Cas Bateri Telefon, Dapat Malware
Power Bank Mengandungi Malware?! Huru hara juga apabila memikirkan telefon pintar tetap boleh dijangkiti dan digodam walaupun dengan cara mengecas bateri menggunakan powerbank.
Di China, salah satu bisnes yang berkembang maju ialah penyewaan power bank.
Dengan sedikit bayaran, pengguna boleh menyewa lalu membawa power bank ke mana² sebelum memulangkannya ke stesen berhampiran.
Industri ini begitu pesat dan pada tahun 2020 ini, pengguna power bank sewa mencecah 220 juta di sana. Ini menarik minat para pelabur untuk mencuba industri baru.
Namun, dalam setiap perkara yang memudahkan, kadangkala ada terselit ‘sesuatu’ yang bakal menyusahkan.
Bahagian Keselamatan Dalam Talian Kementerian Keselamatan Awam memberi amaran di akaun rasmi WeChat mereka pada hari Ahad lalu bahawa power bank mempunyai potensi digunakan untuk menghantar Trojan Horse dan malware lain.
Setelah telefon pintar dijangkiti, perisian hasad dapat mencuri maklumat peribadi, termasuk senarai kenalan, gambar, video, dan sebagainya lagi.
Sebelum ini, kita menerima ancaman ‘BadPower’, iaitu jangkitan malware terhadap adapter pengecasan pantas:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1804033413071150&id=266747313466442
Kini, mungkin juga power bank memerlukan perlindungan antivirus atau daripada modifikasi pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: https://www.todayonline.com/…/china-police-warn-shared…