SmartAdBlock: Penyekat Iklan Pada Pelayar Web Yang Lebih Pintar

Jarang sungguh saya berasa teruja hanya kerana ‘sebuah adblock’.

Tetapi kali ini lain. Ia adalah penyekat iklan yang bukan sahaja mampu menyekat iklan-iklan di laman pelbagai laman sesawang, ia juga adalah satu penyekat iklan yang pintar. Pintar yang bagaimana? Mari kita lihat beberapa cirinya.

SmartAdBlock nama diberi. Ia tidak seperti penyekat iklan lain yang perlu dibuat beberapa tetapan terlebih dahulu agar menepati apa yang dikehendaki oleh penggunanya. Kenapa? Kerana ia ada:

1. Persediaan GDPR Cookies

Biasa nampak bukan, tetingkap kecil pada laman-laman sesawang yang memaparkan tentang ‘Cookies GDPR’? Ya, SmartAdBlock tidak akan memaparkan lagi ia untuk anda kerana ia akan disembunyikan (terima) secara automatik.

2. Tiada Iklan Yang Diterima

Ada sesetengah penyekat iklan akan ‘membebaskan’ beberapa jenis iklan dan memaparkan ia kepada pengguna laman sesawang. Bagi SmartAdBlock, ia tidak akan berkompromi dan menyekat semua jenis iklan tanpa ada sebarang tolak ansur. Bagaimana pun, anda semestinya boleh menyahaktifkan ia pada laman-laman yang anda sokong kemajuannya, seperti omghackers.com. Terima kasih.

3. Perlindungan Unggul

Ya, saya sudah mencuba ia pada laman Cryptojacking Test oleh Opera. Ia berjaya melindungi pelayar dari dicerobohi oleh sebarang skrip hasad. Tidak lupa juga ia akan menyekat semua popup yang ada pada laman-laman tertentu, jadi anda tidak perlu lagi berasa rimas dengan popup yang datang entah dari mana tiba-tiba keluar dan berbunyi pula.

4. Kemaskini Automatik

Anda tidak perlu ambil tahu lagi tentang apa-apa jenis senarai tapis (filters) kerana ia akan mengemaskini datanya secara automatik setiap hari. Ia juga sedang pesat dibangunkan serta jika anda memberikan sebarang maklum balas mengenai ralat di Chrome Web Store, ia akan segera diperbaiki oleh pembangunnya.

Tangkap layar di bawah adalah bukti pembangun SmartAdBlock dengan pantas mengemaskini ‘rules’ yang ada pada penyekat iklan ini.

*Nota: Saya masih tidak menyokong penggunaan laman YTS. Ini adalah sekadar contoh ujian kerana laman ini telah digunakan oleh ramai orang. Layari laman ini atas risiko anda sendiri.

5. Penyekat Iklan Paling Ringan Dan Pantas

Ia lebih ‘ringan’ dan pantas berbanding pelbagai jenis penyekat iklan lain, termasuklah uBlock Origin. Ia tidak menggunakan memori dan sumber kuasa CPU yang banyak, dan ini tentunya amat membantu pada peranti yang sudah lama. Untuk peranti yang lebih baru, nikmat menggunakan penyekat iklan yang dikod dengan begitu baik seperti ini adalah amat menyeronokkan.

SmartAdBlock terdapat untuk pelayar Chrome dan Firefox. Anda boleh pasangkan ia melalui laman SmartAdBlock.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x