Utama Blog Laman 316

IDM Untuk Ubuntu/Linux Mint : SKDownloader

0

IDM ialah salah satu daripada download manager yang paling popular dan paling banyak digunakan. Namun yang tidak seronoknya IDM bukanlah cross platform software dan hanya menyokong sistem operasi Windows sahaja. Namun, untuk para pengguna Linux khususnya Ubuntu dan Linux Mint, tahukah anda selain JDownloader dan DownThemAll, terdapat satu lagi download manager pilihan Mr.Hac untuk digunakan atau diujicuba iaitu SKDownloader.

Apa yang bagusnya tentang download manager ini? SKDownloader bercirikan download accelerator dan juga bit torrent client dalam masa yang sama. Ini bererti selain mampu memuat turun fail-fail dari laman perkongsian seperti Mediafire, ia juga mampu untuk memuat turun fail dari laman Torrent seperti Torlock, The Pirate Bay dan sebagainya dengan menggunakan fail metadata (.torrent) yang dimuat naik pada laman tersebut.

Ia tersedia untuk sistem operasi Linux dan juga Windows. Cara pemasangannya amat mudah. Ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Muat turun fail pemasangnya di sini -> Linux

2. Buka Terminal, arahkan ke direktori muat turun. Jika anda muat turun fail itu tadi ke dalam folder berjudul ‘Softwares’, maka arahkan begini:

cd Softwares

3. Kemudian pasangkan SKDownloader dengan baris perintah di bawah:

sudo sh ./skdownloader_linux_installer.sh

Nota: Anda cuma perlu klik Next-Next dan Next sehingga selesai pemasangan. Untuk mengintegrasikannya dengan Firefox, sila klik pautan di sebelah untuk memasang Addon/Extension khusus untuk download manager ini: Firefox SKDownloader Extension

Sekitar paparan skrin:

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Anonymity Penting Kepada Semua orang?

0

Dalam pos entri yang lepas, kita ada membincangkan beberapa jenis kelengkapan yang biasa digunakan untuk Anonymity. Kali ini kita akan membincangkan pula akan kepentingan Anonymity bukan sahaja kepada penggodam tetapi kepada semua orang yang melayari internet. Bagi pemula, tajuk ini mungkin sedikit membingungkan. Oleh itu Mr.Hac menyarankan kepada anda untuk memuat turun e-book yang telah ditulis oleh Mr.Hac di sini -> Anonymous Surfing

Anonymous web browsing atau pelayaran internet ‘tanpa nama’ bukanlah istilah yang Mr.Hac cipta. Tetapi ia telah lama ada dan wujud sebagai salah satu silibus mata pelajaran Certified Ethical Hacker. Jika diteliti kembali akan subjek ini, terdapat dua matlamat utama dalam Anonymity iaitu melayari dalam internet tanpa meninggalkan jejak dan juga menyembunyikan alamat IP dari setiap laman web atau mana-mana ‘tempat’ yang dilawati.

Berikut adalah beberapa sebab-sebab utama mengapa anda perlu menyembunyikan alamat IP:

1. Alamat IP anda membolehkan penggodam menyusup masuk ke komputer anda.

2. Penggodam boleh mengakses kandungan peribadi pada komputer anda untuk mendapatkan akses kepada nombor kad kredit anda, akaun bank, kata laluan yang tersimpan untuk laman-laman web dan banyak lagi.

3. Pencuri identiti dapat mengesan aktiviti anda dan membina profil kepenggunaan internet anda.

4. Menyembunyikan alamat IP boleh membuatkan pembekal enjin carian berhenti/tersekat daripada mengumpul dan merakam maklumat tentang sejarah (history ) internet anda dan kebiasaan carian, dan membocorkan maklumat tersebut kepada orang lain.

5. Orang yang mempunyai rekod alamat IP anda, boleh gunakan ia untuk menyekat anda daripada menyertai dalam laman-laman tertentu seperti forum, atau laman permainan atas talian.

6. Maklumat peribadi anda boleh digunakan untuk menghantar spam dan junk email oleh marketer yang telah mengumpulkan maklumat tentang minat anda dan mengetahui alamat IP anda.

Dipetik dari : E-Book Anonymous Surfing

Dapatlah dilihat disitu akan betapa pentingnya menyembunyikan IP anda dari dipaparkan secara terang kepada semua. Jika anda tidak suka nombor telefon dan alamat rumah anda dipaparkan secara umum, jadi mengapa lakukannya dalam talian?

Jika anda tidak tahu bagaimana mahu menyembunyikan IP, tidak mengapa. Anda boleh rujuk artikel-artikel lama di sini (Arkib bulan 6 2011). Buat masa ini, gunakanlah Private Browsing atau Incognito Mode pada pelayar web anda agar Cookies pada setiap lama web tidak tersimpan dengan membuta-tuli.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Winamp Untuk Ubuntu

0

Buat sesiapa yang menggunakan Ubuntu khususnya Ubuntu versi terbaru iaitu 11.10 Oneiric Ocelot, pastinya anda merindui Winamp. Khas untuk anda, sebuah pemain muzik yang setara sifatnya dengan Winamp, iaitu Audacious.

Paparan skrin Audacious dengan GUI Winamp Classic:

Paparan skrin Audacious dengan GUI GTK:

Audacious ialah sebuah pemain muzik yang bersaiz kecil, menggunakan memori yang rendah, dan mempunyai kualiti pengeluaran bunyi yang terbaik berbanding pemain muzik yang lain. ia mempunyai dua paparan antaramuka iaitu GTK dan paparan seakan Winamp Classic.

Apa yang menarik mengenai Audacious ialah ia mempunyai paparan yang ringkas, mudah difahami meskipun oleh pemula, dan boleh menggunakan skin dari Winamp.

Untuk memasangnya pada Ubuntu anda, buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install audacious

Ini akan memasangkan versi terbaru untuk Audacious. Terima kasih kepada Webupd8 untuk sumbangan PPA.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

1000 Penghargaan, 1000 Kesyukuran

0

Nampaknya sudah genap 1000 pengikut (followers) blog My Hackers Are Here. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada semua atas sokongan yang diberikan. InsyaAllah kami akan memberikan yang terbaik buat anda semua dengan menambah baik kualiti artikel.

Seperti yang dicadangkan dulu, cukup 1000 kita buat baju T. Amacam? Setuju?
Siapa nak tolong create design? Heee..^^

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Malu La Sikit Dengan Perempuan Ni!

0

Salam. Lama kita tak bersua. Tapi bila bersua Mr.Hac mencuka. Hahaha. Damn. Mr.Hac sebenarnya agak terkesan dan terkedu dengan sikap sesetengah dari kita yang MALAS, dan tak mahu berganjak dari takuk lama. Ya. Bukan salah anda kerana anda buka mata saja, sudah sedia disaji hidang dengan sistem operasi yang namanya Windows. Tak tahulah bagi anda, tapi Mr.Hac mula mengenali Windows sejak dari versi 98 kemudian segera beralih ke XP. Tapi kedua-duanya sama, hanya digunakan untuk games! Ya lorrr. Umur masih muda la katakan masa tu! Sori. Takde intro hari ni. Ini entri terjah namanya..

Ok..Tapi bila dah mula kerja, sedikit demi sedikit Mr.Hac mengorak langkah untuk mencuba sesuatu yang baru. Tak rugi mencuba kalau benda tu beri faedah. Percuma pula. Siapa nak bagi kan?
Pada mereka yang masih di takuk-takuk LAMA tu, pada mereka yang masih mahu menyambung legasi kelanunan yang tidak berkesudahan, maka silakan. Tapi tolong malu sikit dengan perempuan dalam video di bawah ni. Dia sendiri dah lama menggunakan UBUNTU (Linux) dan tengok sikit pada kesan visual (efek) yang telah beliau lakukan pada desktop beliau. Ish. Segan nak cakap. Anak melayu tolong bangun dari kemalasan anda sekarang!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

CD/DVD Burning Terbaik

0

Salam…

NERO… siapa yang tak kenal? Kecualilah anda berfikir Windows adalah tingkap rumah orang kaya. Sah… anda tuli + buta IT! Nero dan Windows sudah terlalu sinonim berabad dalam satu komputer. Nero umpama ‘mitos’ dan sifat manusia selalunya angguk pada mitos. Yang di namakan mitos kononnya itulah terbaik dan terhebat. Padahal anda cuma di liurkan tentang kehebatannya sehingga membaculkan akal untuk mentafsir unsur luar minda. Ya… Tidak di nafikan Nero adalah pembakar CD/DVD (burning) terbaik tapi itu cumalah tarbiyah paling munasabah di zaman Pak Kadok dulu.

Hari ini sudah terlalu banyak alternatif pembakar cd/dvd yang di lahirkan oleh bijak pandai antarabangsa. Satu antaranya yang kita gunapakai dari dulu sampai sekarang adalah 7Burn. Kalau setakat membakar (burning) cd/ dvd rasanya 7Burn sudah di kira dalam kelas paling hebat. Tanpa risau dengan plugins yang berserabut, bersama gerak kerja cekap, paparan muka yang ramah, kelajuan masuk akal… apa lagi ada pada Nero yang hendak anda ego kan!

Nero lite yang di anggap paling ringan pun bersaiz 32.4MB sedangkan 7Burn versi pemasangan cuma 4.15MB sahaja. Itu belum lagi diambil kira pasca pemasangan pastinya Nero yang berserabai dengan plugins sana-sini… adoi! semakin menyendatlah jawabnya encik abang oii! Selain menjimatkan kapasiti ruang cakera keras, 7Burn juga di yakini amat ringan dan santai seumpama pinang dibelah dua dengan ram bawah 1Gb. Kalau anda sekadar pengguna IT biasa, rasanya 7Burn sudah cukup sempurna untuk memenuhi tututan tatakerja. Lainlah kiranya anda lagak komposer yang banyak kuit-kiut editing… sememangnya 7Burn tiada fungsi tersebut.

7Burn di datangkan secara percuma dalam versi pemasangan (installer) dan mudahalih (portable). Ianya juga menyokong : CD-R, CD-RW, DVD ROM, DVD-RDVD-RAM, DVD+R, DVD+RW, DVD+R Dual Layer, DVD-RW, DVD-RW Sequential, DVD-R DL Sequential, DVD-R Dual Layer, DVD+RW DL, HD DVD-ROM, HD DVD-R, HD DVD-RAM, Blu-ray DVD (BD-ROM), Blu-ray media Sequential, Blu-ray media, Blu-ray Rewritable media. Ah… ha! Tampak sempunakan? Dan jangan lupa terlebih dahulu anda MESTI pasang NET Framework 3.5 atau keatas. Biasanya Windows 7 memang sudah tersedia di dalam kemaskininya. Dan untuk pengguna Windows XP tidak di abaikan. Anda boleh memacu CDBurner XP sebagai jagoan…

Jom… kita ambil alih zaman! Kenapa nak peluk gunung kalau dah tahu tangan tu pendek. Ukur baju di badan pc dulu sebelum nak tegak benang basah barulah pc anda terawat dari simptom hang, semput, demam panas dan batuk-batuk. Anda berhak mendapatkan yang terbaik dengan syarat gunakanlah akal dengan baik-baik…

Sekian.

7Burn (untuk Windows 7)
CDBurner XP (untuk Windows XP)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

USB Disk Security 6.1.0.432 : Kemaskini

0

Salam…

Sekadar berkongsikan makluman terkini, USB Disk Security v6.1.0.432 baru saja diluncurkan awal Oktober 2011 yang lalu. Agak lewat sedikit tapi anda kena faham dengan ‘barangan bundle’. Bukannya mudah melolosi onak duri jalan tikus sebelum sampai ke sini. Selepasnya di kuarantin dahulu untuk ujicuba tingkahlaku dan tahap kesihatannya. Dan selepas seminggu ujicuba… barulah rasanya sudah layak untuk kita sampaikan ke tangan anda.

Melihat dan menilai pada USB Disk Security versi terkini… Semacam hanya satu propaganda lebih sudu dari pembuatnya. Rasanya tiada langsung pembaharuan samada dari tetapan (setting), paparan muka (interface) dan fungsinya. Entahlah… kenapa di namakan new version? Yang terleleh dari otak kita adalah ini cuma startegi orang berdagang. Dengan lahirnya versi baru ertinya:
1.Adanya gerak kerja dalam pejabat: maksudnya syarikat dia masih wujudlah tu!
2.Versi baru kuasa pun baru: maksudnya naik hargalah tu!
3.Baikpulih bugs agar lebih stabil: maksudnya saja nak kantoikan anda yang selamba je pakai versi anonlah tu!

Ah! Biarkan luncai dengan labu-labunya. Kepada anda yang belum tahu fungsi USB Disk Security secara ringkas ia berperanan sebagai perisai dan penghapus virus bawaan usb yang dilancarkan ke dalam komputer anda. Anda dipersilakan rujuk pr67am™ untuk info tambahan.

Dan kepada anda yang telah memasang USB Disk Security versi 6.0.0.126, jom kita lakukan perubahan sekarang! Dimaklumi versi tersebut adalah keluaran Febuari 2011, agak lama dah jadi secara santunnya kita galakkan anda naik taraf ke versi terkini. Atau secara metal nya anda mesti tukar ke versi baru dan jangan sendatkan lagi katak bawah tempurung tu… hah!. Anda boleh memasang versi baru melalui 2 cara dengan penuh gaya iaitu : nyahpasang (uninstall) versi lama ATAU terus sahaja kepada pemasangan (install) versi baru.

Syhhh… Don’t di khuatir, hak anda sebagai pengguna berbayar versi syiling kos tetap terpeilhara… Haiissh!

Sekian.

PERHATIAN : Untuk keselamatan perisian, anda di tegah muat turun kemaskini (update) dari server.

Muat turun: USBDiskSecurity 6.1.0.432 ©pr67am™201111
Kata laluan zip: pr67am

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

FixWin : Aplikasi Mesti Sedia

0

Salam sekalian jelata jauh dan dekat…

Nawaitu kita pertama kali menjadi kerabat My Hackers Are Here adalah berkongsikan pengalaman sejengkal ini dengan pembaca sekalian. Atas dasar itulah setiap entri yang lahir sebenarnya di zahirkan dari percubaan, penggunaan dan keputusan. Pengujicuba jantan semestinya akan pastikan suatu perkara itu diuji dan diguna bukan sekali tetapi berkali dan bukannya untuk sehari tapi berbalam barulah sampai kepada keputusan. Bukan hendak menjaguh betul salah tetapi… Anda ada – sampaikan! Anda tahu – kongsikan! Jadikan gelanggang ini tebaran ilmu pada yang tiada dan tambahan ilmu kepada yang ada.

Entri masih lagi berkait dengan perisian. FixWin perisian yang lahir dari tangan lelaki India pada 2009 boleh dikira sudah lama mengisi alam maya. Versi terakhir diluncurkankan pada 19 Mac 2010 dan belum lagi mengalami pembaharuan sampai sekarang. Tetapi secara logik dari pandangan kita ia masih lagi relevan untuk digunapakai.

FixWin sebuah perisian bersaiz 529KB didatangkan secara mudahalih (portable) dan percuma. Amboi… 529KB kecil tu… berbanding dengan tugasannnya yang mampu mengesan dan menyelesaikan 50 masalah ringan Vista dan Windows 7. Sekali lagi diulangi masalah ringan melibatkan Windows Explorer, Internet, Media dan System Tools. Contohnya masalah ikon, bar tugas, thumbnail, pemacu cd/dvd serta beberapa lagi. Anda seorang kaki ‘ubahsuai’? Tetapi selalunya anda bukan seorang kaki ‘ubah ke asal’? FixWin lah jawapannnya… ia akan mengembalikan sistem lalai (default) yang telah hilang dari Windows anda.

Fungsi FixWin 1.2 :
1.System Utility File Checker mengesan kerosakkan atau kehilangan fail sistem sekiranya terdapat dalam Windows anda.
2.Create System Restore Point ini adalah fungsi paling penting dalam mana-mana hayat Windows. Apabila berlaku tersalah laku anda boleh berpatah balik ke sistem awal.
3.Pilihlah diantara 50 masalah Windows anda sekiranya tersenarai lalu klik Fix kemudian mulai semula (restart) komputer untuk mendapatkan hasilnya… Mudahkan! Segalanya terawat hanya di hujung klik anda!

Dari ujicuba yang kita lakukan ke atas beberapa perkara, FixWin dianggap cemerlang dalam misinya. Tetapi ini bukan jaminan mutlak untuk anda mendapat hasil keputusan yang sama. Walaupun perisian mega seperti TuneUp dan AdvancedSystemCare terdapat fungsi hampir sama namun anggap ini sebagai PELENGKAP (plagiat dari Tuan Arya Putra) kepada yang tiada dan yang terkurang. Di dalam zaman buang air berbayar 20 sen ini anda sepatutnya berterimakasih dengan kewujudan FixWin. Dengan saiznya yang kecil anda boleh simpan di dalam USB sebagai panadol untuk merawat pening pusing anda tanpa duga hari esok. Esok raya yea…!

Pada kesempatan ini saya tujukan lagu kepada sekalian kerabat budiman yang sudi bertandang ke sini. Minta maaf atas kesalahan bahasa dan cacat cela komputer sekiranya ada berlaku dek entri pr67am™. Selamat Hari Raya AidilAdha 2011…

Sekian. Terimakasih.

Muat turun: FixWin ©pr67am™ 201111
Kata laluan zip: pr67am

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kelengkapan Anonymity

0

Baiklah. Kita kembali kepada mata pelajaran CEH yang paling digemari oleh Mr.Hac iaitu Anonymity. Mereka yang melayari internet dengan kelengkapan Anonymity dipanggil sebagai Anonymous yang bererti ‘tanpa nama’ atau Mr.Hac lebih suka menggelarnya ‘without a trace’ (tanpa jejak).

Terdapat beberapa jenis kelengkapan yang biasa digunakan untuk menjadikan pelayaran internet anda kepada persekitaran Anonymity iaitu:

1. Proksi (Proxy)

2. Secure Shell (SSH)

3. Virtual Private Network (VPN)

Contoh yang paling mudah akan proksi ialah Ultrasurf dan Cocoon. Apa itu proksi? Merujuk kepada Wikipedia, proksi ialah komputer yang bertindak sebagai pengantara antara satu rangkaian komputer dengan satu rangkaian yang lain.

Apa itu SSH? SSH atau Secure Shell ialah sebuah protokol rangkaian untuk komunikasi data yang selamat (secure and encrypted). Komputer yang hendak berhubung menggunakan komunikasi SSH perlu menggunakan SSH Client. Sila rujuk entri-entri lama mengenai tutorial untuk membuat SSH Tunneling.

Apa itu VPN? VPN ialah sebuah protokol sambungan yang menggunakan rangkaian seperti internet untuk mewujudkan sambungan komunikasi yang selamat dan terenkripsi. Ianya lebih kurang sama dengan SSH mahupun proxy, namun VPN lebih menyeluruh di mana ia tidak hanya menyokong port-port tertentu, sebaliknya ia merangkumi kesemua port dan kesemua sambungan komputer.

Mengapa Anonymity penting? Ini adalah kerana, setiap kali anda menjejakkan ‘kaki’ ke internet, anda akan meninggalkan JEJAK yang mana setiap laman web akan menyimpan data anda seperti Cookies dan alamat IP komputer anda. MEMANG JEJAK yang anda tinggalkan pada laman tersebut tidak dapat DIPADAM, namun anda boleh melakukan langkah awal sebelum memasuki internet. Dari situlah Anonymity ini penting, yang mana dengan menggunakan salah satu kelengkapan di atas, anda sudah siap untuk menjadi ‘Anonymous’ di internet.

Dalam entri-entri sebelum ini, penulis jemputan blog ini ada memberikan tutorial untuk menggunakan ciri Private Browsing atau Incogito Mode pada pelayar web anda, supaya tiada sebarang Cookies tersimpan pada komputer. Apabila ciri ini digabungkan dengan VPN (contohnya), maka Anonymity anda menjadi lengkap apabila tiada Cookies ditinggalkan, dan alamat IP anda juga ditukarkan kepada alamat IP penyedia servis VPN tersebut.

Meskipun begitu, adalah ditegah kepada anda untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, kerana biarpun penyedia servis VPN itu mempunyai terma untuk tidak MENDEDAHKAN identiti anda kepada sesiapa, namun jika yang bertanya itu adalah penguatkuasa undang-undang seperti polis dan sebagainya, mereka berhak untuk mendapatkan maklumat mengenai anda, dan selepas itu anda perlu bersiap sedia ke mahkamah apabila undang-undang mula mengetuk pintu rumah anda!

Untuk entri seterusnya, Mr.Hac akan menceritakan akan faedah-faedah Anonymity. Kita jumpa lagi.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Filem Penuh Linux vs Windows : Revolution OS

0

Tak tahulah macam mana Mr.Hac boleh terlepas pandang. Tapi lepas puas berjalan-jalan dalam Youtube mencari video mengenai Debian 6 Squeeze dan openSUSE 12.1, lalu terjumpalah dengan sebuah filem dokumentari mengenai ‘peperangan’ antara dua sistem operasi paling banyak digunakan di dunia iaitu antara Windows vs Linux. Dokumentari dengan tajuk Revolution OS boleh ditonton secara percuma di Youtube. Di bawah ini Mr.Hac paparkan dokumentari tersebut. Oh ya. Ia juga mempunyai sebuah laman web sendiri -> REVOLUTION OS

Views: 6

Iklan Newspaper Inline