Utama Blog Laman 320

SalingSapa.com : Laman Sosial Indonesia

0

Anda kenal dengan anak muda di atas? Tidak? Beliau ialah seorang anak muda berusia 13 tahun dan berasal dari Indonesia. Beliau bernama Muhammad Yahya Harlan. Apa yang mengejutkan serata dunia ialah apabila beliau telah mencipta sebuah laman sosial mirip Facebook yang diberi nama SalingSapa.com. Sudahlah usianya muda, mencipta pula laman sosial mirip Facebook. Ini sangat mengharukan, dan membanggakan terutamanya kepada ibu dan bapa beliau.

Menggunakan tagline ‘Berteman Dalam Dakwah’, antara ciri-ciri laman sosial indonesia ini ialah:

1. Terdapat menu Al Quran, di mana kita boleh membaca Al Quran dengan tampilan
yang menarik.

2. SalingSapa.com memiliki pelayan (server) sendiri , sehingga pengguna boleh memiliki kawalan penuh dalam hal data-data, serta isi yg di muatnaik. Fail-fail atau isi yg tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam akan dihilangkan secara automatik.

3. Server berada di Jakarta, Indonesia dan tidak terletak di negara-negara barat bukan di luar negeri, sehingga boleh diakses dengan lebih cepat (untuk melihat /memuatnaik gambar atau naskah ) . Cuma memang untuk Video, Saling Sapa masih masih menggunakan perkhidmatan Youtube.

4. Usia kawan-kawan tidak terbatas, sekalipun baru berusia 6 tahun juga boleh mendaftar . Ini berbeza dengan Facebook yang membataskan usia pendaftar.

5. Juga ada menu permainan (Game), akan tetapi permainan yang ada di SalingSapa.com ini lebih disaring (dipantau), dan akan dikembangkan Game-Game yang mengikuti lunas-lunas Islam.

Agaknya myfriends2u.com tak teringin ke nak ikut ciri-ciri Islamik macam ni ya?
Hmm. Mungkin..suatu hari nanti.. Apapun tahniah kepada Muhammad Yahya Harlan kerana berjaya melakukan sesuatu yang dapat dibanggakan oleh ibu bapa, dan kamu juga buat saya kagum atas kepintaran kamu.
Terbaikkk..Mantap gan..

Entri ini telah disunting (edited) dari artikel asal : PANDANG-pandang

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Musique : Penjenamaan Semula Minitunes

0

Jika anda sudah pernah membaca entri mengenai Minitunes, maka anda pasti tahu ia adalah pemain media percuma untuk Linux. Pengguna Windows juga boleh memasang dan menggunakannya, cuma perlu dibayar. Itu sahaja bezanya.

Namun sekarang Minitune sudah dijenamakan semula, kepada ‘Musique‘ dengan mengekalnya versinya iaitu 1.0. Setakat ini saya tidak pernah mencuba di Ubuntu Oneiric, tetapi yang menariknya ia dapat dipasang pada LInux Mint (versi 11, Katya yang sedang saya gunakan sekarang).

Di bawah ini ialah contoh paparan skrin Musique 1.0 pada Linux Mint 11:

Ringkas tetapi berkuasa, jika anda rindukan Winamp Media Player pada Windows, saya sarankan anda mencuba Musique kerana ia tidak seperti pemain media/muzik Linux yang lain. Bunyi yang dihasilkan adalah memuaskan hati dan setanding dengan perisian berbayar Windows.

Jika anda menggunakan Ubuntu atau Linux Mint, pasang Musique melalui Terminal dengan baris perintah seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install musique

Kredit kepada Webupd8 atas PPA yang telah disumbangkan.
Oh ya. Lupa hendak beritahu, yang banyak bugs telah diperbaiki, sebagai contoh jika dulu anda tidak boleh melajukan (fast forward) lagu yang sedang dimainkan, kini tidak lagi! Jadi jangan lupa mencuba pemain muzik ini ok!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ikon Tema Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Yang Baru?

0

Canonical mengumumkan akan ada ikon tema baharu yang bakal dibuat untuk Ubuntu 12.04 Precise Pangolin.
Akan tetapi tiada maklumat terperinci yang diperolehi. Namun berikut saya tunjukkan beberapa paparan skrin yang diperolehi dari laman Webupd8:

Kalau beginilah rupa bentuk ikon tema Ubuntu 12.04, tak teragak-agak untuk Mr.Hac bertukar kepadanya kembali! Cantik betul! Psssttt..tapi masih sayangkan Linux Mint!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Anda Adalah Seorang ‘Geek’, Gila Komputer, Ketagih Internet Bila…

0

Pernahkah anda terfikir bahawa anda melihat orang lain sebagai seorang yang ‘gila komputer’?
Sedar atau tidak sebenarnya anda sama sahaja? Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan ‘gila komputer’ ini..

1. Jika anda merupakan seorang blogger, maka perkara pertama yang anda fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah ‘Entri apa aku nak update hari ni?’

2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer dan bukan menghala ke muka beliau.

3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!

4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web, anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.

5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, menuju ke Google dan taip, ‘What is bla bla bla’ atau ‘How to bla bla bla’.

6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan tentang pendapat anda mengenai dunia IT.

7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.

8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.

9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis tonton. Yang lain buat pekasam.

10. Makan komputer, minum komputer, main komputer, tidur komputer, mandi pun komputer! Teruk dah ni!

Haha..Kita skip artikel serius-serius hari ini ok. Nak yang serius baca yang lepas-lepas atau tunggu je esok-esok..
Anda ada tanda-tanda seorang ‘geek’ seperti di atas? ^^

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Download Di 4shared.com Sebagai Premium? Bypass Masa Menunggu?

0

Atas cadangan dari pembaca yang bernama dewa19 dewa92, Mr.Hac cuba godek-godek pelbagai script untuk Greasemonkey dari userscripts.org dan setelah beberapa ujikaji dibuat, Mr.Hac berjaya memuat turun (download) fail dari laman 4shared tanpa perlukan sebarang akaun premium!
Tiada lagi masa atau waktu menunggu (bypass 4shared waiting time).

Anda cuma perlukan 5 perkara untuk menjayakannya iaitu:

1. Script 4shared download delay bypass

2. Addon Greasemonkey

3. Semestinya pelayar Firefox

4. Addon DownThemAll

5. Otak beserta akal fikiran yang kachak waras

Apa yang anda perlu lakukan cuma pasangkan Addon DownThemAll dan Greasemonkey pada pelayar Firefox anda. Kemudian pasang pula userscript 4shared download delay bypass dengan menekan butang Install pada laman web yang berkenaan (userscript.org). Err..Siap!

Apabila anda mahu memuat turun satu-satu fail, ia akan terus menuju ke laman muat turun dan akan keluar paparan seperti ini:

Anda cuma perlu klik kanan pada pautan yang diberikan dan pilih ‘Save Link with DownThemAll!‘.

Buktinya seperti di bawah:

Selesai! Selamat Mencuba!

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu False Linking dan Cara Melakukannya?

0

False Linking atau Fake Shortcut ialah satu kaedah atau cara untuk menyembunyikan sesuatu fail/program (kebiasaannya Trojan) dalam fail lain dengan extension berbeza. Ia lebih kurang sama dengan Steganography, cuma cara perlaksanaannya agak sedikit berbeza.

Dalam tutorial kali ini, Mr.Hac ingin mendedahkan kepada anda betapa bahayanya False Linking ini jika sistem sekuriti komputer anda lemah, seperti Firewall yang tidak dihidupkan, atau perisian antivirus yang tidak dikemaskini secara berkala.

Maaf. Sememangnya Mr.Hac mahu buat tutorial ini dengan gambar sendiri. Tapi memandangkan hanya di pejabat sahaja Mr.Hac menggunakan Windows, maka anda tatapilah tutorial ini melalui video. Jika Mr.Hac rajin, di kemudian hari barulah dibuat tutorial bergambar. Kalau rajinlah! Haha!
Dalam tutorial ini, anda perlukan 3 perkara iaitu:

1. Sistem Operasi Windows
2. Server Keylogger/RAT (extension exe)
3. Akal fikiran dengan IQ yang boleh tahan cun. Kalau dah corrupt cepat-cepat ganti CPU.
32bit pun dah cukup. Wkwkwkwkwkw!

Cara Menyembunyikan Fail Melalui Pintasan Palsu:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

(Demo) Gerix WiFi Cracker

0

Jika sebelum ini anda sudah membaca mengenai Fern WiFi Cracker, iaitu satu tool berbentuk GUI bagi perisian Aircrack-NG yang boleh dipasang pada Ubuntu, kini saya ingin memperkenalkan dengan satu lagi GUI bagi Aircrack-NG iaitu Gerix WiFi Cracker. Seperti Fern, Gerix juga adalah tool untuk menggodam WiFi yang telah dipasang secara lalai dalam sistem operasi BackTrack (4). Jadi tak payah tanya banyak-banyak sangat, jom kita tengok demo dulu ok!

Kalau nak lagi jelas sila tonton dengan skrin penuh. Amacam? Menarik kan?

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Malique & Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu (Video)

0

Video ini ialah video rasmi dari Qarma Musiq Sdn. Bhd kepunyaan Malique sendiri. Jadi tak perlu risau lagi, ia tak akan dipadam sampai bila-bila. LOL..Dengarnya dia buka syarikat ini di Bali. Sajalah nak share video ni sebab lagu baru Malique ni liriknya menarik! Hahah!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Zero Day Attack?

0

Zero Day Attack/Threat/Exploit ialah sejenis ancaman komputer (computer exploit) yang mengambil kesempatan ke atas satu-satu loophole/vulnerability yang baru ditemui sebelum ianya dibaiki oleh pembangun/pengaturcara perisian, atau sebelum mereka menyedari kewujudan loophole tersebut.

Zero Day Exploit biasanya digunakan atau dikongsikan kepada pengguna biasa/akhir oleh para penyerang sebelum tampalan (patch) untuk perisian-perisian berkenaan dibuat.

Disebabkan inilah antivirus moden kebanyakannya mempunyai ciri-ciri HEURISTIK, iaitu kebolehan untuk mengesan sesuatu ‘corak’ ancaman sebelum ianya berjaya dikesan dan dibaiki. Namun, ianya masih tidak mampu menyekat kemaraan eksploitasi jenis ini dari merebak kerana akan sentiasa ada orang yang berjaya mengesan sesuatu kelemahan dalam sistem operasi sehingga ia berjaya dimanipulasi untuk tujuan-tujuan tertentu.

Antivirus akan memberitahu kepada anda bahawa sebelum dan selepas imbasan, komputer anda adalah bersih dari anasir tidak baik sedangkan anda sebenarnya sudah dijangkiti oleh eksploitasi dari penggodam.

Lihat senarionya begini. Terdapat kelemahan-kelemahan sekuriti (security vulnerabilities) pada Windows yang masih belum ditemui, yang mana ia mungkin terhasil dari pengaturcaraan yang silap (Sistem Operasi lain juga ada, cuma berbeza tahap kelemahan sahaja). Jika tiada sesiapa yang tahu akan kewujudannya, maka ia bukanlah ancaman yang perlu ditangani dengan segera, kerana penggodam tidak akan dapat memanipulasi sesuatu yang mereka tidak tahu.

Di luar sana terdapat ramai pengaturcara-pengaturcara yang berhubung dengan Microsoft, yang akan mencari kelemahan-kelemahan ini dan merahsiakannya dari pengetahuan umum supaya penulis-penulis virus tidak akan dapat mencipta eksploit dari kelemahan tersebut. Sebaliknya mereka akan memaklumkan kepada Microsoft supaya dapat dibuat tampalan ke atasnya dan ia akan dimuat turun melalui proses kemaskini sistem (system update) yang seterusnya. Kebiasaannya sebagai galakan kepada Microsoft untuk memperbaiki kelemahan atau kesilapan tersebut, mereka akan memberi tempoh, sebagai contoh 60 hari kepada Microsoft untuk menghasilkan tampalan sebelum mereka memberitahu kelemahan tersebut kepada umum (they made em’ public).

Namun, jika penulis-penulis virus yang menemui kelemahan sekuriti itu terlebih dahulu, maka berkemungkinan besar sistem operasi sudahpun dijangkiti oleh malware apabila mereka melepaskan malware secara terbuka kepada umum. Jika ia ditemui tanpa pengetahuan mereka sebelum terdapatnya tampalan atau pembaikan, oleh itu Microsoft cuma mempunyai kosong-hari untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Dari situlah Zero Day Attack/Exploit/Threat mendapat namanya!

Views: 17

Iklan Newspaper Inline