Sikap Yang Patut Ada Pada Seorang Hacker

Salam..

Ok..sebelum ni saya pernah buat entry pasal Etika Seorang Hacker. Artikel tu dah cukup lengkap. Cuma saya nak tambah nasik sikit! Sebab sejak kebelakangan ni ramai sangat yang datang ke blog ini dan tunjuk beberapa sikap yang saya tak gemar..boleh kata entri kali ni ada sikit ilmiah berbaur emosi+personal..so get ready..

Antara beberapa sikap yang Hac tak suka tu ialah:

1. Tiba-tiba bagi komen “Tak faham!” <— kadang-kadang tanda seru nak dibubuhnya sampai sepuluh!

2. Belum buat setiap langkah dah tanya macam-macam.. (?)

3. MALAS GOOGLE..

3 sikap ni memang cukup Hac benci dan tak suka..terus terang cakap..kalau anda semua belum baca entry Etika Seorang Hacker, sila BACA SEKARANG!!


Hac nak ingatkan, kepada semua yang datang sini NAK BELAJAR, tolong la..kalau tak faham, TANYA..kalau Hac tak berikan jawapan yang memuaskan, SILA GOOGLE..JANGAN MALAS GOOGLE..JANGAN!!


Tolong ikuti dan buat setiap langkah yang telah Hac tulis PENAT-PENAT tu dengan SABAR barulah bertanya apa-apa..ni tidak..belum buat apa-apa dah kata tak faham, dah tanya itu ini begitu begini..


Sikap macam ni yang anda semua tunjuk dengan Hac?? sikap macam ni yang anda semua nak tunjukkan bahawasanya ‘SAYA NAK JADI SEORANG HACKER’??
sikap macam ni tidak akan membawa anda ke mana-mana bahkan merugikan masa anda datang ke sini membaca hanya untuk membetah Mr.Hac!
Hacker kena rajin MENELAAH atau bahasa mudahnya kena rajin buat kajian sendiri..
Mr.Hac pun TAK PERNAH MASUK KELAS IT, TAK PERNAH AMBIL KURSUS HACKING..


Tapi atas kesungguhan Hac sendiri, Hac berjaya buat blog ni dan menulis di dalamnya akan ‘isi’ untuk tatapan anda semua..dan sekiranya Hac lihat perkara seperti ini masih berlaku lagi pada masa akan datang, jangan berasa terkilan jika Hac padam komen anda atau sekat IP anda daripada memberikan sebarang komen..


RAJIN-RAJINLAH buat kajian..kalau betul-betul berminat hendak mempelajari teknik, tip, trik komputer serta ilmu hacking, anda kena RAJIN! apa guna ada GOOGLE.COM kalau anda malas nak taip soalan di situ??


Apa yang penting selepas ini jangan tunjukkan sikap-sikap itu tadi..MANJA sangat!
anda tidak akan maju selagi hendak MAKAN BERSUAP dan tunggu semuanya dihidang di depan mata! biar hacker itu tahu dan kenal erti susah payah baru layak bergelar hacker biarpun taraf rendahan seperti script kiddies kerana script kiddies juga pada zahirnya orang biasa tapi RAJIN meneliti coding-coding walau adakalanya tidak faham apa pun!

Re-edit : Sebabnya aku sendiri baca pun geli. Biasa la, artikel lama, tak matang lagi dalam penulisan. Haha!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img