Pentingnya CloudFlare Pada Sebuah Laman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini penulis ada membuat/mengemaskini tentang entri berkisarkan Belajar WordPress. Dan selepas selesai entri tersebut penulis telah membuat perjanjian dengan anda semua selaku pengunjung dan pembina laman di bawah platform WordPress. Penulis telah berjanji untuk membuat entri tentang penjagaan WordPress dalam erti kata lain sekuriti sewaktu menggunakan WordPress. Sekuriti adalah amat penting bagi WordPress. Terdapat berbagai cara untuk menjaga keseimbangan dan keselamatan sewaktu menggunakan WordPress dan ini adalah salah satu cara menjaga laman anda daripada digodam. Mengapa dihubungkaitan dengan WordPress? Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa WordPress mempunyai berjuta pengguna aktif dan banyak laman-laman hebat lagi popular yang bertebaran di alam maya. Jika anda tanya kepada macam mana menjaga sekuriti WordPress, sudah tentu ada di kalangan mereka yang menjawab saya menggunakan CloudFlare. Disebabkan WordPress merupakan platform paling banyak digunakan. Sudah tentu penggodam-penggodam dunia khususnya Malaysia ingin melakukan percubaan seludup supaya kita lebih peka dalam menjaga sekuriti laman kita. Jadi,apa yang dimaksudkan CloudFlare dan mengapa CloudFlare penting kepada sesuatu laman.

Sebelum itu,penulis ingin memberitahu/mengingatkan kepada anda semua tiada tutorial pemasangan CloudFlare bagi penulisan kali ini. Hanya sekadar menerangkan kepentingan memasang CloudFlare dan kelebihan apabila menggunakan CloudFlare ini. Mungkin penulisan akan datang akan dijelaskan kaedah untuk memasang CloudFlare ini. Sebelum memulakan tugasan anda boleh kunjungi laman CloudFlare di alamat cloudflare.com disini.

Tujuan CloudFlare dibina.
CloudFlare ialah sebuah laman yang dibina bertujuan untuk menjaga sekuriti dan mengoptimumkan sesuatu laman yang menggunakan servis perkhidmatan mereka. CloudFlare ialah CDN (Content Delivery Network) atau dalam Bahasa Ibundanya Rangkaian Penyampaian/Penghantaran Kandungan. Untuk apa CDN ini. Kegunaan CDN ialah memberikan kelajuan kepada pengunjung sewaktu melayari laman yang menggunakan perkhidmatan CDN. Dalam bahasa mudahnya,seorang pengunjung daripada Perancis datang mengujungi laman A,laman A dibina di bawah server yang berada di Malaysia. Untuk pengguna dalam Malaysia mungkin tiada masalah sewaktu mengunjungi/melayari laman A.  Tetapi,untuk pengunjung daripada Perancis mungkin ini masalah bagi mereka kerana faktor penyampaian kandungan menjadi lambat. Disinilah,CDN memainkan peranan dengan mengoptimumkan laman tersebut dengan menyampaikan ke server yang berdekatan dengan Perancis.

Kelebihan menggunakan CloudFlare.
1. Sudah tentu faktor sekuriti. Walaupun tiada ciptaan manusia yang betul-betul sempurna tetapi ini adalah usaha yang diperlukan bagi seorang pembangun laman untuk menjaga keselamatan lamannya daripada dicerobohi oleh pakar dalam bidang tersebut.

2. Mengoptimumkan laman supaya laman bertambah laju dan sempurna. Jadi,pengunjung dari luar negara dapat mengunjungi laman anda dengan pantas tanpa ragu-ragu.

3. Mengurangkan kadar penggunaan jalur lebar (bandwidth) untuk laman anda. Mungkin disebabkan hotlinking atau penggunaan gambar/video yang melampau.

4. Daripada kajian dan penyelidikan ada yang mengatakan dengan menggunakan CloudFlare laman tidak akan mati/jatuh. Kerana laman tersebut sudah diubahkan server ke server kepunyaan CloudFlare. Jadi,walaupun server anda jatuh,laman anda masih teguh berdiri.

5. Menstabilkan laman anda. Jika server anda kurang stabil,laman anda masih terlihat stabil.

6. Juga untuk mengelakkan laman anda daripada disekat oleh pembekal internet.

7. Begitu banyak kelebihan menggunakan CloudFlare ini. Mungkin ada tambahan lagi yang tersembunyi pada perkhidmatan CloudFlare ini.

Jika anda masih samar dengan CloudFlare ini,anda boleh membuat carian dengan Google tentang perkara yang masih samar pada anda. Atau anda boleh tanyakan pada penulis tentang apa yang kurang difahami oleh anda.

Sekian,Assalamualaikum

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img