Utama Blog Laman 290

Internet Download Manager 6.09 Build 3 Full Cracked [Mediafire]

0

IDM kemaskini versinya lagi! Tak banyak pun pembaharuan yang dapat dilihat. Antaramukanya masih sama semenjak versi 6.++.

What’s new in version 6.09 build 3?

(Released: Feb 23, 2012)

Improved downloading from file sharing sites
Fixed bugs

Tapi jangan kecewa kerana ada penambahbaikan dari segi pembaikan pepijat atau ‘bugs’. Jom muat turun melalui pautan di bawah:

Klik :
Internet Download Manager 6.09 Build 3 Full Cracked

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Tips Keselamatan Dalam Internet

0

Mr.Hac tuliskan entri ini, mewakili diri Mr.Hac sendiri, kerana suatu ketika dulu Mr.Hac adalah seorang yang ‘buta’ dalam dunia IT. Pada waktu itu jika ada yang menggunakan teknik phishing paling mudah sekalipun, pasti Mr.Hac akan terpedaya dan ‘tergodam’ akhirnya.

Atas dasar rasa prihatin pada mereka yang memerlukan tips-tips sebegini, Mr.Hac tuliskan beberapa panduan yang Mr.Hac dapat dari pengalaman sepanjang berkecimpung dalam dunia IT ini. Harapannya semoga semakin ramai yang bijak meneliti sesuatu perbuatan mereka di internet, dan meningkatnya kesedaran akan bahaya penipuan di internet yang semakin berleluasa.

Jika anda tidak tahu, jangan salahkan orang lain kerana tidak mengajarkan pada anda, sebaliknya salahkanlah diri sendiri kerana kedekut dengan ‘masa’ anda. Masa yang terluang itu rajin-rajinkanlah diri datang ke blog ini, ambil panduan yang diperlukan, dan beredar dengan segera setelah klik satu dua iklan. Haha!

Tips-Tips Keselamatan Dalam Internet:

1. Setiap tahun, perisian antivirus PASTI akan dinaiktaraf versinya, ditambah pembaikan dan pengkalan datanya semakin lenmyhackersareheregkap dengan maklumat virus. Sila gunakan solusi antivirus yang terkini dan sentiasa dikemaskini setiap hari atau secara berkala.

2. Setiap kali anda mahu memasuki ruangan log masuk e-mel, adalah lebih baik anda taip secara manual alamat e-mel yang hendak dituju seperti mail.yahoo.com atau mail.google.com. Ini bagi memastikan anda memasuki alamat URL yang sahih. Kalau boleh jangan gunakan ciri ‘Remember Password’ seperti di bawah:

3. Jika anda memuat turun fail berformat .rar, sila lakukan pengimbasan menggunakan perisian antivirus. Bukan hendak kata fail berformat lain itu selamat, tetapi sekurang-kurangnya fail dengan format selain arkib akan terus dikesan oleh antivirus sekiranya ia memang sejenis virus, sedangkan fail berformat arkib telah dipadatkan (Compressed). Senang cerita imbas sahaja semua fail yang telah anda muat turun.

4. Cipta kata laluan yang kukuh. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor-nombor serta simbol. Kalau nak lebih ‘umph’ lagi, letak huruf jawi nohhh! Sekali dapat keyboard tiada tulisan jawi, masak! Haha!

5. Jangan bertindak dan berlaku seperti anda manusia paling kacak atau paling cantik dengan berkongsi kata laluan anda dengan pasangan. Tak payah nak romantik sangat boleh tak? Biar siapa pun dia, jangan sekali-kali berikan kata laluan anda.

6. Jika anda mahu log masuk ke laman-laman penting seperti e-mel atau Facebook, sila pastikan ia bermula dengan https. Jangan termasuk jerangkap samar berbau busuk seperti phishing.

7. Jangan lupa untuk log keluar dari akaun anda setelah siap semua urusan. Akaun anda boleh digodam kurang dari 5 minit jika anda tidak log keluar apabila telah siap menggunakannya. Ingat!

8. Kukuhkan ilmu di dada mengenai ilmu-ilmu IT agar anda tidak lagi akan berjaya ditipu oleh penjenayah siber yang semakin licik. Untuk menggodam anda perlukan ilmu, untuk mengelak dari digodam juga perlukan kepada ilmu.

9. Kemaskini sistem operasi anda dengan kerap, atau setiap hari. Ini bagi memastikan ia berada pada tahap yang terbaik. Pastikan pelayar web anda adalah versi yang terkini untuk memastikan setiap kelemahan (vulnerability) telah pun dibaiki.

10. Selalu-selalulah jenguk blog ini. Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

A Test On Lightspark, An Open Source Flash Player

0

Seperti mana yang telah diketahui, Adobe Menggugurkan Sokongan Flash Terhadap Linux. Oleh itu, para pengguna Linux mempunyai masa sehingga 5 tahun sebelum sokongan tamat sepenuhnya, untuk mencari pengganti atau Alternatif kepada pemain flash dari Adobe ini.

Lightspark ialah alternatif yang diketahui umum, sangat sesuai bagi sistem operasi Linux. Berikut dipaparkan satu video pendek akan ujian ringkas yang dijalankan ke atasnya. Sila ambil perhatian, Lightspark masih dalam sesi pembangunan yang intensif, dan ini bererti masih banyak perkara yang perlu diperbaiki sama ada dari kepenggunaan mahupun bugs.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tribler : Aplikasi Bittorrent Tanpa Menggunakan Laman Web Torrent

0

Tribler ialah sebuah aplikasi Bittorrent yang paling menarik untuk digunakan. Ini adalah kerana ia tidak memerlukan sebarang laman web Bittorrent untuk mencari fail-fail Torrent. Sama seperti klien Torrent yang lainnya, ia juga mempunyai bar carian pada paparan muka hadapannya, namun hasil carian itu bukanlah datang dari indeks pusat Torrent, bahkan sebaliknya ia datang dari peers yang lain.

TorrentFreak dalam satu artikelnya yang bertajuk Tribler Makes BitTorrent Impossible to Shut Down, mengatakan pengguna Tribler tidak perlukan laman web Torrent untuk memuat turun kandungan, tetapi kerana ia berasaskan komunikasi peers-to-peers yang asli, ia hanya perlukan peers sebagai nadi.

Anda boleh merujuk kepada Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Torrent.

Untuk memasangnya pada Ubuntu, anda boleh gunakan PPA yang telah dibuat oleh Webupd8 ini:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/tribler
sudo apt-get update
sudo apt-get install tribler

Untuk para pengguna Windows, Mac, dan Linux yang lainnya, anda boleh rujuk pada pautan INI untuk memuat turun fail pemasang yang sesuai dengan sistem operasi anda.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway]WinX DVD Bluray Backup Pro Pack Giveaway For Free License Key Incl Serial Number Full Version

0

Maaf la,tajuk agak panjang..WinX DVD Copy Pro dan WinX Blu-ray Decrypter diberi secara serentak..Kira double la..

1.Keistimewaan WinX DVD Copy Pro:
-Winx DVD Copy Pro direka khas untuk memenuhi citarasa pengguna..Contoh Winx DVD Copy mampu
buat ialah:
-Klon DVD ke cakera DVD untuk simpanan yang lebih selamat..
-Salinan DVD ke imej ISO..
-Dilengkapi dengan ISO mounter dan DVD burner..
-Perisian ini juga boleh membuat salinan dan membantu mount ISO ke pemacu maya…

Untuk Download di sini:Download WinX DVD

2.Keistimewaan WinX Blu-ray Decrypter:
-Winx Blu-ray Decrypter direka khas untuk membuat filem Blu-ray di cakera padat anda seperti:
-RIP blu-ray untuk mkv dan menukar blu-ray untuk mkv…

Untuk Download di sini:Download WinX Blu-ray

-Untuk mendapatkan lesen nya sila pergi ke laman utama di sini:Giveaway
-Giveaway ini akan tamat pada hari Khamis 1 Mac 2012..Selamat menyedut..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Is It Really You In This Picture? [Virus]

0

Nampaknya culprit Black Hat atau penggodam tidak beretika ketika ini aktif menyerang pengguna E-mel Yahoo dengan menghantar sejenis virus yang digabungkan ke dalam gambar.

Nasib pengguna E-mel Yahoo agak baik apabila pengimbas virusnya dapat mengesan virus tersebut dengan baik. Mr.Hac sendiri cuba untuk ‘melihat’ apa yang terjadi apabila virus itu cuba untuk di muat turun, dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah:

Kepada pengguna E-mel Yahoo, jangan sekali-kali terpedaya dengan E-mel seperti ini. Jika ia masuk ke dalam inbox, sila padamkan ketika itu juga. Penjenayah siber tidak akan berhenti selagi matlamatnya tidak tercapai.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Memasang KDE 4.8 Pada Ubuntu 11.10

0

KDE ialah singkatan dari K Desktop Environment. Mr.Hac menyukai KDE sejak keluarnya versi 4.8 kerana begitu banyak pembaharuan yang hebat dapat dilihat sama ada dari segi antaramuka pengguna grafik ataupun penambahbaikan dari segi fungsi, alat-alat, bugs, dan cara mengendalikannya.

Cuba anda tonton terlebih dahulu kehebatan KDE 4.8 melalui video di bawah:

Mr.Hac telah memasangnya pada Ubuntu 11.10 kerana enggan beralih dari Unity, supaya nanti ada pilihan sama ada mahu menggunakan Unity ataupun KDE. Berikut adalah PPA yang digunakan oleh Mr.Hac untuk memasangnya.

sudo apt-add-repository ppa:kubuntu-ppa/backports
sudo apt-get update
sudo apt-get install kubuntu-desktop

Sila taipkan huruf ‘y’ dan tekan Enter untuk meneruskan pemasangan:

1. Pada waktu pemasangan berlangsung, anda akan diminta untuk memilih Display Manager yang ingin anda gunakan. Pilihlah KDM (K Display Manager) jika anda sukakannya.

2. Selepas siap memasangnya, mulai semula (Restart) PC anda dan pada Display Manager yang telah anda pilih, sila klik pada ‘KDE Plasma Workspace’ untuk masuk ke persekitaran desktop KDE.

3. Itu sahaja. Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

E-Book Penjelajahan Astral Kini Dijual Pada Harga Lelong! (Update)

0

Assalamualaikum Wbt..

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian.

ingin saya tanyakan satu soalan, pernahkah anda bermimpi :

berjalan-jalan di satu tempat tidak kiralah samada tempat itu asing buat anda atau anda sudah biasa dengannya.

Kemudian, setelah beberapa ketika, anda mungkin tergelincir (dalam longkang, dekat selut, atau dimana-mana yang patut anda tergelincir la nohhh..)

atau anda terkejut dengan satu situasi (yang boleh buat anda terkejut la)

Dalam satu detik anda tersentak dari mimpi itu, dan terjaga. Saya ulangi, tersentak.

Jantung anda berdegup kencang. Badan anda berpeluh.

Namun ketika anda cuba mengingati kembali mimpi tadi, anda gagal untuk mengingatinya secara keseluruhan. Anda cuba, dan cuba. dan cuba…….

masih gagal lagi..

Keesokkannya anda bermimpi lagi. Anda berjalan di sebuah pantai nan indah. Sangat indah. Anda biasa dengan pemandangan pulau tersebut. Tapi tiba-tiba anda tersentak lagi dari mimpi dan terjaga dengan pantas. ah… ingin sekali anda tidur dengan cepat dan bermimpi dengan mimpi yang indah itu sekali lagi. Namun apakandaya, anda tidak dapat berbuat demikian. Mungkin sekali ada cara untuk melakukannya, tapi anda tidak tahu.

Pernahkah anda terfikir, untuk mengembara ke serata dunia, pergi menjelajah ke seluruh pelusuk rantau, ke tempat-tempat yang asing bagi anda, dan ke semua tempat yang anda inginkan, dengan cara TERBANG?

Pernahkah anda terfikir, ada kaedah ilmu dalam dunia ini, untuk anda menguasai alam astral (roh/mimpi/astral realms/astral plane) anda, dan kemudian anda dapat melakukan perkara-perkara yang mustahil untuk anda lakukan di dunia nyata, seperti TERBANG merentas angkasa, menyelam di dasar lautan tanpa saluran oksigen, merentasi gurun-gurun dan gunung-ganang, dan juga mungkin sekali anda ingin melawat teman yang sudah lama tidak ketemu tetapi anda tidak tahu di mana dia berada.

E-Book cover by Togi Tan
Baiklah. Sudah baca intro? Itulah dia intro yang digunakan oleh Mr.Hac ketika membuat blog untuk menjual e-book ‘Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!’. Namun setelah dua tahun projek itu ditinggalkan, terdetik di hatik Mr.Hac untuk melelong sahaja e-book ini dengan harapan, agar ilmu yang ada padanya tidak pupus begitu sahaja.

Kenapa harga lelong? Kerana yang pertama, sejak Mr.Hac mengabaikan projek e-book ini, menu (Isi Kandungan) tidak dapat disiapkan. Salinan soft copy telah hilang, dan ini telah menyebabkan Mr.Hac terasa ‘berat’ untuk menyuntingnya semula.

Kedua, Mr.Hac tidak mahu meneruskan lagi projek e-book pertama Mr.Hac ini. Jadi, daripada membiarkan ia terbiar begitu sahaja, lebih baik ia dilelong, tambahan lagi, Mr.Hac mengambil masa setengah tahun untuk menyiapkannya. Ianya sudah siap, cuma menu sahaja yang tidak sempat dibuat.

Jadi berapakah harganya? Mr.Hac lelong ia dengan harga RM20 sahaja dengan jumlah muka surat sebanyak 133, Mr.Hac rasa ia amat berpatutan. Tambahan pula, jika anda ada apa-apa masalah atau pertanyaan, anda boleh terus bertanyakan kepada Mr.Hac melalui ruangan Hubungi Admin. ‘Lifetime Support’ la kiranya.

Jika anda berhasrat membeli e-book ini, sila ke ruangan Hubungi Admin dengan tajuk ‘E-Book Astral’, dan Mr.Hac akan memberikan butiran-butiran kepada anda.

Jika anda mahu membaca e-book ini versi ‘pengenalan’ atau intro,
sila muat turun di sini : Penjelajahan Astral Versi Pengenalan Oleh Saiful Putra.pdf

Kata Laluan : diam13mati

Sekian. Harap maklum.

UPDATE:
Seperti yang anda boleh baca di atas, harga telah diturunkan lagi kepada RM20. Sekarang ia lebih mampu dimiliki! 133 helai muka surat beserta ilustrasi bergambar (Hiasan). Berbaloi-baloi!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Tinjau] Linux Mint 12 KDE

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ^^

Curi2 buat entri ni ^.P
Harap semua sihat2 belaka eh?
Nak share sesuatu untuk anda semua.
Saya baru sahaja pakai.
Iaitu Linux Mint 12 KDE..

Pernah dengar tak?
Up sikit dari Linux Mint 12 =)
Ini sedikit ScreenShot mengenai Linux Mint 12 KDE

Boleh tahan la OS ni.
Bagi saya ok dan terpegun.
Tetapi bagi anda bagaimana? Kerana lain orang lain cita rasa kan? ^^

Apa dia Linux Mint 12 KDE ni?
OS ni mempunyai :

  • KDE 4.7.4 ( harap sangat 4.8 =( )
  • Hybrid ISO Images
  • Search Engines
  • Upstream Components

Linux Mint 12 warna hijau kan?
tapi Linux Mint 12 KDE berwarna BIRU!!!
(tiada kena mengena dengan politik ==” )

Berminat?
Baca la lagi =)

Antara yang best mengenai Linux Mint 12 KDE ni :

1. Mozilla Firefox

Menarik dan tak tahu nak kata apa ==”
Anda lihat anda nilai =)

 2. Music Player

Serupa macam Banshee dalam Ubuntu, tetapi saya sukakan Banshee daripada Amarok ==”. Settingnya rumitkan kepala. Ini ScreenShotnya =)

4. Widget

Percaya atau tidak, ia mempunya Widget! Seperti Windows 7 pula ^.P dan bila kita letak cursor di program yang kita minimize tu, akan ada review. Ini contoh ScreenShot

Banyak kalau nak terangkan. Hehehe..
Tapi kalau bagi tau semuanya tak suprise lah!
Saya nak ulas banyak2 pun, saya newbie. =(
Saya ulas apa yang saya tahu =)

Tidak menyesal cuba Linux Mint 12 KDE ni ^^
Ia tidak guna GNOME 3 tapi guna KDE ( jangan tanya saya, saya tak tahu ==” )

Berminat?
Sila klik pautan ini ^^
Linux Mint 12 KDE

Untuk download?
Klik sini > Linux Mint 12 KDE Sedut

Sila maklum balas selepas pakai =)
Tak tahu nak setup?
Sama macam setup2 lain ( Ubuntu/Linux )
Klik link sini > Cara2 Setup =)

Untuk Linux Mint 12 KDE punya setup, kena tanya Mr.Hac dulu.
Kalau T.T kasi lampu hijau, ON jer ^.P

Bagi saya OS ni laju. Anda?

Selamat menyedut,
Selamat Setup
Selamat Mencuba ^.^

Jangan lupa maklum balas yer =)

Update!* – harap maaf,
bug yang terdapat dalam OS ni software manager main cuk-cak ==”

Solution?
Serah pada yang pakar ^.P

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cocoon Kini Mengeluarkan Addon IE Versi Beta

0

Seperti mana yang diketahui umum, Cocoon ialah Addon untuk Firefox yang membantu penggunanya untuk melayari internet secara anonymous dengan menyembunyikan IP, mengubah geolokasi IP kepada IP dari Amerika Syarikat (US), mengurangkan risiko dijangkiti virus, mengenkripsi sesi pelayaran internet dan beberapa lagi fungsi yang sememangnya terbaik.

Kini pembangun yang sama, mengeluarkan Addon untuk Internet Explorer (IE) dalam versi beta, khusus untuk pengguna IE 8 ke atas. Pengguna yang melayari internet dengan menggunakan IE, sudah boleh menarik nafas lega kerana Addon ini sedang giat dibangunkan untuk berfungsi dengan sempurna pada IE.

Untuk pengguna IE yang ingin mencubanya, anda bolehlah ke laman Cocoon Download Page.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline