Scammer vs Hacker

Anda fikir penggodam (hackers) itu menakutkan? Oh, bagi saya iya, mereka adalah menakutkan, tetapi penggodam boleh ‘dicegah’ kehadiran mereka dengan beberapa ‘langkah hati-hati’. Asal saja anda tidak terjerat dengan kata-kata manis dari kemahiran Kejuruteraan Sosial mereka, atau lain-lain teknik yang selalu diaplikasikan.

Apa yang membimbangkan ialah penipu-penipu (scammers) dalam talian yang semakin lama jumlahnya semakin ramai. Sasaran mereka adalah… anda semua. Mereka tidak mengira sama ada anda seorang yang mahir atau pakar dalam bidang IT, apatah lagi pakcik-makcik di kampung yang hanya tahu buka aplikasi Facebook di tablet.

Sasaran mereka tidak mengenal bangsa dan negara. Asalkan ada peranti yang terhubung dengan internet, anda adalah sasar utama. Mereka ini seringkali menggunakan modus operandi yang sama, dengan sedikit kemahiran Kejuruteraan sosial. Apa yang mereka mahukan, adalah WANG anda.

Setiap hari ramai yang ditipu oleh si penipu dengan jumlah wang yang boleh dikatakan besar juga. Mungkin ia bukan salah orang yang ditipu itu 100%, kerana boleh jadi mereka adalah jiwa-jiwa lembut yang berniat ikhlas untuk membantu, namun kelebihan mereka itu telah menjadi kekurangan kepad mereka apabila terjerat dengan penipuan besar-besaran.

Anda perlu tahu kadangkala penipu ini datang berseorangan, kadangkala datang pula dalam satu kumpulan, sambil mengatur strategi dan lakon layar untuk memperdayakan anda. Cara mereka sama, matlamat mereka juga sama. Mereka seringkali menawarkan:

1. Pelaburan wang dengan keuntungan yang berlipat kali ganda. Anda cuma perlu duduk goyang kaki tunggu duit masuk ke dalam akaun bank.

2. Derma untuk kucing sakit, atuk sakit, nenek sakit, adik kemalangan, dan sebagainya lagi walhal itu semua tidak wujud. Paling sadis minta derma untuk kucing-kucingnya tetapi semua duit lesap dalam perut.

3. Individu yang ingin meminjam wang anda dan kemudian akan memberikan anda balasan dalam bentuk wang yang lebih banyak.

Tidakkah anda biasa menerima e-mel:

1. Dari badan amal yang memohon sedikit derma atas mana-mana kemalangan, kehilangan atau bencana alam.

2. Kemenangan tiket loteri walaupun anda tidak pernah membeli tiket tersebut.

3. Kemas kini akaun bank, yang kononnya dihantar dari bank itu sendiri.

4. Orang dari luar negara yang bersungguh memberi tahu mereka ada sejumlah wang yang ‘tersangkut’ di mana-mana. Mereka meminta anda mendahulukan wang anda untuk ‘melepaskan’ wang mereka dan sebagai balasan anda akan peroleh sejumlah wang saguhati.

5. Penipu yang ingin meminjam wang atas apa jua alasan.

Oleh itu, untuk kekal selamat dalam talian, tips mudah:

1. Do your research, Google is you friend. Bukan saya suruh buat doxing atau Data Mining. Cukup sekadar simple Google search anda akan dapat lihat info sekiranya akaun bank yang diberikan datang dari seorang scammer.

2. Jangan berikan wang anda dengan mudah kepada sesiapa sahaja. Dalam bentuk derma, dalam bentuk apa pun jua, apatah lagi memberikan nama pengguna serta kata laluan!

3. Jangan terpedaya dengan kerja senang! Beri duit sikit esok masuk duit banyak. Nak duit banyak berniaga, bukan goyang kaki!

4. Jangan berikan maklumat kad kredit mahupun debit anda kepada sesiapa pun.

5. Masuk ke mana-mana group dalam Facebook yang ada membuat senarai nama penipu-penipu dalam talian. Sentiasa ikuti perkembangan mereka.

Baiklah. Inilah dia sedikit-sebanyak tips saya untuk hari ini. Saya harap anda dapatlah bimbing mak-ayah pakcik-makcik dan adik-beradik yang bukan techsavvy untuk berhati-hati dan jangan jatuh ke dalam lembah penipuan scammers!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img