OMG! Hackers?
  • Halaman Utama
  • Forum
  • Pengenalan
  • Durian Buruk
  • Apakah IP Saya?
  • Penafian
  • Hubungi Admin

Tags archive: Blog Blocked By Websense

Home /Tag:Blog Blocked By Websense
Uncategorized

Aik..Blog Aku Pun Kena Block Jugak Dengan Websense??

28/06/2011 0

Hahaha..laugh all you want but its true..cis..nak tergelak pun ada..selalunya Mr.Hac tak pernah buka browser tanpa membuat sambungan SSH atau VPN, atau Proxy (Ultrasurf)..tapi tadi…

Carian OMG! HAckers?

Like Page Kami

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Artikel Terkini

  • Pembesar Suara Tronsmart Element T6 Mini: Kecil Tetapi Padu! 11/12/2019
  • Ubuntu Cinnamon: Sekadar Distro Baru Dengan Perubahan Kosmetik, Atau..? 09/12/2019
  • Mio Mivue 792 Dashcam: Ejen M.A.T.A Dalam Kereta 06/12/2019
  • Ulasan YouTube Premium: Nikmati YouTube Dan YouTube Music Tanpa Iklan 03/12/2019
  • MaxSpeedBox.com: Kombo Seedbox, Penjana Pautan Premium, Dan Storan Awan 02/12/2019

Terhangat di OMG! Hackers?

  • Hack Facebook Menggunakan Fake Login Page
    14/03/2011
  • Kaedah Untuk Hack WEP Keys (WiFi) Dengan Menggunakan Backtrack 4
    12/04/2011
  • Web Browser Terbaik, Terhebat, Terpantas!
    25/03/2011
  • Facebook Pro Hacker v.2011
    23/03/2011
  • Kaedah Untuk Hack dan Crack Internet Download Manager Secara Manual
    05/03/2011
  • Eset Smart Security 4.2.71.2 Including Username and Password Finder
    16/02/2011
  • Melajukan Buffering Youtube
    02/03/2011
  • Hack Server Anda! – Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian
    04/02/2011
  • Hack Facebook Dengan Menggunakan Firesheep
    16/03/2011
  • UM Player vs K-Lite Codec Pack
    31/03/2011

Facebook @ OMG! Hackers?

OMG Hackers

14 jam lalu

OMG Hackers

Baiklah, tadi admin MM dah tulis panjang lebar berkenaan dengan Adware, AdFraud, dan Hidden Ads.

Abam rasa kalau abam pulak sambung tulis panjang², mau termuntah balik makanan tengahari kau orang kejap lagi ni.

Jadi ni abam nak tulis pendek je. Sesapa yang minat siri dari The CW, iaitu The Flash, korang dah boleh layan di laman web.

Tak perlu sedut, tak perlu torrent. Strim terus siap sarikata.

Sekarang dah masuk episod bertajuk Crisis on Infinite Earths: Part Three. Strim di URL:

https://www.cwtv.com/shows/the-flash/

Crossover ni bermula dari Supergirl, kemudian bersambung ke Batwoman, seterusnya ke The Flash, dan rasanya berakhir di Arrow.

Black Lightning dah pun kena sedut masuk ke dalam terowong multiverse kejap tadi di hujung episod, mungkin merempat sekejap dalam The Flash.

Ehh. Panjang pulak rasa.

*Jangan lupa tukar alamat IP kepada IP US.

#TheCW #TheFlash
#GengStreaming
... Lihat LagiTutup

Gambar

Baca di Facebook
·Kongsi

Share on FacebookShare on TwitterShare on Linked InShare by Email

OMG Hackers

15 jam lalu

OMG Hackers

Baiklah, kami mengaku mungkin post semalam tidak begitu sedap didengar. Mungkin perlu lebih banyak penerangan. Tapi kami malas nak tulis panjang sebab tulis panjang-panjang siapa nak baca?

Kami cuma ingin memberi peringatan tentang modus operandi yang sudah selalu dilakukan, bukan terhadap mana-mana app secara khusus. Jika apa yang kami tulis ini anda rasa "kena" dengan mana-mana apps, segala keputusan adalah di atas keputusan dan timbang tara masing-masing.

Maaf tiada lukisan, cuma ada gambar rajah. Baiklah, lihat gambar rajah di bawah. Rajah 1 menunjukkan aplikasi VPN yang telah dibuang dari PlayStore bulan lepas. Rajah 2 menunjukkan jadual pelanggaran syarat dan jumlah aplikasi yang telah dibuang dari PlayStore mengikut kategori pelanggaran.

Lihat kategori pelanggaran, Google telah menggariskan 3 kategori utama dalam panduan PENGIKLANAN sahaja. Dan ini adalah apa yang saya akan tulis pada hari ini. Fakta dari dua rajah ini adalah "Hanya kerana aplikasi tersebut berada di PlayStore, tidak menjamin bahawa aplikasi tersebut selamat."

1. AdFraud.
AdFraud adalah aplikasi yang menipu pengguna melalui pemasangan aplikasi. Pengguna ditipu apabila mereka memberikan permission berlebihan kepada aplikasi tersebut. Melalui permission penuh, aplikasi boleh sentiasa berjalan di proses background, memakan data dalam diam, mengawal fungsi telefon, dan sebagainya. Ia selalu disalahguna pembangun aplikasi untuk mencuri data dan menarik internet anda supaya peranti anda sentiasa tersambung pada server mereka bagi mewujudkan trafik yang tinggi di server mereka. Kenapa mereka buat begitu? Senang, formulanya ialah Data+Trafik = Nilai = Wang. Melalui permission berlebihan seperti kebenaran kepada aplikasi untuk mengawal internet, membuat panggilan, menyemak kenalan dan mengakses lokasi. Mereka dengan mudah boleh mencuri maklumat peribadi anda dan kenalan di dalam telefon anda, memantau pergerakan anda, membuat panggilan mencurigakan yang memakan kredit panggilan anda, ataupun memuatnaik gambar peribadi anda tanpa anda sedari. Kes paling buruk sudah tentulah pencurian kata laluan perbankan sekiranya anda menyimpan kata laluan tersebut di dalam telefon atau akaun Google anda.

2. AdWare
Pernah kah telefon anda berbunyi sendiri tanpa anda sentuh? Kalau ya, anda telah dijangkiti dengan AdWare, bukannya hantu. AdWare lazimnya akan memainkan iklan tanpa anda kehendaki. Contohnya semasa anda sedang menaip mesej, atau skrol Facebook anda, tiba-tiba ada video muncul dan anda tidak dapat meneruskan kerja anda. Ada juga AdWare yang akan sentiasa menghantar notifikasi spam kepada anda. Notifikasi ini, selalu menyebabkan pengguna tersalah tekan lalu membuat mereka subscribe servis tertentu. Sekiranya pengguna tidak celik IT, wang akan rugi dan produktiviti sudah tentunya terjejas dengan gangguan iklan tanpa henti.

3. Hidden Ads
Ini lebih licik. Aplikasi dengan Hidden Ads akan mengawal telefon anda dalam diam dan melayari iklan tanpa henti tanpa anda sedar atau nampak proses tersebut berlaku pada telefon. Semuanya berlaku tanpa pengguna sedar. Penerangan teknikalnya lebih panjang, secara asasnya ia mengawal telefon dan menekan iklan secara automatik tetapi iklan ditayangkan "di luar daripada skrin telefon". Sudah tentunya juga, ia akan memakan banyak data dan bateri anda. Sekiranya ia boleh mengawal tingkahlaku telefon anda, apa yang membuatkan anda fikir mereka tidak akan mencuri maklumat anda?

Tambahan :

Pengiklanan adalah salah satu cara untuk individu mencari wang. Contohnya di Facebook dan YouTube, individu akan menghasilkan produk video, dan sekiranya layak, syarikat atau servis lain akan bersetuju meletakkan iklan mereka ke dalam video anda.

Prosesnya :
1.Syarikat tersebut membayar kepada Facebook/Yotube.
2. Anda membuat video di Facebook/YouTube dan memohon untuk program pengiklanan.
3. Orang lain menonton video anda dan menonton iklan yang dimasukkan ke dalam video anda.
4. Anda dapat wang berdasarkan jumlah tontonan iklan di video anda oleh Facebook/YouTube.

Iklan tidak semestinya iklan video produk atau servis. Ada juga bayaran dibuat untuk menuntut tugasan daripada orang awam contohnya bayaran untuk mengisi borang maklum balas dan bayaran untuk menterjemah artikel. Setiap tugasan ini juga ada platform masing-masing dan platform ini menjadi orang tengah di antara anda dan pembayar yang mahukan masa serta khidmat anda.

Apa risiko keselamatannya?

Risikonya adalah ada iklan ini adalah merbahaya dan disediakan oleh pihak yang berniat jahat.

Contohnya :
1. Pihak yang membayar anda untuk menonton iklan. Padahal mereka dalam diam mengumpul data anda melalui pemasangan aplikasi.
2. Pihak yang menawarkan iklan tidak beretika seperti iklan lucah dan berita palsu tanpa mengambil kira demografik pengguna.
3. Pihak yang membuat ugutan di dalam iklan bahawasanya peranti anda merbahaya dan perlu memasang aplikasi lain untuk membuang bahaya pada peranti anda. Walhal, aplikasi yang mereka iklankan tersebutlah yang sebenarnya aplikasi hasad.

Cara mudah untuk mengecam pihak tidak bertanggungjawab ini mudah. Umum mengetahui secara purata pengguna tidak berminat dengan iklan. Maka sindiket ini akan sebolehnya mengguna apa sahaja cara untuk "memancing" klik dan tontonan. Biasanya melalui iklan lucah, tajuk artikel palsu, tawaran wang, tawaran wanita, pengumuman cabutan bertuah, countdown supaya anda segera memasukkan maklumat peribadi untuk memenangi hadiah dan sebagainya.

Sekiranya ada anda terjumpa iklan ataupun aplikasi yang menawarkan iklan sebegini, nasihat saya adalah ELAKKAN. Tapi sekiranya anda 100% yakin aplikasi tersebut selamat, ya teruskan sahaja. Kerana data anda adalah hak milik anda. Terpulang kepada anda untuk menggunakannya dalam apa cara dan bila masa apapun.

Akhir kata, ini adalah sekadar penerangan ringkas. Tidak berkait samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sama seperti skim cepat kaya yang seringkali tenggelam timbul dengan pelbagai nama, modus operandi mereka tetap sama dan mengikut struktur yang tidak berubah. Begitu jugalah dengan perisian hasad dan pencurian data peribadi. Jangan terjun ke lubang sama dua kali. Jangan jadikan yang kotor itu rezeki.
-MM

#OMGArtikel #CaknaIT #OMGHTips
... Lihat LagiTutup

Gambar

Baca di Facebook
·Kongsi

Share on FacebookShare on TwitterShare on Linked InShare by Email

OMG Hackers

18 jam lalu

OMG Hackers

Kami tak pernah tweet pun pasal duit hilang main Cashzine. Hmmm...

Nak kami buat artikel ke?
-MM
... Lihat LagiTutup

Gambar

Baca di Facebook
·Kongsi

Share on FacebookShare on TwitterShare on Linked InShare by Email

OMG Hackers

19 jam lalu

OMG Hackers

Bersaiz kecil, kalis air, TWS, bunyi 360 darjah, dan bateri tahan lama, apa lagi yang kita inginkan dari sebuah pembesar suara.

Sekarang dah ada diskaun untuk pembelian. Kalau nak kod kupon diskaun, boleh cari dalam artikel ni.

Senang cerita kalau ada modal, tak payah fikir panjang. Sambar terus.

#OMGHReview #Tronsmart
#ElementT6Mini
... Lihat LagiTutup

Pembesar Suara Tronsmart Element T6 Mini: Kecil Tetapi Padu!

omghackers.com

Sebelum ini saya ada mengguna dan mengulas mengenai Tronsmart Element T6 Plus. Ia adalah pembesar suara
Baca di Facebook
·Kongsi

Share on FacebookShare on TwitterShare on Linked InShare by Email

OMG Hackers

21 jam lalu

OMG Hackers

Menukar Tema WhatsApp Kepada Hati Gelap.

WhatsApp masih belum melepaskan tema gelap kerana para pembangun sedang menguji kesesuaian dan menambah ikon² tertentu sebelum ia dapat digunakan oleh semua pengguna.

Tapi buat yang gelojoh, jangan bimbang. Ada caranya untuk kamu.

Keperluannya ialah:

1. Rooted.
2. Root File Manager.

File manager kegemaran abam ialah Solid Explorer. Dah bertahun guna, masih lagi dikemas kini.

Jadi macam mana caranya?

Buka file manager pilihan masing². Hala ke Data > Data, dan buka folder com.whatsapp.

Kemudian, hala ke folder shared_prefs dan buka fail com.whatsapp_preferences.xml.

Masukkan baris berikut ke dalam tag <map></map>.

<boolean name="dark_mode" value="true" />

Simpan fail tersebut. Force close WhatsApp, dan buka semula.

Sekarang, akan ada pilihan untuk menukar tema dalam tetapan di bawah 'Account'.

Buat yang belum root atau bernafsu kecil dan tak gelojoh, anda tunggu je kemas kini rasmi dari WhatsApp.

Tak berbaloi root semata-mata nak tukar tema saja. Melainkan kau jenis pakai banyak telefon dan kaya macam admin Amir dan AreUzz.

Ehh.

*Screenshots by Amir. Sedap je mengata dia. Heheheh.

#omghackers #OMGHTutor
#WhatsApp
... Lihat LagiTutup

Gambar

Baca di Facebook
·Kongsi

Share on FacebookShare on TwitterShare on Linked InShare by Email

Tentang Kami

Blog tentang dunia IT, tips dan tutorial, serta artikel-artikel berkaitan Linux, Android dan PC. Juga info-info terkini dan gaya hidup kontemporari.

Follow us on:

  • Sebarang masalah dengan artikel, pautan, isu hakcipta, kesalahan fakta, perkongsian ilmu dan info, atau ralat pada portal ini, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami.

    Hubungi Kami Di :

    mail.omghackers@gmail.com

Artikel Terkini

  • Pembesar Suara Tronsmart Element T6 Mini: Kecil Tetapi Padu! 11/12/2019
  • Ubuntu Cinnamon: Sekadar Distro Baru Dengan Perubahan Kosmetik, Atau..? 09/12/2019
  • Mio Mivue 792 Dashcam: Ejen M.A.T.A Dalam Kereta 06/12/2019
  • Ulasan YouTube Premium: Nikmati YouTube Dan YouTube Music Tanpa Iklan 03/12/2019
  • MaxSpeedBox.com: Kombo Seedbox, Penjana Pautan Premium, Dan Storan Awan 02/12/2019
  • Cleanmgr+: Pembersih Sistem Operasi Dan Pengganti Windows Disk Clean-Up 28/11/2019

Komen Pelawat

  • Pembesar Suara Tronsmart Element T6 Mini: Kecil Tetapi Padu! on Tronsmart Element T6 Plus: Penyedap Halwa Telinga Peminat Muzik Dan Filem
  • Ulasan YouTube Premium: Nikmati YouTube Dan YouTube Music Tanpa Iklan on Cara Memindahkan Senarai Main Spotify Kepada YouTube Music
  • Tronsmart Spunky Beat: TWS Untuk Audiophile? on Ulasan Tronsmart Spunky Pro: TWS Berkualiti Mampu Milik
  • 10 Langkah Mudah Cara Melanggan Disney+ Bagi Rakyat Malaysia » Freelance Web Designer Malaysia on Ulasan Surfshark VPN: Pakej Lengkap Dalam Satu Langganan
  • 10 Langkah Mudah Cara Melanggan Disney+ Bagi Rakyat Malaysia on Ulasan Surfshark VPN: Pakej Lengkap Dalam Satu Langganan
  • Ulasan Tronsmart Spunky Pro: TWS Berkualiti Mampu Milik on QCY T2C: TWS Bajet Untuk Penggemar Muzik

Segmen OMG! Hackers?

  • Android 249
  • Artikel 568
  • Berita 190
  • Durian Buruk 35
    • Drama Asing 4
    • Drama Tempatan 2
    • Filem Inggeris 13
    • Filem Melayu 12
    • Filem Thai 1
  • Editorial 53
  • Kesihatan 2
  • Linux 61
  • Media 5
  • Pilihan OMG 50
  • Tips Dan Tutorial 257
  • Ulasan 272
    • Aplikasi 40
    • Perisian 87
    • Produk dan Gajet 56
    • Telefon Pintar 20
    • Torrent 55
  • Uncategorized 1,099
  • Web 20
  • Windows 39
2018 OMG! Hackers?©. All rights reserved. Created by Macho Themes