Saya sememangnya adalah penggemar permainan First Person Shooter (FPS). Zaman saya kecil-kecil dahulu, permainan FPS pertama yang saya mainkan adalah Doom. Sejak dari itu, FPS menjadi satu jenis permainan yang saya cari-cari, tidak kira pada platform apa saya berada sama ada PC, netbook, mahupun telefon bimbit pintar.
Warsow ialah salah satu dari permainan FPS. Setelah melalui pembangunan pesat selama 7 tahun, Warsow versi 1.0 akhirnya dilepaskan. Ia mempunyai reka bentuk kepermainan yang menarik di mana grafiknya kelihatan ala kartun, tetapi dalam masa yang sama dilimpahi dengan kecantikan dunia 3D.
Mari kita lihat trailer rasmi Warsow:
Saya tidak mempunyai komen yang banyak mengenai permainan ini kerana saya juga baru hendak berjinak-jinak dengannya. Namun bagi anda pengguna Windows, anda tidak perlu bimbang. Warsow terdapat untuk semua platform sama ada Windows, Linux mahupun Mac OS X.
(Dalam entri kali ini anda akan melihat satu sisi yang lain pada diri saya. Harap anda dapat teruskan pembacaan sehingga ke penghujung pos.)
Kerajaan kita kerap kali melaungkan ‘Ketuanan Melayu’ dalam media massa, media elektronik, media cetak dan juga media hiburan. Tidak cukup dengan itu, PEKIDA dan PERKASA juga melaungkan azan yang sama. Sedari kecil lagi saya sudah mendedahkan diri dengan pelbagai persatuan dan pertubuhan yang mendukung serta menaikkan semangat saya untuk terus teguh memajukan anak bangsa. Sahabat-sahabat seperjuangan ’30’, adalah antara pemangkin semangat saya untuk berjuang. Tak lupa juga ketika menetap di Ipoh dulu saya antara ahli Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia yang aktif meskipun umur saya belum masuk tingkatan 3. Belum cukup masak dan masih hijau, kata orang tua-tua.
Semuanya saya lakukan demi kasih dan rasa kecintaan yang mendalam terhadap anak bangsa. Untuk apa saya menceritakan semua ini? Ia adalah untuk memberitahu kepada para pembaca, bahawa saya tidak pernah membenci bangsa saya, bangsa Melayu.
Tetapi semuanya sudah sampai ke satu titik noktah. Sehinggalah malam Sabtu yang lepas.
Saya dan adik-adik serta isteri membawa ibu saya ke Pusat Perubatan Darul-Syifa di Tambun. Tujuannya satu, hendak mengubati sakit ‘buatan orang’ yang dihidapi oleh ibu saya sejak beliau masih muda lagi. Saya juga turut terkena tempiasnya, dan kerana itu saya mahu diri diubati.
Sebaik tiba giliran kami, ibu duduk berlunjur. Ustaz (saya lupa nama beliau) yang mengubati mengarahkan adik perempuan saya supaya duduk dibelakang ibu sambil memegang tangannya. Saya yang baru pertama kali melihat, terfikir mengapa sebabnya ibu perlu dipegang. Ini adalah kali kedua ibu datang berubat dan saya pula pertama kali sampai ke tempat tersebut.
Sebentar kemudian Ustaz mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan kuat sambil memegang kepala ibu. Apabila Ustaz memicit jari kaki ibu, satu jeritan yang kuat disusuli laungan umpama tangis bercampur tawa mula kedengaran! Tegak seluruh bulu roma di badan saya. Apabila ibu mula menjerit-jerit seolah-olah kesakitan, dan kemudian ibu menangis, tanpa dapat diseka air mata saya mula tumpah.
Saya tidak peduli lagi dengan makcik dan pakcik yang datang terkemudian dari kami. Saya mula mengalirkan air mata tanda sebak dan hiba melihat ibu diperlakukan sedemikian rupa oleh PENYIHIR yang tidak berhati perut dan berajakan iblis laknatullah!
Rajah Sihir
Jika ingin disingkap kembali, ibu mula mendapat pelbagai masalah kesihatan, terutama yang berkaitan dengan makhluk halus sejak ibu masih anak dara. Tak tahulah apa yang mereka cemburukan, tetapi yang pasti ibu bukan orang kaya! Jeritan dan laungan ibu membuat Ustaz bertanya kepada saya,
“Dia meniaga ke?”.
Saya hanya mampu menggeleng lemah seraya berkata ‘tidak’.
Kalau ingin diceritakan, tidak akan habis 1001 malam kisah mengenai masalah yang dialami oleh keluarga kami. Semuanya berkaitan dengan SIHIR. Saya tidak menyalahkan takdir, tetapi berasa sangat ANEH kerana ibu bukan golongan berada, malah kerjanya biasa-biasa saja! Sekarang pun ibu masih aktif di sekolah anak-anak yatim dengan gaji yang cukup-cukup makan di bandaraya Ipoh.
Musykil sungguh! Ibu memang seorang yang sangat tabah, dan kerana itu saya terkilan yang teramat sangat melihat keadaan ibu sewaktu berubat tersebut. Anda juga pasti tidak akan mampu melihatnya, jika ia terjadi pada ibu anda sendiri.
Bertitik tolak dari situ saya tekad untuk tidak lagi memperjuangkan apa-apa demi bangsa, kerana ketika itu barulah teringatkan perjuangan Rasulullah, bahawa Nabi kekasih Allah itu tidak pernah memperjuangkan bangsanya. Satu-satu agenda yang menjadi perjuangan utama Rasulullah ialah KETUANAN ISLAM. Tidak kira apa jua agama yang dianuti sebelum ini, jika mereka Majusi, Nasrani, Yahudi, mahupun apa jua bangsa, tetapi kemudiannya melafazkan dua kalimah syahadah yang mulia, mereka diterima masuk ke dalam Ketuanan Islam.
Untuk apa perjuangkan bangsa, sedangkan yang akan masuk ke dalam Syurga itu bukan yang berbangsa MELAYU, tetapi adalah yang beragama ISLAM, dan mereka-mereka yang diredhai ALLAH, bukan diredhai oleh orang-orang Melayu! Untuk apa perjuangkan ketuanan Melayu, andai yang TIKAM DARI BELAKANG, yang MENGADU DOMBA, yang MENYIHIR KELUARGA kita adalah dari BANGSA SENDIRI??
Bersatu biar dalam Islam, dalam KeIslaman, bukan dalam bangsa. Kalau bersatu dalam bangsa tetapi mereka itu dari jenis tonggang todi, kaki mabuk dan betina, kaki judi, Islam hanya pada kad pengenalan, apakah maknanya itu semua??
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga OMG hackers..dah lama luqman tidak update..hari ni luqman nak kongsi sikit cara nak mencegah orang copy blog kita dengan sewenang-wenang nya..
Memang sangat merimaskan jika seseorang menyalin blog korang, artikel, gambar dan jenis maklumat lain yang dimiliki oleh korang dan mengatakan bahawa mereka adalah pemilik asal kandungan tersebut. Sebenarnya jika mereka yang “Copy Dan Paste” ini ingin berkongsikan sesuatu maklumat, mereka boleh meluangkan sedikit masa dengan membaca posting di blog lain dan menulis posting baru dengan menggunakan pemahaman mereka tentang topik tersebut, tetapi mereka MALAS UNTUK MEMBACA, MALAS UNTUK MEMAHAMI dan lebih teruk MALAS UNTUK MENAIP. Hack ini dicipta oleh Dynamicdrive yang juga dalam bentuk Javascript…
1.) Disable Right Click:
Ini adalah langkah bagi mematikan fungsi right click pada blog korang…Fungsi ini terdapat 2 pilihan. Samaada hendak memunculkan paparan kotak mesej atau tanpa kotak mesej. Kalau korang klik kanan pada halaman web atau blog korang, sebuah mesej akan muncul di skrin mengatakan “Funtion Disabled!”. Jika korang ingin menukarkan mesej anda tersendiri seperti “Otak kau!. Ko ingat ko pandai, senang2 je nak copy paste!. WTFCUK!” atau sesuatu seperti itu, tukar pada “Funtion Disabled!” teks dengan mesej korang sendiri dalam kod Javascript. Untuk membuatnya hanya salin kod dibawah :
Paparan kotak Mesej:
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive //For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com var message=”Function Disabled!”; /////////////////////////////////// function clickIE4(){ if (event.button==2){ alert(message); return false; } } function clickNS4(e){ if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){ if (e.which==2||e.which==3){ alert(message); return false; } } } if (document.layers){ document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); document.onmousedown=clickNS4; } else if (document.all&&!document.getElementById){ document.onmousedown=clickIE4; } document.oncontextmenu=new Function(“alert(message);return false”) // –> </script>
Tanpa Kotak Mesej:
<script language=JavaScript> <!– //Disable right click script III- By Renigade (renigade@mediaone.net) //For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com var message=””; /////////////////////////////////// function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}} function clickNS(e) {if (document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) { if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}} if (document.layers) {document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;} else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;} document.oncontextmenu=new Function(“return false”) // –> </script>
2.) Disable Highlight Text:
Kalau koramg tak suka fungsi mematikan right click, korang bolehlah menggunakan fungsi bagi mematikan highlight text pada blog korang. Cara ini mungkin lebih berkesan untuk mengelakkan kandungan blog korang dari disalin. Korang hanya perlu salin kod dibawah :
Cara yang ketiga ini pula mematikan fungsi selection teks pada keseluruhan blog korang. Fungsi ini akan membuatkan icon mouse korang sentiasa menunjukkan arrow dan sekaligus mematikan juga fungsi highlight pada blog korang…
1.) Pergi pada layout dan pilih pada Add a Gadget:
2.) Pilih pula pada HTML/Javascript:
3.) Copy dan paste sahaja salah satu javascript di atas dan tekan butang Save…
Walhal dengan penggunaan javascript ini juga tidak menjamin kandungan di blog korang terselamat dari “pencuri” di luar kerana kini cara ini boleh diatasi bagi sesetengah yang celik IT. Oleh itu sebaik2nya kita sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini bak kata perpatah “prevention is better than cure”…
Saya kemaskini satu lagi permainan untuk anda hari ini sebelum saya pulang ke Ipoh untuk berbuka di sana. Siapa yang tidak kenal dengan permainan yang popular dari Gameloft ini, Asphalt 7? Err.. sebenarnya saya sendiri pun baru mengenali siri Asphalt ini dari versi 6. Haha..
Permainan ini bagi saya sangat menarik. Sepadanlah dengan harganya. Apa yang buat saya teruja bukan saja dari kualiti kepermainannya (gaming experience), tetapi juga dari segi kualiti grafik yang dibuat dengan teliti.
Anda bolehlah teliti pula gambar-gambar berikut:
Kesemua fail yang anda perlukan ada di dalam folder Minus.com yang boleh anda muat turun melalui pautan di bawah:
Jika sebelum ini anda pernah memasang Asphalt versi terdahulu, sila nyah-pasang ia (uninstall) keseluruhannya iaitu APK, OBB dan SD Data. Kemudian, pasangkan fail APK yang baharu. Salin dan tampal fail OBB ke dalam direktori sdcard/Android/Obb/ dan ekstrak fail A7 v1.0.0 TB .rar ke dalam folder Titanium Backup. Buka Titanium Backup dan pilih ‘Restore Data’. Setelah itu jalankan permainan dan tunggu sehingga paparan Asphalt 7 muncul.
Jika ia tertutup selepas anda jalankan buat pertama kali, sila pastikan fail obb berada dalam folder yang sepatutnya iaitu (sdcard/Android/obb/com.gameloft.android.ANMP.GloftA7HM). Jika ia tiada di dalam folder tersebut, maka anda cuma perlu salin ia kembali dan jalankan semula Asphalt 7. Naaahhh.. mari kita berlumba!
Baru beberapa hari yang lepas saya berikan permainan ini, tetapi ia membawa beberapa masalah sehingga gagal dimainkan. Jadi saya tunggu dan kini saya dapat berikan kepada anda versi yang tiada masalah untuk bermain secara luar talian (offline).
Berikut beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil:
Agak ‘beberapa’ jugak la kan? Haha.. Anda boleh muat turun kesemua fail yang diperlukan untuk memasang permainan ini melalui pautan di bawah:
Kebanyakan dari kita sudah cukup arif dengan sistem operasi untuk telefon bimbit pintar yang digelar dengan nama Android. Ia dibangunkan dengan pesat oleh Google dengan memasukkan kesemua ‘goodness’ yang dibawa oleh Google seperti pelayar web Google Chrome, Google Play Store, Google Play Music dan sebagainya.
Namun adakah dari ‘kebanyakan kita’ itu tahu atau kenal dengan sistem operasi telefon bimbit pintar yang dicipta oleh Mozilla, dengan kod nama Boot to Gecko atau ringkasnya b2g? B2g sememangnya belum dirilis ke dalam telefon bimbit pintar yang baru di pasaran, kerana ia masih lagi dibangunkan dengan pesat oleh Mozilla. Membawakan konsep Open Web dan kepenggunaan HTML5, ia bakal ‘meletup’ dalam pasaran. Anda boleh tonton video demo b2g di bawah:
Meskipun masih belum dirilis secara rasmi, namun anda boleh menguji cuba ia melalui sistem operasi Ubuntu anda! Mari kita telusuri kaedahnya.
1. Muat turun terlebih dahulu fail sistem operasi b2g melalui pautan ini.
Fail yang saya pilih ialah ‘b2g-17.0a1.en-US.linux-i686.tar.bz2’.
2. Apabila selesai muat turun, ekstrak fail tersebut dan anda akan mendapati folder ‘b2g‘ muncul.
3. Buka Terminal, gunakan baris perintah berikut untuk memasang Gaia, sebuah emulator untuk b2g:
git clone git://github.com/mozilla-b2g/gaia
make -C gaia profile
4. Pada waktu ini anda perlu bersabar, kerana ia berjalan dengan sangat agak lama. Tapi kesabaran anda berbaloi apabila ia telah selesai. Jadi sila jalankan perintah di bawah untuk membuka b2g:
direktori/ke/folder b2g/b2g -profile gaia/profile
Jadi ini ialah baris perintah yang saya gunakan:
Downloads/b2g/b2g -profile gaia/profile
5. Selesai! Mari lihat beberapa paparan skrin yang telah saya ambil semasa menjalankan b2g pada elementary OS Luna:
Saya terjumpa dengan laman ml.my ini secara kebetulan (tak ingat bagaimana). Pada mulanya, saya tidak menjangka akan ada servis seperti ini. Namun, setelah cuba mendaftar, saya akhirnya percaya. Tahukah anda, ada servis domain Malaysia yang diberikan secara percuma? Ya, itulah dia ML.MY.
Kepada pemilik laman ini, jangan marah ya kalau saya katakan pada mulanya saya rasa rasa hendak ketawa melihat kepada reka bentuk laman ini yang kelihatan semacam kurang meyakinkan. Tampak seperti ‘sangat percuma’. Saya rasa seperti ia tidak akan dapat ‘bertahan lama’, mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi apakah ia masih ada? Tetapi selaku seorang rakyat Malaysia, saya bertindak mendaftar untuk mencuba.
Masuk saja ke dalam bahagian Control Panelnya, ia kelihatan ringkas, dan mudah difahami. Bagus! Satu permulaan yang baik untuk mereka yang telah mendaftar. Kemudian saya tinjau pula ke bahagian-bahagian yang lain. Juga sama, ringkas dan tidak memeningkan kepala. Senang cerita saya hendak cuba mendaftar satu domain, namun di situlah saya terhenti. Sememangnya satu akaun diberikan hanya SATU domain yang percuma. Jika anda mahu domain lain? Daftar lain la!
Baiklah. Komen saya tidak banyak. Cuma kalau boleh, pemilik laman ml.my ini tambahlah bilangan domain yang boleh didaftarkan, paling kurang pun 3 domain. Seperkara lagi, reka bentuk laman itu seboleh-bolehnya jangan buat tampak ‘biasa’ seperti blog saya ini. Buat ia tampak profesional kerana anda juga menawarkan domain yang berbayar bukan? Apa yang bagusnya ia mempunyai perlindungan dari Cloudflare. Hmm.. boleh tahan.
Ok lah! Cukuplah sampai di sini ngomelan saya. Dah lama tak menulis beginilah jadinya! Jika anda berminat, jangan lupa layari ML.MY sekarang.
Saya sudah mendaftarkan Jangan Tutup Lampu dengan menggunakan domain ini (biarpun tak tulis apapun lagi!). Anda bila pula?
OsemSpace – Sebuah laman yang menyediakan perkhidmatan web hosting dan pendaftaran domain. Apa yang menjadikan ia berbeza dan ‘awesome’?
OsemSpace menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Shared Hosting, VPS, Dedicated Server SSL Cert, Domain Registration dan sebagainya. Mereka telah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar yang memberikan perkhidmatan terus melalui pelayan tanpa perlu klien melakukannya sendiri seperti Cloudflare, GlobalSign dan beberapa nama lain.
“Paling laris setakat ini adalah SSL Cert serendah RM35 setahun sahaja dan domain TLD .info RM20/tahun dan juga pakej hosting yang boleh dibayar secara bulanan.” Kata Mr.Osem, selaku pengasasnya.
Quote dari e-mel beliau kepada saya:
Use this promocode (4VU87COXWB) to get 15% off for ANY web-hosting plan.. Valid untill 31/07/2012.
Terms and Conditions are applied:
– Available just only for YEARLY price.
– Available for any Web-Hosting plan.
– Free domain for Business Web Hosting plan (.com, .net, .biz, .org.)
Apa yang ‘awesome’? Ia awesome kerana menawarkan pakej hosting yang murah berbanding plan hosting dari laman terkenal yang lain, dan juga kerjasama mega dengan syarikat terkenal dunia menjadikan ia kukuh meskipun baru bertapak sejak Januari lalu.
Anda pernah melihat Android Jelly Bean beraksi pada telefon bimbit pintar? Sememangnya style. Tetapi bagaimana pula jika elementary OS Luna beraksi dengan tema Jelly Bean? Begitulah yang anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah
elementary OS Luna
Menu Slingshot semakin stabil
Pelayar web Google Chrome menjadi pilihan pelayar web default
Apa yang saya lakukan cuma menggunakan wallpaper Android Jelly Bean untuk paparan desktop dan juga tema Jelly Bean untuk Plank (dock).
Anda boleh muat turun kedua-dua fail tersebut pada pautan berikut:
Kemudian, pasangkan appearance.plug untuk membantu anda menukar tema dan wallpaper:
sudo apt-get install switchboard-plug-appearance
Beginilah bagaimana ia kelihatan pada elementary OS Luna:
Untuk menukar wallpaper, apa yang anda perlu lakukan ialah salin kesemua wallpaper yang telah anda muat turun, kemudian buka Files dengan cara ‘New Window as Administrator’, pergi ke direktori usr/share/backgrounds dan tampal (paste) wallpaper tersebut di situ. Cara ini lebih mudah untuk anda jika anda pemula (beginner) dalam menggunakan sistem operasi Linux.
Setelah itu, ekstrak folder tema Jelly Bean untuk Plank dan salin tampal ia ke dalam direktori usr/share/plank/themes. Untuk menukar wallpaper dan tema Plank, anda cuma perlu gunakan Switchboard -> Appearance (seperti gambar di atas).
Permainan The Amazing Spiderman telah dikemaskini kepada versi 1.1.4, membawakan pembaikan kepada bugs. Tiada pembaharuan baharu yang dapat dilihat dari segi reka bentuk dan kepermainan. Mungkin cuma isu-isu kecil sahaja yang diselesaikan.
Jika anda masih belum mempunyai fail SD Data untuk permainan ini, anda boleh muat turunnya pada entri yang lepas, untuk versi sebelumnya, di sini. Untuk memuat turun fail apk bagi versi terbaru ini, anda boleh dapatkannya di Mydin yang berhampiranSINI.
Panduan pemasangan adalah sama seperti versi sebelumnya. Silalah mencuba dan selamat berpuasa semua! Olleeeyyy!
Baru pagi tadi saya cuba permainan ini, tiada masalah. Rupa-rupanya pada waktu itu saya masih belum tutup sambungan WiFi. Jadi apabila saya mencubanya semula, habis dipadamnya SD Data. Terpaksa saya bermain semula akibat ‘ter’padam data yang disimpan pada Titanium Backup. Jadi pada mereka yang inginkan panduan untuk versi terbaru, anda boleh cuba layari laman ini : APK Mania