Penciptaan Virus Terbaru “Flame”

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian,

Virus
terbaru yang dinamakan sebagai “Flame” kini mula merebak ke beberapa
negara maju terutama Iran, Israel, Palestina, Sudan, Lebanon, Arab saudi
dan Mesir. Virus ini dikatakan lebih canggih dan berupaya untuk
melalukan pelbagai jenis serangan pada sesebuah komputer.

Antara kemampuan yang boleh virus Flame lakukan :

Dapat mengambil semua data yang disimpan oleh komputer apabila telah dijangkiti.
Dapat melihat sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah
komputer dengan cara mengambil gambar screen, merakam semua aktiviti
keyboard dan sebagainya.
Dapat mengaktifkan sistem audio komputer, microfon dan mampu untuk mencuri dengar segala berbualan pengguna kompoter.
Mengganggu pengguna lain.
Virus Flame ditemukan pertama kali oleh tim Kaspersky Lab, yang
merupakan suatu perusahaan keamanan komputer di Rusia. Disebabkan
pembinaan virus Flame yang lebih kompleks tiada antivirus yang mampu
mengesan kehadirannya buat masa ini.

Mengikut hasil pembacaan
saya, virus ini hanya mampu dihasilkan oleh negara maju kerana
strukturnya yang lengkap. Sesetengah dari kita ada yang membuat
kesimpulan dengan mengatakan ianya virus yang telah dicipta oleh Israel.

Namun, siapa perekanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya dan
kemungkinan besar, virus ini mampu untuk mewujudkan perang siber.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img