Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 265

Pasang Apt-Fast Pada Ubuntu [PPA]

0

Apt-fast ialah ialah skrip yang menggabungkan pemuat turun Axel dan juga apt-get. Kini versi terbarunya iaitu 1.6 telah dirilis. Anda boleh pasangkan apt-fast pada Ubuntu atau distro terbitan darinya melalui baris perintah dengan menggunakan PPA.

1. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:apt-fast/stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install apt-fast axel

2. Kemudian, masukkan baris perintah ini:

gksu gedit /etc/apt-fast.conf

Paparan seperti di bawah akan keluar. Uncomment (buang tanda #) pada axel:

3. Setelah itu, masukkan pula baris perintah ini:

sudo mkdir /var/cache/apt/archives/apt-fast

Selesai. Anda kini sudah boleh menggunakan apt-fast untuk memasang pakej atau perisian yang anda mahu. Silakan mencuba.

Update:

Mr.Hac telah mencuba memasang beberapa aplikasi menggunakan apt-fast, namun gagal dilancarkan (command not found). Jadi apa yang boleh kita harapkan selepas memasang aplikasi ini ialah semoga pembangunnya mengemaskini kod sumber supaya ia dapat digunakan dengan sempurna.

Update 2:

Semua masalah pemasangan sudah selesai. Sekarang apt-fast dapat digunakan dengan cemerlang!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Tutorial] Menggunakan DNS Tunlr Pada Ubuntu/Linux (Tonton Hulu Dari Luar US)

3

Atas permintaan dari seorang pembaca, Mr.Hac mengemaskini pos sebelumnya iaitu Cara Tonton Hulu Dari Luar US Tanpa Menukar IP. Bagi pengguna Ubuntu atau mana-mana sistem operasi Linux yang menggunakan tetapan seakan dengannya, maka anda boleh gunakan tutorial ini untuk mengubah tetapan DNS pada sistem operasi anda.

Mudah saja caranya!

Anda ikut sahaja langkah-langkah yang ditunjukkan pada gambar di bawah. Walaupun Mr.Hac menggunakan Elementary OS Luna, tetapi menu untuk membuka tetapan rangkaian pada Ubuntu sepatutnya tidak jauh berbeza.

Cara Pertama (GUI):

1. Buka tetapan untuk mengubah DNS pada rangkaian anda dengan mengklik pada ‘Edit Connections…’.

2. Klik (untuk highlight) pada rangkaian anda dan klik ‘Edit…’

3. Klik pada ‘Automatic (DHCP) addresses only’ dan masukkan DNS Tunlr pada ruangan ‘DNS servers’ dengan dipisahkan oleh ‘koma’. Contohnya:

148.154.158.186, 199.167.30.144

Cara Kedua:

Anda boleh gunakan cara ini sekiranya anda jenis ‘pening’ dengan GUI (ada ke orang macam ni?).

1. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:

sudo vi /etc/resolv.conf

2. Jika terdapat baris nameserver default pada resolv.conf ini, sila catatkannya untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.

3. Gantikan atau tambah pada baris nameserver itu baris berikut:

nameserver 149.154.158.186
nameserver 199.167.30.144

4. Simpan dan keluar (save and exit). Mulai semula rangkaian anda.

5. Seperti biasa periksa status DNS anda di sini : Status | tunlr.net

Bukti:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Elementary OS Luna Beta-1 Bakal Dirilis

1

Salam semua.

Rasanya agak lama juga Mr.Hac tidak menulis mengenai sistem operasi Linux. Kali ini saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa Elementary OS Luna Beta-1 bakal dirilis tidak lama lagi! Buat mereka yang masih belum mengetahui atau masih kurang jelas mengenai sistem operasi ini, sila baca reviu sebelum ini mengenainya di sini : Pra Tonton Teknologi Elementary OS Luna [Download Daily Build ISO]

Jika anda sukakan kelajuan, kelancaran, kebolehan untuk mengubah suai hampir apa sahaja pada sistem operasi Linux tetapi tidak mahu pening kepada dengan masalah untuk memasangnya seperti sukarnya memasang Arch Linux, maka Elementary OS Luna adalah jawapan yang tepat dan terbaik.

Ia didatangkan bersama dengan kelajuan yang telah ditingkatkan, dan juga bersama beberapa aplikasi asas yang mana jika anda rasa ia tidak mencukupi atau tidak memenuhi kehendak anda, anda boleh pasangkan perisian atau aplikasi yang baru.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perubahan ketara yang dapat dilihat pada Elementary OS Luna iaitu Files telah menggantikan (fork) Marlin, iaitu aplikasi pengurus fail dan Noise telah menggantikan Beatbox, pemain muzik default bagi Elementary OS. Berkemungkinan nama ‘Noise’ itu bakal ditukar apabila rilisan stabil dilepaskan kepada pengguna (mungkin). Tak lupa juga Plank iaitu dock pada Elementary OS telah menyokong fungsi seret dan lepas (drag and drop).

Berikut Mr.Hac paparkan beberapa paparan skrin (screenshot) Elementary OS Luna Daily Build rilisan terbaru. Anda boleh jangkakan rilisan beta-1 tidak akan jauh bezanya dari paparan ini. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Slingshot Launcher

Noise (Fork Kepada Beatbox)

Files (Fork kepada Marlin File Manager)

Sokongan Fungsi Drag and Drop Pada Plank

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android

0

Salam semua.

Seperti dijanjikan, artikel hari ini akan menceritakan mengenai faedah atau kebaikan ‘rooting’ smartphone android yang telah dimiliki oleh anda. Ini bagi menjawab persoalan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya apakah faedah yang boleh didapati jika pemilik android telah pun berjaya root smartphone mereka itu. Jika anda golongan yang telah tahu mengenainya, anda boleh cari artikel lain dari blog ini untuk dibaca atau sila tambahkan faedah-faedah lain yang dapat anda fikirkan pada ruangan komen. Terima kasih.

Apa Itu Root?

Menjadikan telefon pintar android anda untuk mendapat ‘root access’ ialah sebuah proses memodifikasi sistem operasi android untuk memperoleh akses penuh terhadapnya. Apa jua limitasi yang didatangkan sekali dengan telefon pintar tersebut akan ‘dihilangkan’ sepenuhnya.

Istilah ‘root’ ini datang dari sistem operasi Linux, di mana akaun pentadbir (Administrator) yang mempunyai akses penuh terhadap sistem operasi digelar sebagai root. Berikut disenaraikan faedah-faedah yang akan diperolehi selepas anda selesai rooting telefon pintar anda.

Faedah-faedah Root:

1. Kawalan Penuh Terhadap Sistem Operasi

Dengan adanya akses penuh, ini bererti anda mempunyai kawalan penuh kepada sistem operasi android. Anda akan dapat menyah-pasang aplikasi yang tidak diperlukan, yang biasanya didatangkan sekali dengan telefon pintar, menggunakan tema dan sebagainya.

2. Membuat Salinan Sandaran dan Memulihkan Sistem

Salinan sandaran (back up) adalah sangat penting kerana seandainya terjadi sesuatu kepada telefon pintar anda, anda dapat mengembalikan atau memulihkan semula (restore) sistem kepada keadaan asalnya. Ini cuma dapat dilakukan pada rooted android.

3. Menjalankan Aplikasi ‘Istimewa’

‘Istimewa’ di sini bermaksud aplikasi yang hanya dapat dijalankan pada peranti yang sudah pun mendapat root access. Sebagai contoh aplikasi yang terkenal seperti Titanium Backup, MyBackup Root, SetCPU, WiFi Tether, ROM Manager dan sebagainya.

4. Flash/Install Custom ROM

ROM ialah sistem operasi android yang mewakili paparan antaramuka dan juga fail-fail sistem. Custom ROM dapat diterjemahkan kepada sistem operasi android yang telah diubah suai (modified) untuk mendapatkan prestasi ‘sebenar’ pada peranti seperti meningkatkan kuasa bateri, mengubah suai paparan antaramuka, memasukkan pelbagai tweaks yang hanya boleh digunakan oleh rooted phones, dan bla bla bla.

5. Flash Custom Kernel

Terdapat pelbagai jenis kernel yang menawarkan pelbagai keistimewaan. Disebalik kernel asal yang kadang kala terdapat bugs yang menjengkelkan, custom kernel menawarkan kernel yang sudah diperbaiki dan ditingkatkan ‘kuasanya’ supaya dapat berinteraksi dengan lebih baik pada peranti.

Namun harus diingatkan, rooting telefon pintar android anda akan membatalkan waranti! Anda lakukan hanya apabila anda betul-betul telah bersedia dan faham akan kelebihan dan kepentingannya, kerana jika tersilap langkap, risiko bricking telefon anda adalah tinggi melainkan anda ikut 100% seperti tutorial!

The dragons lie ahead. You have been warned.

Rujukan (Utama):

[Updated] Rooting Explained + Top 5 Benefits Of Rooting Your Android Phone

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Tutorial] Tonton Hulu Dari Luar US Tanpa Menukar IP

0

Sebagai mana yang kita ketahui, terdapat beberapa servis video streaming yang hanya boleh ditonton dari ‘dalam’ Amerika Syarikat (US) seperti tonton.com.my Hulu.com dan Netflix. Jika anda mengubah IP anda kepada IP US, barulah anda akan dapat menikmati servis tersebut.

Tetapi terdapat satu cara yang lebih mudah iaitu dengan mengubah DNS anda kepada DNS Tunlr, sebuah servis yang menawarkan cara mudah untuk menonton Hulu.com dan lain-lain video streaming sepertinya dari luar US tanpa perlu menukar IP. Cukup sekarang menukar DNS dan anda boleh terus menonton.

Caranya mudah. Anda cuma perlu ikut sahaja tetapan DNS seperti gambar di bawah:

Preferred DNS server : 149.154.158.186
Alternate DNS server : 199.167.30.144

Kemudian, semak status anda di sini : Status | tunlr.net

Bukti:

SUMBER : tunlr.net

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Root HTC One X

0

Salam semua.

Kali ini Mr.Hac ingin berkongsi cara untuk root HTC One X. Bagi pemilik peranti ini, jika anda ingin melakukannya, sila lakukan atas risiko anda sendiri! Saya tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian anda sekiranya berlaku apa-apa.

Ini adalah cara yang saya sendiri gunakan. Jadi disebabkan telah terjamin keberkesanannya, dan jika anda melakukannya 100% mengikut video tutorial, kebarangkalian untuk risiko bricking adalah sangat rendah.

Bagi yang tidak tahu apa kegunaan root untuk Android, Mr.Hac akan tulis pos berasingan untuk menjelaskan kepada anda apa faedah yang anda dapat jika anda ‘root’ smartphone anda.

Perkara Perlu Dilakukan :

1. Unlock Bootloader
2. Root HTC One X

Mari kita teruskan dengan perkara pertama, iaitu unlock bootloader.



Langkah-langkah yang dibuat:

1. Pergi ke laman HTCdev.com dan daftarkan satu akaun
2. Setelah daftar dan sahkan akaun anda melalui e-mel, sila klik pada Unlock Bootloader -> Get Started

3. Seterusnya klik pada Select Your Device dan pilih All Other Supported Models

4. Klik Begin Unlock Bootloader

5. Ikut arahan yang tertera pada skrin (tonton video 1/2 di atas untuk memahami langkah-langkah yang disebutkan).

Root HTC One X:



Langkah-langkah yang dibuat:

1. Anda perlu muat turun dahulu fail fastboot di sini : fastboot.rar
2. Ekstrak fail tersebut (dengan menggunakan WinRAR atau mana-mana perisian setara).
3. Salin fail CWM-SuperSU-v0.89.zip ke dalam sdcard One X anda. Untuk melakukannya, anda perlu sambungkan One X kepada komputer dengan menggunakan kabel USB dan tukar status kepada Disk drive.
4. Setelah selesai menyalin, tukar status Disk drive kepada Charge only.
5. Buka command prompt dengan menekan butang berlogo Windows + R dan taipkan ‘cmd‘ lalu tekan Enter. Halakan command prompt pada folder fastboot.

6. Masuk kepada Bootloader dengan menekan secara serentak butang Power + Volume Down. Jangan lepaskan kedua-dua butang itu sehingga anda melihat bootloader. Pilih FASTBOOT dan tekan butang Power.
7. Taipkan fastboot flash recovery recovery-clockwork-touch-5.8.4.0-endeavoru.img dan tekan Enter. Ini akan memasang ClorkworkMod Touch Recovery versi terbaru pada waktu pos ini ditulis.
8. Untuk memudahkan kerja, anda boleh namakan semula fail itu kepada recovery.img sahaja. Jadi baris perintahnya adalah fastboot flash recovery recovery.img. Faham kan?
9. Dalam video yang disediakan di atas, ada satu lagi langkah yang beliau terlupa hendak nyatakan iaitu selepas selesai anda flash recovery, sila masukkan baris perintah yang PENTING ini untuk mengelakkan sebarang ralat:

fastboot erase cache

10. Masuk ke mode RECOVERY. Sila tonton video 2/2 untuk melihat kaedahnya (minit ke 3:03)
11. Navigasi ke arah install zip from sdcard -> choose zip from sdcard -> Pilih CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power.
12. Pilih Yes – Install CWM-SuperSU-v0.89.zip dan tekan butang Power (Jika CWM menyokong fungsi sentuhan, anda cuma perlu menyentuh sahaja pilihan yang disebutkan).
13. Go Back -> reboot system now
14. Masuk Play Store dan sila pasangkan Busybox! Penting dan WAJIB untuk digandingkan dengan SuperSU!
15. Sekarang HTC One X anda sudah pun berjaya di-root! Anda boleh cuba mana-mana apps yang memerlukan root untuk memastikannya atau anda boleh pasangkan Root Validator untuk memeriksa status root anda.

Tahniah! Unlocked and Rooted!

My Phone: HTC One X [Unlocked. Rooted]
ROM: InsertCoin Evolution 6.4.5
Kernel: Bricked 0.3 with Sweep2Wake
CPU: NVIDIA Tegra 3 – 1.5 GHz quad-core
Firmware: 1.29.401.11
Recovery: CWM Recovery (Touch) 5.8.4.0

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Penciptaan Virus Terbaru “Flame”

0

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian,

Virus
terbaru yang dinamakan sebagai “Flame” kini mula merebak ke beberapa
negara maju terutama Iran, Israel, Palestina, Sudan, Lebanon, Arab saudi
dan Mesir. Virus ini dikatakan lebih canggih dan berupaya untuk
melalukan pelbagai jenis serangan pada sesebuah komputer.

Antara kemampuan yang boleh virus Flame lakukan :

Dapat mengambil semua data yang disimpan oleh komputer apabila telah dijangkiti.
Dapat melihat sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah
komputer dengan cara mengambil gambar screen, merakam semua aktiviti
keyboard dan sebagainya.
Dapat mengaktifkan sistem audio komputer, microfon dan mampu untuk mencuri dengar segala berbualan pengguna kompoter.
Mengganggu pengguna lain.
Virus Flame ditemukan pertama kali oleh tim Kaspersky Lab, yang
merupakan suatu perusahaan keamanan komputer di Rusia. Disebabkan
pembinaan virus Flame yang lebih kompleks tiada antivirus yang mampu
mengesan kehadirannya buat masa ini.

Mengikut hasil pembacaan
saya, virus ini hanya mampu dihasilkan oleh negara maju kerana
strukturnya yang lengkap. Sesetengah dari kita ada yang membuat
kesimpulan dengan mengatakan ianya virus yang telah dicipta oleh Israel.

Namun, siapa perekanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya dan
kemungkinan besar, virus ini mampu untuk mewujudkan perang siber.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Membangunkan Sistem Pengoperasian Linux Sendiri

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca, hari ini anda akan bertemu lagi dengan tulisan rojak yerrr, betul kata Arya Putra kenapa anda tidak menjadi guest author je?? Mungkin banyak perkara yang anda tahu tetapi kami tidak tahu dan begitulah sebaliknya,
rasanya aku dah memenuhi kretiria nih:
1. Jangan guna kata singkatan
2. Tulis dengan bahasa yang matang
3. Biar ada satu dua gambar.
By Mr.Hac.

Ok, Pernahkah anda terfikir ingin membangunkan sistem pengoperasian Linux sendiri?? Kalau ya, disini ada jawapannya. Anda boleh membangunkan sistem pengoperasian Linux dengan menggunakan Suse Studio. Ia sungguh mudah digunakan tanpa perlu mempelajari bahasa pengaturacaraan. Anda boleh memilih jenis desktop samada GNOME,KDE dan macam-macam lagi.

Perkara yang paling penting dalam membangunkan sistem pengoperasian menggunakan Suse Studio 
ialah ianya percuma. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mendaftarkan diri di Laman Rasminya Suse Studio dan waahhh anda boleh mulakan kerja anda. Anda juga boleh menambahkan beberapa perisian di dlm sistem pengopersian yang bakal anda buat, apa yang anda perlu lakukan ialah perlu explore je 😛 (cam salah je ayat aku guna).
Wokehhh Good Luck yerrr!!!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway]ESET NOD32 ANTIVIRUS 6 MONTHS

0

Hari ini sungguh indah dapat barang percuma yang aku tunggu-tunggukan iaitu Eset Nod32,lesen 6bulan lama la jugak..kalau nak beli bukan nya mampu..

ESET NOD32 Antivirus 5 melindungi anda di peringkat yang tinggi,semasa anda dalam rangkaian sosial dunia atau bermain permainan dalam talian…ESET NOD32 Antivirus padat dengan teknologi pengesanan yang dipertingkatkan dan ciri-ciri keselamatan untuk anda..

Fungsi Eset Nod32:

Cloud Powered Scanning..
Based on real-time streaming of threat-related information from the cloud, the ESET Virus lab keeps the reputation services up-to-date for a constant level of protection against Internet threats…

Enhanced Media Control..
Block threats trying to get through to the system via removable media. ESET NOD32 Antivirus 5 automatically prompts you to scan the content of all USB flash drives, CDs and DVDs. Block specific media based on a range of parameters like the device ID, media type, and serial number…

Optimized Startup Procedure..
No more waiting for signature database download to complete – ESET NOD32 Antivirus 5 lets you start working on your computer immediately after booting, without compromising your security…

Ciri-ciri baru Eset Nod32:

Gamer Mode
When in full-screen mode, ESET NOD32 Antivirus 5 automatically switches to silent mode, which saves system resources, so you can enjoy playing computer games or concentrate on important work tasks without distractions from pop-up messages…

Advanced HIPS Functionality
This one is for real Geeks – now you can customize the behavior of the system in greater detail: specify rules for the system registry, active processes and programs, and fine-tune your security posture…

Advanced Setup Tree
Redesigned advanced setup tree for more intuitive and easier navigation…

Sistem operasi:

Processor Architecture..
i386 (Intel® 80386), amd64 (x86-64)..

Operating Systems..
Microsoft Windows NT4.0 SP6..
Microsoft Windows 2000..
Microsoft Windows XP..
Microsoft Windows Vista..
Microsoft Windows 7…
Microsoft Windows Home Server..

Giveaway:
1.Untuk mendapatkan lesen selama 6 bulan anda perlu ke laman promosi di http://promos.eset.es/tuenti/ dan isi butiran tersebut..Enjoy..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Backbox Linux Untuk Ujian Penembusan

0

Salam sejahtera kepada pembaca,
aku tau lar aku punya penulisan teruk siap guna google translater agi .kok ye pom jgn lar kutuk aku LOL!!!Mulai ari nih aku trai guna bahasa aku sndiri(bahasa rojak).

Korang penah dgr x psal BackBox??
Mesti ada yg penah dgr dan ad yg belum pnah dgr.
Untuk pengetahuan korang backbox GNU/Linux berasaskan Ubuntu  nih lebih kurang je ngan backtrack iaitu untuk pentest.

Ia direka utk lebih laju, mudah digunakan dan meminumkan persekitaran desktop.Rilisan terbarunya iaitu Backbox Linux 2.05 berasaskan Ubuntu 11.04, Linux Kernel 2.6.38 dan Xfce 4.8.0.

Ciri-ciri terbaru untuk update 2.05:

  • System upgrade
  • Bug corrections
  • Performance boost
  • Improved start menu
  • Improved WiFi driver (compat-wireless aircrack patched)
  • New Hacking tools: creepy, fern-wifi-cracker, joomscan, pyrit, reaver, xplico, etc.
  • Updated tools: crunch, fimap, hydra,
    magictree, metasploit, set, sipvicious, skipfish, w3af, weevely,
    wireshark, wirouterkeyrec, wpscan, zaproxy, theharvester, xsser, etc.

Aku malas nk ckp byk kang korang kutuk aku plak,
kalo nk download tkan sni Backbox Linux 2.05

Views: 0

Iklan Newspaper Inline