Android 5.0 : Jelly Bean

Ice Cream Sandwich : Selain daripada kecanggihan reka bentuknya yang menawan dengan ikon dan antaramuka diperbaharui, ia juga didatangkan dengan pelbagai fungsi dan pelbagai penaiktarafan untuk melakukan tugas berbagai (Multitasking).

Desas-desus mengatakan, setelah anda sudah puas menjamah Ice Cream Sandwich (ICS) dan jari anda sudah pun melekit dengan kepelbagaian perisanya, selepas ini anda bakal menikmati pula perisa baharu untuk sistem operasi Android ini iaitu Android 5.0 Jelly Bean.

ICS ialah gabungan ciri-ciri penyesuaian terpilih Honeycomb dan Gingerbread, dilancarkan pada peranti pertamanya Samsung Galaxy Nexus (Google Nexus Prime) baru-baru ini. Tetapi semasa kebanyakan peranti mula beralih arah kepada ICS, timbul desas-desus mengatakan bahawa Android 5.0 akan dirilis dengan kod nama Jelly Bean.

Asal nama Jelly Bean dikatakan setelah melihat tradisi ‘susunan abjad’ serta faktor nama pencuci mulut yang sering digunakan dan sinonim dengan Android. Antara contoh yang boleh kita lihat, seperti C (Cupcake), D (Donut), E (Eclair), F (Froyo), G (Gingerbread), H (Honeycomb), serta I (Ice Cream Sandwich). Disebabkan itulah Jelly Bean dipilih sebagai kod nama seterusnya untuk meneruskan kesinambungan atau tradisi pemberian nama sistem operasi Android ini.

Ciri-ciri baru yang diperkatakan ialah pelayar web yang lebih pantas, pengurus fail (File Manager), papan kekunci terbina, integrasi servis Google yang diperkemas, perlindungan Malware dan kesediaan Flash, serta serasi kedua-dua Smartphone dan Tablet.

SUMBER: Diolah dari Majalah PC Edisi 184 April 2012 (Sokonglah Majalah IT Tempatan).

Mr.Hac: Ruangan ‘Hubungi Admin telah pun dikemaskini dan boleh diakses. Terima kasih kepada yang menggunakannya.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img