Tips/Trik Upload Plugin Dan Tema WordPress.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semakin hari semakin bertambah bersemangat untuk penulis menulis disini. Bukan hanya disebabkan trafik yang semakin meningkat,tapi disebabkan minat pengunjung dan maklum balas positif yang diberikan oleh pengunjung. Sebelum kita memulakan kembali dengan penulisan tentang menjaga keselamatan WordPress. Kita berhenti untuk rehat seketika dan tambahkan sedikit pengetahuan tentang Worpress. Tapi sebelum memulakan tutorial penulis dengan berasa dukacitanya memaklumkan bahawa 2freehosting.com bukan lagi menjadi pilihan penulis. Ini semua terjadi kerana atas beberapa sebab. Antaranya sebab perubahan file manager atau browsers ftp yang berubah kepada eXtplorer. Huh. Hilang semangat  ber-blogging bila 2freehosting menukar kepada file manager ini. Sebab eXtplorer ini lambat untuk memuatkan seluruh kandungan dalam file manager tersebut. Betul kata Damasutra,indah bukan rupa….. Kalau setakat cantik tapi tidak memuskan pengguna tak juga juga. Siapa setuju? Tapi,sebagai pengguna percuma penulis redho dengan semua yang telah ditetapkan oleh pusat perkhidmatan.

Tapi,sebagai seorang yang mempunyai jati diri penulis terus berusaha mencari hosting percuma baru. Akhirnya ketemu juga. Hosting tersebut ialah Runhosting.com. Setelah mencari jalan penyelesaian tentang cara penggunaan dan membuat beberapa penyelidikan. Penulis berasa berpuas hati,sebab apa? Kerana segala perkara dilakukan dengan cara manual seperti menggunakan perisian FileZilla. Bukan itu sahaja file manager yang digunakan pun kelihatan lebih laju berbanding eXtplorer. Runhosting menggunakan file manager AjaXplorer. Dengan antaramuka yang cantik dan ringkas membuatkan hati penulis tersentak dan melupakan kisah lama bersama 2freehosting.com. Tapi dalam kelebihannya,masih ada kekurangan dari segi ruang dan jalur lebar. Pengguna percuma hanya diberikan 250MB ruang dan 5GB bandwidth. Tapi,cari punya cari lagi akhirnya hati penulis berasa berkenan dengan satu lagi free hosting yang menyerupai runhosting.com. Hosting tersebut beralamat Agilityhoster.com. Diberikan 1000MB ruang penyimpanan dan 5GB jalur lebar itu sudah memadai. Tapi untuk apa semua ini,penulis akan jadi penulis tetap disini jika Dr.Freddy benarkan. Jadi,agilityhoster.com hanya tersimpan di dalam bookmark penulis. Harap tiada masalah bila nak buat tutorial tentang CloudFlare nanti. Tapi,runhosting juga menjadi masalah kepada penulis kerana kelajuan server mereka tidaklah seperti 2freehosting. Makin bertambah kusut. Harap CloudFlare dapat membantu.

Cukuplah sampai disitu luahan hati penulis. Kita teruskan kepada tujuan kita iaitu kaedah memuat naik plugin dan tema wordpress. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk memuatnaik plugin/tema wordpress ke hosting. Tapi,untuk tutorial kali ini hanya dua kaedah sahaja yang akan ditunjukkan iaitu cara manual yakni menggunakan perisian FileZilla dan kaedah automatik yakni menggunakan wordpress itu sendiri.

Langkah-langkah memasang plugin.


1. Muat turun perisian FileZilla jika tiada disini.


2. Pasang dan jalankan perisian FileZilla. Untuk tutorial kali ini penulis menggunakan Linux. Jadi,kawasan pencarian perisian mungkin berbeza tapi caranya masih lagi sama. Masukkan MySQL Host,Username,Password dan port lalai 21. Anda boleh dapatkan di hosting anda. Jika anda menggunakan Runhosting seperti penulis,anda boleh dapatkan di Hosting Tools,FTP Manager dan FTP Information.

3. Anda boleh dapatkan plugin di laman wordpress disini atau dimana-mana laman yang membekalkan plugin secara percuma mahupun berbayar. Yang penting anda perlu yakin plugin tersebut tidak akan memberi masalah kepada anda. Begitu juga dengan tema,anda boleh dapatkan di laman rasmi wordpress disini. Jangan anda pasang sembarangan tema pada laman anda,penggodam atau orang cerdik pandai sudah merubah skrip tema tersebut jadi senang untuk mereka menceroboh laman anda. Jangan percaya pada laman yang membekalkan tema premium secara percuma kecuali laman tersebut memang ramai pengunjung dan buatlah sedikit ‘research’ sebelum menggunakan tema tersebut.

4. Setelah anda selesai mengakses hosting anda dengan perisian filezilla. Ikuti langkah-langkah dibawah. Tapi,sebelum itu ‘extract’ fail plugin atau tema yang anda muat turun tadi. Penulisan ini hanya menunjukkan cara memuatnaik dan memasang tema sahaja. Untuk plugin anda boleh gunakan cara yang sama. Hanya ada beberapa perubahan sahaja.

5. Selepas anda login ke ftp manager anda. Di bahagian kiri,cari fail/folder plugin atau tema yang anda extract tadi. Untuk bahagian kanan pula pilih folder wp-content,folder plugins untuk plugin dan folder themes untuk tema. Muat naik segala fail yang terdapat dalam folder tema atau plugin tersebut. Untuk tutorial ini penulis memuat naik tema uridimmu.

Pastikan tiada satu error atau masalah semasa memuat naik fail tema atau plugin.

6. Log masuk ke laman wordpress anda.

7. Pilih Appearance,Themes dan klik tema yang dimuat naik tadi untuk mengaktifkannya. (uridimmu). Untuk Plugin klik Plugins dan aktifkan disana.

8. Selesai bahagian manual sekarang kita ke bahagian automatik pula.

Kaedah memuat naik tema dan plugin secara automatik.


1. Log masuk ke laman anda. Secara lalai di alamat domainanda.com/wp-admin/

Untuk Tema.
Pilih Appearance,Themes,Install Themes,Upload dan muat naiklah fail .zip tema wordpress anda. Cepat dan ringkas. Terpulang kepada anda untuk memilih cara manual ataupun auto. Semuanya terletak di tangan anda.

Ini bukan najis.

Untuk Plugin.
Pilih Plugins,Add New,Upload dan muat naiklah fail .zip plugin anda.

Nampak betapa senangnya. Semudah A.B.C…. Perlukan sedikit kemahiran je.

SekianAssalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img