Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga omgHackers..Mintak maaf la kepada Mr.hac lama tidak update kerana peperiksaan sudah dekat…
MacX DVD Ripper Pro adalah perisian yang akan menukarkan Video-DVD anda ke pelbagai format video…Perisian ini amat mudah untuk digunakan dan butang setiap intuitif, hanya masukkan cakera dan biarkan perisian mengimbas ia…senagkan..
Ia menukarkan DVD kepada format yang digunakan seperti Mp4, iTunes, MOV, Music (mp3), MPEG, FLV; atau format seperti iPhone, iPod, iPad, Apple TV, PSP dan AVI…Masa penukaran bergantung prestasi anda Mac, percuma OS sumber dan format yang anda menukar ke…
Giveaway:
1.Giveaway ini akan tamat pada 30 jun ni..guna lah peluang ni dengan baik..hehe
2.Sila ke laman promosi untuk mendapatkan lesen di Sini..
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Sebagai contoh anda telah berjaya masuk ke komputer mangsa dan anda anda ingin membuat backdoor pada komputer mangsa. Jadi bagaimanakah caranya? Caranya adalah dengan mengubah kedudukan command prompt ke tempat sethc.exe. Apakah sethc.exe ini?
sethc.exe is a process associated with Windows NT High Contrast Invocation and is part of Microsoft Windows Operating System. With default Windows settings, this process is run when the shift is pressed 5 times in sequence, to invoke the StickyKeys configuration window.
Jadi di sini apa yang kita semua faham adalah apabila kita menekan “shift” untuk 5 kali berturut-turut akan keluarnya StickyKeys. Jadi apa kaitannya dengan command prompt adalah apabila kita menukarnya, command prompt yang akan keluar apabila kita menekan “shift” secara berturut-turut selama 5 kali.
Ya! Sebagaimana yang kita tahu, command prompt adalah eset amat penting dalam komputer. Jika kita dapat menggunakannya, ianya seperti kita mengawal sepenuhnya komputer tersebut. Anda boleh mengubah password mangsa tanpa mengetahui password mangsa semasa anda ingin login komputer tersebut.
Anda boleh melihat video di bawah ini untuk mengetahui bagaimana cara untuk melakukannya :
Segala apa yang diajar hanya untuk tujuan pembelajaran. Jika ingin menlakukannya, lakukannya di komputer milik anda sahaja. Lakukannya pada komputer orang lain adalah salah disisi undang-undang. Risiko anda tanggung sendiri. Saya tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku semasa anda melakukannya. Jadi senang cerita anda boleh mempraktikkannya di virtual machine milik anda! =)
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Maaf. Buat masa ni saya tumpukan pada entri lain dahulu ya. Baiklah. Hari ini kita semua akan mendalami lagi program-program yang terdapat dalam BackTrack 5.
Airoscript-ng adalah satu tool dimana ianya menggabungkan pelbagai tool dan menjadikannya satu program antaranya Aircrack-ng. Apakah Airoscript-ng ini? Ianya adalah program untuk menggodam wifi. Bagi mereka yang tidak tahu mengenai Airoscript-ng ini, anda boleh mencarinya di dalam BackTrack milik anda :
Applications >> System Tools >> Airoscript-ng @ Airoscript-ng GTK
Perbezaan anatara Airoscript-ng dan Airoscript-ng GTK adalah paparan antaramukanya. Untuk Airoscript-ng ianya Command User Interface manakala Airoscript-ng GTK pula adalah Graphic User Interface. Tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah text-user interface. Ianya hanyalah text tanpa ada satu gambar pun. Jadi ikut kepada keselesaan anda untuk menggunakan yang mana satu ya. Pelbagai cara serangan anda boleh lakukan seperti chopchop, fragmentation attack, fakeauth, deauth, dictionary attacks dan WPA cracking.
Airoscript-ng
Airoscript-ng GTK
Bagi mereka yang kurang rajin itu, tool ini sangat sesuai untuk anda. Anda hanya perlu mengikut saja arahan yang di suruh dan jika betul caranya, mungkin anda akan berjaya menggodam wifi!
Anda boleh belajar menggunakannya di pelbagai laman web antaranya di evilzone.org.
Skype versi 4.0 telah dilepaskan untuk sistem operasi Linux.
Quote dari laman blog rasmi Skype:
You will find four major changes in this release:
1. We have a new Conversations View where users can easily track all of their chats in a unified window. Those users who prefer the old view can disable this in the Chat options; 2. We have a brand new Call View; 3. Call quality has never been better thanks to several investments we made in improving audio quality; and 4. We’ve worked on improving video call quality and have also extended support for more cameras.
Of course, we have loads of other small improvements and fixes. As you can imagine, the list is so long it would take too much time to write it all, but some are worthy of mention:
improved chat synchronization
new presence and emoticon icons
the ability to store and view phone numbers in a Skype contact’s profile
much lower chance Skype for Linux will crash or freeze
chat history loading is now much faster
support for two new languages: Czech (flag:cz) and Norwegian (flag:no)
Yeah. Rilisan beta sudah melalui fasa akhirnya dan rilisan stabil mengambil alih kedudukan. Skype untuk Linux adalah perkara yang ditunggu-tunggu, dan jika anda sedang menggunakan sistem operasi Linux sambil membaca entri ini, saya pasti anda sememangnya teringin untuk mencuba.
Jadi anda boleh muat turun Skype 4.0 untuk Linux di sini : Skype for Linux
Sedikit nota, pada pautan muat turun itu tidak terdapat versi untuk Ubuntu 11.04 sehingga 12.04, tetapi pakej pemasang yang diberikan adalah serasi (compatible), jadi anda cuma perlu muat turun sahaja dan terus pasangkannya. Untuk memudahkan pemasangan, gunakan gdebi.
Opera adalah sebuah pelayar web. Err.. Semua orang tahu tu kan?
Tetapi berapa ramai orang yang tahu Opera adalah pelayar web yang telah banyak ‘mengasaskan’ ciri-ciri istimewa yang akhirnya disalin tampal oleh pelayar web lain seperti Speed Dial, ‘Paste and Go’, Privacy Control, Mouse Gestures dan sebagainya lagi.
Opera 12 telah dilepaskan dan membawakan beberapa lagi ciri yang menarik untuk digunakan.
Antara yang boleh dilihat secara jelas ialah URL bar yang kini menyokong fungsi senarai carian ‘drop-down’ dan sejarah carian apabila anda menaip sesuatu kata kunci padanya:
Tak lupa juga dari versi sebelumnya iaitu Opera Next 12, Opera 12 kini menyokong fungsi ubahan tema. Anda boleh memasang tema yang diingini pada pautan ini : Opera Themes
Walaupun masih belum cukup banyak pilihan, tetapi dapat dijangkakan tidak lama lagi ia pasti akan bertambah dan akan menjadi lebih banyak dalam jangka masa beberapa bulan dari sekarang.
Opera 12 boleh dimuat turun untuk Windows, Mac dan Linux pada pautan ini : Opera Browser
Pemain video ini adalah antara pemain video untuk sistem operasi Linux yang paling ringkas saya pernah cuba dan gunakan. Sangat ringkas, tetapi berkesan dalam memainkan pelbagai format video dengan baik. Berikut dipaparkan video yang menunjukkan anda betapa ringkasnya Audience.
Pemain video ini masih belum mencapai tahap stabil lagi. Jadi jika anda ingin memasangnya untuk mencuba, sila ke laman Web Upd8 untuk mendapatkan tutorial cara pemasangan.
Apt-fast ialah ialah skrip yang menggabungkan pemuat turun Axel dan juga apt-get. Kini versi terbarunya iaitu 1.6 telah dirilis. Anda boleh pasangkan apt-fast pada Ubuntu atau distro terbitan darinya melalui baris perintah dengan menggunakan PPA.
1. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:
Paparan seperti di bawah akan keluar. Uncomment (buang tanda #) pada axel:
3. Setelah itu, masukkan pula baris perintah ini:
sudo mkdir /var/cache/apt/archives/apt-fast
Selesai. Anda kini sudah boleh menggunakan apt-fast untuk memasang pakej atau perisian yang anda mahu. Silakan mencuba.
Update:
Mr.Hac telah mencuba memasang beberapa aplikasi menggunakan apt-fast, namun gagal dilancarkan (command not found). Jadi apa yang boleh kita harapkan selepas memasang aplikasi ini ialah semoga pembangunnya mengemaskini kod sumber supaya ia dapat digunakan dengan sempurna.
Update 2:
Semua masalah pemasangan sudah selesai. Sekarang apt-fast dapat digunakan dengan cemerlang!
Atas permintaan dari seorang pembaca, Mr.Hac mengemaskini pos sebelumnya iaitu Cara Tonton Hulu Dari Luar US Tanpa Menukar IP. Bagi pengguna Ubuntu atau mana-mana sistem operasi Linux yang menggunakan tetapan seakan dengannya, maka anda boleh gunakan tutorial ini untuk mengubah tetapan DNS pada sistem operasi anda.
Mudah saja caranya!
Anda ikut sahaja langkah-langkah yang ditunjukkan pada gambar di bawah. Walaupun Mr.Hac menggunakan Elementary OS Luna, tetapi menu untuk membuka tetapan rangkaian pada Ubuntu sepatutnya tidak jauh berbeza.
Cara Pertama (GUI):
1. Buka tetapan untuk mengubah DNS pada rangkaian anda dengan mengklik pada ‘Edit Connections…’.
2. Klik (untuk highlight) pada rangkaian anda dan klik ‘Edit…’
3. Klik pada ‘Automatic (DHCP) addresses only’ dan masukkan DNS Tunlr pada ruangan ‘DNS servers’ dengan dipisahkan oleh ‘koma’. Contohnya:
148.154.158.186, 199.167.30.144
Cara Kedua:
Anda boleh gunakan cara ini sekiranya anda jenis ‘pening’ dengan GUI (ada ke orang macam ni?).
1. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:
sudo vi /etc/resolv.conf
2. Jika terdapat baris nameserver default pada resolv.conf ini, sila catatkannya untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
3. Gantikan atau tambah pada baris nameserver itu baris berikut:
Rasanya agak lama juga Mr.Hac tidak menulis mengenai sistem operasi Linux. Kali ini saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa Elementary OS Luna Beta-1 bakal dirilis tidak lama lagi! Buat mereka yang masih belum mengetahui atau masih kurang jelas mengenai sistem operasi ini, sila baca reviu sebelum ini mengenainya di sini : Pra Tonton Teknologi Elementary OS Luna [Download Daily Build ISO]
Jika anda sukakan kelajuan, kelancaran, kebolehan untuk mengubah suai hampir apa sahaja pada sistem operasi Linux tetapi tidak mahu pening kepada dengan masalah untuk memasangnya seperti sukarnya memasang Arch Linux, maka Elementary OS Luna adalah jawapan yang tepat dan terbaik.
Ia didatangkan bersama dengan kelajuan yang telah ditingkatkan, dan juga bersama beberapa aplikasi asas yang mana jika anda rasa ia tidak mencukupi atau tidak memenuhi kehendak anda, anda boleh pasangkan perisian atau aplikasi yang baru.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perubahan ketara yang dapat dilihat pada Elementary OS Luna iaitu Files telah menggantikan (fork) Marlin, iaitu aplikasi pengurus fail dan Noise telah menggantikan Beatbox, pemain muzik default bagi Elementary OS. Berkemungkinan nama ‘Noise’ itu bakal ditukar apabila rilisan stabil dilepaskan kepada pengguna (mungkin). Tak lupa juga Plank iaitu dock pada Elementary OS telah menyokong fungsi seret dan lepas (drag and drop).
Berikut Mr.Hac paparkan beberapa paparan skrin (screenshot) Elementary OS Luna Daily Build rilisan terbaru. Anda boleh jangkakan rilisan beta-1 tidak akan jauh bezanya dari paparan ini. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Seperti dijanjikan, artikel hari ini akan menceritakan mengenai faedah atau kebaikan ‘rooting’ smartphone android yang telah dimiliki oleh anda. Ini bagi menjawab persoalan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya apakah faedah yang boleh didapati jika pemilik android telah pun berjaya root smartphone mereka itu. Jika anda golongan yang telah tahu mengenainya, anda boleh cari artikel lain dari blog ini untuk dibaca atau sila tambahkan faedah-faedah lain yang dapat anda fikirkan pada ruangan komen. Terima kasih.
Menjadikan telefon pintar android anda untuk mendapat ‘root access’ ialah sebuah proses memodifikasi sistem operasi android untuk memperoleh akses penuh terhadapnya. Apa jua limitasi yang didatangkan sekali dengan telefon pintar tersebut akan ‘dihilangkan’ sepenuhnya.
Istilah ‘root’ ini datang dari sistem operasi Linux, di mana akaun pentadbir (Administrator) yang mempunyai akses penuh terhadap sistem operasi digelar sebagai root. Berikut disenaraikan faedah-faedah yang akan diperolehi selepas anda selesai rooting telefon pintar anda.
Dengan adanya akses penuh, ini bererti anda mempunyai kawalan penuh kepada sistem operasi android. Anda akan dapat menyah-pasang aplikasi yang tidak diperlukan, yang biasanya didatangkan sekali dengan telefon pintar, menggunakan tema dan sebagainya.
2. Membuat Salinan Sandaran dan Memulihkan Sistem
Salinan sandaran (back up) adalah sangat penting kerana seandainya terjadi sesuatu kepada telefon pintar anda, anda dapat mengembalikan atau memulihkan semula (restore) sistem kepada keadaan asalnya. Ini cuma dapat dilakukan pada rooted android.
3. Menjalankan Aplikasi ‘Istimewa’
‘Istimewa’ di sini bermaksud aplikasi yang hanya dapat dijalankan pada peranti yang sudah pun mendapat root access. Sebagai contoh aplikasi yang terkenal seperti Titanium Backup, MyBackup Root, SetCPU, WiFi Tether, ROM Manager dan sebagainya.
4. Flash/Install Custom ROM
ROM ialah sistem operasi android yang mewakili paparan antaramuka dan juga fail-fail sistem. Custom ROM dapat diterjemahkan kepada sistem operasi android yang telah diubah suai (modified) untuk mendapatkan prestasi ‘sebenar’ pada peranti seperti meningkatkan kuasa bateri, mengubah suai paparan antaramuka, memasukkan pelbagai tweaks yang hanya boleh digunakan oleh rooted phones, dan bla bla bla.
5. Flash Custom Kernel
Terdapat pelbagai jenis kernel yang menawarkan pelbagai keistimewaan. Disebalik kernel asal yang kadang kala terdapat bugs yang menjengkelkan, custom kernel menawarkan kernel yang sudah diperbaiki dan ditingkatkan ‘kuasanya’ supaya dapat berinteraksi dengan lebih baik pada peranti.
Namun harus diingatkan, rooting telefon pintar android anda akan membatalkan waranti! Anda lakukan hanya apabila anda betul-betul telah bersedia dan faham akan kelebihan dan kepentingannya, kerana jika tersilap langkap, risiko bricking telefon anda adalah tinggi melainkan anda ikut 100% seperti tutorial!