Musique : Penjenamaan Semula Minitunes

Jika anda sudah pernah membaca entri mengenai Minitunes, maka anda pasti tahu ia adalah pemain media percuma untuk Linux. Pengguna Windows juga boleh memasang dan menggunakannya, cuma perlu dibayar. Itu sahaja bezanya.

Namun sekarang Minitune sudah dijenamakan semula, kepada ‘Musique‘ dengan mengekalnya versinya iaitu 1.0. Setakat ini saya tidak pernah mencuba di Ubuntu Oneiric, tetapi yang menariknya ia dapat dipasang pada LInux Mint (versi 11, Katya yang sedang saya gunakan sekarang).

Di bawah ini ialah contoh paparan skrin Musique 1.0 pada Linux Mint 11:

Ringkas tetapi berkuasa, jika anda rindukan Winamp Media Player pada Windows, saya sarankan anda mencuba Musique kerana ia tidak seperti pemain media/muzik Linux yang lain. Bunyi yang dihasilkan adalah memuaskan hati dan setanding dengan perisian berbayar Windows.

Jika anda menggunakan Ubuntu atau Linux Mint, pasang Musique melalui Terminal dengan baris perintah seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install musique

Kredit kepada Webupd8 atas PPA yang telah disumbangkan.
Oh ya. Lupa hendak beritahu, yang banyak bugs telah diperbaiki, sebagai contoh jika dulu anda tidak boleh melajukan (fast forward) lagu yang sedang dimainkan, kini tidak lagi! Jadi jangan lupa mencuba pemain muzik ini ok!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img