Bagi mereka yang menggunakan sistem operasi Windows, pemasangan JDownloader adalah mudah kerana hanya perlu klik dua kali pada pemasang exe dan klik next-next dan next sehingga selesai. Tapi macam mana pula hendak memasangnya pada Ubuntu atau Linux Mint ya?
Mudah sahaja. Ikuti tutorial ringkas di bawah. Mr.Hac sudah cuba ia pada Ubuntu 11.04, 11.10 dan Linux Mint 11. Tiada masalah.
1. Buka Terminal, tambah repository JDownloader:
sudo add-apt-repository ppa:jd-team/jdownloader
2. Kemaskini OS anda:
sudo apt-get update
3. Pasang JDownloader:
sudo apt-get install jdownloader
Paparan skrin selepas selesai pemasangan dan ketika Mr.Hac mahu membukanya:
JDownloader mengemaskini perisiannya. Anda cuma perlu klik ‘OK’ sahaja untuk kesemua paparan tetingkap yang terbuka.
Hahah. Jangan marah aaa. Mr.Hac berkejar entri ni sebab nak balik kampung dah. Raya la katakan!
Kepada para guest author, tolong update dan cover bab Windows ya!
Ok. Nak jadikan cerita, Clementine adalah antara pemain muzik terbaik yang ada untuk Linux selain Banshee, Amarok, Rhythmbox dan sebagainya.
Berikut Mr.Hac berikan cara untuk pasangnya (install) pada Ubuntu dan Linux Mint, terutamanya untuk Ubuntu 11.10 kerana setakat ini masih belum ada lagi fail pemasang .deb untuk versi tersebut.
1. Tambah repository Clementine. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:
Untuk Ubuntu 11.10, seperti biasa anda perlu tekan kekunci ENTER untuk menambahnya. Ia sedikit berbeza dengan memberi pilihan kepada kita berbanding versi Natty Narwhal dan sebelumnya.
2. Kemaskini OS anda:
sudo apt-get update
3. Pasang Clementine:
sudo apt-get install clementine
Dapat dilihat pada paparan skrin di bawah, anda mempunyai pilihan untuk memasangnya atau tidak dan diberitahu juga berapa jumlah ruang cakera keras yang diperlukan (13.1 MB). Taip ‘y‘ dan tekan kekunci ENTER.
SELESAI. Berikut adalah paparan skrin Clementine pada Ubuntu Oneiric Ocelot 11.10. Selamat mencuba!
Tuxcut dan Next-butt Netcut secara zahirnya lebih kurang sama. Sila cari artikel mengenai Netcut dalam blog ini (gunakan kotak carian ya). Memang sebelum ni Mr.Hac nak buat artikel mengenai Tuxcut, kerana apabila lihat kata kunci yang sampai pada blog sebelum ini ialah ‘cara install tuxcut pada ubuntu 11.10‘. Ahhh.. Aneh sekali! Ntah bila Mr.Hac tulis artikel tu!
Tapi tak mengapa. Memandangkan bro Najashark sudah buat terlebih dahulu artikelnya di sini -> Tuxcut, Alternatif kepada Netcut untuk Linux, jadi Mr.Hac ambil sajalah ya. Benda dah ada kan! Credit goes to him.
Menurut Naja, perisian ini digunakan untuk memantau klien-klien “haram” yang berada dalam rangkaian dan memutuskan sambungan mereka dengan serta-merta. Ya. Lebih kurang sama dengan Netcut. Cuma kelebihan Tuxcut ialah ia mempunyai sistem pertahanan sendiri dari serangan ARP Poisoning berbanding Netcut yang perlukan perisian ‘Anti-Netcut’.
Lexa Download Manager untuk Linux ini dibangunkan oleh inashdeen dari Malaysia (Hebat!). Aplikasi ini menggunakan axel (keterbalikkan dari perkataan Lexa) sebagai enjin asasnya dan menggunakan pengaturcaraan BUC. Pembangun telah mengeluarkan versi 2.0 beta yang memaparkan fungsi lebih banyak dari versi yang sebelumnya.
Pemasangan Lexa amat mudah. Anda cuma perlu muat turun fail pemasangnya di sini -> Lexa DM
Ekstrak fail zip yang telah dimuat turun, buka folder lexa-download-manager-beta-2.0 dan cari fail ‘lexa’. Klik kanan padanya, pilih Properties -> Permissions dan tandakan pada ‘Allow executing file as program‘.
Paparan skrin ketika proses penggunaan:
Secara peribadi Mr.Hac lebih sukakan DownThemAll kerana ia lebih menyerupai IDM. Namun anda boleh mencubanya sendiri dan rasakan perbezaannya.
Salam semuanya. Lama benar saya tidak menulis di sini. Busy sikit dengan exam. Minta maaf Tuan Besar, Mr Hac. Serta tidak lupa juga, selamat datang kepada penulis jemputan yang baru! Welcome welcome! 🙂
Baiklah, terus kepada pointnya. Pernahkah anda mencari file yang anda ingini, namun gagal mendapatkannya kerana hal-hal seperti link untuk download dah tak berfungsi, file dah dipadam, dan macam-macam lagi. Tentu sahaja pernah bukan?
Disini, saya akan menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan file yang anda ingini dari dalam site dengan cara yang mudah dan berkesan. Bukan sahaja berkesan, malah mungkin sekali 150% berkesan!! Okey, bagi yang dah tahu, kita tahukan lagi ya? 🙂
Baiklah, kita teruskan. File-file yang saya maksudkan itu adalah file-file yang telah diuploadkan ke dalam P2P server. Contohnya MediaFire.com, MegaUpload.com, dan macam-macam lagi. Sebagai contoh, saya ingin mencari Crack file bagi perisian Adobe Photoshop CS5, dan mencari file itu tidak lagi menjadi masalah.
Diingatkan sekali lagi, saya mencari Crack bagi perisian Adobe Photoshop CS5. Apa yang anda harus buat adalah hanya tambahkan perkataan “site:mediafire.com” di belakang search key anda.
Contoh :
“adobe photoshop cs5 crack site:mediafire.com”
Setelah anda menekan butang Enter, maka akan terkeluarlah segala macam file yang berkaitan dengan apa yang anda search. Sebanarnya cara ini lebih memudahkan anda untuk mencari file yang diingini dari site yang anda masukkan.
Semoga ilmu ini dapat membantu anda yang diluar sana! Salam! 🙂
Tutorial kali ini ringkas sahaja. Mulanya Mr.Hac mahu memainkan lagu dalam Banshee. Tetapi tiada bunyi pula yang keluar. Banshee tetap dilancarkan, tetapi lagu tidak ‘jalan’. Ah. Rupa-rupanya ada yang hilang. Plugins ada yang kurang. Mari kita tambah!
Buka Terminal seperti biasa dan masukkan baris perintah berikut satu demi satu:
Entri ini ditulis adalah untuk memenuhi permintaan pada pembaca blog yang sekarang sudah melangkah masuk ke dunia Linux. Tahniah diucapkan!
Sebenarnya senang sangat nak pasang (install) Wine pada Ubuntu tak kiralah anda pakai versi 11.04, 11.10 atau versi sebelumnya. Cuma untuk versi sebelum itu mungkin hanya baris perintah sahaja yang sedikit berbeza. Siapa antara anda yang masih menggunakan Ubuntu 10.10 (The Perfect 10!) ke bawah? Ni mesti otai ni..
Ok let’s move on.
1. Buka Terminal, masukkan baris perintah di bawah:
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa
Di atas ialah paparan skrin untuk Terminal Ubuntu 11.10. Jika anda mahu menambah repository, anda perlu menekan kekunci ENTER terlebih dahulu. Jika ia seperti paparan skrin di atas bermakna ia tiada masalah.
2. Seterusnya kemaskini:
sudo apt-get update
3. Kemudian pasangkan Wine:
sudo apt-get install wine
Melalui paparan skrin di atas dapat dilihat akan pilihan sama ada anda mahu memasangnya atau tidak dan diberi tahu sekali berapa ruang cakera keras yang diperlukan (278MB). Anda cuma perlu taip ‘y‘ dan tekan kekunci ENTER.
Sila ikuti pilihan seperti paparan GUI di bawah setelah ia terpapar:
Sinopsis: Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
Assalamualaikum semua. Yeah. Kinda blur. Tak tahu nak mulakan dari mana. Apapun hanya nak maklumkan, entri dalam blog ni memang bercampur aduk baik dari tips komputer, tips hacking, tutorial, artikel mengenai IT, dan yang terbaru ialah Linux. My Hackers Are Here kini mempunyai 8 orang penulis jemputan dan mereka ialah Analyzer, pd0sh, eOneZack, katakmalaya, TheKayrane, Janjangz, pr67am dan yang terbaru ialah n00bster. Pada asalnya Mr.Hac mahu meminta kepada mereka ini untuk cover tajuk-tajuk berkaitan Windows, perisian, hacking, dan seumpama dengannya, kerana rata-rata dari mereka tidak pernah menggunakan Linux. Jadi bolehlah Mr.Hac cover topik-topik berkaitan Linux dan kemudian lengkaplah blog ini menjadi satu blog IT yang sempurna (tidak terhad kepada hacking sahaja). Namun rata-rata dari mereka juga adalah pelajar kolej, universiti dan IPTA sekitar negara di mana kemudahan internet dan masa adalah terhad. Mahu atau tidak, suka atau tidak, Mr.Hac kena juga cover kesemua topik. So, lets move on..
Jadi apakah anonymity?apa yang dimaksudkan sebagai anonymity itu? Bak kata pr67am, ini adalah salah satu cabang ilmu yang paling Mr.Hac gemari (Wah..betul-betul memahami ko ye?). Anonymity ialah salah satu SILIBUS mata pelajaran dalam kursus Certified Ethical Hacker (CEH). Mengapa ia begitu PENTING sehingga menjadi salah satu mata pelajaran selain Information Gathering, Penetration Testing, Password Hacking dan sebagainya?
Ini adalah kerana walaupun Anonymity antara mata pelajaran terakhir yang diajarkan, akan tetapi ia adalah PERMULAAN wajib bagi setiap penggodam sebelum melakukan kerja-kerja mereka. Setelah mereka selesai belajar bagaimana mahu melakukan aktiviti penggodaman, mereka akan didedahkan pula bagaimana aktiviti itu tadi boleh DIJEJAK kembali dan akhirnya menuju kepada si penggodam.
Begitulah sekitar peri pentingnya akan Anonymity ini.
Sebab itu dalam begitu banyak entri, Mr.Hac memberi ‘sedikit’ lebih penekanan terhadap aspek pelayaran internet ‘tanpa nama’ atau anonymous web browsing. Kerana segala yang anda lakukan dalam talian adalah tidak selamat. Ya. Benar. Tidak selamat selagi ‘nama’ anda terpampang pada setiap laman web yang dilawati. ‘Nama’ yang dimaksudkan itu ialah alamat IP, dan juga Cookies.
Untuk penerangan yang lebih terperinci mengenai hal ini, anda boleh muat turun e-book Anonymous Surfing yang telah ditulis oleh Mr.Hac.
Kita akan jumpa lagi pada entri akan datang dengan kupasan lanjut mengenai hal ini.
Bagi para ‘master’, mungkin ini permainan biasa kerana dalam Ubuntu dari versi terawal lagi sudah wujud kesan visual seperti ini. Tetapi sejak versi Natty Narwhal dilancarkan, kesan desktop cube dilihat agak sukar dibuat kerana ada yang mengatakan Unity akan ‘crash’, ‘hilang’ dan sebagainya. Namun tidak mengapa. Anda boleh baca serba sedikit ‘perjalanan’ Mr.Hac dalam menghidupkan 3D Desktop Cube Effect @ 3D Desktop Environment pada Ubuntu Oneiric Ocelot 11.10.
Apapun untuk memeriksa sama ada sistem anda menyokong kesan visual Compiz atau tidak, cuba masukkan baris perintah di bawah ke dalam Terminal:
/usr/lib/nux/unity_support_test -p
Jika hasilnya seperti di atas, semua jawapan adalah ‘yes’, maka ia bakal berhasil.
1. Pertama sekali, untuk Ubuntu mula dari versi Natty Narwhal (11.04) dan kemudian versi terbarunya Oneiric Ocelot, anda perlu pasangkan CompizConfig Settings Manager. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:
2. Kita akan buat kesemua tetapan melaluinya. Kemudian pasangnya Synaptic Package Manager. Masukkan baris perintah berikut ke dalam Terminal:
sudo apt-get install synaptic
3. Buka Synapctic Packages Manager dan taipkan ‘compiz extra’ pada kotak carian. Pasangkan pakej yang belum dipasang (bertanda kotak putih). Kotak berwarna hijau bererti ia telah siap dipasang.
4. Buka CompizConfig Settings Manager, pergi kepada General Options -> Desktop Size. Tetapkan Horizontal Virtual Size kepada 4, dan yang lain-lain kepada 1. Ini akan mewujudkan kesan 3D untuk desktop anda.
5. Pergi kepada Desktop, tandakan Desktop Cube dan Rotate Cube. Anda perlu ‘terima’ semua tetapan yang dicadangkan selepas menanda kedua-duanya. Ingat, ‘Ubuntu Unity Plugin’ perlu ditandakan. Jika tidak, anda akan kehilangan paparan Unity.
6. Mulai semula (Restart) komputer anda. Katakanlah anda melihat kesemua yang ada pada sistem jadi kucar kacir, contohnya bar (dock) Unity hilang, sila buka Terminal dengan menekan kekunci Ctrl+Alt+T dan taipkan ccsm untuk membuka CompizConfig Settings Manager. Tandakan Window Decoration, Move Window, dan Resize Window. Serta jangan lupa Ubuntu Unity Plugin.
7. Wal-lah! Sekarang anda boleh cuba kesan 3D desktop anda! Tekan kekunci Ctrl+Alt dan klik kiri pada tetikus.
8. Untuk jadikan ia lebih menyerlah, tukar keempat-empat wallpaper desktop anda.
Jawapan yang sesuai -> Google.
9. Klik pada icon ‘Desktop Cube’, pergi kepada tab ‘Transparent Cube’, dan ubah ‘Opacity During Rotation’ kepada nilai yang anda sukai. Ini untuk menjadikan kiub yang terhasil itu seakan-akan pandang tembus. Transparent la katakan! Aih..payah. Ok then, yang lain-lain tu pandai-pandai lah godek sendiri ya! Tengok gambar kat bawah, ada rasa ‘jaki’ tak?
Ini pula gambar paparan skrin setelah Mr.Hac tukar keempat-empat Workspaces dengan wallpaper yang berbeza:
Wahaha! Selamat bereksperimentasi! Tak sia-sia Mr.Hac install Ubuntu balik!
Mr.Hac: Rasanya tetapan yang sama boleh digunakan pada Linux Mint, tapi Mr.Hac belum cuba lagi. Adik Ubuntu la katakan!
Jika anda buat tak jadi (tak tahulah apa masalah anda), buka Terminal dan masukkan kesemua baris perintah di bawah untuk ‘membuang’ tetapan dari CompizConfig Settings Manager dan kembalikan kepada tetapan asal.
UPDATE: Mr.Hac dah cuba pada Linux Mint 11. Tiada masalah! 100% berkesan dan berhasil. Langkahnya adalah sama dengan tutorial di atas kecuali tiada ‘Ubuntu Unity Plugin’. itu sahaja bezanya. Dan tak lupa juga Linux Mint tak perlu lagi pasang CompizConfiz Settings Manager kerana ia sudah sedia ada.
Paparan skrin Linux Mint 11 dengan 3D Desktop Cube: