Utama Blog Laman 301

[Customize] Boot Screen Untuk Windows 7

0

Salam…

Mengenang alam lampau. Terkenangkan Otai Atuk dengan desktopnya. Terkenangkan desktopnya pastinya tidak lupa dengan Boot Screen biru terpancar nama Microsoft. Memang nostalgia amat…! Kini semuanya telahpun terarkib dalam memori. Boot Screen biru Microsoft sudah tiada. Termasuklah Atuk yang sudah terlebih sangat Otainya sampai tak kelihatan lagi di dunia ini.

Kembali pada teknologi silam memang mustahil. Itu sudah jadi Pak Kadok menongkah arus namanya. Ilmu teknolgi berkembang pantas, jadi jangan dibiarkan diri anda terlalu jauh ketinggalan dari aliran kemodenan. Tetapi sesekali terasa ingin mengimbau sejarah, tidak salah untuk melepaskan rindu secara virtual. Bolehkah ini dikatakan satu kreativiti?

Boot Screen adalah paparan muka yang anda temui pertama kali selepas membuka komputer. Lazimya anda akan lihat skrin hitam bersama logo Windows dan sebaris ayat Starting Windows… Kepada sesiapa yang sudah bosan dengan paparan muka rutin tersebut, anda boleh menukarnya dengan cara paling mudah dan berkesan sekali. Bahkan anda boleh menukar imej termasuk menulis perkataan mengikut kreativti sendiri.

Pertama sekali anda perlu memuat turun Windows 7 Boot Updater [ pr67am™ ] Inilah satu-satunya perisian di dunia ini yang saya anggap sebagai terbaik dan paling berkesan walaupun masih di peringkat Beta semenjak Mei 2011. Perisian ini adalah versi mudah alih (portable) jadi tidak memerlukan sebarang pemasangan. Dan pastikan komputer anda telah di pasang dengan Fremawork Net 4.0 terlebih dahulu.

Seterusnya anda perlu memuat turun Wallpaper terlebih dahulu mengikut citarasa masing-masing.
.  Windows Classic Boot Screens (Windows 1, Windows 95, Windows 98 or XP)
.  Windows 7 Radian
.  Windows 7 Mobile
.  Windows 8 Concept
.  Mac OS X Snow Leopard
.  Ubuntu
.  Android
.  CyanogenMod

Semua tatakerja hanya sesuai untuk Windows 7 sahaja. Sebelum membuat sebarang tetapan, anda boleh pra tonton hasil kerja dalam skrin penuh dengan klik Play atau Screen. Kemudian klik Apply untuk mengesahkan tetapan yang telah anda buat. Anda juga boleh melakukan tetapan sama pada fungsi Resume. Selepas semua tetapan selesai, sila restart untuk melihat hasilnya.

Sebenarnya masih banyak lagi Wallpaper Boot Screen yang menarik dan kreatif di luar sana. Di sini saya hanya berkongsikan Wallpaper default sahaja. Sesekali ubahlah Windows bosan anda. Walaupun hanya tatapan untuk beberapa saat sahaja, tetapi yang bersaat itulah yang menghairahkan. Semestinya itulah sifat semulajadi kita 🙂

Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Prozgui Faster : Download Manager Terbaik Ubuntu?

0

Mr.Hac ada mencuba Prozgui Faster, sebuah download manager/accelerator untuk Ubuntu (Linux) yang baru diperkenalkan. Ia sebenarnya adalah sebuah antaramuka (GUI) untuk Prozilla. Jadi, adakah ia sebagus reviu dari blog-blog IT luar negara? Mari kita lihat beberapa cirinya.

Prozgui Faster boleh dipasang dengan versi terbarunya Prozgui 2.0.7 pada Ubuntu melalui PPA, seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:alza/project

sudo apt-get update

sudo apt-get install prozgui

Jika anda sudah pernah memasang versi sebelumnya, jalankan perintah ‘sudo apt-get update’ dan kemudian ‘sudo apt-get upgrade’. Semudah A,B,C.

Ia boleh diintergrasikan ke dalam pelayar web Firefox melalui Flashgot dan Google Chrome/Chromium pula melalui ‘Download Assistant‘ (Tutorial mengenainya akan menyusul kemudian).

Berikut adalah beberapa paparan Prozgui Faster dalam Ubuntu 11.10 di netbook Mr.Hac.

Pendapat Mr.Hac mengenainya? Not bad at all. Its ok, but not great. For me, I think I’ll stick to DownThemAll. Sebab? mungkin kurang serasi agaknya. Nak kata lebih laju dari DownThemAll, errr.. rasanya anda wajib cuba sendiri baru tahu ‘feelnya’ macam mana!

Cara Menggunakannya? Cukup mudah! Melalui Flashgot, seperti gambar di atas, apa juga pautan muat turun akan terus ‘masuk’ ke dalam senarai muat turun Prozgui. Atau anda boleh juga buka menunya, iaitu File -> New URL dan masukkan URL fail yang ingin anda muat turun.

Jangan fikir-fikir lagi. Cuba dahulu baru tahu. Bab intergrasi dengan pelayar web Firefox dan Chrome, seperti yang disebut tadi tutorialnya akan menyusul kemudian. Sabar!

Thanks to Mr Tuto atas soalan lu bro! Terus wa taip entri ni tahu!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Tak Banyak Entri Hacking?

0

Wah.. Nampaknya sudah ada yang bertanya.

Quote dari seorang brader yang bernama ‘pemerhati’:

nape xbyk da entry2 hacking????blog ni mcm xbez da…..orng yg komen pun da kurang…

Menjawab soalan kau bro, aku ada beberapa sebab aku dah kurangkan entri hacking, sebaliknya lebih kepada software, Linux (versus Windows by pr67am) dan tak kurang juga berita semasa, atas sebab:

1. Aku dah mula MELUAT dengan sikap dari kita yang begitu PEMALAS. Minat hacking ya? Tapi bila berdepan dengan sedikit masalah, mulalah gelabah tak tentu fasal, tak minat mencari jalan penyelesaian kepada masalah (TROUBLESHOOTING) sebaliknya lebih berminat meminta jawapan secara pantas sama ada di komen atau di ruangan ‘Hubungi Admin’.

2. Aku mahu fokus kepada perkara-perkara asas dalam komputer, internet dan sebagainya. Kerana perkara kecil dan asas inilah yang selalu kita gunakan harian. Perkara asas pun kau FAILED nak hacking kejadahnya??

3. Aku gunakan ‘simple hacking’ untuk menarik minat kebanyakan dari kita untuk MEMBACA. Pokoknya di sini, aku terpaksa gunakan benda yang betul-betul menarik dan bagi faedah pada kau orang barulah kau orang nak baca. Itupun masih malas cari troubleshooting pada laman GOOGLE. WTF??

4. Sehari aku terima lebih 50 e-mel yang meminta aku selesaikan masalah mereka. Kau orang dah malas, lepas tu minta macam-macam. Tak lupa juga ini adalah BLOG AKU so aku nak tukar blog ni jadi blog software ke, movie ke, Linux ke, who are you to decide?

5. Hacking perlukan KERAJINAN, KETEKUNAN (Antaranya meneliti coding), KESABARAN dan keinginan untuk BELAJAR perkara baru setiap hari. Tapi bukan itu yang aku nampak dari kau orang. Ingat aku bagi ilmu secara percuma untuk melihat kegagalan kau orang dalam menuntut ilmu?

Masa aku mula-mula membikin blog ni, tiada lain yang aku harap melainkan agar anak-anak kita (MELAYU) memajukan diri ke depan dalam bidang IT. Malangnya sikap suka merungut bila apa yang kau orang cuba buat tak menjadi sama macam aku buat, malas, tak mahu belajar sendiri, buatkan aku rasa seperti lebih elok… AKU BEREHAT SEKETIKA, tenangkan fikiran sebelum memutuskan apakah yang lebih patut untuk aku tulis di sini.

Blog ni dah tak best sebab kurang entri hacking? Who the f**k cares! You care? I don’t!!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Info] PIKOM PC FAIR 2012 (1)

0

Salam…

Masa menuntut paksa hutang piutang kerabat kini bermula. Masa membodek manja dengan mak bapak pun bermula. Masa meroyan depan bos juga telah bermula. Semuanya kerana minggu ‘pengantin’ yang tidak lama lagi akan bermula untuk pencinta IT. Yeah! Minggu PIKOM PC Fair 2012 (1) akan datang berlaman ke lokasi anda.

PIKOM PC Fair yang lazimnya diadakan saban tahun mengikut peringkat waktu bersiri yang berbeza. Dibawah sokongan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, PIKOM PC Fair akan menjelajah ke setiap negeri dalam Malaysia mengikut tarikh yang telah di tetapkan. Inilah satu kaedah untuk kerajaan merapatkan dan sekaligus menggempakkan jelata dengan alam IT. Adakah ianya segegar Jom Heboh?

Bayangkanlah Maya Karin berkain singkat seperti Amoi yang promo depan kiosk. Fuh! Rozita Che Wan siap possing lintuk dengan iPad terkini di tangan. Nora Danish siap tersenyum comel memberi template. Azhan Rani berlagak aksi robotic di tengah khalayak. Termasuklah Munir Hijjaz sebagai pendendang di tengah-tengah Fair. Pasti tanpa ragu! Pakcik Makcik kat kampung siap bawa banner sekali berderap hadir. Gempak tak?

Seperti dirancang tarikh PIKOM PC FAIR 2012 (1) telahpun termaktub dalam jadual yg diedarkan. Sebarang perubahan luar jangka biasanya akan dimaklumkan lebih awal oleh pihak penganjur. Jom tinjau jadual bakal berlaku di tempat anda.

Sekiranya kalian berminat dan berimpian berdagang di PIKOM PC FAIR 2012 (1) anda boleh merujuk di laman utama [ pr67am™ ] Pengundian akan berlangsung pada tarikh dan tempat yang telah dijadualkan. Dan jangan lupa membawa sekali RM500 sahaja sebagai cagaran menyewa ruang pameran.

Pastikan poket tebal cukup-cukup ketika berkunjung nanti. Poket nipis pun takpe dek! Tapi meneguk liur je lah jawabnya…hu3…Amacam encik-encik terhormat sekalian; silent people, seikology, PenyairMalam, amrell67, kumpo, Mr Tuto, Janjangz, Fake, Putra Ery, Masta Ninja, Fai T.Flowright, mrkronos81, mijo, anep, jotch, macha, uesr, script kiddies 3, sawi88, Luicciouss, DjHack4Life, daUz, mdfaizal, akin07 dan sekalian pembaca MHAH. Pakat collect satu ruang sewa pameran. Jom kita jual jangan tak jual lesen-lesen giveaway. Kayo wooo…! Jangan cakap tak kayoooo…!

Sekian.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] MAGIX PC Check & Tuning 2011

0

Salam…

Air pasang pagi surut pukul lima. Saya bangun pagi siap buat cerita. Cerita giveaway menjenguk lagi. Seperti yang saya laungkan sebelumnya, giveaway sentiasa ada sepanjang tahun. Dan akan berjalan sampai bila-bilapun tidak kira masa dan ketikanya. Gunakan kesempatan yang datang ini dengan akal yang bijaksana.

Mengapa harus katakan tidak ketika rezeki datang merangkak ke mulut yang ternganga. Berguna atau tidak bukanlah persoalan diskuisi. Andai berguna anda boleh simpan. Andainya tidak berguna pun anda mesti simpan. Tak luak pun ruang cakera dek sebaris nombor siri. Ya! Paling penting untuk anda memiliki dan menyimpan nombor sirinya.

Menyingkap cerita kali ini, sebuah perisian Windows Optimizer berjenama MAGIX PC Check & Tuning 2011 keluaran MAGIX yang telah beroperasi semenjak 1993 lagi. Berpengkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di Kanada serta beberapa negara Eropah seperti UK, Perancis, Italy, Sepanyol dan Belanda. Walaupun kurang familiar seperti TuneUP, ASC dan iolo tetapi dari rumusan yang saya perolehi berdasarkan skor, MAGIX PC Check & Tuning 2011 cuma sedikit sahaja tercicir di belakang dari rangkaian sejenisnya. Kita tinjau pula apa kelebihan jenama ciptaan MAGIX ini.

Ciri-Ciri Utama MAGIX PC Check & Tuning 2011 :
.  Fungsi 1-Klik untuk memeriksa, menyelesai dan mengoptimumkan solusi
.  Fungsi pemandu automatik untuk kemaskini perisian dan mengekalkan prestasi komputer.
.  Membebaskan ruang cakera dan menghapuskan kesan internet untuk mengekalkan privasi.
.  Defragment
.  Tetapan mudah untuk melajukan internet.
.  Fungsi sistem live untuk untuk pemantauan prestasi computer.

Sekadar makluman MAGIX PC Check & Tuning untuk versi 2012 telahpun berada di pasaran. Yang ditawarkan ini adalah versi 2011 dan anda ditegah menaiktaraf. Pada harga USD39.95 untuk satu lesen sah, kali ini anda boleh memilikinya secara percuma dan boleh digunakan untuk sepanjang hayat. Untuk mendapatkan lesen sah tiada proxy diperlukan. Anda boleh terjah sahaja [ pr67am™ ] Manakala untuk perisian pula anda boleh dapatkan di sini [ pr67am™ ]

Salam kejayaan dan sekuntum senyuman di awal pagi buat semua peminat IT.

Sekian.

[ KEMASKINI ] Giveaway Advanced SystemCare PRO 4 berakhir sehingga 18 Januari 2012 [ pr67am™ ]

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Customize] Picfull : Photo Editor Online

0

Salam…

Kembali lagi ke dalam talian. Berlagak jagoan di atas pelayar dan ingat, bukannya di atas jalan. Ambil alih tugasan profesional bukan lagi angan-angan. Walaupun anda memekak pada asas sekalipun, hanya dengan sedikit keberanian dan kemahuan, tiada jalan yang tidak ditawan. Tak percaya? Ini bukan cobaaan…ini betul-betul kejadian!

Berkenalan dengan Picfull, sebuah pelayan ringkas di atas talian untuk imej. Anda boleh mengubah imej ke satu tatapan yang berbeza bergantung pada nawaitu. Menambah kesan yang hebat dan menyeronokkan dengan 18 penapis (filters) popular seperti Pencil Strokes, Sepia, Posterizer, Blur, Vintage, Aquarelle serta beberapa lagi. Walaupun tidak sehebat Photoshop atau GIMP, tetapi sudah memadai atas nama percuma dan mudah.

Seperti Water Marquee, Picfull juga mempunyai Antaramuka yang ringkas dan senang lantang untuk dikawal. Tanpa sebarang popup, banner atau iklan yang menyemak sesak seperti kebanyakkan laman, Picfull tampak kemas dan bersih. Sekaligus tiada masalah beban loading yang menjengkelkan. Tanpa perlu membuka akaun seperti laman lain seumpama ini, Picfull memudahkan tugasan anda berjalan tanpa protokol terlalu mengada-ngada.

Muat naik fail imej anda ke Picfull kemudian edit atau mulakan proses penyuntingan berpandukan 18 penapis (filters) yang tersedia di sebelah kiri. Seret atas bawah, seret kiri kanan, seret depan belakang dan jangan sampai terseret ketika lap…sudah! Macam tu je! Mudahkan? Main seret-seret je sampai anda berpuas hati dengan kreativiti sendiri.

Seronoknya tugasan dalam talian ialah anda tidak perlu menanam perisian ke dalam cakera keras. Apatah lagi ianya bukan tugasan rutin dan hanya diperlukan untuk sekali-sekala sahaja. Bookmark dan simpan, rujuk ketika waktu tugasan menuntut.

Sekian.

Picfull : [ pr67am™ ]

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Mozilla] WebMail Notifier

0

Salam…

Jauh di kenang dekat di sayang. Yang hilang di tunggu datang. Yang pergi di tunggu pulang. Masa bercinta pandang-pandang. Bila dah benci serang-menyerang. Masa merindu cakap sorang-sorang. Bila bertemu tak nak pula meminang. Orang tua bilang…itu lah namanya mabuk kepayang! …kwang! kwang! kwang!…

Orang dulu-dulu pakai surat tampal stem. Orang sekarang pakai email pasang domain. Dalam zaman sekarang kebiasaannya orang dah tak menggunakan satu email sahaja. Mungkin 2 atau 3 atau mungkin lebih lagi. Apakah yang anda gunakan untuk menguruskan kesemua email tersebut? Atau anda masih lagi menggunakan cara manual? Taip satu-satu pada setiap kali anda log masuk ke halaman email anda. Pastinya cara demikian amat rimas dan menjengkelkan.

Bayangkanlah kalau ada 4 atau lebih email yang perlu anda log masuk semata-mata hanya untuk membuat pemeriksaan rutin. Aduh! Tak larat lah bang oii! Atau anda akan ketinggalan email penting kerana malas melakukan pemeriksaan ke atas peti masuk email anda. Sebenarnya ada satu cara yang teramat mudah untuk menguruskan kesemua email anda. Kepada yang belum tahu, saya akan perkenalkan sebuah extension untuk pelayar Mozilla Firefox ciptaan Byungwook Kang dari Korea yang digunapakai semenjak 2007 lagi. Yang boleh menyokong berbagai jenis email seperti gmail, yahoo, hotmail, aol, daum, naver, nate, paran, POP3/IMAP dan seumpamanya.

WebMail Notifier addon untuk Mozilla Firefox yang cuma bersaiz 186KB sahaja. Pastinya tidak akan meninggalkan impak berat ke atas pelayar anda. Berbanding dengan tugasannya yang amat penting itu. Anda cuma perlu masukkan kesemua alamat email dan password email anda pada tetapan option. Dan lakukanlah beberapa tetapan lain mengikut kesesuaian anda. Selepas itu biarkan WebMail Notifier bekerja. WebMail Notifier akan memberitahu anda melalui popup atau alert sound sekiranya terdapat email baru yang masuk ke dalam peti masuk email anda. Mudahkan! Dan anda cuma perlu klik pada popup email sahaja untuk log masuk. Lagi mudahkan!

AMARAN: Sebagai langkah keselamatan, anda di nasihatkan tidak menyenaraikan atau memasukkan email penting seperti yang berkaitan dengan perbankkan ke dalam WebMail Notifier. Bimbang data anda mudah diintip dan di curi oleh pihak yang berkepentingan.

Sekian.

WebMail Notifier: [ pr67am™ ]

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Customize] Water Marquee : Watermarks Online

0

Salam…

Mengapa perlu ada tera air (watermark)? Secara lebih jelas soalan hampir sama, mengapa manusia perlu ada kad pengenalan? Secara mudahnya saya simpulkan, kedua-duanya bersifat identiti. Sebagai pelindung dan penanda hak.

Hidup semakin mudah…kerja pun menjadi mudah. Tugasan yang biasanya dibuat dengan perisian, kini anda boleh mendapatkannya melalui dalam talian sahaja. Dengan Water Marquee anda boleh membuat tera air pada sekeping gambar dengan percuma. Sekali lagi di ulang suara ‘percuma’! Ya, percuma itulah yang terbaik untuk semua orang.

Antaramuka yang amat ringkas dan mudah untuk dikendalikan. Klik Get Started >> anda akan dibawa terus ke laman tugas. Langkah awal anda perlu memuat naik gambar / mej dengan klik +Add Images. Kemudian barulah anda klik Set Watermark untuk memulakan tugasan editor.

Mulakanlah kreativiti anda dengan memasukkan di antara 12 font piihan dengan pelbagai warna yang disediakan. Juga anda boleh mengepilkan imej bersama. Memang mudah dan paling penting tiada komplikasi loading page. Akan tetapi dalam mudah dan percumanya juga pasti ada batasannya. Water Marquee hanya membenarkan 12 imej dengan bersaiz maksimum 1MB untuk satu imej. Dan jika inginkan layanan tanpa had, anda boleh mendapatkan versi pro dengan membayar USD10 untuk tempoh setahun.

Semoga dapat dimanfaatkan untuk semua. Produkkan sesuatu yang menarik dan menakjubkan. Jadilah seorang manusia paling kreatif memanipulasikan sumber yang terbatas dan percuma. Itulah anak Abah namanya…!

Sekian.

p/s : Perkhidmatan ini hanya menyokong pelayar yang mempunyai sokongan HTML5 termasuk Google Chrome dan Mozilla Firefox versi terkini.

Water Marquee : [ pr67am™ ]

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Search plus Your World Dari Google

0

Search has always brought you information from across the web. Now, search gets better by including photos, posts, and more from you and your friends. When signed in with Google+, you’ll find personal results and profiles of people you know or follow. You can even expand your world by discovering people related to your search.

Lihat selanjutnya di sini -> Google Search, plus Your World

Apa komen anda?

Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Theme Mac OS X Lion Untuk Ubuntu 11.10

0

Jika sebelum ini anda telah diberikan satu Mac OS X Transformation Pack untuk Windows oleh Tuan pr67am, maka kali ini Mr.Hac membawakan kepada anda tema (Theme) Mac OS X Lion untuk Ubuntu 11.10 pula.

Mari kita terus kepada kaedah pemasangan tema.

1. Pasangkan cursors. Buka Terminal dan jalankan baris perintah di bawah:

wget http://dl.dropbox.com/u/47950494/Mac-Lion-Cursors.tar.gz

sudo tar -xzvf Mac-Lion-Cursors.tar.gz -C /usr/share/icons

2. Muat turun tema Mac OS X Lion. Sedikit nota, jika anda sudah pernah membuat folder .themes sebelum ini, maka perintah yang pertama bolehlah anda abaikan.

mkdir ~/.themes

wget http://dl.dropbox.com/u/47950494/Mac-Lion-Theme.tar.gz

tar -xzvf Mac-Lion-Theme.tar.gz -C ~/.themes

3. Pasangkan Mac Icons. Seperti biasa, jika anda sudah pernah membuat folder .icons sebelum ini, maka perintah yang pertama boleh di abaikan.

mkdir ~/.icons

wget http://dl.dropbox.com/u/47950494/Mac-Lion-Icons.tar.gz

tar -xzvf Mac-Lion-Icons.tar.gz -C ~/.icons

4. Pasangkan GNOME Tweak Tool. Sekarang ia dikenali sebagai Advance Settings.

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

Anda bolehlah mengikut tetapan seperti di bawah:

Cursor theme -> Mac-Lion-Cursors
Icon theme -> Mac-Lion-Icons
GTK+ theme -> Mac-Lion-Theme
Window theme -> Mac-Lion-Theme

Maka hasilnya adalah seperti di bawah. Lihat pada ikon, ia sama seperti ikon pada Mac OS X Lion. Kira menarik tu kan? Jika anda mahu ‘tweak’ lebih lagi, itu terpulang kepada kreativiti anda. Andalah yang menentukannnya!

Jika anda mahu pasang Conky seperti dalam gambar, ikuti tutorial INI.

Tengok video sikit!

SUMBER: Convert your Ubuntu 11.10 into Mac OS X Lion

Views: 4

Iklan Newspaper Inline