.00 a.m tadi sudah release evasi0n.
Khas untuk anda, saya buat tutorial. ( rehat sebentar dari buat amali >.< )
Sudah bersedia?
Terlebih dahulu maaf entri kali ni agak rushing sedikit :(
Pertama sekali charge iDevices anda sekurang2nya 40% ke atas. Kerana tools kali ini akan buat iDevices anda reboot berkali2 ( jangan takut, relax sudah :D )
Mula2 anda download dulu program evasi0n ini mengikut OS anda
Windows , Mac OS X , dan Linux
Kemudian, sila pindahkan dari folder Download ke Desktop anda :)
ini contoh gambarnya
alamak, kantoi ada file tugasan :P
Kemudian sila extract, dan buka folder tersebut. ini contoh gambar :)
Klik terus file tu, klik kanan dan pilih ” Run As Administrator ” :D
dan ini gambar program evasi0n tersebut
Sudah sedia?
Mari kita JailBreak :D
Klik Jailbreak dan anda jangan usik iDevices anda :P
Ini sedikit gambar perjalanan jailbreak iPhone 4S saya :)
Saya ambik gambar guna camera digital, takut nak usik laptop ( walhal boleh ja usik, cuma jangan tekan pangkah tu sudah :P )
Yang ni 1st reboot. Letak atas meja takut cable kacau >.<
Tudia, jalan dah.
Kalau naik macam ni, anda kena unlock untuk tap tools yang dah install dalam iDevices anda. Maaf terlepas satu gambar yang mana dia suruh kita unlock screen then tekan tools tu. Saya ada gambar dalam phone ja. :(
Tap tools nama Jailbreak tu, dan anda duduk diam2. :P
Kemudian dia akan keluar yang ini
Anda tunggu sehingga iDevices anda keluar ini
Anda perlu tunggu sahaja. Maaf gambar itu tidak rotate, saya sudah rotate ==”
Anda tunggu sehingga keluar ini dekat komputer anda
iDevices anda akan restart lagi, sehingga keluar gambar bateri.
Alhamdulillah iDevices anda selamat Jailbreak. Lihat ada icon Cydia di Home Screen anda.
Ini dia Cydia on iPhone 4S, iOS 6.1 :D
Jangan risau kerana tools ini sangat mudah untuk guna.
Hanya perlu ikut arahan tools tersebut.
Saya sudah jailbreak, anda bila lagi? :P
Selamat jailbreak yer?
Jika ada sebarang pertanyaan, feedback di bawah :D
InsyaAllah akan ada entri tentang tweak, source Cydia dan free apps :3
P/s : sambung buat amali :3
Kredit untuk tools evasi0n :D
Ini video jika anda kurang paham entri agak rushing ini. Tetapi video ini OS Mac OS X, tapi step dia sama sahaja :D
Lau untuk iphone 5 boleh ke?mklumlah pengguna bru dlm produk apple….