PDF To JPEG Pro adalah software yang ringkas dan ringan yang membolehkan anda untuk menukar PDF ke mana-mana format imej (JPG, BMP, PNG, GIF, TIF dan lain-lain), Ia adalah sesuai untuk Pejabat dan Rumah..
PDF To JPEG Pro menyokong Windows XP, Vista dan Windows 7 (32-bit dan 64-bit)…
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Baiklah hari ni saya akan berkongsi dgn anda ilmu berkenaan dengan ralat yang mungkin anda akan dapat semasa menggunakan Windows. Minta maaf la eh kepada pengguna Linux, sebab saya selalu update pasal windows je. Ini kerana Windows sahaja yang saya selalu gunakan. Linux tu kadang-kadang je. Lagipun linux jarang ada ralat-ralat ni.
Berbalik kepada tajuknya iaitu “The request could not be performed because of an I/O device error”. Ini yang dapat saya simpulkan.
Masalah
Ralat tersebut berlaku disebabkan isu perkakasan yang berkaitan dengan Pengawal(Controller) atau Peranti Storan(Storage Device).
Ralat
Peranti storan telah melaporkan ralat semasa melakukan proses permintaan untuk membaca data daripada media.
Laporan ralat: The request could not be performed because of an I/O device error(permintaan tidak boleh dilakukan kerana kesilapan peranti I / O.)
Penyelesaian
Dalam kebanyakan kes, mesej ralat ini ditunjukkan kerana masalah perkakasan sama ada pengawal ataupun mungkin, alat yang dipasang kepada pengawal. Masalah perkakasan boleh dikaitkan dengan pengkabelan yang tidak teratur, penamatan salah(incorrect termination) atau tetapan kadar pemindahan, maklum balas peranti yang perlahan untuk melepaskan bas SCSI(SCSI bus) atau peranti yang rosak. Jadi antara cara yang boleh anda gunakan untuk selesaikan masalah anda ini adalah:
Buka cmd anda dengan cara tekan butang Start kemudian taipkan run pada ruang search dan seterusnya taipkan cmd.
Seterusnya anda taipkan “chkdsk X: /f” tidak perlu ada tanda penutup kata itu. Huruf X itu merujuk kepada pemacu cakera keras anda yang mengalami ralat tersebut. Jika E nama pemacu cakera keras itu, taipkan E.
Seterusnya ia akan menjalankan proses imbas dan kemudian pemacu cakera keras anda akan dapat berfungsi seperti biasa.
IDM update lagi. Buat mereka yang rasa letih mengikuti kemaskini IDM, anda boleh abaikan ia. Tetapi buat mereka yang ‘setia’ menjadi penunggu versi crack, maka ini adalah masa yang sesuai untuk anda muat turun IDM versi baru ini.
Apa yang baru sangat?
What’s new in version 6.10 Final build 2?
(Released: Mar 16, 2012)
Fixed a bug in IE integration module because of which “Tracking Protection Lists” feature of Internet Explorer did not work properly
What’s new in version 6.10 beta?
(Released: Mar 12, 2012)
Fixed compatibility problems with Internet Explorer 10 beta
Hmm.. Kira boleh lah! Tak banyak pembaharuan, tak banyak penambahbaikan, malah tiada apapun perubahan pada paparan antaramukanya. Tetapi, aaahhh.. Halal lah!
Muat turun :Internet Download Manager 6.10 Build 2 Full Cracked
Adakah anda salah seorang penggemar distro Linux yang bernama Ubuntu? Jika ya, adakah anda kurang serasi dengan persekitaran desktop Unity? Jika ya, anda bukan keseorangan kerana terdapat ramai lagi orang di luar sana yang kurang serasi dengannya. Ini menyebabkan ramai pengguna lama Ubuntu yang enggan menaik taraf kepada versi baru iaitu 11.10 dan juga yang bakal dirilis pada bulan April ini iaitu 12.04. Mungkin kerana Unity masih di awal fasa pembangunan yang pesat. Jika anda menggunakan Unity dalam Ubuntu 12.04, ia sudah semakin maju dan hebat. Pelbagai ciri telah ditambah baik seperti HUD dan Privacy Settings.
Namun, adakah anda masih ingin menggunakan persekitaran desktop classic seperti GNOME 2.32 pada Ubuntu versi terbaru? Jika ya, anda memang datang ke entri yang betul kerana untuk pengetahuan anda, MATE Desktop adalah jawapan terbaik untuk segala kekusutan fikiran. Inilah dia kuasa sebenar Linux, kerana pengguna boleh memilih untuk menggunakan apa sahaja yang mereka rasakan selesa dan bagus.
MATE Desktop telah melalui fasa pembangunan yang hebat dan boleh dikatakan projek ini sudah menampakkan kematangannya. Jika anda mahu memasangnya pada Ubuntu 11.10, sila buka Terminal dan gunakan baris perintah di bawah:
Atau boleh juga gunakan mana-mana text editor yang anda suka (Contohnya Nano atau Gedit), sila tambahkan SALAH SATU mirror di bawah ke dalam /etc/apt/sources.list
Katakanlah anda suka menggunakan Gedit, maka masukkan baris perintah seperti berikut:
sudo gedit /etc/apt/sources.list
Kemudian, seperti yang disebutkan di atas, masukkan salah satu dari mirror di bawah:
deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu oneiric main
Atau:
deb http://tridex.net/repo/ubuntu oneiric main
Setelah itu simpan (Save), dan gunakan baris perintah di bawah untuk kemaskini repository anda dan pasangkan terus MATE Desktop:
Outpost Security Suite Pro adalah security yang membolehkan ia melindungi PC anda dengan baik dan data yang ada di dalam PC anda selamat daripada serangan hacker..
Perlindungan PC anda bermula dengan antivirus,jika sesebuah PC tidak mempunyai antivirus pasti PC anda dicemari virus-virus yang tidak diketahui..Outpost Security boleh mengesan dan menghapuskan ancaman yang berpotensi sebelum virus berpeluang merosakkan sistem-sistem data anda..
Ciri-ciri Outpost security:
-Mempunyai anti-malware dan anti-spyware..
-Mempunyai firewall yang tersendiri..
– Kawalan di alam maya lebih ketat dan melindungi PC anda daripada keylogger..
-Menyekat USB yang mempunyai virus-virus yang tidak diketahui..
Screenshot
Untuk mendapatkan Giveaway:
-Outpost security memberi lesen hanya 6 bulan sahaja..
Kita masih ada satu ‘komponen’ lagi yang tertinggal iaitu penguasaan bertutur. Jujurnya Mr.Hac pun tidaklah begitu fasih berbahasa Inggeris, tetapi mujurlah ada ‘orang rumah’ yang mahir dan fasih. Jadi Mr.Hac jadikan beliau sebagai ‘speaking partner’.
Ini adalah penting, kerana kebanyakan syarikat-syarikat sekarang membuat temu duga dalam bahasa Inggeris. Kecualilah anda minta kerja kilang, atau kerja kerajaan, memanglah tiada masalah. Tetapi skop ini harus dilihat secara lebih meluas lagi. Bukan sekadar temu duga semata, bahkan meliputi jaringan komunikasi yang lebih luas.
Oleh itu, setelah anda buat apa yang disebutkan dalam tips bahagian 1 dan 2 itu, langkah seterusnya ialah mahirkan diri dalam bertutur. Petuanya pilihlah teman yang rapat dengan anda sebagai speaking partner dan kalau boleh, pilih yang ‘levelnya’ lebih kurang anda saja. Bukan apa. Dikhuatiri jika beliau lebih pandai dari anda, bimbang anda segan untuk bercakap pula. Tambah lagi bila ada saja yang tak kena atau salah dari segi grammar. Kalau anda jenis ‘muka tebing’ alias ‘tembok’ dan tak kisah ditegur, maka silakan saja memilih teman mana yang anda selesa.
Peringkatnya begini:
1. Penguasaan Vocab dan Grammar.
2. Penguasaan Penulisan.
3. Penguasaan Bertutur Dalam Bahasa Inggeris.
Untuk penguasaan penulisan, setelah anda kumpulkan ratusan perkataan dalam buku nota anda, cuba anda rangka satu karangan (Semestinya dalam BI la!) yang panjang berdasarkan kepada perkataan-perkataan tersebut, kalau boleh gunakan kebanyakan dari perkataan itu dan berikan kepada teman yang lebih pandai untuk menyemaknya, atau guru anda! Ini boleh membantu anda juga. Apabila sudah terbiasa menulis karangan, maka selepas itu sudah tiada masalah lagi untuk menulisnya lagi.
Jika anda sayangkan masa depan anda, kuasailah bahasa Inggeris. Jangan sibuk dengan ilmu ‘godam’ sehingga masa depan anda yang TERGODAM akhirnya. Salam hormat dari saya, Arya Putra.
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Anonymous OS telah tersebar ke seluruh dunia. Dengar ceritanya sudah 20,000 orang sudah memuat turun sistem operasi yang kita tidak tahu siapa yang menciptanya. Ada yang berkata ianya mengandungi virus. Entah laa. Saya tidak dapat memberi komen kerana saya tidak mencubanya. Ianya menggunakan sistem operasi Linux jenis Ubuntu 11.10 sebagai sistem operasinya dan menggunakan paparan muka(Desktop) Mate. Terdapat beberapa aplikasi tambahan yang terdapat dalam sistem operasi Anomymous ini iaitu:
ParolaPass Password Generator
Find Host IP
Anonymous HOIC
Ddosim
Pyloris
Slowloris
TorsHammer
Sqlmap
Havij
Sql Poison
Admin Finder
John the Ripper
Hash Identifier
Tor
XChat IRC
Pidgin
Vidalia
Polipo
JonDo
i2p
Wireshark
Zenmap
Dab banyak lagi..
Juga termasuk pemacu wayarles Broadcom BCM43xx.
Walaubagaimanapun, ada satu akaun twitter yang kononya milik Anonymous mengatakan bahawa sistem operasi Anonymous itu adalah palsu dan hanya mengandungi virus sahaja. Berikutan dari tweet tersebut, pembangun yang mencipta sistem operasi Anonymous itu mengemaskini blog Tumblr mereka dengan mengatakan
Please people… in our world, in Linux and opensource world, there is not virus.
If any user believe that Anonymous-OS “is wrapped in trojans” or “backdoored OS by any Law enforcement Company or Hacker” please don’t download it!
But don’t mislead the world that Linux is dangerous and has trojans!
Jadi terpulang kepada anda sama ada ingin mencubanya atau tidak. Yang penting sistem operasi ini tidak dapat mengalahkan sistem operasi yang paling saya gemar iaitu Backtrack!
Anda boleh melihat lebih lanjut dan bagi yang ingin memuat turunnya juga anda boleh pergi ke laman web Anonymous. Saiz fail iso ini adalah 1.4 GB.
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Graphic User Interface(di sebut dengan bunyi goo-ey) ini adalah paparan(bukan semata-mata teks) antara muka pengguna kepada komputer. Seperti yang anda baca sekarang ni, anda melihat paparan antara muka pengguna GUI atau grafik pelayar web anda. Istilah ini wujud kerana antara muka interaktif pengguna yang pertama di gunakan tidak mempunyai grafik atau paparan, ianya hanyalah berorientasikan teks-dan-keyboard dan biasanya terdiri daripada arahan-arahan yang harus anda ingat dan komputer memberi respon terhadap arahan anda dengan cepat dan ringkas. Perintah antara muka sistem operasi Disk Operating System atau di panggil DOS(yang anda boleh lihatnya di sistem operasi Windows anda) adalah salah satu antara muka pengguna komputer tipikal sebelum penciptaan GUI. Langkah yang menghubungkan antara muka pengguna dengan antara muka baris arahan dan GUI adalah non-graphical menubased interface, yang membolehkan anda berinteraksi dengan hanya menggunkan tetikus(mouse) dan bukannya menaip perintah pada keyboard.
Contoh Gambar Paparan Antara Muka Pengguna(GUI)
Contoh Gambar Disk Operating System
Kebanyakkan sistem operasi utama di dunia ini menyediakan paparan antara muka. Aplikasi biasanya menggunakan elemen GUI yang datang dengan sistem operasi dan menambah idea serta unsur-unsur paparan antara muka mereka sendiri. Paparan antara muka(GUI) ini kadang kala menggunakan satu atau lebih metafora untuk objek yang biasa anda lihat dalam kehidupan sebenar, seperti paparan muka(Desktop), pandangan daripada tingkap, ataupun susun atur barangan di dalam sebuah bangunan. Elemen GUI ini termasuk perkara-perkara seperti butang(button), bar tatal(scrollbar), ikon imej, tetikus, dan secara kasarnya masih banyak lagi elemen yang akan dicipta. Dengan peningkatan penggunaan multimedia sebagai sebahagian daripada GUI, bunyi, suara, video, dan juga antara muka realiti maya(virtual reality interfaces) juga di lihat menjadi sebahagian daripada GUI untuk kebanyakkan aplikasi. Sistem paparan antara muka bersama dengan peranti input(input devices) kadangkala dirujuk sebagai “lihat dan rasa”.
Paparan antara muka pengguna ini sudah biasa kita lihat sama ada dalam sistem operasi Mac atau Windows dan aplikasi mereka juga berasal dari Makmal Penyelidikan Xerox Palo Alto(Xerox Palo Alto Research Laboratory) pada akhir tahun 1970-an. Apple menggunakannya dalam komputer Macintosh pertama mereka. Kemudian, Microsoft menggunakan idea yang sama dalam versi pertama sistem operasi Windows mereka untuk komputer peribadi IBM(IBM-compatible PCs).
Apabila membuat satu-satu aplikasi itu, banyak alat yang berorientasikan objek wujud bagi memudahkan untuk menulis paparan antara muka pengguna. Setiap elemen paparan antara muka pengguna ditakrifkan sebagai kelas widget di mana anda boleh cipta objek dengan cepat untuk aplikasi anda. Anda boleh membuat kod atau mengubah suai kod itu yang boleh memberi tindak balas terhadap ransangan pengguna.
Xara Xtreme 5 adalah software yang membolehkan anda untuk mengedit gambar,membuat 3D dan macam-macam lagi..Ia senang digunakan dan ringan..Ia juga mewujudkan lukisan yang lebih terperinci…
Nak tengok.
Cantik tak gambar kucing tu..siap boleh wat 3D lagi..
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda semua.
Runtime error adalah masalah yang sering yang di hadapi oleh pengguna apabila menjalankan sesuatu aplikasi. Runtime error ini menghalang beberapa program atau fail daripada di masuki dan melambatkan prestasi komputer.
Puncanya?
Sebagai contoh aplikasi yang selalu menghadapi masalah runtime error ini adalah Internet Explorer. Punca utamanya adalah di sebabkan skrip yang tidak dapat dilaksanakan sebaiknya pada sesuatu laman web. Selain itu terdapat juga beberapa software yang menghadapi masalah runtime error ini berpunca daripada tidak meng”update” software nya. Jadi, selalu-selalulah update software anda. Punca yang lain mungkin disebabkan virus. Virus ini bleh menyebabkan sesuatu program itu tidak dapat berjalan seperti sebelumnya. Jadi ianya penting bagi anda untuk menggunakan anti-virus di komputer anda. Jika berlaku jugak runtime error ini setelah semua di atas anda telah buat iaitu update software anda dan menggunakan anti virus, ianya mungkin di sebabkan oleh memori komputer atau laptop anda. Kadang kala program tidak dapat memasuki ke ruang memori yang memerlukannya untuk melaksanakan kod dengan betul. Hal ini mungkin di sebabkan oleh terdapatnya program lain yang telah menggunakan ruang memori tersebut. Jadi cara yang selalu digunakan untuk membaik pulih masalah ini ialah dengan restart balik komputer anda.
Penyelesaiannya?
Walaupun di atas sudah pun diterangkan serba sedikit tentang cara penyelesaiannya. Yang di bawah ini pula adalah jalan penyelesaian yang lain walaupun no.2 tu dah diterangkan di atas. Hee.
Kadang kala ianya berlaku mungkin di sebabkan anda membuka lebih daripada satu program secara serentak. Jadi anda hanya perlu tekan Ctrl+Alt+Delete untuk membuka Windows Task Manager. Kemudian anda tutup salah satu aplikasi itu sehinggalah runtime error itu di hentikan.
Carilah patches, bug fixes atau upgrade dengan melayari di laman web pembuat software tersebut. Dan cuba pastikan adakah terdapat upgrade file yang boleh menyelesaikan masalah anda itu. Jika ada, muat turunnya dengan segera.
Jika semua cara penyelesaian di atas tidak dapat membantu anda, anda perlulah reinstall program itu semula. Kadang kala mungkin anda perlu reinstall sistem operasi(os) anda. Jadi pastikan anda backup semua file anda yang berkemungkinan akan memadamkan beberapa file semasa reinstallation sedang di jalankan.
Itu sahaja. Sekian.
Aku pun nak letak gambar jugak macam Luqman Man buat. Hehe. Lawak Petang.