Review Tablet [Winds] WM8850-Mid

Bulan lepas, saya ada membuat reviu berkenaan sebuah tablet bajet, iaitu [Android] Allwinner A13. Ianya sebuah tablet yang bagus untuk bajet sekitar RM300, dan hanya digunakan untuk fungsi-fungsi asas selain panggilan telefon (Nota: boleh gunakan Groove IP untuk lakukan panggilan telefon melalui WiFi).

Kali ini saya kembali bersama sebuah lagi tablet bajet yang boleh dikatakan sangat menarik, iaitu [Winds] WM8850-Mid. Apa yang menarik? Ia didatangkan bersama pemproses Wondermedia 8850 ARM Cortex-A9 Dual-Core dengan kelajuan 1.2GHz, digandingkan dengan pemproses grafik Mali-400.

Selain itu, tak lupa juga ia mempunyai sokongan untuk GPS, dan juga dual-camera (kamera depan dan belakang beserta flash). Tablet ini saya dapatkan di The Mines (ya, tempat biasa), dengan harga promosi RM299 sahaja. Dengar ceritanya tablet ini laris sehingga tiada stok, dan batch baru masuk sudah dinaikkan harganya (ahhh…). Tablet Allwinner saya yang dulu? Itu tolong jangan tanya lah. Dah pecah pun skrin LCD-nya. Ya, memang boleh diganti, tetapi saya rasa beli yang baru adalah pilihan yang terbaik. Hahah..

Tablet ini, seperti [Android] Allwinner A13 itu merupakan tablet klon dari jenama yang telah terlebih dahulu berada dipasaran iaitu Eken W70, cuma model tersebut tidak mempunyai kamera dibelakangnya. Apa yang saya suka mengenai tablet ini ialah prestasi pemprosesnya yang melangkaui prestasi pemproses Allwinner A13.

Tiada lagi framerate rendah, tiada lagi ‘sangkut’ di sana-sini. Semuanya dirasakan sangat lancar, walaupun RAM cuma 512MB sahaja. Selain itu, ia mempunyai paparan antaramuka seperti Windows 8, yang bukan hanya berfungsi sebagai launcher, tetapi juga boleh dikatakan benar-benar ‘meniru’ perilaku dan animasi Windows 8 itu sendiri. Selain port HDMI yang siap terbina, terdapat juga port host USB, yang membolehkan anda menggunakan mana-mana pendrive tanpa perlu kepada kabel USB On-The-Go.

Tak perlu cerita panjang, anda tonton sendiri bagaimana rupanya dalam video berikut:



Ya, tablet ini menyokong fungsi paparan berdefinisi tinggi penuh (Full HD) sehingga 1080p, dengan kecerahan yang memuaskan walaupun di-set sekitar 45%. Kualiti speaker adalah sangat memuaskan hati kerana selain agak kuat untuk tablet sepertinya (tablet bajet), ia juga berkualiti stereo, dengan kedudukannya yang terletak kemas di belakang. Tak lupa juga kekuatan peranti ini menerima sambungan WiFi boleh dikatakan agak bagus, dan lebih baik berbanding tablet Allwinner A13. Berbaloi-baloi bukan?

Permainan yang pernah saya uji pada tablet ini adalah sama seperti senarai di sini. Tak perlu ragu lagi, kalau tablet ini dalam bajet anda, sila dapatkan ia segera. Kalau harga Nexus 7 buat anda garu kepala, harga tablet ini mampu buat anda tersenyum.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img