Sades A2, Fon Kepala Mampu Milik Yang Berbaloi

Terdapat pelbagai fon kepala yang mampu milik dipasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu, kan?

Ada yang murah tapi kualiti produk dan bunyi tak memuaskan tapi fon kepala yang kami nak ulas ni, luaran nampak biasa ja tapi bunyi dia tidak mengecewakan.

Terima kasih kepada pihak Eclipse Marketing kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai fon kepala mampu milik ini, iaitu Sades A2.

Sebelum kita teruskan artikel ni, mai tengok dulu video buka kotak ni.

Iklan Google

Kemudian, kita lihat spesifikasi fon kepala Sades A2 ini;

Pembesar Suara
Ukuran pembesar suara 40mm
Kepekaan 102 ± 3dB|1kHz
Tindak balas Frekuensi 20 〜 20 kHz
Impedans 32Ω|1kHz
Kawalan Kapasiti Kuasa 10mW
Mikrofon
Kepekaan Mikrofon -38dB ± 3dB|1kHz
Tindak balas Frekuensi Mikrofon 50〜10 kHz
Impendans Mikrofon ≤1.8KΩ/ 1kHz
Arah Mikrofon Semua arah
Sambungan
Input Bicu 3.5mm 4-tiang
Panjang Kabel Anggaran 1.2m|3.94ft
Panjang Kabel-Y Anggaran 1.2m|3.94ft
Ketersambungan
PS4|PS5, Xbox ONE & Series X
Mobil, Nintendo Switch, VR
PC|Laptop (*Guna Kabel-Y jika mempunyai dwi-bicu audio 3.5mm PC|Laptop)
Berat
Berat (Fon Kepala Sahaja) 260g|0.57lb
Berat (Fon Kepala dan Pakej) 480g|1.058lb
Apa yang ada dalam kotak?
Fon Kepala SADES A2
Kabel-Y
Buku Panduan
Pelekat SADES
Kad Jaminan
Sades A2 terdapat dua warna, iaitu Oren dan Pink (Edisi Angle)

Model yang kami dapat warna Oren. Hat ni takda lampu jadi ‘low-profile’ punya fon kepala. heh.

Kami cuba uji Sades A2, antaranya;

  • Dengar lagu (Spotify, YouTube) dan tengok video (Netflix, N****to)
  • Main permainan PC dan mobil (PUBG PC dan Mobil)
  • Menyunting video

Bunyi bass dia agak mengagumkan dan kami terkejut kerana tak sangka fon kepala lagu ni dapat menyajikan bunyi bass yang kedum-dum pow hedoban.

Kalau dalam permainan seperti PUBG (PC), tiada masalah bagi bunyi letupan, tembakan dan orang lalu tepi. Semuanya dengar dengan jelas.

Bagi mikrofon, ada sedikit masalah yang mana bukan masalah suara tak jelas. Suara jelas dan fungsi ‘senyap’ dengan tolak mikrofon ke atas sememangya satu fungsi yang menarik. Mikrofon dia sangat padu sampaikan bunyi dari fon kepala juga tangkap sekali.

Masalah mikrofon boleh tengok video merapu kat bawah ni;

Segan nak rakam main lawan dengan orang, kita rakam lagu ni, aci la noh.

Iklan Google

Untuk atasi masalah ini, ampa ada 3 pilihan sama ada;

  1. Padatkan fon kepala untuk mengurangkan bunyi tertiris.
  2. Jangan buka bunyi terlalu kuat, kerana mikrofon dapat tangkap bunyi tu (rujuk video kat atas)
  3. Cakap kuat sikit, tapi pastikan kawalan kelantangan terjaga. Naya kawan atau penonton strim pekak. (Naya Pak Abu kalau suara nyaring hahaha)
Mikrofon Sades A2

Sebut pasal mikrofon, ia mempunyai fungsi yang menarik, iaitu ‘pusing-untuk-senyap’.
Ya, kalau ampa tak guna mikrofon, agak janggal biarkan ia begitu. Jadi, fungsi tersebut secara automatik akan senyapkan mikrofon, tanpa menekan apa-apa butang pada perisian dan perkakasan.

Dibekalkan sekali dengan span untuk membantu kepekaan mikrofon lebih peka.

Tiga ketul span untuk keselesaan kepala ampa

Tiga ketul span dekat bahagian atas tu seakan-akan ‘memory foam’ yang mana akan meninggalkan kesan sementara, tapi bagi Sades A2 ni kena tekan kuat sikit la. (kepala kami kecik huhuhu)

Iklan Google
Earmuff|Earcup Sades A2 menggunakan kulit tiruan yang bagi telinga ampa bernyawa setelah terseksa dengan bunyi kuat

Untuk bahagian ‘earmuff|earcup’ pulak, ia bergantung pada saiz telinga jugak. Macam telinga kami capang dan kecik, tiada masalah sangat.

Masalah yang kami alami masa guna Edifier G2 II, iaitu sakit telinga dan telinga panas tiada dekat Sades A2. Mungkin kerana kulit tiruan earmuff|earcup beza dengan model tersebut.

Telinga kami yang capang ni dapat bernafas dengan baik.

3.5mm jack dan penyambung dwi 3.5mm (speaker|mic)

Memandangkan ia menggunakan bicu audio 3.5mm, ampa boleh sambungan Sades A2 ke mana-mana peranti yang ada bicu audio 3.5mm.
Untuk telefon ‘baru’ yang bicu audio 3.5mm dibuang, jangan risau, boleh guna penyesuai audio.

Iklan Google
Iklan Google

Bagi PC|Laptop yang mempunya dwi-bicu audio 3.5mm (speaker|mic), boleh guna kabel penyambung yang mai sekali dalam kotak.

Kawalan kelantangan mudah diakses

Nak kawal kelantangan sangat mudah diakses kerana terletak dekat kiri belakang. Mujur kawalan tersebut berada sekali dengan kawasan mikrofon, takda la nak meraba cari kat mana.

Bagi kami, Sades A2 ni memang berbaloi untuk fon kepala mampu milik. Walaupun binaan dia tak terasa gah, tapi ia menyediakan bunyi seakan-akan fon kepala yang mahal. Kalau ampa guna ‘Equalizer’, barang biasa menjadi padu! heh.

Dengan harga dia yang berpatutan, kredit kepada Sades kerana menyediakan fon kepala yang menyajikan audio yang secukup rasa bersama mikrofon yang berkualiti.

Berkenan? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Sades A2 dekat pautan bawah ni, sementara stok masih ada dengan harga RM69.00!
https://shopee.com.my/Sades-A2-multi-platform-headset-i.188397058.5273151597

Berakhirlah sudah ulasan kami disini, 
Terima kasih Eclipse Marketing kerana sudi berkolaborasi,
Jika jodoh kita dipanjangkan lagi,
Mungkin masa hadapan kita berkolaborasi lagi.

Nantikan artikel kembar dia, iaitu Sades A6 pada pautan di bawah.
Sades A6, Fon Kepala ‘Premium’ Mampu Milik Yang Berbaloi

Iklan Google
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img
Jumlah skor ni berdasarkan citarasa peribadi dan mungkin ia tidak sama dengan orang lain. Tapi hanya sekadar dijadikan sebagai penanda aras serta terpulang pada ampa jika kena dengan citarasa dan bajet, angkatlah segara sementara stok masih ada.Sades A2, Fon Kepala Mampu Milik Yang Berbaloi