Cut The Rope : Mainkan Ia Di Pelayar Web Anda

Cut The Rope ialah salah satu permainan yang telah mendominasi telefon pintar seperti iPhone dan juga Android. Terdapat versi flash untuk PC dan ia merupakan klon kepada permainan ini iaitu Feed The Panda (Malangnya Mr.Hac tak jumpa pula pautan untuk muat turun. Sesiapa yang ada jumpa kongsikan di ruangan komen).

Microsoft dengan kerjasama ZeptoLab dan Pixel Lab kini telah mencipta versi HTML5 untuk permainan ini, dan ia bererti kebanyakan pelayar web moden boleh memainkannya. Permainan popular ini mempunyai 27 tahap (level) dan boleh dimainkan tanpa menggunakan plugin Flash.

Habis jugak akhirnya!
Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 tahap yang eksklusif, hanya untuk pengguna Internet Eksplorer 9 sahaja. Ia hanya boleh dibuka (Unlocked) apabila permainan ini di-pin ke taskbar. Jadi buat mereka yang sudah menggunakan Windows 7 dan IE9, anda memang golongan yang ‘bertuah’ kerana dapat memainkan tahap eksklusif tersebut.

Bagi mereka yang mahu mencuba, silakan buka pautan http://www.cuttherope.ie/

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img