Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Baiklah hari ni saya akan berkongsi dgn anda ilmu berkenaan dengan ralat yang mungkin anda akan dapat semasa menggunakan Windows. Minta maaf la eh kepada pengguna Linux, sebab saya selalu update pasal windows je. Ini kerana Windows sahaja yang saya selalu gunakan. Linux tu kadang-kadang je. Lagipun linux jarang ada ralat-ralat ni.
Berbalik kepada tajuknya iaitu “The request could not be performed because of an I/O device error”. Ini yang dapat saya simpulkan.
Masalah
Ralat tersebut berlaku disebabkan isu perkakasan yang berkaitan dengan Pengawal(Controller) atau Peranti Storan(Storage Device).
Ralat
Peranti storan telah melaporkan ralat semasa melakukan proses permintaan untuk membaca data daripada media.
Laporan ralat: The request could not be performed because of an I/O device error(permintaan tidak boleh dilakukan kerana kesilapan peranti I / O.)
Penyelesaian
Dalam kebanyakan kes, mesej ralat ini ditunjukkan kerana masalah perkakasan sama ada pengawal ataupun mungkin, alat yang dipasang kepada pengawal. Masalah perkakasan boleh dikaitkan dengan pengkabelan yang tidak teratur, penamatan salah(incorrect termination) atau tetapan kadar pemindahan, maklum balas peranti yang perlahan untuk melepaskan bas SCSI(SCSI bus) atau peranti yang rosak. Jadi antara cara yang boleh anda gunakan untuk selesaikan masalah anda ini adalah:
- Buka cmd anda dengan cara tekan butang Start kemudian taipkan run pada ruang search dan seterusnya taipkan cmd.
- Seterusnya anda taipkan “chkdsk X: /f” tidak perlu ada tanda penutup kata itu. Huruf X itu merujuk kepada pemacu cakera keras anda yang mengalami ralat tersebut. Jika E nama pemacu cakera keras itu, taipkan E.
- Seterusnya ia akan menjalankan proses imbas dan kemudian pemacu cakera keras anda akan dapat berfungsi seperti biasa.
Sekian.