Utama Blog Laman 294

Review VPN.Fikri.my!

0

Salam kepada semua rakyat jelata, para pembaca yang budiman.

Baru petang tadi Mr.Hac menulis mengenai vpn.fikri.my. Malam ini pula Mr.Hac ingin membuat sedikit reviu berkenaan dengan VPN ini! Ujian VPN.Fikri.my ini telah dijalankan pada sistem operasi Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot.

Berikut Mr.Hac berikan beberapa paparan skrin untuk tatapan mata anda:

Berikut adalah pandangan Mr.Hac mengenai VPN ini:

1. Murah! Mana lagi servis VPN yang anda boleh cari dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25, dan pembayaran RM15 untuk setiap 2 bulan penggunaan!

2. Mudah digunakan. Mempunyai panduan yang lengkap, ibarat mini Wiki di dalamnya (Rujuk paparan skrin nombor 3 dari atas).

3. Kelajuan yang memuaskan hati. Malah menggunakan VPN ini tidak pula melambatkan kelajuan internet anda. Dengan pakej Streamix 1MBps, Mr.Hac boleh memuat turun 1 fail dengan kelajuan purata 127kbps.

4. Mempunyai 3 pelayan (Server). Anda boleh pilih sama ada London, Kansas ataupun Dallas. Setiap satunya dengan kelajuan yang sama. IP anda juga akan ditukar sebaik sahaja ia berjaya disambungkan.

5. Servis ini pasti boleh pergi lebih jauh sekiranya mendapat liputan yang meluas!

Terima kasih kepada saudara Fikrizaman kerana memberikan saya peluang untuk mencuba servis VPN anda. Semoga servis VPN ini akan dapat dimajukan lagi pada masa akan datang!

NOTA: Kepada pengguna UBUNTU, sila lihat panduan ini untuk menggunakan OpenVPN.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Firefox Speed Dial Pada Firefox Aurora

0

Pelayar kegemaran ramai, Firefox, bakal memperkenalkan kepada para penggunanya akan fungsi ‘baru’ iaitu Speed Dial. Fungsi ini sudah lama diimplementasi oleh pelayar Opera, dan Google Chrome, namun implementasi terbaik adalah dari Opera.

Fungsi ini bakal dimasukkan pada Jun 2012 rilisan Firefox versi 13. Namun, anda boleh mencubanya melalui Firefox Aurora.

Para pengguna Ubuntu boleh memasang Firefox Aurora menggunakan PPA seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/firefox-aurora

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

Namun harus diingat, pemasangan Firefox versi Aurora atau Beta akan menindan (Overwrite) Firefox versi stabil. Oleh itu, sila pastikan anda tahu apa yang anda lakukan sebelum membuat apa-apa perubahan pada komputer/sistem operasi.

9 kekotak yang terpapar ialah hasil dari laman-laman yang kerap anda kunjungi. Tidak akan ada Thumbnail selagi anda tidak klik secara terus pada Speed Dial tersebut, yang boleh diakses sekiranya anda membuka tab baru.

Kekotak Speed Dial itu boleh diubah susunannya, di-pin, atau dibuang/dipadamkan. Cuma setakat ini masih belum ada fungsi tetapan untuk mengubah pautan, mengubah latar belakang Speed Dial, mengubah bilangan dial itu sendiri dan sebagainya. Pendek kata fungsi ini masih lagi dalam proses pembikinan ke arah kesempurnaan.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

VPN Fikri.my Akhirnya Dilancarkan!

0

Salam.

Sesudah Subuh ku tunggu blog ini untuk terbuka, akhirnya ia dibuka jua! Blog yang Mr.Hac maksudkan ialah blog Fikri.my. Boleh kata hari-hari buka, kerana ingin menuntut ilmu baru dari sang Master ini. Setelah beberapa hari ia ‘ditutup’ dan jika dibuka sekalipun anda akan disuruh bermain dengan ‘bola’, akhirnya ia dibuka kembali.

Ingatkan hanya tema blog sahaja yang ditukar, rupa-rupanya dia ada ‘benda baru’ untuk dikongsi. ‘Benda’ yang Mr.Hac maksudkan itu ialah servis VPN! Ya.. Servis VPN dari Fikri.my, eksklusif untuk semua orang!

Lawati vpn.fikri.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Quote dari blog beliau:

My VPN consider paying once in two month. No one month subscription. What about the bandwidth? Yup, unlimited bandwidth with at least 3 server. You can choose any server that you want anytime! If you feel that 1st server is slightly slow, use the second server. This might look costly. YES!!. Nah, just kidding. For the first time, usr need to pay RM 25 for 2 month. RM 10 is for the lifetime user management and RM 15 is for subscription of VPN for two month. After two month have expired, you only have to pay RM 15 for next two month. Is that a big deal?

Teruja habis! Ini berita baik untuk semua peminat VPN khususnya pembaca blog MHAH kerana anda sendiri tahu betapa dalamnya minat Mr.Hac pada VPN! Jom ramai-ramai kita sokong produk buatan rakyat Malaysia!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ada Isi Kandungan Blog Terpaksa Dibuang!!

0

Akibat aduan dari individu yang tida dikenali, Mr.Hac terpaksa membuang entri Microsoft Office 2010 [Download] untuk mengelakkan daripada blog ini dipadam pula oleh Google.

Maaf, tetapi jika anda hendak memuat turunnya, ia masih lagi disimpan di laman JumboFiles.com. Jika anda mahu, anda perlu memintanya secara ‘sulit’ melalui ruangan Hubungi Admin. Sekian. Terima kasih atas kerjasama anda.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Muat Naik Video Yang Panjang Di Youtube

0

Youtube sememangnya salah satu dari laman video yang menjadi tempat persinggahan rakyat Malaysia paling kerap dilawati. Bagi mereka yang mempunyai akaun Youtube, tentu teruja dan teringin untuk memuat naik video ke dalamnya supaya dapat ditonton oleh setiap orang. Bagaimana pula jika ingin muat naik video yang panjang?

Youtube meletakkan syarat, bagi akaun biasa, supaya melakukan pengesahan melalui telefon bimbit jika pemiliknya berhasrat untuk memuat naik video yang panjang. Caranya amat mudah. Anda cuma perlu lawati ruangan Upload, kemudian klik pada perkataan Increase your limit.

Di situ, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon bimbit. Sila masukkan nombor yang sedang anda gunakan, selepas itu, tunggu nombor pengesahan dari Youtube. Masukkan nombor itu ke dalam kotak pengesahan dan klik pada butang seterusnya untuk melengkapkan pengesahan akaun.

Setelah semuanya selesai, anda kini sudah boleh muat naik video yang panjang. Silakan mencubanya dan anda pasti berpuas hati.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Download Latest Ultrasurf 11.03 [Mediafire]

0

Ultrasurf telah mengeluarkan rilisan terbarunya dengan versi 11.03. Sila lihat pada paparan skrin di bawah:

Buat mereka yang tidak pasti atau tidak tahu cara menggunakannya, sila rujuk pada entri ini: Cara Menggunakan Ultrasurf

Jika anda lihat kepada rekod muat turun versi 10.08 yang terdahulu, anda pasti terkejut kerana ia telah mencecah sehingga 29 ribu muat turun!

Muat turun Ultrasurf versi 11.03: u1103.exe

Buat mereka yang mahu mencuba UltraVPN dari UltraReach, anda boleh muat turunnya di sini: v100c

NOTA: Sila TUTUP Antivirus anda sebelum memuat turun fail-fail ini untuk mengelakkan dari False Positive Warning. Jika anda tidak tahu Ultrasurf itu apa, sila gunakan sahabat terbaik penggodam, iaitu Encik Google.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] BDlot DVD Clone Ultimate For Free License Key Incl Serial Number

0

BDlot DVD Clone Ultimate ialah perisian berciri penuh dan elegan, direka khas untuk melakukan kerja-kerja penyalinan DVD dengan lebih pantas dan efisien tanpa menjejaskan kualiti kandungan asal. Ia juga mampu melakukan penyalinan terhadap DVD yang telah dilindungi dengan membuang ciri perlindungan tersebut.

Jika anda rasanya itu masih belum mencukupi, ia juga mampu menyalin kandungan DVD ke dalam cakera keras mahupun storan USB. Disebabkan itulah entri Giveaway dibuat hari ini kerana jika anda tidak mendapatkannya dengan pantas, promosi ini akan berakhir pada 14 Februari 2012!

Sila dapatkan perisian ini Dalam versi penuh pada pautan berikut: Giveaway

Sistem Operasi yang di sokong:
Microsoft® Windows 98, NT, 2000, 2003, XP, Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] PDF To Excel Converter Serial Giveaway For Free Full Version

0

Entri kali ini berkenaan dengan ”PDF To Excel Conveter”..

PDF To Excel Converter adalah sebuah aplikasi untuk menukar dokumen PDF ke format XLS Excel dengan pantas dan mudah. Dengan PDF To Excel Converter, pengguna akan dapat mengedit bentuk PDF mereka dalam MS Excel..

Nak tengok rupa nya..

Sistem operasi:Microsoft Windows 2000, XP, 2003, VISTA, 7 atau Windows 8!

PDF To Excel Converter Serial Giveaway For Free Full Version


 -Harga asal PDF To Excel Converter adalah $ 39.95USD setiap lesen, tetapi semua pengguna mampu untuk mendapatkan lesen PDF To Excel Converter sebelum Mar 2012..  

 -Anda boleh terjah laman utamanya di: PDF TO Excel Converter
Credit To Black Ops

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Muat Turun Video Dari Tonton.com.my

0

Salam.

Dalam manis, ada pahit, dalam pahit, ada ubat. Dalam keseronokan Mr.Hac melihat semakin ramai penulis baru di sini menulis dengan kreatif dan aktif, rupanya ada juga yang berduka dan kecewa, kerana katanya artikel tutorial dan artikel mengenai Windows (Khususnya) dah semakin kurang. Ya ke? Apapun tahniah kepada Luqman man dan MeiAx kerana telah berjaya memberikan impresi yang hebat kepada Mr.Hac atas penulisan anda yang bagus.

Baiklah. Untuk kesekian kalinya, Mr.Hac menulis artikel khas untuk Windows. Windows only tutorial beb! Dalam Linux (Khasnya Ubuntu) memang boleh guna tutorial ini, tetapi melalui perantara WINE.

Terus kepada tutorial. Adakah anda biasa dengan Tonton.com.my? Jika anda biasa, anda pasti seperti Mr.Hac, sukalah kiranya dapat memuat turun video dari situ untuk dibuat koleksi atau untuk ditonton pada kemudian hari tanpa perlu membuka laman Tonton.

Sebenarnya untuk memuat turun video dari Tonton adalah mudah. Apa yang anda perlukan ialah:

1. Perisian Stream Transport

2. Perisian Adobe Flash Player

3. Akaun Tonton.com.my

Cara Memuat Turun:

1. Pasangkan Adobe Flash Player terlebih dahulu.

2. Pasangkan pula perisian Stream Transport.

3. Daftarkan sebuah akaun laman Tonton dan sila sahkan akaun anda. Setelah itu buka perisian Stream Transport dan pada bar URL, masukkan alamat laman Tonton.com.my, lalu klik pada butang ‘Start’.

Apa yang anda perlu lakukan amat mudah. Cari video yang anda mahu (Seperti contoh di bawah, Mr.Hac sedang cuba muat turun video Majalah 3, semalam punya! Biasa la, ada cerita pasal Ikan Betta! Haha!)

Kemudian tunggu video tersebut dimainkan. Apabila ia mula bermain di dalam perisian Stream Transport, akan muncul maklumat mengenai video tersebut. Sila klik pada butang ‘Download’. RUJUK SEPENUHNYA pada gambar di bawah:

4. Akan keluarlah tetingkap seperti dibawah, yang memaparkan mengenai maklumat video anda.

5. Tunggu ia siap dimuat turun dan setelah itu, siaplah tutorial ini!

Kalau ada yang bertanya kenapa tidak gunakan IDM, jawapan Mr.Hac mudah. IDM tidak menyokong laman Tonton. Setakat boleh muat turun iklan/intro je lebih baik tak payah. Baiklah. Selamat mencuba semua! Harapnya para pengguna Windows akan gembira dengan tutorial ini!

Views: 31

Iklan Newspaper Inline

[Tutorial] Pasang Guitar Pro 5 On Linux/Ubuntu

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kembali lagi ^^

Last entri sebelum pergi kolej =P

Anda pernah dengar Guitar Pro?
Ia salah satu program Muzik yang ada pelbagai jenis alat muzik.
Bagi yang hendak belajar main gitar, anda boleh cuba software ini kerana ia menunjukkan TAB!
Tapi di Linux/Ubuntu susah nak install kan program Windows?

Ini contoh Guitar Pro 5 yang RUN di Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot ^^

Mari sini saya tolong tunjuk macam mana nak install.

Barang yang anda perlukan ialah :

  1. Anda perlukan Guitar Pro 5. ( boleh download, tapi tunggu saya balik kampung untuk upload )
  2. Program WINE < yang ni siap2 ada di OS anda
  3. Anda mesti minat muzik. Tapi jangan minat sampai jadi feses =P

 Dah ada barang di atas? Cun. Jom.^^

Langkah 1

  1. Pergi kat Installer Guitar Pro tu.
  2. Jangan pergi Properties>Permissions>Excute dan ✔ pula. ( saya cuba, tak boleh =( )
  3. Jangan risau, ada alternatif dia. Klik kanan installer tu, ambil Open With>Wine Windows Program Loader
  4. PUFF!! Boleh install ^^
  5. Jangan horey2 lagi. ada lagi kerja nak buat. MIDI problem kan? Tutup balik GP5
  6. Buka Ubuntu Software Center.
  7. Search nama ni > timidity
  8. Lepas install buka Option>Audio Settings.
  9. Di MIDI Outputs tu tekan kat No.1 tu pilih TiMidity – TiMidity port 1* ( * tak kisah 0,1,2,3. cuba test )
  10. Klik icon speaker sebelah tu, bunyi tak. Jika bungi BINGO!!!
  11. Resolution lak pilih 32-bit ( ini saya tak tahu =( )
  12. Maka siap lah ^^

Tips : sila bukak website ini untuk download Guitar Pro Tab. Tapi ingat, hanya tepi nama tab tu tertulis GuitarPro > Ultimate-Guitar

Ini screenshot keseluruhan Tutorial

Mudah kan? Ini Langkah 1,No.3

Selepas klik di atas akan keluar ini. Just klik Next ja tau ^^

Tadaaa… Sudah keluar Shortcut Guitar Pro 5^^

Ini nak setting dia. Cuma ikut Langkah 1,No.8 – 11.
Eh lupa pula..Timidity ==”

Buka Ubuntu Software Center. Taip timidity. Cari sama macam SS di atas yer

Ini screenshot untuk download Guitar Pro Tab.

Apa lagi, cara dah ada. Beruntung jika anda yang dari Windows ke Linux/Ubuntu, tak kan tak ada installer2 windows? Hehehe..
Apa2pun sila respon yer kerana saya buat ok ja. Takut orang lain buat tak ok.=(

Extra : Mengapa saya suka GP5? Kerana free! hehe. GP6 nampak macam rumit ja =(

Selamat Mencuba,
Selamat Mengguna,
Selamat Belajar ^^

Views: 0

Iklan Newspaper Inline