Setup Broadband In BackTrack 5 R3

Assalamu’alaikum dan Selamat Sejahtera pembaca blog OMG! Hackers?

Pertama sekali mohon maaf sebab dah lama tak berkongsi ilmu di sini. 🙂 Apa-apa pun saya peminat setia blog ini. Sebab? Sebab saya selalu mengunjungi blog ini. Stalker. Hehe. Cuma disebabkan kekangan masa tak dapat nak menulis di sini.

Tengok tajuk pun dah tahu kan? Langkah yang saya praktikkan ini saya gunakan di BackTrack 5 R3. Saya menggunakan Broadband Huawei Celcom.

Langkah pertama adalah anda perlu memuat turun fail .deb di https://forge.betavine.net/frs/?group_id=12

Muat turun fail-fail ini(bukan semua tapi senarai fail yang saya senaraikan dibawah je) :

-vodafone-mobile-connect_2.00.00-1_all.deb

-vodafone-mobile-connect-card-driver-for-linux-2.0.beta3-ALL-i386-installer.run

Okay dah siap? Kalau da siap download, kita install pula fail-fail itu. Mula-mula buka terminal dan masukkan command di bawah ini:

root@bt:~# dpkg -i vodafone-mobile-connect_2.00.00-1_all.deb

Pastikan anda buat perintah itu ditempat fail itu disimpan. Sebagai contoh jika anda simpan fail yang telah dimuat turun itu di /root. Maka anda boleh terus sahaja guna command tersebut. Tetapi jika di tempat lain atau di Desktop, anda perlulah change direction ke Desktop.

root@bt:~#cd Desktop

root@bt:~/Desktop# dpkg -i vodafone-mobile-connect_2.00.00-1_all.deb

Okay kemudian masuk pula ke peringkat seterusnya install fail yang kedua.

Di bawah ini adalah command nya:

root@bt:~#chmod +x vodafone-mobile-connect-card-driver-for-linux-2.0.beta3-ALL-i386-installer.run

root@bt:~#./vodafone-mobile-connect-card-driver-for-linux-2.0.beta3-ALL-i386-installer.run

Okay selepas anda masuk command tersebut, anda akan dapat satu arahan di mana anda perlu masukkan “root”(tanpa quote) kedalam ruang yang disediakan.

Apabila dah siap, anda masukkan command ini pula :

root@bt:~# vodafone-mobile-connect-card-driver-for-linux

Setelah siap anda masukkan broadband anda ke laptop/komputer anda. Kemudian pergi panel -> Internet -> Vodafone Mobile Connect Card For Linux.

Ianya mungkin tidak akan mengeluarkan apa-apa. Hehe. Tapi yang ajaibnya broadband anda akan automatic connect. Secara jujurnya saya dah lama tinggalkan BackTrack ini untuk sekian lamanya. Jadi banyak kajian yang dilakukan untuk mendapat semula “rentak”. Selain itu jika anda menggunakan langkah seperti di atas, anda perlu mengulangnya semula jika anda reboot yang baru.

Ini bukti saya berjaya connect kan broadband saya :

Itu sahaja untuk kali ini. Maaf sebab dah lama menyepi dan penulisan agak kabut sedikit. Insya’Allah akan cuba diperbaiki pada masa hadapan. Wassalam.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img