Ketuanan Melayu, Iri Hati, dan SIHIR!

(Dalam entri kali ini anda akan melihat satu sisi yang lain pada diri saya. Harap anda dapat teruskan pembacaan sehingga ke penghujung pos.)

Kerajaan kita kerap kali melaungkan ‘Ketuanan Melayu’ dalam media massa, media elektronik, media cetak dan juga media hiburan. Tidak cukup dengan itu, PEKIDA dan PERKASA juga melaungkan azan yang sama. Sedari kecil lagi saya sudah mendedahkan diri dengan pelbagai persatuan dan pertubuhan yang mendukung serta menaikkan semangat saya untuk terus teguh memajukan anak bangsa. Sahabat-sahabat seperjuangan ’30’, adalah antara pemangkin semangat saya untuk berjuang. Tak lupa juga ketika menetap di Ipoh dulu saya antara ahli Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia yang aktif meskipun umur saya belum masuk tingkatan 3. Belum cukup masak dan masih hijau, kata orang tua-tua.

Semuanya saya lakukan demi kasih dan rasa kecintaan yang mendalam terhadap anak bangsa. Untuk apa saya menceritakan semua ini? Ia adalah untuk memberitahu kepada para pembaca, bahawa saya tidak pernah membenci bangsa saya, bangsa Melayu.

Tetapi semuanya sudah sampai ke satu titik noktah. Sehinggalah malam Sabtu yang lepas.

Iklan Google

Saya dan adik-adik serta isteri membawa ibu saya ke Pusat Perubatan Darul-Syifa di Tambun. Tujuannya satu, hendak mengubati sakit ‘buatan orang’ yang dihidapi oleh ibu saya sejak beliau masih muda lagi. Saya juga turut terkena tempiasnya, dan kerana itu saya mahu diri diubati.

Sebaik tiba giliran kami, ibu duduk berlunjur. Ustaz (saya lupa nama beliau) yang mengubati mengarahkan adik perempuan saya supaya duduk dibelakang ibu sambil memegang tangannya. Saya yang baru pertama kali melihat, terfikir mengapa sebabnya ibu perlu dipegang. Ini adalah kali kedua ibu datang berubat dan saya pula pertama kali sampai ke tempat tersebut.

Sebentar kemudian Ustaz mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan kuat sambil memegang kepala ibu. Apabila Ustaz memicit jari kaki ibu, satu jeritan yang kuat disusuli laungan umpama tangis bercampur tawa mula kedengaran! Tegak seluruh bulu roma di badan saya. Apabila ibu mula menjerit-jerit seolah-olah kesakitan, dan kemudian ibu menangis, tanpa dapat diseka air mata saya mula tumpah.

Iklan Google

Saya tidak peduli lagi dengan makcik dan pakcik yang datang terkemudian dari kami. Saya mula mengalirkan air mata tanda sebak dan hiba melihat ibu diperlakukan sedemikian rupa oleh PENYIHIR yang tidak berhati perut dan berajakan iblis laknatullah!

Rajah Sihir

Jika ingin disingkap kembali, ibu mula mendapat pelbagai masalah kesihatan, terutama yang berkaitan dengan makhluk halus sejak ibu masih anak dara. Tak tahulah apa yang mereka cemburukan, tetapi yang pasti ibu bukan orang kaya! Jeritan dan laungan ibu membuat Ustaz bertanya kepada saya,
“Dia meniaga ke?”.
Saya hanya mampu menggeleng lemah seraya berkata ‘tidak’.

Kalau ingin diceritakan, tidak akan habis 1001 malam kisah mengenai masalah yang dialami oleh keluarga kami. Semuanya berkaitan dengan SIHIR. Saya tidak menyalahkan takdir, tetapi berasa sangat ANEH kerana ibu bukan golongan berada, malah kerjanya biasa-biasa saja! Sekarang pun ibu masih aktif di sekolah anak-anak yatim dengan gaji yang cukup-cukup makan di bandaraya Ipoh.

Musykil sungguh! Ibu memang seorang yang sangat tabah, dan kerana itu saya terkilan yang teramat sangat melihat keadaan ibu sewaktu berubat tersebut. Anda juga pasti tidak akan mampu melihatnya, jika ia terjadi pada ibu anda sendiri.

Bertitik tolak dari situ saya tekad untuk tidak lagi memperjuangkan apa-apa demi bangsa, kerana ketika itu barulah teringatkan perjuangan Rasulullah, bahawa Nabi kekasih Allah itu tidak pernah memperjuangkan bangsanya. Satu-satu agenda yang menjadi perjuangan utama Rasulullah ialah KETUANAN ISLAM. Tidak kira apa jua agama yang dianuti sebelum ini, jika mereka Majusi, Nasrani, Yahudi, mahupun apa jua bangsa, tetapi kemudiannya melafazkan dua kalimah syahadah yang mulia, mereka diterima masuk ke dalam Ketuanan Islam.

Iklan Google

Untuk apa perjuangkan bangsa, sedangkan yang akan masuk ke dalam Syurga itu bukan yang berbangsa MELAYU, tetapi adalah yang beragama ISLAM, dan mereka-mereka yang diredhai ALLAH, bukan diredhai oleh orang-orang Melayu! Untuk apa perjuangkan ketuanan Melayu, andai yang TIKAM DARI BELAKANG, yang MENGADU DOMBA, yang MENYIHIR KELUARGA kita adalah dari BANGSA SENDIRI??

Bersatu biar dalam Islam, dalam KeIslaman, bukan dalam bangsa. Kalau bersatu dalam bangsa tetapi mereka itu dari jenis tonggang todi, kaki mabuk dan betina, kaki judi, Islam hanya pada kad pengenalan, apakah maknanya itu semua??

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

  1. Setuju pdpt bro..mga mak bro cpt smbuh n sht sbb sy pn prnh mgalami situasi mcm bro..mak dh mninggal krn sihir..sy redha sbb tk sggup tgk die mderita…sy tk suke nl bls dndam pd org yg aniaya arwah mak sy..biar Allah jua yg mmutuskn blsn pd org bkenaan..

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img