Utama Blog Laman 227

Panduan Memasang Google DNS Pada Linux

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Baru-baru ini ada sahabat kita yang bertanya tentang perkara ini. Jadi,untuk memudahkan hari-hari kita bersama Linux. Maka,saya terpanggil untuk menulis akan panduan ini.

DNS atau Domain Name System merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk melepasi sekatan ISP. Dahulu heboh satu Malaysia dimana kerajaan telah menyekat beberapa laman yang melanggar hak cipta salah satunya ThePirateBay. Jadi,bermula dari situ kaedah menggunakan DNS untuk melepasi sekatan terus diwar-war dan digunapakai oleh setiap pengguna internet. Antara pembekal DNS yang biasa kita dengar ialah Google Public DNS dan OpenDNS. Dua penyedia DNS ini cukup masyur dalam kalangan pengguna internet dan OpenDNS lebih membekalkan tahap keselamatan yang tinggi berbanding Google DNS. Saya rasa semua sudah sedia maklum akan kelebihan dan kekurangan DNS. Jadi,usahlah saya maklumkan lagi. Kita teruskan sahaja kepada tugasan kita.

Setiap Linux yang memiliki antara muka pengguna grafik (graphical user interface – GUI) boleh menggunakan kaedah ini. Sepanjang saya menggunakan beberapa buah distro Linux. Inilah kaedah yang biasa saya gunakan tapi mungkin juga ada beberapa perbezaan pada distro lain. Untuk panduan kali ini saya menggunakan distro Lubuntu 13.04 yang baru sahaja selesai dipasang semalam.

1. Klik ikon sambungan internet anda dan pilih Edit. Untuk beberapa distro lain anda perlu klik kanan dan kemudian cari perkataan sunting (edit) atau perkataan yang sama maksud dengannya.
Atau anda boleh juga mencari aplikasi Network Connections pada Menu -> Preferences.

2. Satu tetingkap Network Connection akan terbuka. Kebiasaannya tetingkap seperti di bawah ini yang menjadi antara muka lalai. Pilih sambungan anda dan kemudian klik Edit.

3. Sebuah lagi tetingkap akan muncul.

  1. Klik IPv4 Settings.
  2. Ubah kepada Automatic (DHCP) addresses only.
  3. Taipkan Google Public DNS pada ruangan DNS servers (8.8.8.8, 8.8.4.4).
  4. Save.
  5. Mula balik (restart) sambungan internet anda.

Selesai sudah perbincangan kita. Nantikan beberapa artikel Linux lain yang bakal menyusul beberapa ketika nanti.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Membuat Peta Minda Lebih Mudah Dengan Coggle

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua. Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan membekalkan sebuah laman web yang akan memudahkan anda membuat peta minda.

Peta minda merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih mudah dan ringkas. Peta minda dapat membantu kita untuk mudah mengingati akan sesuatu perkara dengan lebih lancar dan efisien. Peta minda banyak kelebihannya berbanding menggunakan penulisan yang panjang lebar. Saya lihat rakyat Malaysia tidak gemar membaca. Malah pada artikel yang terdahulu. Saya ada mengatakan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh mereka yang berpengalaman mengatakan bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Jadi,daripada situ kita dapat lihat dan kenalpasti betapa kurangnya aktiviti membaca oleh rakyat Malaysia.

Coggle merupakan sebuah laman yang dibina untuk memudahkan kita membuat atau membina peta minda dengan mudah. Coggle hanya membekalkan fungsi asas untuk membuat sesuatu peta minda. Meskipun asas,Coggle memiliki fungsi yang menarik. Setiap tangkai yang diwujudkan akan berubah warna. Ini akan menarik lagi minat untuk menggunakan Coggle. Oleh sebab Coggle masih dalam versi Beta maka mungkin kita akan dapat lihat pelbagai lagi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Untuk menggunakan servis Coggle. Akan perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan akaun GMail anda. Coogle lebih ke arah penggunaan papan kekunci. Coogle juga mempunyai fungsi meletakkan gambar melalui fungsi drag-and-drop. Untuk menukar warna tangkai. Anda hanya perlu klik tangkai tersebut dan pilih warna mengikut kesesuaian. Anda juga boleh meletakkan sesautau pautan dengan cara [keterangan](pautan yang dikehendaki). Anda dapat berkongsi hasil anda dengan klik butang ‘Share’ atau memuat turun dalam bentuk dokumen (pdf) ataupun gambar (png).

Lihat beberapa gambar sebagai tatapan.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Coogle kunjungi blog Coggle [di sini].

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Trik] Lesen Kaspersky Antivirus Percuma Selama 1 Tahun

0

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..

   Baru-baru ini Kaspersky telah mengadakan “giveaway” lesen antivirus mereka secara percuma untuk 1 tahun. Tetapi lesen ini hanya untuk pengguna “motherboard” ASUS ROG [Republic of Gamers] sahaja. Jikalau anda pengguna “motherboard” tersebut, anda tidak memerlukan trik ini untuk mendapat lesen percuma. Hanya perlu klik sahaja pada link giveaway tersebut, muat turun antivirus dan pasang. Kepada yang tidak menggunakan “motherboard” berikut seperti saya, sila ikuti langkah tersebut…

1. Anda memerlukan 7-zip, jika tiada muat turun dan pasang: []. Pastikan jika anda pernah memasang sebarang kaspersky produk sebelum ini (Antivirus, Internet Security, PURE or CBE), sila uninstall produk tersebut terlebih dahulu menggunakan [] untuk membuang semua fail-fail semasa proses uninstall.

2. Pergi ke laman giveaway [], klik butang “download now“.

3. Selepas muat turun, “extract zip file”. Kemudian klik-kanan pada installer, pilih 7-zip dan pilih ‘extract to KAV…….‘. Buka folder yang telah di extract tadi dan klik-kanan pada “kavkis.msi” dan extract fail tersebut untuk mendapatkan fail “cbi.dll“. Inilah fail pengaktifan untuk Kaspersky Antivirus ROG sebenarnya.

4. Kita perlu mencipta folder untuk antivirus ini secara manual. Pergi ke direktori “C:Program Files” dan cipta folder “Kaspersky Lab“. Masuk ke dalam folder tersebut dan cipta lagi satu folder bernama “Kaspersky Anti-Virus 2013“. Untuk 32bit akan kelihatan seperti tersebut:

C:Program FilesKaspersky LabKaspersky Anti-Virus 2013

untuk 64bit pula:

C:Program Files (x86)Kaspersky LabKaspersky Anti-Virus 2013 

Sekarang salin dan paste fail “cbi.dll” tadi ke dalam folder tersebut.

5. Sekarang kita perlu mencipta lagi folder di Program Data [folder ini hidden, anda kena unhidden dekat folder option]. Pergi ke “C:Program Data” dan cipta folder “Kaspersky Lab” di dalamnya. Kemudia cipta folder “AVP13“, di dalamnya cipta lagi satu folder “Data“. Berapa banyak nak kena cipta folder daa… Untuk Windows Vista, 7 dan 8 akan kelihatan seperti ini:

C:ProgramDataKaspersky LabAVP13Data

Untuk Windows XP pula:

C:Documents and SettingsAll UsersApplication DataKaspersky LabAVP13Data 

6. Pergi semula kepada folder yang kita extract pada langkah ke-3, klik dua kali dan buka fail “kavkis.cab“. Di dalamnya anda dapat fail “_1AA7CD13.key“, sekarang extract atau copy-paste fail tersebut ke dalam folder “Data” di langkah 5.

7. Sekarang semuanya sudah siap. Kini masanya untuk anda muat turun [kav13.0.1.4190abcdefEN_4395]. Selesai muat turun pasang sahaja seperti biasa, anda tidak perlu lakukan apa-apa kerana produk tersebut akan aktif secara sendirinya dan pastikan anda ada sambungan ke internet semasa produk di aktifkan.

Ataupun kalau nak mudah ikut cara ni:
1. Muat turun fail pemasangan Kaspersky dari sini: Link
2. Tukar nama fail pemasangan tadi kepada Setup.exe >>> Penting!!
3. Muat turun pula ‘KAV_2013_AsusMOD‘ di sini: Link
4. Letakkan fail pemasangan yang telah ditukar nama tadi bersama dengan fail AsusMOD dalam satu folder.
5. Jalankan KAV_2013_AsusMOD.exe dan biarkan setup berjalan seperti biasa.
6. Selesai..
7. KAV_2013_AsusMOD yang akan extract dan pasangkan lesen 365 hari secara automatik.
Sekian.. selamat mencuba..
Anda mungkin berminat: Kaspersky Trial Resetter

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

DFX Audio Enchancer 11.109: Tingkatkan Audio Anda

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian yang mampu meningkat mutu audio pada sistem pengoperasian Windows anda.

Sebelum saya menulis lebih lanjut saudara Arya Putra pernah memberikan ulasan tentang perisian ini [di sini]. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini dengan versi perisian yang terbaru dan memberikan sedikit ulasan tentang fungsi perisian dan ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini dengan lebih mendalam.

DFX Audio Enchancer atau DFX merupakan perisian yang mampu meningkatkan kualiti audio pada sistem pengoperasian Windows anda. DFX menawarkan dua sistem perlesenan iaitu percuma dan berbayar. Perisian ini bukan sekadar digunakan untuk meningkatkan kelantangan sistem bunyi pada sistem pengoperasian Windows. Malah,perisian ini memiliki ciri-ciri untuk memperbaik sistem audio pada sistem pengoperasian Windows. Seringkali kita merasakan bahawa sistem bunyi pada komputer kita khusus apabila menggunakan sistem pengoperasian Windows agak perlahan,berbeza dengan sistem pengoperasian Linux (Ubuntu) yang mampu meningkatkan sistem bunyi sehingga ke 130%. Jadi,agak tidak seronok untuk kita mendengar sesuatu muzik atau untuk memahami suatu perbicaraan.

Seperti yang tertera pada halaman utama mereka mengatakan bahawa DFX tidak digunakan untuk meningkatkan sistem bunyi pada pemain media. Malah,DFX dapat juga meningkatkan sistem bunyi pada laman penstriman video seperti Youtube,Vimeo,DailyMotion dan pelbagai lagi laman penstriman video. Apa yang saya alami setelah menggunakan perisian DFX ini,apabila saya meningkatkan kelantangan melalui perisian ini saya dapati bahawa semua bunyi yang terdapat pada sistem pengoperasian Windows juga turut dipertingkatkan seperti bunyi “klik” apabila membuka sesuatu folder,bunyi notifikasi pada laman sosial Facebook dan lain-lain. Jadi,sekadar ini sahaja bicara saya tentang perisian DFX Audio Enchancer ini. Kita teruskan kepada ciri-ciri yang terdapat pada DFX ini.

Semua ujikaji di bawah ditetapkan pada tetapan Music Type I dan Head-phone pada kadar penuh (10) pada sesuatu ciri. Perubahan akan berlaku pada tetapan lain.

1. Fidelity (fideliti – Darjah ketetapan sesuatu rakaman yang dihasilkan semula).
Saya agak tidak faham akan ciri ini. Tapi,ciri ini lebih kepada menajamkan bunyi.

2. Ambience (Suasana).
Fungsi ini digunakan untuk meningkatkan lagi bunyi persekitaran. Apabila anda menghidupkan ciri ini anda akan dapati seperti anda berada dalam dewan yang kosong. Mewujudkan bunyi gema dan mengurangkan/memperlahankan suara.

3. 3D Surround Sound (Bunyi sekeliling).
Apabila anda menghidupkan ciri ini,bunyi yang akan anda dengar akan lebih sedap. Lebih terang meskipun anda tidak tetapkan pada tetapan Speech. Tidak sekadar percakapan,bunyi juga akan lebih terang.

4. Dynamic Boost.
Apabila anda mengaktifkan ciri ini tidak perlu saya katakan lagi,pembesar suara pun boleh pecah. Ya! Ciri ini dapat meningkatkan kelantangan audio,bunyi.

5. HyperBass.
Dapat meningkatkan bunyi daripada alat muzik seperti Bass (Audioslave – Like A Stone) dan bunyi Drum.

Anda perlu lakukan tetapan sendiri mengikut kemahuan anda. Anda tidak boleh menetapkan semua ciri pada kadar penuh atau audio anda akan kelihatan rosak. Jadi,tetapkan secara berhemah. Anda juga tidak boleh membiarkan sesuatu tetapan itu secara terus. Anda perlu ubah kepada pembesar suara (speaker) daripada head-phones. Anda juga tidak boleh mengekalkan tetapan terus pada Music Tupe I,Music Type II dan Speech.

Klik [di sini] untuk memuat turun DFX Audio Enchancer versi percuma.
Klik [di sini] untuk memuat turun DFX Audio Enchancer versi berbayar secara percuma.
(Salin crack pada C:/Program Files/DFX)

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[GiveAway]: Perisian Ashampoo

0

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

   Tora datang lagi.. Eh.. bukan.. Ashampoo datang lagi dengan giveaway yang sama dengan artikel yang pernah dibuat oleh saudara Angelezo kita seperti di sini.

   Tidak membuang masa lagi.. anda boleh pergi ke laman giveaway berikut dan masukkan kupon tersebut:

Ashampoo Giveaway: Link 
Kupon : GIFT

   Sebanyak 5 produk ditawarkan secara percuma:

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Mencari Rapidleech

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel mudah untuk kita mencari Rapidleech ataupun penjana pautan premium (premium link generator).

Rapidleech. Jika anda seorang kaki cetak rompak ataupun anda seorang yang gemar memuat turun sesuatu daripada laman perkongsian fail seperti RapidShare,RapidGator,Uploaded dan lain-lain,anda pasti biasa dengar akan perkataan ini. Rapidleech juga dikenali dengan nama ‘premium link generator’,leecher,leech dan beberapa lagi nama lain. Jika anda berminat untuk membina sebuah laman Rapidleech,saya juga pernah menulis artikel tentang panduan membina laman Rapidleech.

Artikel pada kali ini bersifat mudah dan ringkas tapi memerlukan satu usaha dan pengorbanan yang tinggi. Mengapa perlukan pengobanan yang tinggi? Keadaan ini menjadi agak sulit apabila sukarnya mencari Rapidleech yang benar-benar berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Tapi,saya akan sertakan kaedah-kaedah untuk mengetahui sama ada sesuatu Rapidleech itu berfungsi dengan baik atau tidak. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tujuan kita.

Langkah-langkah mencari Rapidleech.
1. Buka laman web Google Malaysia [di sini].

2. Pada ruangan carian. Salin dan tampal ‘dork’ dibawah. Pilih yang mana berkenan.

intitle:rapidleech v2 rev. 42
rapidleech intext:(eqbal +pramode +kloon)
rapidleech plugmod rev. 42
allintext: “Credits to Pramode & Checkmate” rev 42
RapidLeech PlugMod (eqbal) rev. 42″
intitle:rapidleech plugmod -showthread
“Credits to Pramode & Checkmate & Kloon” “rev. 42”
Rapidleech Plugmod rev.35 by eqbal”
“Transfer YouTube Video in High Quality Mp4 (H264) Format”
 “Transload YouTube Video as a MP4 (H264 with AAC audio)”
allintitle: “RAPIDLEECH V2.3″

3. Buka mana-mana laman yang tertera daripada hasil carian dan mula menggunakannya tanpa rasa bersalah perlu membayar.

Kaedah mengetahui sama ada Rapidleech ini dapat digunakan ataupun tidak.
1. Rujuk gambar.

2. Rujuk gambar.

p/s: Perlu saya maklumkan bahawa kemungkinan besar saudara Arya Putra (Pemimpin OMG! Hackers?) akan kurang bersama dengan kita di sini. Beliau ada tugas yang lebih berat untuk dipikul. Kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan beliau.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[OMG! Hackers? Giveaway] AOMEI Dynamic Disk Manager Pro

0

Salam.

Aktiviti Giveaway kembali lagi! Atas kesudian Cik Apple Bai Syarikat AOMEI menghubungi saya berkenaan dengan produk yang ingin beliau pasarkan, maka saya mendapat 10 lesen asli bagi produk AOMEI Dynamic Disk Manager Pro.

Imej dari Softpedia

Produk ini adalah sangat bagus dan sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan partisi pada cakera keras dengan lebih eifisien. Ini adalah kerana terdapat pelbagai tools yang berguna didatangkan dalam satu pakej, semua-dalam-satu.

Ini termasuklah kerja-kerja memadam, menambah, menggabung mahupun mengubah saiz pada cakera keras. Tak perlu kemahiran yang tinggi, cukup sekadar sedikit logik akal membolehkan anda untuk mampu menguasai perisian ini.

Produk : Lesen Dynamic Disk Manager Pro bernilai $39USD setiap satu 

Jumlah lesen : 10  

Tarikh tutup : 22hb 04 2013  

Pemenang dipilih berdasarkan : Random.org

 Cara untuk memenangi perisian ini adalah mudah iaitu:

1. Langgani Feedburner blog ini di sini : Feedburner OMG! Hackers?

2. Ikut (follow) blog ini (tak wajib).

3. Komen melalui ruangan komen di bawah dengan menyatakan kenapa anda mahukan perisian ini, atau kenapa anda patut menang.

Ingat, tiada apa yang akan merugikan anda dengan menyertai Giveaway ini. Pemenang yang bertuah akan mendapat lesen asli dari Syarikat Aomei.

Kalau anda sudah sedia melanggan Feedburner blog ini, apa yang perlu anda lakukan ialah tuliskan komen anda di bawah. Itu sahaja.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hosting Percuma dengan PHP dan MySQL

0
Salam warga kota OMG! Hackers? Semua sihat-sihat ye.. Alhamdulilah…

Artikel kali ini bukan lah membicara tentang perisian tetapi membicarakan satu servis yang ditawarkan oleh HOSTINGER kepada rakyat Malaysia khususnya. Seperti biasa saya memang tertarik dengan produk-produk dan servis-servis yang di tawarkan oleh orang kita sendiri.
Pertama sekali mari kita lihat QUOTE Hostinger

Hosting Percuma

Storan 2GB, Bandwidth 100GB, PHP dan MySQL, Website Builder, Tanpa iklan

Apa yang kita dapat lihat?

Ya iainya amat sesuai kepada seseorang yang mahu berjinak dalam dunia web developer kerana mereka menawarkan servis di atas dengan percuma. Dengan cara ini maka akan lahirlah ramai pembangun web dan dapat berbakti kepada bangsa, negara dan Agama. Sesuai dengan storan 2GB dan bandwith yang ditawarkan iaitu 100GB dan rasanya amat sesuai untuk permulaan bagi seseorang student web developer untuk membangunkan sebuah laman web yang kecil sahaja.

Bagi yang mula serius dalam dunia web ini, tidak perlu gusar atau risau dengan storan dan bandwith yang sedikit kerana pihak Hostinger telah menawarkan pakej langganan yang paling murah iaitu dengan kadar RM 8.99 / bln bagi mendapatkan Premium Akaun tersebut.

Terdapat 3 package yang ditawarkan oleh Hostinger kepada anda iaitu Percuma, Premium dan Business. Mari saya terangkan serba sedikit apa perbezaan ketiga-tiga pakej ini.

1) Percuma

Pakej ini amat sesuai dengan jenis laman web kecil – peribadi,
komuniti, forum, blog. 90% Pelanngan Hostinger telah berpuas hati dengan pakej percuma ini kepada mereka. Namun, jika anda mempunyai
laman web yang besar atau mendapat banyak pengunjung, dan memerlukan
jaminan uptime dan backup harian, maka anda boleh cuba lihat-lihat pakej seterusnya iaitu premium dan business.

2) Premium

Pakej Hosting Premium Hostinger menawarkan perkhidmatan web hosting
tanpa had dan percuma domain .COM! Anda boleh menikmati perkhidmatan web
hosting terbaik dengan harga yang sangat berpatutan. Kami memberikan
had penggunaan CPU yang jauh lebih tinggi dan tanpa had sambungan.
Server premium kami juga jauh lebih pantas dan bertenaga. Perkhidmatan
Web Hosting Premium meliputi backup mingguan otomatis dan jaminan wang
kembali 30 hari.

3) Business

Pakej Hosting Business jenis amat sesuai bagi sesiapa yang ingin membuka laman web
syarikat / niaga dan pemilik laman web yang sibuk. Web Hosting Business
mempunyai semua fitur web hosting terbaik termasuk fitur e-commerce
seperti sijil SSL, dedicated IP, sokongan InnoDB, dan akses penuh SSH.
Dengan memilih pakej Hosting Business, anda juga mendapat fitur backup
harian otomatis dan jaminan wang kembali 60 hari.

Apa yang menarik perhatian saya selain daripada iaitu :-

Jika ada masalah?

Hostinger amat mementingkan keselesaan pengguna mereka. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan supaya setiap pengguna mereka tidak mempunya masalah antaranya mereka telah menyediakan Helpdesk iaitu dengan cara menghantar tiket kepada staff mereka dan kemudian staff mereka akan membantu anda secepat yang mungkin.

Jika anda berminat dengan Hostinger ini anda boleh order di sini.

(Untuk
Chrome User) Jika anda berminat untuk order sila pastikan anda
allow pop-up block atau guna browser lain (Firefox).

Klik sini untuk Order


Advertising


Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Sembang Infografik

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis sebuah artikel tentang infografik.

Infografik merupakan sebuah kaedah yang digunakan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara dengan mudah. Infografik juga boleh diibaratkan sebagai peta minda. Pada zaman persekolahan dahulu. Saya juga disuruh akan guru yang mengajar agar menjadikan kaedah penjelasan sesuatu perkara melalui peta minda kerana tidak perlu untuk menulis panjang. Dengan cara seperti ini juga dapat meningkatkan kadar kefahaman tentang sesuatu perkara dengan lebih tinggi. Semasa di sekolah rendah kita dibekalkan oleh guru akan kertas berwarna-warni. Diajarkan oleh mereka akan kaedah peta minda ini. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia lebih peka akan warna yang pelbagai seperti dalam iklan warna pada suatu ketika dahulu.

Infografik amat berguna kerana kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Dua buah buku setahun itu memanglah satu kadar yang sedikit. Tapi,rakyat Malaysia lebih gemar membaca artikel pada akhbar,majalah dan pelbagai sumber bacaan lain. Apa yang lebih mengujakan saya ialah apabila mereka gemar membaca e-majalah,e-buku dan pelbagai lagi media elektronik yang lain. Meskipun rakyat Malaysia tidak membaca buku dalam rupa yang sebenar. Tapi,mereka berada dalam kategori “pembaca”. Jadi,tidak salah jika kita tidak membaca buku,yang penting kita menuntut ilmu. Ilmu boleh dituntut dalam pelbagai cara. Dengan melihat,mendengar,merasa juga kita akan dapat hasil daripada kaedah tersebut. Tanpa perlu berbahasa basi mari kita lihat contoh infografik. Infografik ini berkenaan Youtube,salah satu laman web penstriman video yang hebat.

Rujuk pautan sumber untuk lihat hasilnya.
Harap maaf. Saya sudah besarkan tapi bila muat naik dia tak nak pula.

Sumber:- Jeffbullas.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[ Tutorial ] Install Printer HP Pada Ubuntu 12.04 LTS

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Jumpa lagi kita hari ni. Tapi bukan topik Apple atau Jailbreak yer.
Kali ini topik mengenai printer yang nak install di Linux/Ubuntu.
Rata2 orang menghadapi masalah ini untuk print document2, gambar2 kerana tak semua printer boleh install dalam Linux/Ubuntu. Bagi yang dah tahu tu, senang sekali. Bagi yang newbie macam saya ni, merangkak2 cari.

Saya ada jumpa satu method, masa pakai printer Canon PIXMA MP287. Complicated sikitlah, boleh print, tetapi nak scan itu masalah 🙁

Jadi saya menemui cara mudah untuk install printer HP pada Ubuntu anda. Jika anda pengguna Linux, caranya sama sahaja 😀
Printer yang saya guna ialah HP Deskjet Ink Advantage 2060. Rasanya printer HP yang lain sama kot. Wallahualam.

#maaf jika screenshot tak lawa, sebab tak biasa pakai Ubuntu buat entri >.<

Sila pastikan anda mematuhi syarat2 dibawah yer :

  1. Sudah connect dengan internet.
  2. Printer yang sudah dihidupkan ( jangan connect USB ( cable ) lagi )
  3. Mempunyai 1 slot USB yang kosong
  4. Fikiran yang tenang

Mula2 sekali, anda hendaklah klik Ubuntu Software Center ( USC ).

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Kemudian sila taip HP diruang pencarian tersebut.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Lepas itu, sila klik  , ataupun hanya klik install sahaja. 🙂

 Sila klik jika anda kurang jelas 😀

 Kemudian, jangan lupa untuk tick add-ons dibawah tu yer. 

 Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Lepas tick, tekan  Apply Changes.
Maka selesai proses pemasangan HPLIP Toolbox.
Jika tidak automatik berada dibar tepi tu, anda tekan start, tulis HP dan klik HPLIP Toolbox.
Sebelum tekan HPLIP Toolbox tu, ada hendaklah connect USB printer anda siap2.

Ini proses add printer ( jika anda buka kena add manual printer ).

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Sila klik tambah hijau tu, untuk add printer, dan tanda tolak itu untuk delete printer. Tanda recycle itu ialah tanda refresh. Jika anda terbuka siap2 program ni, dan cucuk usb printer, hanya tekan refresh untuk pastikan ia berfungsi 😀

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Kemudian pilihlah Connection Type, bermakna lappy or pc mahupun netbook anda berhubung dengan printer menggunakan apa? USB? Internet? Wifi? atau LPT? Saya guna USB kerana itu yang saya guna. Cara lain taktau lah boleh ke tak, boleh kot 😛

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Jika tidak jumpa, sila tekan refresh, insyaAllah jumpa :D, kemudian sila tekan next tau 🙂

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Sila isi ruang kosong itu jika nak isi, tetapi jangan anda usik pulak PPD file tu ea?
jangan lupa tekan ” Send test page to printer ” untuk uji ia berfungsi atau tidak. serta tekan Add Printer. InsyaAllah akan keluar seperti saya. 

Ok, sudah pasang kan? Saya cerita detail2 mengenai HPLIP Toolbox.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Ia berfungsi seperti version Windows punya. Boleh print, scan, clear catridges, print test page dan macam2 lagi dalam ruang Action itu. Mudahkan?

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Seperti di Windows, ada status printer. Tetapi yang ini sekali :D, anda boleh tahu dengan detail apa masalah printer anda, ada code error dan lain2.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Anda juga boleh lihat dakwat anda banyak mana dan status dakwat anda. Jika kata berada pada paras berbahaya, boleh standby siap2 dakwat baru 🙂

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Anda boleh settings mengikut citarasa anda, kualiti print atau macam2 lagi. 🙂

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Jika anda mahu hentikan proses print, boleh pegi ke Printer Control. Bukan setakat Stop, reject pun boleh ^_^

Ia akan duduk ditaskbar atas tu. Klik untuk ubah apa2 dan lawa logo HP tu ^_^.
Akhir sekali, contoh print test dan scan.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Bagaimana? ok? 😀
Jadi itu sahaja tutorial saya pada kali ini.
Jika ada sebarang perkongsian idea atau pertanyaan, sila komen.
Sama2 kita menyelesaikan masalah yang bermain diminda ^_^
Jika printer Canon, insyaAllah saya akan cari untuk pengguna Canon lak :D. Print boleh, cuma scan je problem printer Canon. 🙁

Terima kasih kerana sudi jenguk entri ni 😀
Santai kali ni.

Puas kau besar tu 😛

Views: 1

Iklan Newspaper Inline