Adakah anda salah seorang penggemar distro Linux yang bernama Ubuntu? Jika ya, adakah anda kurang serasi dengan persekitaran desktop Unity? Jika ya, anda bukan keseorangan kerana terdapat ramai lagi orang di luar sana yang kurang serasi dengannya. Ini menyebabkan ramai pengguna lama Ubuntu yang enggan menaik taraf kepada versi baru iaitu 11.10 dan juga yang bakal dirilis pada bulan April ini iaitu 12.04. Mungkin kerana Unity masih di awal fasa pembangunan yang pesat. Jika anda menggunakan Unity dalam Ubuntu 12.04, ia sudah semakin maju dan hebat. Pelbagai ciri telah ditambah baik seperti HUD dan Privacy Settings.
Namun, adakah anda masih ingin menggunakan persekitaran desktop classic seperti GNOME 2.32 pada Ubuntu versi terbaru? Jika ya, anda memang datang ke entri yang betul kerana untuk pengetahuan anda, MATE Desktop adalah jawapan terbaik untuk segala kekusutan fikiran. Inilah dia kuasa sebenar Linux, kerana pengguna boleh memilih untuk menggunakan apa sahaja yang mereka rasakan selesa dan bagus.
MATE Desktop telah melalui fasa pembangunan yang hebat dan boleh dikatakan projek ini sudah menampakkan kematangannya. Jika anda mahu memasangnya pada Ubuntu 11.10, sila buka Terminal dan gunakan baris perintah di bawah:
sudo add-apt-repository “deb http://tridex.net/repo/ubuntu oneiric main”
sudo add-apt-repository “deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu oneiric main”
Atau boleh juga gunakan mana-mana text editor yang anda suka (Contohnya Nano atau Gedit), sila tambahkan SALAH SATU mirror di bawah ke dalam /etc/apt/sources.list
Katakanlah anda suka menggunakan Gedit, maka masukkan baris perintah seperti berikut:
sudo gedit /etc/apt/sources.list
Kemudian, seperti yang disebutkan di atas, masukkan salah satu dari mirror di bawah:
deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu oneiric main
Atau:
deb http://tridex.net/repo/ubuntu oneiric main
Setelah itu simpan (Save), dan gunakan baris perintah di bawah untuk kemaskini repository anda dan pasangkan terus MATE Desktop:
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-archive-keyring mate-core
Ini ialah sedikit paparan skrin MATE Desktop dalam Ubuntu 11.10 pada Netbook Mr.Hac:
Untuk distro lain, sila ke ruangan Download untuk mengetahui kaedah pemasangan.