Tips Mudah Bersahabat Dengan Forum (Warez)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda mempunyai persoalan akan judul di atas? Adakah anda berasa pelik dengan judul di atas Adakah anda kurang memahami dengan judul di atas? Marilah bersama penulis menelaah dengan lebih dalam lagi tentang judul penulisan di atas.

Apakah yang dimaksudkan bersahabat dengan laman forum/perbincangan (warez)? Seperti yang anda sedia maklum atau yang sudah anda ketahui bahawa terdapat beratus mahupun beribu laman warez yang ada di alam maya ini. Samada dibina di bawah kata dasar blog ataupun laman perbincangan. Tapi penulis tak nak berikan senarai laman warez yang popular/famous/hebat/gempak dan lain-lain. Tetapi,penulis ingin berkongsi tips bersahabat dengan forum.

Bersahabat dengan forum yang dimaksudkan ialah,Anda mendaftarkan diri atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan pihak forum untuk mencari/mendapatkan sesuatu barangan yang sudah diretakkan (crack). Ini disediakan untuk anda yang malas/tiada masa/kekurangan masa/ada hal mustahak yang perlu diselesaikan sehingga tiada masa untuk Google. Di Malaysia,terdapat laman forum yang membekalkan barang retak seperti Gempak.org,Jiwang.org,Sedut Software Sampai Lebam dan berbagai lagi laman-laman yang membekalkan barangan retak.

Tapi untuk penulisan kali ini penulis akan menggunakan satu laman yang hebat. Laman tersebut ialah Twilight.ws disini. Twilight.ws merupakan enjin carian untuk barangan retak. Seperti laman filestube,filetram,filecrops dan lain-lain. Tetapi,dengan tampilan yang kemas dan teratur serta menawan telah menarik minat pengunjung untuk mengunjungi laman mereka. Twilight.ws bekerjasama dengan laman perbincangan/forum dunia. Jadi anda boleh dapatkan sebarang barang retak baru setiap hari. Cukuplah sampai disini. Tidak perlu penulis bercakap seperti seorang pemimpin. Anda lakukan tugas anda. Untuk dapatkan lebih keseronokan bookmark dan daftarlah sebagai ahli pada forum yang anda dapat. Anda juga boleh mengunjungi laman atomicwarez.net disini sebagai alternatif kepada laman twilight.ws.

Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img