Perbandingan (Mega) File Hosting/Cloud Service [Bahagian 3]

Pada bahagian yang lepas, kita telah membincangkan mengenai beberapa laman servis storan awan yang popular, dan tak lupa juga laman pengehos fail. Kali ini saya akan cuba senaraikan beberapa laman pengehos fail yang ringkas (simple file hosting website).

1. Uppit.com

Laman ini dicadangkan oleh seorang pembaca yang bernama Danial Abdul Rahim. Disebabkan ia terlalu ringkas, maklumat yang saya dapat melalui lamannya juga adalah ‘ringkas’. Saya benar-benar tidak pasti berapa jumlah ruang storan yang diberikan, tetapi setakat ini, jumlah saiz fail yang boleh dimuat naik adalah agak besar sehingga 1GB (jika anda mendaftar).

2. Dropcanvas

Dropcanvas adalah laman pengehos fail ringkas yang menggunakan konsep ‘kanvas’. Anda boleh muat naik apa jua fail, kongsikan kepada sesiapa sahaja, tanpa memerlukan sebarang akaun. Satu kanvas boleh dimuatkan fail sebanyak 5GB, namun anda boleh cipta seberapa banyak kanvas yang anda mahu, jadi saya tidak dapat pastikan berapa jumlah had storan. Apa yang membuatkan ia agak kurang memuaskan ialah anda tidak boleh mencipta sebarang folder untuk memudahkan anda menguruskan fail mengikut kategori atau jenis fail tersebut.

3. Clipica: Paste the web.

Laman ini cuma berfungsi untuk berkongsi fail gambar sahaja. Namun saya dapat ia agak sukar digunakan berbanding TinyPic atau lain-lain laman sepertinya. Mungkin saya ‘noob’ tetapi anda boleh cuba sendiri. Pembangun cuba untuk membuat seringkas mungkin paparan lamannya, tetapi terkadang yang ringkas itu boleh ‘membunuh’.

4. Droplr

Jangan tanya kepada saya bagaimana nak menyebutnya, saya juga tidak tahu. Mungkin, drop-pe-ler? Droplr sedikit berbeza dengan laman yang lain apabila menawarkan klien untuk Windows, Mac dan iPhone. Tetapi saiz fail yang boleh dimuat naik cuma 25MB, dan akan dipadam dalam masa 7 hari, kecuali anda mendaftar. Droplr adalah storan fail berasaskan awan, jadi mana-mana fail anda dapat diselaraskan pada mana-mana platform.

5. Snaggy

Ini satu lagi servis ala-ala Clipica. Mungkinkah keduanya tidak serasi dengan sistem operasi Linux? Saya tidak pasti. Tetapi saya lebih rela menggunakan Photobucket atau TinyPic untuk mengehos fail gambar saya. Buat mereka yang sukakan keringkasan, Snaggy merupakan pilihan yang tepat. Gambar? Malas mahu ambil paparan skrin (screenshot). Tengok sendiri lah, ok?

6. Pastelink

Ini merupakan salah satu yang menjadi kegemaran saya. Tanpa sebarang akaun anda boleh berkongsi fail sehingga 250MB. Dengan satu akaun Pastelink, anda boleh berkongsi fail yang bersaiz sehingga 2GB. Tetapi ‘downside’ kepada Pastelink ialah, seperti biasa, fail anda cuma tersimpan selama 7 hari sahaja. Ceh..

7. Ge.tt

Ge.tt menawarkan storan sehingga 2GB untuk setiap satu akaun. Bagi mereka yang memuat naik fail tanpa sebarang akaun, fail akan tersimpan selama 30 hari. Namun buat mereka yang mempunyai akaun, fail tersebut akan tersimpan selama mana ia tidak dipadamkan. Anda boleh membuat satu akaun dengan mudah menggunakan akaun Facebook anda atau menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan. Cukup ringkas, tetapi anda perlu ingat, cuma 2GB sahaja.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Baiklah, anda punya cadangan lain? Sila utarakan pandangan mahupun cadangan berserta slogan. Errr..

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img