Mari Uji Boot to Gecko Pada Ubuntu/Linux

Kebanyakan dari kita sudah cukup arif dengan sistem operasi untuk telefon bimbit pintar yang digelar dengan nama Android. Ia dibangunkan dengan pesat oleh Google dengan memasukkan kesemua ‘goodness’ yang dibawa oleh Google seperti pelayar web Google Chrome, Google Play Store, Google Play Music dan sebagainya.

Namun adakah dari ‘kebanyakan kita’ itu tahu atau kenal dengan sistem operasi telefon bimbit pintar yang dicipta oleh Mozilla, dengan kod nama Boot to Gecko atau ringkasnya b2g? B2g sememangnya belum dirilis ke dalam telefon bimbit pintar yang baru di pasaran, kerana ia masih lagi dibangunkan dengan pesat oleh Mozilla. Membawakan konsep Open Web dan kepenggunaan HTML5, ia bakal ‘meletup’ dalam pasaran. Anda boleh tonton video demo b2g di bawah:





Meskipun masih belum dirilis secara rasmi, namun anda boleh menguji cuba ia melalui sistem operasi Ubuntu anda! Mari kita telusuri kaedahnya.

1. Muat turun terlebih dahulu fail sistem operasi b2g melalui pautan ini.
Fail yang saya pilih ialah ‘b2g-17.0a1.en-US.linux-i686.tar.bz2’.

2. Apabila selesai muat turun, ekstrak fail tersebut dan anda akan mendapati folder ‘b2g‘ muncul.

3. Buka Terminal, gunakan baris perintah berikut untuk memasang Gaia, sebuah emulator untuk b2g:

git clone git://github.com/mozilla-b2g/gaia 

make -C gaia profile

4. Pada waktu ini anda perlu bersabar, kerana ia berjalan dengan sangat agak lama. Tapi kesabaran anda berbaloi apabila ia telah selesai. Jadi sila jalankan perintah di bawah untuk membuka b2g:

direktori/ke/folder b2g/b2g -profile gaia/profile

Jadi ini ialah baris perintah yang saya gunakan:

Downloads/b2g/b2g -profile gaia/profile

 5. Selesai! Mari lihat beberapa paparan skrin yang telah saya ambil semasa menjalankan b2g pada elementary OS Luna:

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img