Pelayar Web OMG! Hackers? By Abg Saki

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Setelah seharian membuat pelayar web ini. Akhirnya siap juga. Nama pelayar web ini adalah OMG! Hackers?. Walaupun secara jujurnya ada banyak kelemahan tetapi itulah yang terbaik dapat saya lakukan buat masa ini. Tujuan saya cuma ingin berkongsi idea dengan anda mengenai visual basic ini. Di samping kita boleh buat aplikasi yang suka, ianya dapat membantu kita untuk memudahkan kerja kita. Bagi yang expert dalam visual basic harap dapat memberi teguran membina dan jangan hanya tahu nak kutuk saja. Hee.



Baiklah berbalik kepada aplikasi pelayar web yang saya buat ini. Fungsinya sedikit sahaja iaitu:

  • File Downloader – Boleh memuat turun fail tetapi anda perlu letakkan jenis fail itu seperti .exe , .txt dan sebagainya.
  • Glosari IT – glosari ini di buat berdasarkan entri Glosari Istilah IT Dalam Bahasa Melayu.
  • Calculator – Calculator biasa je la. Bukan scientific tau! Haha.
  • Social Network – Facebook,Myspace, Twitter, Google Plus+ dan banyak lagi.
  • Video – Youtube, PhotoBucket, Google Video dan banyak lagi.
  • Search – Google, Yahoo, Bing dan Aol.

Jangan mengharap yang lebih apabila menggunakannya. Guna hanya untuk suka-suka je. =)

Mahu belajar bagaimana membuatnya? Anda boleh lihat video di laman web Youtube. Banyak tutorial yang disediakan. Hehe.

Ini adalah pautan untuk memuat turunnya : Omghackers Browser-Abg Saki.exe

Warning! Use At Your Own Risk!

p/s: Ini hanyalah saja-saja. Bukan pelayar web official. Anggaplah ini projek main-main. 😛

Sekian.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img