Utama Blog Laman 300

Muat Turun Video Youtube : Flashgot + DownThemAll + Cocoon

0

Seringkali berminat untuk muat turun video di Youtube tetapi tidak tahu caranya? Atau sambungan internet anda disekat ke laman-laman web tertentu seperti Youtube dan anda mahu melepasinya?
Kini anda ada satu cara yang menarik untuk dicuba menggunakan gabungan Flashgot, DownThemAll dan Cocoon. Menariknya, ketiga-tiga ini ialah Addon untuk pelayar web Firefox dan ini bererti sistem operasi apa jua boleh menggunakan cara ini selagi penggunanya menggunakan Firefox.

Apa yang diperlukan:

1. Pelayar Firefox, tentunya!
2. Flashgot
3. DownThemAll
4. Cocoon
5. Akal yang waras dan muka yang sedikit kachak..errr..

Ok. Then.. Jom kita mulakan.

1. Apa yang perlu anda lakukan sesudah memasang kesemua Addon yang diperlukan ialah melakukan sedikit ubahsuai supaya ia bakal menyenangkan kerja-kerja anda dikemudian hari. Anda perlu enable Addon Bar dengan cara pergi kepada View -> Toolbars dan klik pada Add-on Bar.

2. Kemudian kita ubahsuai sedikit:

– Klik kanan pada Add-on Bar dan klik pada Customize…

– Seret dan lepas ikon Flashgot ke Add-on Bar

– Wallah! Ada dah kat bawah tu!

2. Klik pada lambang anak panah ke bawah pada ikon Flashgot itu dan seterusnya klik More Options…

3. Pergi ke tab ‘Flashgot Media’ dan tukarkan Download Manager kepada DTA. Ok. Done!

4. Sekarang, perkara pokoknya di sini yang Mr.Hac ingin tekankan ialah kepada mereka yang sambungannya disekat, contohnya ke Youtube. Anda boleh gunakan Cocoon untuk melepasi sekatan itu dan seterusnya dapat memuat turun video di situ. RUJUK: Cocoon

5. Sekarang, cuba cari lambang Flashgot berbentuk petak yang akan muncul setelah video tersebut loading/buffering seperti gambar di bawah dan klik padanya. Mungkin ia terletak di bawah, iaitu di Add-on Bar, jadi anda perlu peka dan cari di mana ia terletak. Gambar di bawah ini hanya contoh. Seperti Mr.Hac, ikon itu muncul di sebelah ikon DownloadHelper.

Adakah anda dapat muat turun dengan baik seperti Mr.Hac?

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Penyebaran Virus Komputer

0

Salam… si anggun si gadis ayu,
Dari kotaraya ke pedalaman kamu,
Dari Likas ke Pekan Rabu,
Di carta aku kau nombor satu,
Aku berikrar aku berjanji,
Teman-teman aku menjadi saksi,
Jauh di mata dekat di hati,
Jadi izinkan aku pergi berlari,
Keliling dunia dua tiga kali,
Ku tahu hanya satu perkara pasti,
Selagi bumi di atas paksi,
Bila tiba masa aku kembali, ke My Hackers Are Here baybeh! Hahah!

Tiba-tiba nak bagi salam, terus menyanyi. Hmmm..

Sebelum anda menyegarkan mata anda di pagi hari dengan membaca entri ini, ada baiknya anda rujuk terlebih dahulu entri-entri di bawah:

1. Bagaimana Perisian Antivirus Berfungsi

2. Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Virus Komputer?

3. Sejarah Virus Trojan Horse

4. Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Malware?

5. Cara Terbaik Menyekat USB Anda Sebagai Penyebar Virus

Kaedah Penyebaran Virus Komputer:

Kenapa kita perlu belajar atau sekurang-kurangnya ambil tahu bagaimanakah caranya pencipta virus menyebarkan virus mereka? Ya, just use your common sense. Jika anda tahu bagaimana cara untuk berbicara bahasa Kantonis dan Mandarin, masakan orang yang menggunakan bahasa tersebut boleh menipu anda? Samalah juga halnya dengan entri ini, jika anda mahir kaedah penyebaran virus komputer, sudah tentu tak mungkin komputer anda akan dijangkiti lagi, sebaliknya anda pula yang mencipta virus untuk disebarkan! Mama miya!

Terdapat beberapa kaedah penciptaan virus yang popular. Jika anda lihat pada Keylogger mahupun Remote Administration Tool (RAT), server.exe yang terhasil selepas anda menjananya juga dikesan sebagai virus oleh Antivirus. Melainkan anda mempunyai Binder atau Crypter yang bagus, anda akan dapat menjadikan ia sebagai FUD (Fully Undetectable).

Ada juga yang menciptanya melalui bahasa pengaturcaraan dan di compile begitu sahaja. Ini adalah cara mereka yang mahir. Tidak kurang juga Script Kiddies yang menggunakan pelbagai tools untuk ‘menjana’ virus-virus yang dapat dikesan dengan mudah oleh Antivirus. Melainkan mereka rajin untuk menyusun kembali kod dan recompile lalu jadilah ia satu bentuk virus baharu.

Jika ditanya akan tujuan virus dicipta, tak lain tak bukan antaranya:

1. Untuk mendapatkan maklumat sulit/rahsia rasmi sasaran.
2. Untuk menguji sistem komputer sasaran (Pun ada!).
3. Suka-suka, seronok-seronok (Pun jugak!).
4. Dicipta dengan tujuan khas mengumpul data yang diperlukan oleh penggodam.
5. Memusnahkan data yang dijaga rapi oleh sasaran.

Antara tempat-tempat yang seringkali menjadi perhatian penyebar virus ialah seperti:

1. Facebook (Ya! Facebook memang sangat sinonim dengan penggodam! Jangan hairanlah kenapa!)
2. Laman Forum dalam talian yang popular
3. Youtube
4. Laman Torrent
5. Laman permainan
6. Laman sembang maya atau penggunaan dekstop client
7. E-mel
8. Penyebaran melalui muat turun di laman perkongsian fail, atas gabungan laman-laman di atas
9. USB Pendrive (Sebaran secara rambang barangkali)
10. Melalui binatang ternakan seperti kuda dan lembu.. Ahhh.. silap channel. Ini virus lain!

Jika anda perhatikan pada laman-laman tersebut, ia sememangnya ‘ladang ternakan’ virus yang sangat subur sehinggakan ditahan oleh servis seperti Websense pun ia masih boleh menyebar dengan baik. Andai anda mahir dengan kejuruteraan sosial, cukuplah pakej untuk anda berjaya sebagai penyebar virus komputer alaf baru.

Ooohhh. Cukup setakat ini sahaja. Yang lain tu, anda cuba kaji sendiri ok!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux

0

Ok. Dah siap dah install Arch Linux? Kalau dah siap baguslah, kerana hari ini Mr.Hac nak beri sedikit panduan akan apa yang patut atau perlu dipasang selepas siapnya pemasangan Arch Linux pada PC anda (Top things to do after installing Arch Linux man!)

1. Update and sync:

Jalankan perintah di bawah setelah anda log masuk:

pacman -Syy

pacman -Syu

2. Pasang Pulseaudio:

pacman -S pulseaudio

pacman -S alsa-plugins

Sunting fail /etc/rc.conf

nano /etc/rc.conf

Pergi ke bawah sekali dan tambahkan dbus (Sebelum network) dan gdm diakhir sekali (Untuk ini anda perlu merujuk kepada Arch Wiki pada bahagian Display Manager. Sila tukarkannya jika anda menggunakan Display Manager selain gdm – GNOME Display Manager)

3. Pasang Xorg:

pacman -S xorg

lspci | grep VGA

-> Untuk mendapatkan jenis kad grafik anda

pacman -S nvidia

-> Contoh

startx

-> Untuk menguji X, sama ada ia berjalan dalam sistem atau tidak

4. Pasangkan Font:

pacman -S ttf-dejavu ttf-ms-fonts

5. Pasangkan persekitaran desktop:

# Mr.Hac tinggalkan bahagian ini untuk anda ‘terokai’ sendiri Arch Wiki!

6. Reboot

7. Pasangkan codecs:

sudo pacman -S mplayer gecko-mediaplayer xine-lib xine-ui libdvdread libdvdcss alsa-oss jre

-> Tambahkan flashplugin jika anda menggunakan 32bit

8. Pasangkan Firefox (Akhirnya…):

pacman -S firefox

9. Tambahkan pengguna (Iaitu anda):

adduser arya

-> Gantikan arya dengan nama anda

Pilihan seterusnya anda cuma perlu tekan Enter, Enter dan Enter sehingga diminta memasukkan nama penuh, masukkan saja nama nama, dalam kes Mr.Hac ini ialah ‘arya’. Kemudian Enter lagi sehingga diminta masukkan kata laluan. Masukkan kata laluan pilihan anda dan anda boleh logout dengan menaip ‘logout’. Done.

Atau anda boleh gunakan baris perintah ini:

useradd -m -g users -G audio,lp,optical,storage,video,wheel,games,power -s /bin/bash arya

-> Seperti biasa ‘arya’ itu, gantikan dengan nama yang anda ingini ya. Sebenarnya kepenggunaan untuk akaun ini lebih banyak lagi boleh ditambah, tapi ini pun sudah cukup.

Tetapkan pula kata laluan:

passwd arya

10. Tukarkan pengguna itu kepada had penggunaan ‘sudo’ atau ‘root’:

nano /etc/sudoers

Di bawah baris berikut tambahkan nama pengguna anda:

root ALL = (ALL) ALL
arya ALL = (ALL) ALL

Ctrl + x + y + Enter untuk menyimpan konfigurasi itu tadi, atau:

Anda uncomment (padam tanda #) pada baris berikut:

wheel ALL = (ALL) ALL

Log keluar, log masuk kembali dengan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian:

sudo su

Masukkan kata laluan dan sekarang anda sudah boleh gunakan akaun ini sebagai ‘root’.

Jika pada waktu pemasangan Arch Linux anda tidak pasangkan ‘sudo’, maka anda perlu pasangkan ia terlebih dahulu agar akaun ini boleh menggunakan perintah ‘sudo’ untuk mengemaskini, menaik taraf atau memasang pakej/perisian:

pacman -S sudo

Amacam? Sudah ada keberanian atau pening?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Tips] Windows 7 Genuine?

0

Salam…

Mencari yang asli bukannya susah. Membayar yang asli itulah yang amat susah. Mencari yang palsu bukannya payah. Menentukan bukan palsu itulah yang amat payah. Pandang belakang jalan berlenggang rambutnya panjang. Pandang depan mekap terang dadanya kembang. Bila bersembang…Wow! Ketawa mengilai memanjang. Hoh! Jembalang Tokong dah nak datang…kui3…

Lazimnya sebagai pembeli komputer baru anda sepatutnya mendapatkan sistem operasi Windows yang asli seperti yang dijanjikan oleh peruncit atau pengilang. Adakah anda akan telan bulat segala kata manis penjual? Atau percaya bulat pada logo Genuine Microsoft Software seperti yang anda lihat di atas? Anda akan tersedak selagi yang bulat itu anda terus telan tanpa mengunyah dengan cermat setiap persoalan. Cuma sedikit masa sahaja yang diperlukan untuk anda mengenali samada Windows anda asli atau tiruan. Melalui 3 kaedah yang saya anggap terbaik di dunia dan boleh dipercayai.

Kaedah 1 :
1.  Buka Command Prompt yang terdapat dalam fail Accessories dari Start Menu. Dan jalankan Command Prompt dengan Run As Administrator.
2.  Masukkan kod : sfc /scannow

3.  Kemudian tekan Enter. Biarkan ia membuat imbasan (scan) sehingga lengkap 100%.
4.  Selesai pengimbasan anda akan medapat keputusan samada terdapat sebarang kesalahan dalam sistem operasi Windows anda.

5.  Sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti CRACK, secara automatik ia akan membaiki (fix) sekaligus membuang (remove) CRACK dari sistem operasi.
6.  Kemudian tutup Command Prompt dan hidupkan semula komputer sebagai pelengkap proses.

Kaedah 2 :
1.  Boot dengan mana -mana dvd Windows 7, tak kisahlah dvd yang asli atau tiruan.
2.  Pilih Repair your computer

3.  Masuk ke System Recovery Options kemudian pilih Command Prompt.

4.  Masukkan kod : bootsect.exe /nt60 ALL

5.  Dalam masa kurang seminit anda akan mendapat keputusan Successfully updated NTFS filesystem bootcode. Ertinya kerja pengimbasan sudahpun selesai. Dan secara automaik sistem anda telah di kemaskini dan sebarang unsur LOADER telahpun di nyahpasang.
6.  Sila hidupkan semula komputer untuk lanjutan keputusannya.

Kaedah 3 :
1.  Pergi ke laman Microsoft untuk memuat turun kemaskini KB971033
2.  Pasang kemaskini tersebut dan hidupkan semula komputer setelah selesai.
3.  Dan secara automatiknya segala keraguan dalam sistem operasi Windows anda telahpun dibersihkan.
*Sayugia diingatkan walaupun kemaskini KB971033 sudahpun siap terpasang terlebih dahulu dalam Windows Update, crack / loader sebenarnya masih boleh dipasangkan kemudian. Jadi, jika inginkan penilaian yang mutakhir, anda perlu memasang semula kemaskini tersebut.

*Anda harus melalui satu persatu 3 kaedah di atas sekiranya inginkan jawapan yang paling maksima.
*Untuk melihat paparan logo Genuine Microsoft Software : Klik kanan My Computer > Properties > Windows activation.

Tutorial ini sekadar satu peringatan dan didikan supaya kita bijak dalam membuat penilaian. Adakah anda pengguna Windows asli? Kalau sudah tahu tangan tu berbau petrol, jangan sesekali berani bermain dengan api.

Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

How To Install Arch Linux (2011-2012)

0

Pengenalan: Arch Linux ialah sebuah distro Linux yang bersaiz kecil, ringan, dan fleksibel. Ia disasarkan kepada golongan pengguna Linux pertengahan – hinggalah kepada mahir. Kerana apa? Kerana Arch Linux tidak memasang satu apa pun padanya melainkan sedikit antaramuka pemasang. Ketika itu andalah selaku pembinanya, memilih apa jua pakej yang anda suka. Anda bina ia mengikut kehendak anda sendiri. Disebabkan itulah ia dilabel sebagai distro untuk golongan pertengahan hingga mahir, kerana dari proses pemasangannya sahaja mungkin sudah timbul pelbagai ralat. Hanya mereka yang sudah terbiasa dengan Linux sahaja yang akan bersabar dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Tapi kali ini Mr.Hac memudahkan anda yang berminat untuk mencubanya dengan memberikan kepada anda tutorial kaedah pemasangan Arch Linux (2011-2012). Sebenarnya ada lebih dari 20 keping gambar, namun ia terpaksa disunting dan dipilih yang terbaik agar tidak mengelirukan anda. Pemasangan Arch Linux sebenarnya bagi Mr.Hac agak mudah, straight-forward, dan ‘mencabar’ minda. Anda ikuti sahaja siri gambar di bawah, InsyaAllah anda boleh melakukannya.

Pemasangan ini dijalankan melalui Virtualbox. Namun kaedahnya sama untuk pemasangan secara terus pada komputer. Anda boleh muat turun fail ISO Arch Linux di sini -> Arch Download Page

1. Boot Arch Linux pilihan anda. Sila muat turun versi i686 untuk 32bit dan x86-64 untuk 64bit.
Sudah boot? Sudah sampai pada paparan di bawah? Taipkan /arch/setup untuk memulakan pemasangan.

2. Pilih sumber. Pilih ‘core-local’ dan klik Ok. Pendek kata biarkan saja pilihan lalai (Default).

3. Pilih editor. Pilih nano untuk versi paling mudah.

4. Set-kan jam. Pilih UTC jika anda tidak dual-boot dengan Windows.

5. Sediakan cakera keras. Pilih ‘Auto-Prepare’ jika anda tidak mahu dual-boot dengan Windows. Ambil perhatian, pilihan ini akan memadamkan semua data dalam PC anda. Bahasa mudahnya, clean installation. Jika anda mahu belajar mengenai kaedah partitioning untuk Arch Linux, sila rujuk pada laman Youtube (disarankan) atau rujuk ARCH WIKI. Pada Arch Wiki sudah tersedia sebagai gudang ilmu yang lengkap mengenai apa jua!

6. Pilih pakej. Jangan buangkan tanda ‘base’! Pilih ‘base-devel’ sebagai tambahan. Seperti biasa rujuk Arch Wiki untuk lebih memahami mengenai pakej.

7. Pasangkan pakej.

8. Sunting/edit fail sistem. Untuk bahagian ini, anda disaran agar rujuk laman Youtube dan cari video tutorial berkaitan kerana bahagian inilah yang terpaksa disunting untuk memendekkan tutorial ini.

9. Ubah nama HOSTNAME kepada nama yang anda ingini pada fail /etc/rc.conf. Ada beberapa lagi bahagian yang tidak dipaparkan di sini iaitu bahagian pemilihan pelayan (Server) dan bahagian untuk menge-set root password. Untuk memilih pelayan, anda hanya perlu uncomment atau bahasa mudahnya padamkan (Delete) simbol # pada mana-mana pelayan yang anda suka.

10. Jika semuanya berjalan dengan lancar, anda boleh ‘Exit Install’, taipkan ‘reboot’, dan anda boleh log masuk dengan menggunakan ‘root’ sebagai nama pengguna dan kata laluan ialah apa yang telah anda set-kan di atas.

Selebihnya Mr.Hac tinggalkan kepada anda untuk proses pemasangan yang seterusnya. Contoh : pemasangan persekitaran desktop, pemacu, pengurus tetingkap, pelayar web, dan sebagainya lagi!
Anda mahukan Arch Linux dengan persekitaran desktop Enlightenment 17 (E17) seperti di bawah? Kalau jawapan anda ya, maka mulakan langkah berani anda sekarang!

Satu nasihat Mr.Hac, jika anda mahu menggunakan Arch, anda perlu berkawan rapat dengan ARCH WIKI kerana di dalamnya terkandung 1001 jawapan kepada pelbagai persoalan anda! Arch Linux mempunyai Wiki yang super duper lengkap, lebih lengkap dari Ubuntu Wiki! Jangan malas membaca, kerana jika anda malas membaca, anda tidak akan ke mana-mana.

Arch bukan untuk pemula, jadi silalah jadikan diri anda maju ke depan jika anda berkenan dengan distro yang satu ini. Mr.Hac sudah merasai ‘learning curve’ Arch Linux yang juga super duper LUAS. Anda bila lagi?

RUJUKAN WAJIB:

1. ARCH WIKI

2. Arch E17

3. Arch Desktop Environment

4. Install Arch Linux On Virtualbox

5. Youtube

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hacker University : Social Network Community For Hackers

0

Seringkali kita diwar-warkan dengan kehebatan Facebook, seringkali juga kita digembar-gemburkan dengan berita akaun Facebook artis atau selebriti digodam. Ah.. Facebook dan penggodam ibarat irama dan lagu, tiada dapat jua ia dipisahkan.

Jika Facebook merupakan laman jaringan sosial yang paling sesuai untuk sekalian rakyat marhaen, maka sesuailah pula Hacker University ditabalkan sebagai laman sosial untuk para penggodam.

Ini kerana di dalamnya selain bersosial, terdapat juga ruangan untuk berforum dan di situ anda boleh membuka thread seperti forum lainnya. Meskipun ia belum cukup tersusun (pada pandangan Mr.Hac), namun sedikit sebanyak siapa yang terbiasa dengan Facebook mungkin dapat menyesuaikan diri dengan laman ini.

Jangan tunggu lebih lama lagi. Mendaftarlah di Hacker University dan cuba-cubalah bertanya sebarang kemusykilan di sana. Mr.Hac tidak berani menjamin ianya sebagus Silent Hackers Malaysia (yang telah ditutup buat sementara waktu), tetapi sekurang-kurangnya anda ada tempat rujukan kedua selepas MHAH.

Anda tidak perlu mengesahkan alamat e-mel, sebaliknya selepas selesai pendaftaran, anda boleh terus menggunakannya. Terbaikkk..

All the lawyers are defenseless,

All the doctors are disease,

And the preachers all are sinners,

And the police just take the grease,

All you judges you are guilty,

All the bosses I will fire,

All you bankers will have losses,

POLITICIANS ALL ARE LIARS!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Mengintegrasikan Prozgui Faster Dengan Firefox dan Google Chrome

0

Salam semua.

Prozgui Faster ialah sebuah pemuat turun (downloader) yang bagus untuk Ubuntu. Tapi sebelum itu kita perlu mengintegrasikan ia dengan pelayar web yang kita selalui gunakan supaya proses muat turun berjalan dengan lancar.

Untuk Pelayar Web Firefox:

1. Anda wajib ada Addon Flashgot pada Firefox. Jika belum ada, sila pasangkan.

2. Buka Firefox. Klik pada Add-ons -> Extensions -> Flashgot -> Preferences lalu akan keluar tetingkap seperti di bawah:

3. Pergi pada tab General, klik ‘Add’. Masukkan nama Download Manager iaitu : ProzGui Download Accelerator

4. Setelah itu cari fail executable pada direktori File System : /usr/bin/prozgui

5. Tandakan pada ‘Shown in context menu’. Ok, selesai. Sekarang anda boleh gunakan Prozgui untuk memuat turun pada pelayar Firefox dengan syarat anda jadikan ia sebagai pemuat turun lalai (Default) pada ruang tetapan Flashgot iaitu di tab General dan FlashGot Media.

Untuk Pelayar Web Google Chrome:

1. Untuk mudah kerja, anda klik Chrome Download Assistant, lalu pasangkan ia pada Google Chrome/Chromium anda.

2. Taipkan pada bar URL : chrome://settings/extensionSettings atau anda boleh klik pada lambang ‘spanar’ -> Preferences -> Extensions dan pergi kepada Download Assistant -> Options, masukkan maklumat-maklumat berikut:

Name : ProzGUI
Command : /usr/bin/prozgui

Klik Add -> Save & Close.

Pilih Prozgui sebagai pemuat turun lalai (Default):

Hei Garuda durjana,

Jika sungguh niatmu,

Ku panah kau menjalar mati,

Ku gantung dirimu di alang,

Keringlah engkau di tiang sula,

Hei panah saktiku!

Jika benar namamu Berana Pura,

Jika benar kau mempunyai kesaktian,

Tunjukkanlah!

Hanyut tanah tak bertuan,

Raja tidak bertuhan,

Ditabal aku di Sanggar Masin,

Raja Qalha Pra Ong Mahawangsa!

Quote from a great song – Sil Khannaz – Merong Mahawangsa

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Tips] Masalah Network Connections Selepas Kemaskini

0

Salam…

Kepala pusing memutar soalan yang tak berjawapan. Mahu bertanya sudah terputus talian. Mahu mencari sudah terbungkam fikiran. Padahal cuma sekenit masalah, sudah celaru gempak musibahnya. Dengan skema cepat melontar masalah kepada tawkey sepet. Aiya! Itu ini – ini itu…Damn! Ratusan RM terburai…pemurahnya orang kita!

Kami ingin berkongsikan satu masalah yang jarang berlaku tetapi tidak mustahil boleh berlaku kepada mana-mana komputer di dunia ini. Pemacu (driver) seperti sedia maklum adalah perkakas yang terlalu sensitif. Tetapi kita harus juga mengemaskini pemacu untuk melaraskannya seiring tuntutan zaman.

Pernahkah anda mengalami masalah rangkaian internet tidak dapat di intergrasikan semula selepas melakukan kemaskini pada kad rangkaian (network card). Tiba-tiba terpampang tanda seruan berwarna kuning pada ikon internet di taskbar. Dan setelah diperiksa pada folder Network Connections nampak kosong dan tak masuk dek akal. Anda pasti terfikir kemana hilangnya kesemua Network Adapter dari folder tersebut. Jawapan klise yang terpancul- Virus?

Untuk makluman, tiada kaitan pun dengan pakcik dan makcik virus. Masalah ini terjadi adalah kerana komputer gagal mengkonfigurasikan semula Network Adapter yang telah di kemaskini. Ini terjadi mungkin kerana bugs dan cache yang keliru. Masalah ini takkan selesai walaupun anda cuba menutup modem dan restart komputer sehingga berabad kalipun. Disini ada satu penyelesaian paling mudah dan jimat masa. Tutorial saya jalankan adalah keatas Windows 7.

1  Ke > Start Menu atau RUN > taip regedit
2  Ke > HKEY_LOCAL_MACHINESYSTEMCurrentControlSetControlNetwork
3  Pada tetingkap sebelah kanan Network, anda akan melihat Config. Klik kanan pada Config kemudian Delete. Ingat hanya key Config sahaja yang perlu anda Delete.
4  Selepas selesai, tutup dan restart komputer anda. Lazimnya anda dapat mengembalikan konfigurasi internet anda kepada asal tanpa sebarang masalah lagi.

*Sekiranya terjadi sebarang masalah kepada network connections seumpama ini, anda juga boleh melakukan tindakan yang sama.
*Jangan risau dan takut untuk Delete key Config. Komputer anda secara automatik akan mencipta key Config yang baru nanti selepas komputer di hidupkan semula.

Selesai sudah satu perkara, semoga pembelajaran ini menjadi satu asas yang berguna untuk anda semua. Berfikir dan ingat…jangan tertipu lagi oleh gertakkan teknologi ciptaan akal yang sama sepeti kita.

Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tutorial : Kaedah Perlaksanaan Doxing

0

In the beginning God created the heaven and the earth.

And the earth was without form, and void,

And God said, Let there be light: and there was light.

And God saw the light, that it was good: and God divided the light from the darkness.

And God called the light as Day, and the darkness as Night,

And the end for the darkness is near, because of the light was My Hackers, Are Here..

Salam semua. Bertemu lagi kita pada hari ini. Tarik nafas dalam-dalam, ikat tali pinggang keledar dengan baik, anda bakal ‘melalui’ entri yang akan memaksa anda berfikir. Di penghujungnya nanti Mr.Hac bakal tinggalkan anda bersendirian untuk eksperimentasi sendiri, agar anda mengasah bakat dan juga minda supaya tampil lebih ‘tajam’. Seperti yang dijanjikan, kita ‘tarah’ dahulu asas kerana asaslah yang akan anda ‘bawa ke mana-mana’.

Doxing, ialah proses mendapatkan maklumat tentang seseorang atau sesuatu dari sumber carian internet. Para penggodam biasanya menggunakan kaedah ini untuk mengumpul maklumat mengenai sasaran dan kemudian membina fail kamus dari biodata yang terkumpul untuk memudahkan proses menggodam kata laluan. Tidak kurang juga kaedah ini mampu membantu penggodam untuk mencari jawapan kepada Security Question e-mel anda dan sebagainya lagi.

Selain Pipl, terdapat beberapa enjin carian khas untuk Doxing seperti Wink, 123people.com dan Zaba Search. Anda cuma perlu sediakan beberapa maklumat yang diperlukan seperti:

1. Alamat E-mel sasaran
2. Nama sasaran
3. Lokasi/Tempat Tinggal sasaran

Menggunakan Google Sebagai ‘Rakan Karib’ Anda:

Anda boleh merujuk kepada beberapa panduan mengenai Google Dork khususnya dan Google amnya pada pautan di bawah:

1. Apakah Google Dork (Oleh Janjangz)
2. The Google Hacking Database (TGHD)
3. 7 Kaedah Popular Menggunakan Google Untuk Menggodam

Anda perlu ingat, dan anda perlu tahu, kaedah Doxing ini telah banyak membantu penggodam untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Namun ‘bakat’ carian ini bukanlah boleh dibuat-buat. Kecerdasan dan kecerdikan untuk mencari apa yang patut perlu diasah supaya anda tidak tersilap perhitungan lalu tersalah maklumat sekaligus memusnahkan data.

Maltego dan Creepy adalah contoh tools yang boleh membantu anda memulakan langkah pembelajaran manakala Net Tools pula adalah set lengkap untuk menjalankan forensik komputer/siber. Tetapi untuk menggunakannya anda perlu belajar dan terus belajar, kerana untuk mahir bukanlah sehari dua cuma.

Bukalah Google, mulakan carian sasaran dan jangan berhenti berfikir!

“When you stop thinking, you stop learning, and when you stop learning, you stop leading!”

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Uniblue Driver Scanner 2012

0

Salam…

Acapkali sebelum melahirkan sesebuah entri, satu soalan pertama akan meraung dalam kepala. Perlukah info yang ada di kongsikan dengan pembaca? Ada kalanya apa yang kita fikirkan betul akan menjadi tidak betul kepada orang lain. Dan juga adakalanya apa yang kita tidak suka, kemungkinan menjadi kesukaan orang lain. Jadi muktamadnya sebagai penulis saya tetap sebagai penyampai walaupun berdiri di luar maupun duduk dalam kotak perspektif.

Kali ini kita akan berkenalan dengan sebuah produk Uniblue bernama Uniblue Driver Scanner 2012. Bertepatan dengan dengan namanya, Uniblue Driver Scanner 2012 adalah sebuah perisian yang bertindak sebagai pengimbas dan pengenalpasti driver komputer yang telahpun ketinggalan zaman.

Apakah faedahnya driver perkakasan komputer di kemaskini?
.  Keserasian perkakasan menjadi lebih baik dan mengurangkan konflik sistem
.  Peranti ditapis untuk prestasi yang lebih baik
.  Membuang bugs dan kesilapan peranti
.  Keupayaan baru peranti untuk terus bekerja
.  Prestasi komputer menjadi lebih baik dan stabil

Ciri-Ciri Utama Uniblue Driver Scanner 2012
.  Antaramuka yang mudah dikendalikan
.  Fungsi imbasan yang pantas dan cekap hanya dengan 1-Klik
.  Gambaran keseluruhan system berserta cadangan termasuk laporan tahap driver yang lapuk.
.  Muat turun driver cepat dan selamat serta proses pemasangan driver baru hanya dengan 1-Klik
.  Backup dan Restore driver
.  Sesuai guna untuk Windows XP / Vista / 7 (64-bit support)

Pada harga asal USD19.95 Uniblue Driver Scanner 2012 menawarkan lesen sah percuma hanya kepada jelata UK sahaja. Dan sekiranya anda berminat anda perlu mengikuti beberapa langkah mudah di sini.
1. Salin URL laman giveaway : http://mag.uniblue.com/computershopper/ds/index.html
2. Kemudian tampal ke laman proxy UK di bawah ini:
http://www.daveproxy.co.uk/
3. Klik “Get our FREE product” untuk masuk ke laman promosi

4. Kemudian isilah maklumat seperti yang diminta dan klik “Complete Registration” setelah selesai.

5. Dalam masa kurang seminit anda akan mendapat balasan email berserta nombor siri dan pautan untuk memuat turun perisian.


Secara peribadinya saya bukanlah penggemar jenama Uniblue. Pandangan saya, Uniblue Driver Scanner 2012 tidaklah begitu relevan untuk Windows 7. Yang mana sistem pengawal selia perkakasannya masih boleh diharapkan. Berbanding Windows XP amat memerlukan perisian seperti ini. Anda perlu banyak belajar dan memahami perisian ini. Driver adalah perkakas yang amat sensitive.

Nasihat saya, anda mesti berhati-hati. Tidak semestinya apa yang disyorkan oleh perisian ini mesti di ikut 100%…kalau main ikut je nanti padah akibatnya. Apa yang saya review kan di sini adalah atas dasar percuma dan sah! Seperti selalu saya katakan…lain pandang lainlah pandangan. Jadinya anda harus berani bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Sekian.

*Promosi akan berakhir pada 1 Mac 2012

Views: 1

Iklan Newspaper Inline