Utama Blog Laman 293

[Software] Kingsoft Office Suite Professional 2012 : Unlimited

0

Salam…
Mengapa percaya pada angin yang menggoncangkan pokok? Mengapa percaya pada monyet yang menggoncangkan dahannnya. Mengapa tidak katakan pokok bergoncang dek gempa skala 7.3 ritcher. Akal biar sendat dengan pilihan. Akal biar bijaksana membuat pilihan. Jangan bersuara tanpa kata-kata. Jangan melihat tanpa menatap. Jangan menghidu tanpa bau. Jangan hingar tanpa mendengar. Jangan membaca tanpa mengeja. Janganlah menilai sebelum anda membelai.

Selain Microsoft Office yang mendominasi minda dan budaya IT, terdapat juga pilihan terbaik seperti Libre Office, Open Office dan Kingsoft Office. Paling hebat ianya boleh dimiliki secara percuma total. Office adalah salah satu perkakas yang tidak boleh katakan tidak di dalam sesebuah komputer. Tetapi untuk mendapatkan yang sesedap ulam chantek manis seperti Microsoft Office, anda terpaksa membayar dengan darah yang telah dicekik. Rela ke?

Mengapa tidak kita berkenalan pula dengan Kingsoft Office produk China yang telah diangkat ketahap tertinggi antarabangsa. Ia telah dijulang sebagai yang terbaik dan seiras dengan Office buatan Microsoft. Percayalah…alternatif kepada Microsoft Offce telahpun ditemui. Jom ketawa control jahat ramai-ramai kejap…hehehe…

Ciri- ciri Kingsoft Office Suite Professional 2012:
1  Sesuai dan sepadan sepenuhnya dengan format Microsoft Office
*Apabila anda memilih Office, ciri-ciri inilah yang harus anda congak terlebih dahulu. Supaya nanti anda tidak bermasalah apabila membuka dokumen yang telah dicipta oleh Microsoft Offce.
2  Menukar format dokumen office ke PDF
*Satu lagi ciri paling penting yang harus anda ketahui dalam Office. Dan lebih penting lagi ia berfungsi untuk pelbagai format PDF.
3  Butang tab pelbagai fungsi untuk memudahkan pengurusan fail
4  Automatik semakan ejaan
5  Tetapan keselamatan untuk perlindungan fail
6  Saiz pemasangan yang kecil – Pelancaran lebih ringan
*Ironinya semakin kecil saiz perisian, semakin ringan aplikasi di jalankan semakin ringanlah komputer anda. Amat sesuai untuk komputer berkapasiti zaman mak datuk.
7  Antaramuka 2 pilihan – moden atau klasik

Sebenarnya anda boleh memiliki tanpa membayar Kingsoft Office 2012 Free Version. Tetapi adakah ianya sudah cukup memaniskan pelamin anda setelah beberapa fungsi tidak dilengkapkan [ pr67am™ ] Lai… Lai… Lai… Hari ini kami akan berkongsikan sesuatu yang lebih hebat dan paling hebat ciptaan Kingsoft®. Pada harga USD69.95 anda boleh memiliki Kingsoft Office Suite Professional 2012 untuk sepanjang hayat secara muktamad percuma.

Eh… Betul ke? Eh… Bukan crack ke? Eh… Boleh update ke? Eh… Bukan trial ke? Eh… Apa punya banyak ‘Eh’ dah…! Kalau dah padi kenapa harus bertampi-tampi lagi. Jom kita orak gaya ke depan… Anda boleh muat turun Kingsoft Office Suite Professional 2012 (8.1.0.3018) 101.9MB di [ pr67am™ ] Dan sembuhkan keraguan anda pula di sini [ pr67am™ ]

Sayugia diingatkan Kingsoft Office Suite Professional 2012 hanya mengandungi 3 teras utama. Iaitu Kingsoft Writer (Word untuk MSO), Kingsoft Presentation (PowerPoint untuk MSO) dan Kingsoft Spreedsheets (Excel untuk MSO). Sayang sekali mengapa tidak ada fungsi Access yang saya anggap pelengkap kepada kerja pejabat. Tetapi untuk kegunaan rumah, Kingsoft Office Suite Professional 2012 sudahpun di anggap memadai.

Peluang yang baik akan menjangkakan hidup yang lebih baik untuk anda. Sekali air bah, berubahlah sebelum surut mengubah… Sekian 🙂

*Anda boleh melakukan muat turun kemaskini tanpa sebarang masalah. Dan anda anda boleh menggunakan perisian ini untuk sepanjang hayat dengan syarat persian ini kekal dalam versi yang telah ditawarkan.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

My Hackers Are Here Dijenamakan Semula Kepada OMG! Hackers?

0

Salam.

Hakikat itu kadangkalanya pahit. Namun kerana tidak mahu perjuangan blog ini terkubur kerana sayangkan nama yang dahulu, Mr.Hac tegar menjenamakan semula My Hackers Are Here, kepada OMG! Hackers?. Nama ini diilhamkan dari blog OMG! Ubuntu!, itupun setelah lama berfikir.

Domain baru ini telah dibeli dari syarikat NetKL. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada staf-staf NetKL yang profesional dan cepat membalas setiap tiket yang dibuka. Syabas diucapkan!

Kepada para pengikut blog MHAH, or should I say OMG! Hackers?..? Mr.Hac berharap anda dapat menyebarkan berita ini kepada orang lain. Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

InsyaAllah, OMG! Hackers? akan terus hidup dan menyebarkan ilmu setiap hari, biar apapun cabaran yang mendatang.

Mr.Hac: Belajar dari pengalaman. Cari syarikat yang established jika mahu berurusan!

Kepada mereka yang pernah melanggan Feedburner MHAH, sila langgan pada alamat baharu Feedburner OMG! Hackers? di sini: Feedburner OMG! Hackers?

P/S: Ramai-ramai klik sket Plus One button Google di Home Page! Support OMG! Hackers?!

Update: Feedburner MHAH yang lama masih boleh digunakan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

WinMend System Doctor Version 1.6.0.0 Incl Serial

0

 WinMend System Doctor dapat mengesan dan memperbaiki kelemahan dalam sistem, memperbaiki perisian aplikasi dan menghalang perjalanan program perosak startup, Trojan, BHOs, proses dan perkhidmatan sistem dengan ketara memperbaiki sistem keselamatan. Ia juga menyediakan tahap imbasan Sistem pakar pilihan untuk mengimbas ancaman keselamatan yang berpotensi dalam sistem, melindungi sistem dari pencerobohan spyware, adware, trojan dan virus, dan menghapuskan risiko keselamatan sistem.Selain itu,ia juga menyokong Bahasa Inggeris, Bahasa Hungary.

Nak tengok rupanya..

Sistem operasi: Windows® Vista™ 64-bit and 32-bit, XP and 2000.

                                                                Download:WinMendSystemDoctor

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

MHAH Bakal Dijenamakan Semula

0

BERITA PENTING: MHAH bakal dijenamakan semula, dan ini bererti anda tidak akan lagi dapat mengakses ke alamat myhackersarehere.com. MHAH akan ditukar kepada nama lain, kerana ia tidak lagi dapat digunakan atas kecuaian Admin lama yang menjadi registar kepada domain MHAH yang telah ‘dibela’ selama setahun!

Kecewa. Memang sangat-sangat Mr.Hac kecewa. Tapi apakan daya. Terpaksa bermula semula dari awal. Meskipun entri sudah melebihi 600, tetapi pautan-pautan backlink pasti menjadi kosong semula. tak lupa juga ranking Alexa, dan PR dari Google.

Apapun, kecewa, kecewa juga. Tetapi blog ini kena teruskan perjuangan. Apa nama baru blog ini? Hurm.. Anda kena sabar menunggu, kerana masih lagi difikirkan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

UploadUR.com Dibuka Kembali, Silent Hackers Bakal Menyusul

0

UploadUR.com pernah mendapat liputan dalam blog MHAH satu ketika dahulu. Namun beberapa bulan selepas pelancarannya, ia ditutup, dan kemudian Forum Silent Hackers pula mengikut jejak langkahnya.

Tetapi selepas semua isu reda, akhirnya UploadUR.com dibuka kembali. Itu juga bukan penamat kepada post kali ini, kerana kata Hatz, Silent Hackers juga bakal dibuka dalam tempoh beberapa hari lagi.

Buat mereka yang pernah memaki hamun kerana isu BAJU T, anda dinasihatkan agar tidak membuat perangai orang Melayu zaman Hang Tuah, menuduh melulu tanpa usul periksa. Baju T itu bakal diedarkan selepas beberapa isu diselesaikan. Adalah diharapkan tiada lagi isu berbangkit mengenai baju t SH di blog MHAH selepas ini!

Selamat maju jaya Forum SH Group. Semoga tiada lagi anak Melayu yang menimbulkan kacau dan bilau di Forum hacking dari Malaysia, satu-satunya forum yang paling cepat berkembang.

Mr.Hac: Lemas dengan Melayu penikam belakang.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Advanced SystemCare PRO Free Giveaway 2012

0

Salam.

Masih sempat lagi ni kalau nak sambar! Iobit memberikan Advanced SystemCare PRO secara percuma pada tahun 2012 ini!

Sila ke laman Giveaway untuk menuntut hadiah anda sekarang!

Ia dibuka selama 24 sahaja! Sekarang sudah tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum anda kehabisan masa untuk menuntutnya! Cepat!

Kredit kepada saudara: heaven666

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] DiskGetor Data Recovery 3.2.8 Include Serial

0

DiskGetor Data Recovery adalah alat pemulihan data yang menyokong untuk  memulihkan cakera keras, penyelamat Data dan Pemulihan Partition…DiskGetor Data Recovery keupayaan pemulihan  yang menakjubkan dan tidak mempunyai pengganti yang lebih baik..

 Ini adalah salah satu program pemulihan yang terbaik yang pernah saya gunakan…Anda boleh memulihkan folder dan fail dari cakera keras yang diformat, disisihkan, dan Reloaded dengan OS dan semua perisian..

Nak tengok rupanya..


download:Giveaway

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Cara Bertanya Soalan Dengan Cara Yang Bijak

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?.

Pada hari ni saya akan bercerita pula mengenai “Cara Bertanya Soalan Dengan Cara Yang Bijak”.

Ramai yang terasa hati bila soalan mereka tidak di jawab oleh orang uang bergelar “hacker” ataupun pakar IT ini. Kerana apa? Kerana anda bertanya soalan seperti budak-budak. Contohnya:

  • “Bagaimana untuk men”download” file ini?”
  • “Step tu aku tak faham la. Boleh terangkan lagi?”
  • “Boleh ajar aku hack?”

Anda tahu apa yang hacker ini fikir bila anda bertanya soalan macam tu? “Nampak sangat korang semua ni malas nk mencari maklumat“. Jadi mereka mungkin akan menjawabnya acuh tak acuh ataupun tidak menjawabnya langsung. Sebenarnya seorang hacker ini lebih suka untuk menjawab soalan yang pada mereka mencabar daya pemikiran mereka sebagai contoh:

  • “Step no.3 saya tk berapa faham. Saya telah praktikkanya tetapi tidak menjadi. Ianya akan keluarkan “error”. Saya da mencari beberapa maklumat berkenaan error di beberapa laman web tapi tetap tidak menemukan jalan penyelesaiannya. Ini adalah linknya www.blalala.com, wwww.hahaha.com. Saya guna windows 7 ultimate. Mungkin saya ada tersalah. Jadi saya sertakan beberapa gambar yang terpampar di laptop saya ni semasa saya melakukan step ke-3 itu. Harap anda dapat membantu saya.”

Jadi itu adalah antara soalan yang di sukai oleh hacker. Anda perlu menerangkan masalah yang anda hadapi itu dengan cara yang lebih menyeluruh. Nyatakan masalah anda, nyatakan segala komponen atau apa sahaja yang berkaitan dengan komputer anda yang mungkin menyebabkan masalah itu terjadi. Nyatakan usaha anda anda dalam menyelesaikan masalah tersebut seperti menyenaraikan beberapa laman web yang berkaitan dengan masalah itu dan kalau boleh sertakan gambar apa yang anda lakukan semasa anda cuba untuk menyelsaikan masalah tersebut. Dengan cara tersebut, mereka ini akan berasa senang hati untuk menjawabnya kerana anda telah berusaha sebelum anda bertanyakan soalan kepadanya.

Tujuan saya membuat entri ini kerana ingin memberi panduan kepada anda supaya jangan menanyakan soalan macam anda ni tak berusaha langsung. Usaha adalah segala-galanya jika anda ingin berjaya. Saya rasa kesian dengan Mr.Hac dan penulis-penulis di Mhah kerana kadang-kala perlu menjawab soalan-soalan yang rasanya tak patut untuk di jawab. Tapi di sebabkan niat untuk membantu, mereka tetap juga menjawabnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rajinkan diri anda untuk click di sini. Kerana apa yang saya terangkan di atas adalah antara isi-isi penting yang terdapat dalam link saya bagi itu. Selamat membaca dan beramal. 🙂

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

A Test on VPN.Fikri.my

0

Mr.Hac: Untuk pengetahuan anda, tempoh trial telah dilanjutkan selama 3 hari! Tunggu apa lagi tu? Cepat langgan sekarang!

UPDATE: Kelajuan muat turun Torrent, seperti gambar di bawah:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Panduan Menjadi Seorang Hacker

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?.

Saya merupakan penulis jemputan terbaru MHAH.

Jika ada kesilapan harap dimaafkan.

Baiklah berbalik kepada tajuk kita iaitu “Panduan Menjadi Seorang Hacker”
Sebagaimana yang kita tahu, Mr.Hac telah membincangkan perkara ini sebelum ini.

Sila rujuk di sini Etika Seorang Hacker.

Sebenarnya hacker adalah seorang yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah dan mencipta sesuatu benda yang baru. Mereka ini mahir dalam selok belok komputer. Mereka mengetahui bagaimana sesuatu program itu beroperasi dan tahu menyelesaikan masalah jika program tersebut mengalami sebarang kerosakkan atau tidak dapat berfungsi sebagaimana yang di rancang.
Untuk menjadi seorang hacker bukannya senang, ada beberapa perkara yang perlu ada pada diri anda jika anda ingin menjadi seorang hacker:

  • mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan tidak mudah berputus asa
  • mempunyai pemikiran yang kreatif
  • bijak dalam mencari penyelasaian masalah
  • mahir dalam bahasa pengaturcaraan(programming language)
  • pandai dalam bahasa inggeris

Ini adalah antara perkara-perkara yang mesti ada pada seorang hacker. Jika anda mengalami kegagalan, anda perlulah mencari jalan penyelasaiannya di google atau di forum yang berkaitan dengan masalah anda itu. Jujur saya cakap, google ada segala-galanya untuk membantu anda menjadi seorang hacker. Selain itu, anda perlulah belajar memahirkan diri dalam “programming language”.
Antara programming language yang terkenal ialah C, C++, Python, Perl, PHP dan banyak lagi. Itu semua anda boleh cari di google.

Tetapi perkara yang paling penting sekali ialah anda mestilah mahir dalam Hypertext Markup Language(Html) dahulu, kerana apa? Kerana html adalah bahasa utama yang di gunakan dalam pembinaan sesebuah laman web. Kadang-kala kita boleh dapatkan maklumat atau informasi dengan hanya melalui “view page source” di web browser. Jadi jika anda pandai html, mungkin senang sedikit bagi anda untuk faham apa yang terkandung dalam page source tersebut. Seterusnya apabila anda mahir dalam html, anda pelajarilah mengenai PHP programming pula. PHP programming bersangkut paut dengan Mysql Database. Mungkin anda terfikir, “mana satu aku nak belajar ni?”. Jangan panik. Anda perlulah memahirkan diri dulu dalam PHP programming. Apabila anda mahir, barulah anda pelajari Mysql Database. Kenapa perlu belajar benda ni? Baiklah, saya nak tanya kamu, apakah kamu faham apa yang kamu taip semasa kamu mempelajari sql injection? Mungkin daripada anda tidak faham. Betul tak?

Jadi dengan mempelajari Mysql Database, anda akan memahami bagaimana hacker mendapatkan maklumat dari database sesuatu website. Dari situ anda juga akan belajar bagaimana untuk mengelakkan diri anda dari Sql injection ini.Apa yang saya terangkan ini adalah bagi panduan yang ingin menjadi hacker laman web.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkaitan sql injection di sini.

Bagi memantapkan lagi ilmu yang ada, anda pelajarilah java. Ianya sangat bagus. Kenapa saya cakap bagus? Belajar la sendiri. Hehe. Google kan ada. 🙂

Selain itu juga anda perlu mempelajari apakah itu IP telnet, ftp, www, email dan apa sahaja yang berkaitan dengan komputer. Pelajari bagaimana benda-benda ini berfungsi. Percayalah ianya akan membantu anda. Saya rasa dalam mhah ni semua ada. Lagi satu kenapa perlu belajar bahasa inggeris? Sebabnya ialah bahasa inggeris adalah bahasa yang di gunakan dalam programming, dan jika anda mencari maklumat mengenai hacking pun, kebanyakkannya mesti dalam bahasa inggeris. Nak cari dalam bahasa Melayu tu susah. Anda bertuah kerana Mr.Hac telah mewujudkan laman web yang berkaitan dengan hacking dalam bahasa MELAYU.

Janganlah anda menggunakan kelebihan yang ada pada anda untuk membinasakan orang lain.
Itu adalah cracker bukannya hacker. Ya. Nak jadi cracker senang. Anda tidak perlu belajar pasal programming pun sebaliknya anda cuma perlu mengetahui bagaimana sesuatu program itu berfungsi, anda sudah boleh di gelar sebagai cracker. Anda hanya perlu menggunakan “tools” yang ada di internet untuk menjalankan aktiviti “nakal” anda itu.

Untuk menjadi hacker mahupun cracker, anda perlulah sentiasa membaca dan membaca. Di sebalik melakukan aktiviti membaca anda itu, anda perlulah praktikkan apa yang di pelajari agar apa yang di pelajari tidak menjadi sia-sia. Jika ada masalah, selesaikan sendiri dahulu. Kerana hacker adalah seorang yang berdikari. Kalau masalah itu betul betul sukar untuk di selesaikan, barulah anda bertanya kepada mereka yang lebih arif. Jika ada kelapangan masa nanti, saya akan buat entri mengenai cara-cara untuk bertanya dengan cara yang di sukai oleh hacker. 🙂

Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Harap dapat membantu anda untuk melangkah setapak kehadapan dalam dunia “hacker” ini.

Sumber rujukkan:

A guide how to become a cracker

How To Become A Hacker

Views: 48

Iklan Newspaper Inline