Utama Blog Laman 311

Hack a Friend AIO Tool 2011

0

Dulu pernah Mr.Hac kenalkan kepada anda sebuah tool KONONNYA mampu untuk menggodam akaun Facebook yang dinamakan Facebook Pro Hacker v.2011. Sekarang muncul lagi satu tool yang dikatakan mampu melakukan perkara yang sama iaitu menggodam tetapi lebih menyeluruh iaitu bukan sahaja facebook malah Yahoomail, Gmail, dan bla bla bla.

Ye ke ia boleh buat begitu? Hahah! Ntah! Mr.Hac sendiri belum pernah mencubanya. Tapi kamu semua kan ke lebih ‘advance’? Cuba la sendiri. Tengok video demo di bawah:

Nak cuba? Risiko tanggung sendiri ok! Jangan bising pasal virus atau apa-apa pun!
Klik -> HaF-AIO.exe Download

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Menaiktaraf Linux Mint 11 Kepada Versi 12

0

Seperti yang kita tahu, Linux Mint 12 Lisa telah pun dilepaskan. Para pengguna dinasihatkan untuk memasangnya secara clean/fresh installation jika anda bercadang untuk menaiktaraf daripada versi 11 (Katya) kepada versi 12 (Lisa) tersebut, kerana meskipun anda boleh menaiktaraf melalui APT, tetapi pelbagai masalah dan risiko bakal anda hadapi. Oleh itu lebih baik anda pasang dengan cara clean installation (format HDD dan pasang sistem operasi baru).

Apapun adalah digalakkan untuk membuat salinan (backup) kepada fail-fail dan perisian-perisian yang pernah anda pasang pada sistem anda menggunakan mintBackup (Backup Tool) yang tersedia dalam Linux Mint 9, 10, atau 11. Jika anda menggunakan versi lama, anda boleh muat turun pakej deb Backup Tool di sini:

Versi 8 -> http://packages.linuxmint.com/pool/main/m/mintbackup/mintbackup_2.0.6_all.deb

Versi 7 ke bawah -> http://packages.linuxmint.com/pool/romeo/m/mintbackup/mintbackup_2.0.2-mint5-1_all.deb

1. Ok. Pertama sekali buka mintBackup melalui Menu -> Administration -> Backup Tool

2. Klik pada ‘Backup Files’ untuk membuat salinan sandaran kepada fail-fail anda. pastikan anda mempunyai saiz storan cakera keras luaran (External Hard Disk) yang mencukupi kerana disebabkan kita mahu format cakera keras pada komputer, salinan akan dibuat pada cakera keras luaran atau USB Pendrive.

1. Source : Direktori ‘Home’ anda
2. Destination : Cakera keras luaran anda (Sebaik-baiknya)
3. Description : Deskripsi fail salinan anda
4. Output: Sama ada anda mahu memilih fail salinan anda disimpan sebagai direktori atau arkib.
5. Overwrite: Anda boleh abaikan pilihan ini

Kemudian klik pada ‘Forward’.

3. Anda boleh pilih mana-mana fail atau direktori untuk disingkirkan dari salinan. Setelah selesai, klik ‘Forward’.

4. Berikut adalah contoh maklumat fail salinan sandaran anda. Klik pada ‘Apply’.

5. Proses salinan sandaran sedang berjalan.

6. Buat salinan sandaran kepada perisian-perisian anda pula. Klik pada ‘Backup software selection’. Pilih cakera keras luaran anda sebagai destinasi. Jangan pilih Home Directory seperti gambar di bawah.

7. Ok. Cun. Cakera keras luaran telah dipilih. Klik pada ‘Forward’ untuk meneruskan.

8. Di sini anda boleh pilih mana-mana perisian yang anda mahu dan tidak. Anda cuma perlu tandakan padanya dan klik pada ‘Apply’.

9. Selesai. Anda boleh format dan pasang semula Linux Mint 12 pada komputer anda. Setelah selesai pemasangan, untuk mengembalikan semula kesemua fail-fail dan perisian-perisian itu tadi, anda cuma perlu lancarkan Backup Tool, dan pilih ‘Restore files‘ atau ‘Restore software selection‘.

Diharapkan dengan sedikit panduan ini, anda akan lebih yakin untuk mencuba versi terbaru Linux Mint tersebut dan jika tidak keberatan, berikan pendapat anda mengenainya!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint 12 Lisa Dilepaskan! Dua Ciri Desktop Baru Diperkenal

0

Hurrey! Akhirnya Linux Mint 12 Lisa dilepaskan kepada para pengguna untuk dimuat turun! Penantian sekian lama akhirnya berbaloi juga. Linux Mint 12 membawakan pelbagai ciri-ciri baru untuk ditatapi dan digunakan seperti MATE dan Mint Gnome Shell Extension.

Mr.Hac menggalakkan anda untuk memasangnya secara ‘clean installation’. Tetapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa anda boleh membuat backup kepada semua fail atau perisian yang telah anda pasang pada komputer menggunakan Backup Tool. Sebuah tool yang sangat berguna untuk ‘mengurangkan’ kerja anda selepas pemasangan Linux Mint 12 Lisa.

Anda boleh memuat turun Linux Mint 12 Lisa di sini -> Download

Berikan pendapat anda mengenai Mint 12 ini selepas siap mencubanya. Mr.Hac sudah pun menggantikan Mint 11 dengan Mint 12 Lisa dan satu perkataan pendek sahaja yang mampu menggambarkannya iaitu, TERBAIK!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

The Best Keylogger For Linux

0

THC-vlogger

THC-vlogger, an advanced linux kernel based keylogger, enables the capability to log keystrokes of all administrator/user’s sessions via console, serial and remote sessions (telnet, ssh), switching logging mode by using magic password, stealthily sending logged data to centralized remote server. Its smart mode can automatically detect password prompts to log only sensitive user and password information.

Download

LKL Linux Keylogger

LKL is a userspace keylogger that runs under Linux on the x86 arch. LKL sniffs and logs everything that passes through the hardware keyboard port (0x60). It translates keycodes to ASCII with a keymap file.

Download

logkeys

logkeys is a linux keylogger (GNU/Linux systems only). It is no more advanced than other available linux keyloggers, but is a bit more up to date, it doesn’t unreliably repeat keys and it should never crash your X. All in all, it just seems to work. It relies on event interface of the Linux input subsystem. Once set, it logs all common character and function keys, while also being fully aware of Shift and AltGr key modifiers. It works with serial as well as USB keyboards.

Download

Mr.Hac: Saja je malas nak translate kepada BM. Heheh.. Apapun setakat ni yang terbaik boleh kata logkeys. Ada la lagi keylogger untuk Linux yang lain, tapi faham-faham la. Nak cari yang betul-betul stabil dan solid untuk Linux memang susah. Apatah lagi yang percuma macam kat atas ni. Tapi kebanyakannya memang percuma la. Jadi pandai-pandai la eksperimen ok. Mr.Hac dah bagi jalan dah tu. Tinggal lagi nak jalan kaki atau naik kereta, itu ikut kepada kemampuan dan kemahuan anda sendiri! Pai pai! Em koi sai haaa!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Yet Another Annoying Notepad Tricks and Prank ‘Virus’

0

1. Menggunakan Notepad sebagai diari anda

– Taipkan .LOG
– Simpan sebagai LOG.txt
– Tuliskan apa sahaja dalamnya dan ia akan disimpan dengan masa apabila anda menyuntingnya (edit) semula.

2. Matrix Notepad

@echo off
color 2
:start
echo %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random%
goto start

Simpan sebagai Matrix.bat dan klik padanya.

3. Membuka DVD Drive

Set oWMP = CreateObject(“WMPlayer.OCX.7?)

Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection

do

if colCDROMs.Count >= 1 then

For i = 0 to colCDROMs.Count – 1

colCDROMs.Item(i).Eject

Next

For i = 0 to colCDROMs.Count – 1

colCDROMs.Item(i).Eject

Next

End If

wscript.sleep 5000

loop

Salin kod di atas dan simpan sebagai ‘namayangandasuka.vbs’.

4. Prank Hacked Virus

@ECHO off

:Begin

msg * Hell-O..

msg * Kenal aku?

msg * Oh.. Kenal?

msg * Baguslah begitu, ok?

msg * Sebab kau dah kena hack! LOL!

GOTO BEGIN

Salin kod diatas ke dalam notepad dan simpankannya sebagai ‘namayangandasuka.bat’.

5. Infinite Notepad

@ECHO off

:top

START %SystemRoot%system32notepad.exe

GOTO top

Simpan sebagai ‘namayangandasuka.bat’.

Hah. Cukup la tu ya? Nak lebih lagi Google lah sendiri ok! ^^

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Malaysia : Hiburan vs Pembangunan Akhlak, Ilmu & IT

0

Semalam Mr.Hac menghadiri bengkel pengurusan fail dan ia dikendalikan oleh ‘bos besar’ Jabatan Arkib Negara. Macam-macam yang beliau cerita sampai terkedu dibuatnya. Beliau ceritakan pengalaman beliau semasa berada di luar negara (kursus rasanya, lupa dah) iaitu di UK, US, dan Korea.

Yang paling menarik ialah semasa di Korea. Ya. Biarpun K-Pop menguasai ‘pentas’, tetapi dalam masa yang sama pembangunan IT dilihat rancak dan hebat. Bayangkan, jika anda masuk ke dalam perpustakaan mereka, tiada buku yang boleh dicari. Yang ada hanyalah KOMPUTER. Di sana internet adalah laju seperti bullet train dan ia PERCUMA. Di mana-mana sahaja ada WiFi untuk digunakan, walaupun anda sedang duduk di perhentian bas sekalipun.

Kelajuan internet di sana adalah 1GBps. Sudahlah begitu, percuma pula. Teknologi di sana sudah jauh melangkau kemajuan pada era kita di sini. Pengurusan mereka lebih banyak menggunakan awan, daripada dokumen fizikal.

Kita di sini masih lagi bergantung harap kepada servis Unifi dari TM. Ya. Mr.Hac pernah menonton dokumentari semasa ‘pembinaan’ Unifi di Malaysia. Memang banyak rintangan yang harus dilalui. Syabas dan tabik spring kepada juruteranya, tak ingat nama tapi yang pastinya beliau adalah seorang wanita.

Mr.Hac yakin dan pasti, memang kita akan lambat lagi barulah dapat merasa kelajuan 1GBps di rumah sendiri. Dan memanglah hampir mustahil pula nak dapat internet kelajuan begitu dengan percuma pula! Mr.Hac faham jerih payah krew-krew Unifi. Sangat sukar untuk menjayakannya di Malaysia yang terkenal dengan kesesakan jalan raya. Tidak tidur malam perkara biasa. Tetapi sampai bila kita harus bersandar kepada ‘jerih payah’ ini untuk menentukan kadar harga servis internet yang mahal berbanding negara-negara maju lain?

Berikut adalah fakta ‘kelakar’ lagi ‘remeh-temeh’ yang tidak diambil berat oleh ‘orang kita’:

1. Tahukah anda MAJORITI dari kita tidak tahu menggunakan komputer seperti sepatutnya? Ramai antara kita yang hanya tahu membuka Microsoft Office, Internet Explorer dan sebagainya, tetapi sampai di situ sahajalah kemahiran kita.

2. Tahukah anda MAJORITI dari kita yang tidak tahu kewujudan PELAYAR WEB ALTERNATIF, seperti Firefox, Google Chrome, dan Opera? Apatah lagi yang bernama pelik seperti Luna Maya Lunascape!

3. Tahukah anda terlalu ramai yang tidak tahu apa itu Outlook Express? Kalau tidak tahu mengenainya, nak menggunakannya apatah lagi! Nampak remeh kan?

4. Masih ramai dari kita yang tidak tahu pun akan kewujudan sistem operasi alternatif selain Windows seperti Linux, Mac OS X dan lain-lain lagi!

5. Terlalu ramai yang hanya tahu muat turun perisian, memasangnya pada komputer, tetapi nak kekalkan prestasi komputer adalah jauh sekali. Desktop dibiarkan bersepah-sepah dengan pelbagai shortcut dan dokumen. Sedangkan sepatutnya Desktop dihias dengan kemas dan dokumen disusun dengan baik dalam folder khas seperti Videos, Music, Documents dan lain-lain.

Ini baru sikit. Kalau nak disebutkan semua mahu muntah nak baca! Jika dilihat dari perspektif lain, Malaysia dipenuhi dengan pelbagai rancangan hiburan, dari sekecil-kecil umur, sehinggalah kepada setua-tuanya. Untuk kanak-kanak kita ada IDOLA KECIL, untuk remaja kita ada VOKAL BUKAN SEKADAR BENTUK TUBUH RUPA, dan untuk yang ‘veteran’ pula kita ada KILAUAN EMAS. Lengkap! Tahniah kepada para pencinta hiburan semua!! Hiburan untuk penghuni alam barzakh takde ke? Tak cukup dengan rancangan realiti tv, artis dari Youtube pun nak cipta nama juga!

Mana perginya pencinta ilmu? Ada. Juga ramai. Tetapi pendedahan dalam media adalah seperti habis di celah gigi. Rasanya ada nampaknya tiada. Sampai bila rakyat Malaysia harus begini??

Mr.Hac pulang ke kampung halaman dan melihat senarionya masih sama. Ramai anak muda melayu yang terjebak dengan lumba haram, perempuan pula sibuk membonceng dibelakang. Buat ‘projek’ harampit di dalam rumah tanpa rasa takut, sibuk nak jadi samseng dengan merekrut seramai mungkin ke dalam kumpulan ‘kongsi’ dan banyak lagi yang kita nampak tetapi tak mampu nak buat apa-apa!

Bukan salah siapa, tetapi yang menjadi soalnya, dalam hal pembangunan ilmu serta syakhsiah diri dan akhlak, kita berada pada tahap di mana?? Pembangunan IT? Hanya yang mampu sahajakah yang layak untuk belajar? Yang tak mampu pula bagaimana?

Sebab itu Mr.Hac kekalkan konsep blog ini kepada ‘simple’. Kerana yang Mr.Hac perasan apabila Mr.Hac bawakan tajuk yang agak ‘berat’ sedikit, sambutannya sangat hambar! Ia dapat dilihat dari segi jumlah komen dan page views!

Macam tu ada hati ke nak suruh Mr.Hac tulis artikel atau tutorial yang ‘berat’? Ntah lah!

Mr.Hac: So you think you can dance hack?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kepentingan Driver (Pemacu) Kepada Komputer

0

Salam semua. Hari ni update entri agak lambat sedikit kerana Mr.Hac menghadiri bengkel. Selepas dari bengkel itu baru Mr.Hac sedar, betapa mundurnya kita dalam bidang pembangunan dan kemajuan IT. Ok, itu nanti kemudian baru Mr.Hac akan ceritakan.

Mr.Hac nak bawakan sedikit ‘kisah’ Mr.Hac bersama dengan Admin Penasihat MHAH, juaratempur (JT) yang membaiki (format) laptop atlit lumba basikal trek kebangsaan, Fauzan Ahmad Lutfi.

Beliau membawa laptopnya (Jenama Toshiba, tapi dah lupa modelnya) kepada kami untuk diformat, daripada Windows 7 (sedia ada dalam tu) kepada Windows XP, siap bawa DVD Windows XP asli lagi! Lepas berbincang, beliau setuju untuk memasang semula (re-install) Windows 7 yang ada pada kami. Namun, bila diminta CD driver, beliau katakan ianya tiada dalam simpanan. Bukan apa. Beliau beli laptop 2nd hand dari kawan, tetapi dalam kondisi yang kurang memuaskan, kerana pemacunya tidak cukup! Dah begitu, Windows pula macam-macam masalah katanya. Adeh..

Tak mengapalah. Kemudian selepas proses format selesai (lebih kurang 15 minit sahaja) yang kami lakukan di restoran mamak, masalah sebenar baru bermula. Seperti biasa bro JT akan memeriksa terlebih dahulu jika ada kekurangan pemacu dan seperti yang dijangka, memang ada. Puas kami berfikir caranya, sampai sejam jugalah!

Mr.Hac yang buntu dengan keadaan itu keluar dengan satu idea, iaitu kenapa tidak kita menggunakan OS Linux melalui Live USB untuk memuat turun pemacu kerana kita semua sedia maklum biasanya kesemua pemacu sudah tersedia dalam kernel Linux. Ok. Idea sudah datang, kami pun godeklah laptop.

OS pertama yang kami cuba ialah Slax. Malangnya, Slax gagal mengesan WiFi (Unifi) di restoran mamak itu. Kemudian, Mr.Hac hulurkan pula OS-OS dari USB pendrive Mr.Hac sendiri yang di pasang menggunakan Multisystem. OS kedua yang di boot ialah Linux Mint. Cantik! WiFi berjaya dihubungkan. Namun disebabkan trafik tinggi yang dikongsi secara beramai-ramai oleh para pengguna yang duduk di restoran dan di apartment bersebelahan dengannya, proses muat turun gagal dilakukan. Disebabkan kami sangka ada masalah dengan Linux Mint, kami boot pula OS lain dari pendrive itu. Sehinggalah kami menemui jalan buntu, barulah Mr.Hac dapat agak, ini berpunca dari sambungan internet yang perlahan.

Akhirnya setelah restoran mamak itu ‘melabuhkan tirainya’ (Haha, bukan restoran 24 jam tu!), kami mengambil keputusan untuk melakukannya di rumah. Aduh..

Cukup setakat itu ceritanya di sini. Tetapi apa yang ingin Mr.Hac tekankan ialah peri penting pemacu kepada komputer yang kita gunakan seharian. Tanpa pemacu,tampilan jadi tidak kena, bunyi tiada, sambungan internet tidak dapat dilakukan dan macam-macam masalah lagi!

Oleh itu, jika anda mahu format komputer anda, carilah terlebih dahulu CD pemacu yang dibekalkan oleh pengilangnya. Jika tiada, muat turunlah dahulu di mana-mana dan simpankannya dalam pendrive. Anda pasti memerlukannya satu hari nanti!

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Anonymous – Operation Blackout!

0

EMERGENCY ACTION AUTHORIZED. ORGANIZATION OF LOCAL PROTESTS IS NEEDED. CONVERGE AT FREEWAYS AND HIGHWAYS. LIBRARIES, MALLS, GOVERNMENT BUILDINGS, SCHOOLS…ALL ARE ACCEPTABLE AREAS! STARTING TODAY!

This is the most important operation in the history of Anonymous. No operation will be executed until we make sure this operation is successful. Any videos uploaded will be updates on this operation.

SPREAD THIS FLYER! http://www.scribd.com/doc/73211990/Operation-Blackout

JOIN THE ATTACK
Type in your browser: webchat.anonops.com
copypaste: /join #opblackout

TRANSCRIPT

Citizens of the United States, We are Anonymous.

This is an urgent emergency alert to all people of the United States. The day we’ve all been waiting for has unfortunately arrived. The United States is censoring the internet. Our blatant response is that we will not sit while our rights are taken away by the government we trusted them to preserve. This is not a call to arms, but a call to recognition and action!

The United States government has mastered this corrupt way of giving us a false sense of freedom. We think we are free and can do what we want, but in reality we are very limited and restricted as to what we can do, how we can think, and even how our education is obtained. We have been so distracted by this mirage of freedom, that we have just become what we were trying to escape from.

For too long, we have been idle as our brothers and sisters were arrested. During this time, the government has been scheming, plotting ways to increase censorship through means of I S P block aides, D N S blockings, search engine censorship, website censorship, and a variety of other methods that directly oppose the values and ideas of both Anonymous as well as the founding fathers of this country, who believed in free speech and press!

The United States has often been used as an example of the ideal free country. When the one nation that is known for its freedom and rights start to abuse its own people, this is when you must fight back, because others are soon to follow. Do not think that just because you are not a United States citizen, that this does not apply to you. You cannot wait for your country to decide to do the same. You must stop it before it grows, before it becomes acceptable. You must destroy its foundation before it becomes too powerful.

Has the U.S. government not learned from the past? Has it not seen the 2011 revolutions? Has it not seen that we oppose this wherever we find it and that we will continue to oppose it? Obviously the United States Government thinks they are exempt. This is not only an Anonymous collective call to action. What will a Distributed Denial of Service attack do? What’s a website de face ment against the corrupted powers of the government? No. This is a call for a worldwide internet and physical protest against the powers that be. Spread this message everywhere. We will not stand for this! Tell your parents, your neighbors, your fellow workers, your school teachers, and anyone else you come in contact with. This affects anyone that desires the freedom to browse anonymously, speak freely without fear of retribution, or protest without fear of arrest.

Go to every I R C network, every social network, every online community, and tell them of the atrocity that is about to be committed. If protest is not enough, the United States government shall see that we are truly legion and we shall come together as one force opposing this attempt to censor the internet once again, and in the process discourage any other government from continuing or trying.

We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive censorship.
We do not forget the denial of our free rights as human beings.
To the United States government, you should’ve expected us.

PHASE I: Operation Blackout…Until April.

PHASE II: Operation V….April-Late June

PHASE III: Operation Revolt 2.0….JULY

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Joli OS 1.2 : Lebih Maju Dari Chrome OS

0

Ok. Sebelum buat apa-apa konklusi, Mr.Hac nak beritahu ini adalah pendapat peribadi sahaja. Sebelum ini Mr.Hac pernah mencuba Chromium OS Vanilla yang menggunakan hampir 100% kod sumber Chrome OS. Boleh dikatakan bagus, namun masih belum menyeluruh.

Terbaru, Mr.Hac mencuba Joli OS 1.2! Keputusannya memang menarik dan menyeronokkan! Menggunakan teknologi Joli Cloud (Beta) terkini yang mana anda perlu mendaftar terlebih dahulu, Joli OS memang sangat memuaskan hati. Kebanyakan dari kita apabila menyebut sistem operasi dengan teknologi pengkomputeran awan, ramai yang takut untuk mencuba apatah lagi menggunakannya. Namun bagi Mr.Hac Joli OS tidak begitu, kerana jika anda mahu menggunakan aplikasi-aplikasi, perisian-perisian, ia masih lagi dapat digunakan, contohnya pelayar web Firefox, Transmission (Bit Torrent Client) dan pemain muzik Banshee!

Ok. Cukup dengan intro. Jom tengok sikit paparan skrin yang Mr.Hac dah ambil:

Direktori-direktori fail anda disimpan, sama seperti OS-OS Linux yang lain:

Aplikasi-aplikasi dan perisian yang tersimpan di awan (paparan skrin dari blog Joli OS):

Anda boleh memuat turun Joli OS di sini -> Joli OS 1.2

Oh.. Lupa hendak beritahu. Joli OS menggunakan pelayar web Chromium sebagai pelayar web lalai (default)! Hahah! (Chromium akan dibuka dalam Incognito Window setiap kali tetingkap baru dibuka)

Jika Chrome OS ada Chromebook, Mac OS X ada Macbook, jangan tak tahu yang Joli OS juga ada Jolibook!

Gempak seh! Selain itu, anda tidak perlu memasang apa-apa plugin untuk menggunakan OpenVPN. Semuanya sudah tersedia. Anda tinggal muat turun fail konfigurasi dan lengkapkan tetapan sahaja.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Panduan Memilih dan Membeli Keylogger

0

Sepertimana yang kita ketahui, keylogger ialah sejenis perisian/perkakasan yang digunakan untuk memantau aktiviti komputer lain dari jauh (Remote). Terdapat juga sesetengah keylogger yang hanya boleh dipasang untuk memantau komputer sendiri sahaja. Oleh itu, sebelum anda membeli mana-mana keylogger, berikut merupakan sedikit panduan kepada anda. Anda perlu ingat terdapat 5 perkara yang anda perlu tetiti iaitu:

1. Integriti syarikat pengedar dan keylogger itu sendiri
2. Sistem sokongan selepas pembelian (e-mel, chat)
3. Fungsi-fungsi dan penggunaan (Remote spying, stealth mode, Webcam capture)
4. Prestasi dan keserasian dengan sistem operasi
5. Harga (Mestilah kena tengok harga kan!)

Keylogger dari jenis perkakas

Keylogger dari jenis perisian

Seperti yang telah disebutkan, 5 perkara utama tadi perlulah anda titik beratkan sebelum memilih apatah lagi membeli keylogger. Memang terdapat pelbagai Home/Free/Public keylogger yang tersedia untuk anda muat turun di dalam banyak blog-blog. Namun anda perlu tahu, INTEGRITI adalah penting. Jika anda mahu menggunakan sesuatu yang murah apatah lagi percuma, adalah disarankan anda kaji terlebih dahulu akan perisian tersebut. Dikhuatiri anda pula yang menjadi mangsa pencipta keylogger percuma itu.

Selain itu, sila ambil berat mengenai sistem sokongan selepas pembelian. Jika ada sudah membeli tetapi apabila anda mengalami waktu-waktu yang sukar tetapi tidak mendapat sokongan (support) dari pembuat/pembekal, mungkin anda telah terbeli keylogger yang salah. Kerana itu dari awal lagi disebut mengenai integriti.

Kemudian lihat pula pada fungsinya. Jika ia hanya mampu merekodkan apa yang ditaip pada papan kekunci (keystroke), maka peluang untuk anda gagal adalah sangat cerah. Ini kerana keylogger dari jenis perisian bukan hanya sekadar merekodkan keystroke tetapi sepatutnya lebih dari itu seperti Stealth Mode (Invisible Mode/Fully Undetectable), merekodkan penggunaan webcam, desktop capture dan lain-lain.

Ok. Seterusnya kita pergi pula kepada prestasi, keserasian dengan sistem operasi dan juga harga. Anda perlu mengkaji dahulu akan prestasinya (lihat pada blog atau forum-forum) dan juga keserasian (compatibility) dengan sistem operasi yang anda gunakan. Jangan pula anda teruja membeli sehingga mengabaikan perkara ini, takut-takut anda terbeli untuk Mac OS X atau Linux. Harga pula perlu berpatutan dengan fungsi-fungsinya. Jika fungsinya tidak melebihi 3 hingga 5, harganya pula patut tidak lebih dari 50 USD.

Baiklah. Cukup setakat ini dahulu. Jika ada apa-apa penambahan, Mr.Hac akan kemaskini entri ini dari semasa ke semasa.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline