Spotflux : Bypass Sekatan, Layari Internet Dengan Lebih Selamat

Salam. Sebelum pergi Melaka ni nak update dulu entri puas-puas! Hahaha! (Gelak evil).

Masihkah anda ingat pada RaptorVPN? RaptorVPN ialah salah satu penyedia servis VPN yang terbaik dan paling bagus kerana selain kelajuannya yang memuaskan hati, ia juga 100% percuma, untuk orang Malaysia dan seantero dunia.

KINI, RaptorVPN kembali dan menjenamakan semula servis mereka kepada Spotflux! Lambang ‘rasmi’ Spotflux ialah burung origami seperti gambar di bawah:

Spotflux ialah servis OpenVPN moden yang tersedia untuk sistem operasi Windows dan Mac. Untuk Ubuntu (Linux), tiada disediakan pemasang (Installer) TETAPI, kita boleh custom sendiri pemasangnya dan gunakan pada Ubuntu.

UPDATE:
Mr.Hac dah cuba pasangkan Spotflux dalam Ubuntu, malangnya tidak berjaya.

Dalam entri ini, pengenalan adalah pada sistem operasi Windows.

1. Untuk menggunakannya, muat turun fail pemasang di sini :

(a) Windows

(b) Mac OS

Seperti biasa, klik dua kali pada fail pemasang, atau untuk Windows 7 yang masih belum tutup fungsi User Account Control, sila ‘Run as administrator’.

Klik ‘OK’.

Klik ‘Install’.

Klik ‘ENABLE’ untuk memulakan servis Spotflux!

Klik ‘Allow access’.

Spotflux sedang menghidupkan enkripsi.

Spotflux telah boleh digunakan sepenuhnya!

Ini ialah serba-sedikit maklumat IP yang telah ditukar oleh Spotflux:

Laman web rasmi : Spotflux – A more secure, private, and open internet experience.

Secara ringkasnya, buat mereka yang bertanya apakah faedah VPN, VPN mampu:

1. Menukar alamat IP asal dan menyembunyikannya.

2. Menggunakan alamat IP ‘palsu’ kepunyaan penyedia servis.

3. Membuat enkripsi terhadap sambungan internet dan contoh enkripsi VPN yang terkenal ialah Blowfish Encryption.

4. Melindungi data anda dari dicuri dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

5. Bypass sekatan internet dengan menukar geolokasi anda.

Dan banyak lagi lah senang cerita! Nanti kemudiannya Mr.Hac akan sambung lagi akan faedah-faedah menggunakan VPN! Jumpa lagi! Wuuuuuhuuu!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img