Senarai Aplikasi Root [Android] Pilihan

Kalau Android tanpa root boleh diibaratkan ayam sabung tanpa taji, orang gaji tanpa gaji, kerani yang tak naik pangkat lagi. Tetapi kalau Android dengan root pula boleh diumpamakan tuan tanah yang tak dibantah, pegawai yang tak disanggah, juara yang tak pernah kalah.

Kerana itu saya ingin kongsikan di sini beberapa aplikasi root yang saya rasakan berguna untuk anda dan diri saya sendiri. Bagi yang masih samar-samar, mata berpinar, hati gusar mengenai root ini, anda boleh buka mata dan mata hati, baca artikel yang telah saya nukilkan di sini – Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android.

Dalam entri ini, saya akan bahagikan kepada 3 jenis aplikasi iaitu Utilities (kemudahan), Aid Kit (alat bantuan) dan Gaming (permainan).

Aplikasi Root (Utilities)

1. AdAway

Seringkali terganggu dengan iklan-iklan? Tak kiralah sama ada iklan pada aplikasi biasa mahupun permainan, ia sememangnya mengganggu konsentrasi. Iklan memang membantu pembangun aplikasi, tetapi iklan yang melampau boleh buat pengguna naik darah, lekas marah. AdAway adalah ‘ubatnya’.

Satu lagi rakan baiknya ialah AdFree Android, juga bertindak dengan cara yang sama, mengubahsuai fail host untuk menjadi mesra aplikasi tanpa iklan. Memang terdapat Ad Blocker tanpa perlu kepada root, tetapi fungsinya tidak menyeluruh, serta terdapat beberapa isu seperti sekatan yang terlalu agresif lagi menyusahkan. Tak perlu ragu-ragu, AdAway ubat untuk kamu.

2. Titanium Backup

Buat mereka yang masih baru, Titanium Backup mungkin sedikit ‘menakutkan’ kerana paparan antaramuka penggunanya memang tidak nampak seperti mesra pengguna baru. Tetapi jika anda beri peluang kepada diri anda untuk mencubanya, lama kelamaan anda pasti akan terbiasa dan tidak gerun lagi. Titanium Backup aplikasi sempurna untuk kegunaan membuat sandaran sebelum melakukan sesuatu terutama jika anda seorang ‘flashaholic’.

Saudara kepada Titanium Backup ialah My Backup Root, sesuai pula untuk seorang pemula. Ini adalah kerana paparan antaramuka dan kepenggunaannya agak mudah, ‘straight to the point’.

3. Google Play Installer (Cracked Google Play)

Saya bukan promosi, tetapi khas untuk mereka yang gemarkan ‘warez’, Google Play versi ‘cracked’ ini sesuai sekali untuk dipasang pada telefon yang sudah root. Cracked Google Play ini akan menggantikan (replace) Google Play yang asal, jadi sila buat sandaran (backup) terlebih dahulu.

4. Root Uninstaller

Anda benci dengan sistem operasi yang ‘bloated’? Ini adalah antara sebab yang paling kukuh kenapa anda mahukan root access. Dengan Root Uninstaller versi percuma ini ataupun Root Uninstaller Pro versi berbayar, anda dapat memadam (uninstall) apa jua aplikasi yang anda rasa tidak anda perlukan. Cuba lakukan perkara ini pada telefon yang belum root, boleh ke?

5. Lux Auto Brightness

Seringkali rasa tertekan dengan sistem auto brightness yang tidak membantu untuk mengurangkan kadar penggunaan kuasa bateri? Lux Auto Brightness adalah jawapannya. Boleh digunakan pada telefon tanpa root, tetapi dengan root access anda dapat mengintegrasikan Lux Auto Brightness menjadi sebahagian dari sistem android. Siapa tidak mahu telefon yang dikuasai diri sendiri?

6. Root Explorer


Terdapat pelbagai jenis File Explorer di luar sana dengan kebanyakan darinya mempunyai fungsi untuk pengguna root. Antara Root Explorer, ES File Explorer, ASTRO File Manager dan sebagainya. Tetapi terdapat satu root explorer yang menjadi kegemaran saya sejak ia versi beta lagi, iaitu Solid Explorer. Berfungsi dengan dua panel, menguruskan fail menjadi kerja super duper mudah. Hanya perlu salin sebelah-menyebelah tanpa perlu keluar dari direktori semasa.

7. CPU Controller

Apa yang mampu dilakukan oleh custom dan custom kernel selain root access? Overclocking!! Yeah.. kalau kernel yang sedang anda gunakan menyokong fungsi ini, tidak salah kiranya mencuba, setelah puas anda ‘godek’ fungsi root, apalah kiranya anda godek pula fungsi overclocking. Saya ingin sarankan, kaji dahulu mengenai kegunaan ini, kerana tersilap langkah boleh membawa padah, kalau langkah kaki kanan telefon jadi lebih lancar tak terkalah. Antara CPU Controller kegemaran saya ialah SetCPU dan System Tuner Pro.

8. Busybox Pro

Anda mahukan binari busybox yang terbaru? Mahukan pemasangan busybox yang lebih menyeluruh pada sistem? Busybox Pro dapat memberikan apa yang anda mahukan itu. Tak perlu saya terangkan apa itu busybox, kalau hendak tahu lebih lanjut, kajilah sendiri! Heheh! Saya quote sedikit:

“BusyBox is a software application that provides many standard Unix tools, much like the larger (but more capable) GNU Core Utilities”

9. Link2SD

Link2SD adalah aplikasi yang bersifat menyeluruh dan mempunyai lebih fungsi jika hendak dibandingkan dengan perisian-perisian App2SD yang lain. Dengan root access, beberapa fungsi ekstra mampu mengubah cara anda mengendalikan sistem Android. Apa yang menarik, ia mampu mengubah lokasi fail aplikasi kepada SD Card meskipun aplikasi tersebut tidak menyokong fungsi itu.

Aplikasi Root (Aid Kit) 

1. SD Maid

Sistem Android yang sudah root tidak lengkap tanpa ‘orang gaji’. Seperti yang saya katakan tadi, Adroid dengan root ibarat tuan tanah, tuan rumah, tuan amah, jadi sudah tentu dan pastilah ada ‘orang gajinya’. SD Maid melengkapi keperluan ini dengan membantu anda membersihkan sistem dari segala jenis ‘kotoran’ dan ‘peninggalan’ yang tidak diperlukan oleh sistem.

2. FasterGPS

Aplikasi yang menggunakan GPS seperti Papago memerlukan pengesanan GPS yang pantas. FasterGPS membantu dalam situasi ini dengan menetapkan pelayan terhampir dengan lokasi pengguna. Penguncian satelit lebih pantas selepas penggunaan aplikasi ini. Kalau sudah root, ini aplikasi wajib ada untuk anda.

3. Internet Booster

Sambungan internet yang pantas adalah keperluan pada zaman ini, bukan lagi satu ‘bahan sampingan’ pelengkap rasa. Internet Booster ini mampu membantu melancarkan sambungan internet anda, asal saja root access diberikan kepadanya.

4. Set DNS

Anda lebih sukakan DNS Google? Mungkin sekali DNS lain seperti OpenDNS, atau Custom DNS yang boleh anda tetapkan sendiri? Set DNS memberi anda kebolehan itu. Gabungan Internet Booster dan Set DNS melancarkan lagi sambungan internet anda, dari baik kepada lebih baik.

5. Lucky Patcher

Ini juga adalah satu kelengkapan untuk semua penggemar ‘warez’. Lucky Patcher dapat digunakan untuk menjadikan sesuatu perisian/aplikasi itu kepada versi penuh, dengan syarat anda ikut saja kaedahnya menggunakannya dari laman-laman/blog-blog yang berkaitan.

Aplikasi Root (Gaming)

1. Game Killer

2. GameCIH

3. Game Guardian

Ketiga-tiga aplikasi di atas adalah merupakan ‘cheat engine’ yang berfungsi mengubah nilai-nilai dalam permainan kegemaran anda seperti nilai wang, emas, kristal dan lain-lain lagi. Dengan cheat engines, anda menjadi ‘tuan’ dan raja dalam permainan, serta tidak lagi kalah dengan mudah.

4. GameBooster 2

Telefon anda ‘lemau’? Perkasakan Perhebatkan telefon anda dengan GameBooster 2. Lebih ‘smooth’, lancar dan selesa ketika bermain apa juga permainan. Tak perlu ragu, cuba dulu baru tahu.

5. Titanium Backup

Eh? Kenapa ‘dia’ ni ada lagi di sini? Ya, jika anda mahu tahu, Titanium Backup digunakan dalam pelbagai permainan untuk menjadikannya ‘versi penuh’. Tak perlu cakap banyak, cari saja di APKMANIA. Bermacam jenis permainan yang memerlukan anda untuk menggunakan Titanium Backup. Tidak rugi bukan kalau telefon sudah root?

Root atau tidak? Saya mesti pilih root! Kalau takut? Takut kehilangan waranti? Takut telefon brick? Kalau takut jangan pakai telefon Android.. pakai telefon Nokia (jawapan malas).. Heheh..

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

7 Comments

7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Gajet2 skrg btmbh maju. LeeZa yg dh mula ketinggalan.

ismalperlisi

Tunggu habis warranty (dlm bulan 2 2013), baru nak root..ok tak?

amrell66

Aku root ,flash rom,flash kernel dh banyk x.n dh banyak kali brick..pergi kt samsung servis xvoid pn waranti..

AHMAD AZLIN MD NORAIN

Aq beli android murah yg 300 tu,kenape x bole men game yg didownload di play store??contoh game raging thunder..ape masalahnye ea???

amrell66

Lama betul xin cni bro..gua skg kaki root galaxy note..skg dh pakai jellybean 4.1.2. Versi jerman..dh jd cm note 2 la.huhu

Major Raidenovich

Bos,ble buatkan entri pasal busybox x?Serius xtau kegunaannya untuk apa.Lagi satu pasal custom rom untuk One X.Buat tutorial skit eh?

Major Raidenovich

Bos,ble buatkan entri pasal busybox x?Serius xtau kegunaannya untuk apa.Lagi satu pasal custom rom untuk One X.Buat tutorial skit eh?

spot_imgspot_img