Utama Blog Laman 226

CloudKafe: Urus Pelbagai Perkhidmatan Awan Dengan Mudah

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis artikel tentang sebuah laman yang digunakan untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan awan atau perkhidmatan yang terdapat di alam maya.

Jika anda seorang yang aktif menggunakan internet ini sudah pasti anda rajin dan gemar untuk mencuba sesuatu yang baru. Contohnya,anda mencuba perkhidmatan storan awan (cloud storage) seperti Google Drive,Dropbox,BOX dan lain-lain. Mendaftar dan menggunakan seperti biasa memang tiada masalah,tapi apabila semakin banyak kita mendaftar pasti sulit untuk diuruskan. Kesulitan ini sudah tentu menjadi suatu bebanan kepada kita. Percayakah yang saya telah memiliki berpuluh akaun pada storan awan? Saya seorang yang gemar tanda (bookmark) sesebuah laman/blog dan juga seorang yang suka mendaftar tapi jarang menggunakan apa yang sudah di daftar. Sampai pada satu tahap saya sudah lupa yang saya pernah mendaftar pada laman tersebut. Sedikit mukadimah daripada saya. Tiba masa untuk saya terangkan perihal CloudKafe.

Seperti yang tertera pada tajuk dan mukadimah penulisan CloudKafe dibina bertujuan untuk memudahkan anda mengurus sesuatu perkhidmatan yang terdapat di alam siber. CloudKafe tidak hanya menguruskan storan awan/maya malah CloudKafe juga digunakan untuk mengurus perkhidmatan gambar seperti Picasa,video seperti YouTube,Nota seperti Evernote dan pelbagai lagi perkhidmatan lain yang popular. Sebentar lagi saya akan senaraikan semua perkhidmatan yang disokong oleh CloudKafe setakat ini.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan seperti CloudKafe. JoliCloud/JoliDrive yang pernah ditulis oleh saudara Arya Putra juga menawarkan perkhidmatan yang hampir sama seperti CloudKafe. Jika anda mahukan lebih lagi perkhidmatan yang sama seperti CloudKafe dan JoliCloud,anda boleh mencari pada enjin carian Google Malaysia. Mungkin ada beberapa laman web lain yang sesuai untuk watak dan pendirian anda atau sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Jadi,perbanyakkan carian dan tanda.

Storan Awan:-

  • Google Drive
  • BOX
  • Dropbox
  • SugarSync
  • SkyDrive
Gambar:-
  • SmugMug
  • Facebook
  • Picasa
  • Flickr
  • Instagram
Video:-
  • YouTube
  • Vimeo
Nota:- 
  • Evernote
  • Catch
Muzik:-
  •  Akan datang…

Usah saya berpanjang lebar. Saya sertakan beberapa gambar yang dapat menarik perhatian anda untuk mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh CloudKafe. Tapi,sebelum saya lupa untuk mengingatkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh CloudKafe adalah percuma. Jadi,manfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

Halaman utama. 
Tambah akaun baru.
Antara muka pengurus fail yang ringkas dan mudah.

Sekiranya anda mempunyai masalah semasa menggunakan CloudKafe sila rujuk [di sini].
Perbanyakan membaca sebelum bertanya.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Papago M11 Untuk Peranti Android

0

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

   Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perisian “Navigasi Papago versi M11“. Seperti yang anda ketahui, ini adalah versi terkini dari artikel yang pernah dibuat oleh saudara Angelezo seperti di sini: [Papago M9].

-FEATURES
• Intelligent Search Function
• Simple, User Friendly Interface
• Fast Route Calculation
• Comprehensive Map Data (You can switch map from settings)
– MaLFreeMaps is from www.malfreemaps.com and is free.
•More than 20,000 Singapore postal codes
•More than 2,300 junction view images
•More than 220 fixed speed cameras
•More than 150 3D Landmarks.
•Newly opened roads
•Coverages: Malaysia, Singapore and Brunei
– SLA (for Singapore)
• No need to Connect to Internet (Wi-Fi/3G)
• Automatic and Free Map Download from internet
• Clipboard Navigation Function
-POWERFUL SOFTWARE FUNCTIONS
•Intelligent Search Function
•Multi Navigation Mode: 2D/3D/Split Screen
•Road Elevation Display
•Inside Tunnel Simulation
•Portrait/Landscape Dual Mode Support
•Auto Zooming the Map by Speed
•Day and Night Map Mode
•Speed Camera Alarm
•Built-in 3D Buildings
•Built-in 3D landmarks
•Junction Views (realistic view of motorway interchanges and exits)
Please let us know if any feedback. Please email to android@papago.com.tw. We will solve it as soon as possible.
◎Q&A
•No GPS signal on device?
1.Please make sure Location Services are working. On your device, go to Settings > Location > GPS satellites.
2.Remove the handset restricting if there’s any.
3.Some vehicles have a heat reflective shield embedded in the windscreen, which may prevent your device from locating your current position.
4.Your device must be outdoors to locate your current position.
•Why the battery draining so fast?
1.GPS navigation system need to set the backlight always on, so 100% full battery can be used for 1.5 hours.
•Why the navigation system not support AGPS?
1.Because the accuracy of AGPS is not reliable enough, so PAPAGO! will not use AGPS signal.
•How to recover My List?
1. Please make a copy of NaviM11SGMY/SAVE/PPGPOIX7.DAT before updating map data.
2. Recover PPGPOIX7.DAT back after you finish updating new map data.
Cara Install Papago M11:
  1. Download dan extract “NaviM11SGMY”.

SendSpace

Zippyshare

WeiYun (TenCent Cloud)

    2. Salin folder “NaviM11SGMY” ke dalam memori telefon “internal” ==> (Gingerbread 2.1/2.2/2.3) atau salin ke dalam memori telefon “external SD Card” => (ICS 4.0.3-JellyBean)
    3. Install “Papago!SGMY_Navitotal[H-S].apk” yang ada dalam folder “NaviM11SGMY
    4. Muat turun pula peta untuk Malaysia:

Malaysia MFM Maps (28/01/2014)

    5. Extract peta yang telah muat turun tadi ke dalam folder: {NaviM11SGMY=> Maps}
    6. Siap..
    7. Jika anda perlukan peta terbaru, sila pergi ke website berikut. Kena daftar dulu dan pendaftaran percuma:

MalFreeMaps

Map Features
1. Junction views.
2. Lane assists.
3. 3D Buildings (courtesy of Papago).
4. Shaded intersections.
5. Toll booth alert (Selected toll roads).
6. Speed limit sign.
7. Speed camera alert & icon display. – AES Speed Camera Alert Included.
8. Fast POI search.
9. Custom POI icons.
10. Malaysia highway symbol.
11. Announce approaching underpass, flyover, bridge, tunnel, parking area and rest area.
12. Singapore postal code.
13. Coverage of Malaysia, Singapore and Brunei.

Credit untuk [] <=== Sila ke website tersebut untuk muat turun peta singapura. Sekian..

p/s: Jangan tanya saya model telefon apa yang menyokong perisian ini. Saya tiada modal untuk mencuba setiap jenis model telefon.. Telah cuba di Galaxy Note dengan jayanya. Harap maklum..

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 13.04: ‘Wow’ atau ‘Mehhh…’?

0

Salam.

Setelah beberapa minggu ‘meninggalkan’ dunia blogging, saya berasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan mengenai rilisan terbaru sistem operasi Linux paling popular di muka bumi ini iaitu Ubuntu 13.04.

Mungkin saya agak lambat dalam hal ini, namun saya gagahkan juga jari-jemari ini untuk terus menaip kerana apa yang terbuku dalam minda tak mampu lagi dibiarkan begitu saja.


Ubuntu 13.04: Hebat atau Membosankan?

Ini adalah persoalan pokok bagi mereka yang sedang berada dipersimpangan, tak tahu ‘arah mana hendak dituju’. Masalah dengan distribusi Linux bukan terletak kepada ‘betapa sukarnya ia untuk diguna’, tetapi adalah terletak kepada distribusi dan terbitan-terbitan dari distribusi tersebut.

Apabila terlalu banyak pilihan, maka perkara yang sukar bukan lagi kaedah penggunaannya, tetapi adalah pada apakah pilihan yang harus dilakukan. Maka disitu Ubuntu 13.04 tersepit, hendak diguna atau tidak, hendak diuji cuba atau abaikan saja.

Setelah beberapa lama saya ‘bermain’ dengan live USB, saya dapat rasakan Ubuntu 13.04 adalah…

Ubuntu 13.04: Satu Sebab Untuk Menyintai Menyukai dan Membenci

Sebab Untuk Menyukai (Pro):

Ubuntu 13.04 adalah sangat cantik dan kemas. Seperti kata pepatah Inggeris, ‘Beauty is in the eyes of the beholder’, maka terpulang bagaimana cara mata anda menafsirkannya, namun saya sangat sukakan paparan Ubuntu 13.04. Hasil akhir kali ini tidak menghampakan.



Tak lupa juga aplikasi Unity Tweak Tool boleh dipasang secara terus melalui Ubuntu Software Center. Ini membolehkan pengguna termaju (advance user) untuk melakukan konfigurasi terhadap persekitaran desktop Unity.

 

Sebab Untuk Membenci (Kontra):

Malangnya tidak semua yang cantik itu membahagiakan. Kalau anda suka dengan versi 12.04, iaitu versi LTS, dan selesa dengannya, maka saya sarankan anda kekal dengan sistem operasi tersebut.

Ini adalah kerana Ubuntu 13.04 sememangnya cantik di mata, namun di hati belum tentu. Hati saya boleh kata ‘berbulu’ sepanjang saya menguji cubanya disebabkan bugs yang menjengkelkan. Ada masa animasi transition tetingkap tersekat, seperti gambar di bawah:

Berkenaan dengan prestasi, mulanya saya hanya mencuba ia pada PC yang dilengkapi dengan RAM sebanyak 512MB dan juga 1GB. Ternyata Ubuntu bukan lagi Ubuntu ‘yang dulu’, iaitu yang dicipta untuk melengkapi PC-PC lama. Kini ia mengorak langkah menuju ke arah sistem operasi moden yang juga memerlukan peranti moden, dengan spesifikasi terbaik.

Buktinya? Saya telah pun menguji cuba ia pada Laptop Lenovo G480, dengan RAM sebanyak 6GB dan pemproses Intel® Core™ i5-3210M, namun masalah animasi transition ‘minimize’ tetingkap yang tersekat masih lagi berlaku. Ia seolah ‘hang’ tanpa punca munasabah.

Pasang atau Tidak?

Nampaknya tidak ada jalan mudah mendapatkan kebahagiaan. Saya teringat kata pepatah, ‘Di saat kamu mahu melepaskan sesuatu, ingatlah disaat-saat sukar ketika kamu hendak mendapatkannya!’. Begitulah jua ibaratnya hubungan saya dengan Arch Linux!

Saat permulaan untuk memasang, mengkonfigurasi dan menyiapkan persekitaran desktop Arch Linux bukan kerja mudah, seperti mudahnya menyiapkan konfigurasi distribusi Ubuntu. Tetapi untuk ‘melepaskan’ ia pergi demi sesuatu kecantikan yang baru, bukan juga kerja mudah! Arch Linux sangat memuaskan hati, sama ada dari segi pengubahsuaian mengikut kehendak sendiri (cuztomization) mahupun dari segi prestasi, masih tidak ada sebab untuk saya beralih kepada distribusi lain.

Selagi Ubuntu belum perbaiki bugs, belum menambah kelancaran prestasi dan juga belum membenarkan para pengguna untuk mengubahsuai ia ke tahap maksimum, maka selagi itulah saya belum berminat untuk kembali menggunakannya.

Jadi jawapan saya, hmmm.. mehhh…

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Memaksimumkan Tetingkap Pada Lubuntu

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Kali ini saya akan menulis artikel Lubuntu tentang panduan untuk memaksimumkan sesuatu tetingkap (window).

Sudah membaca tentang Ulasan Lubuntu 13.04? Berminat untuk mencubanya? Apa yang ditunggu lagi. Manfaatkan sepenuhnya kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada Lubuntu. Sekarang saya nyatakan mengapa saya menulis artikel tentang perkara ini. Apa yang telah saya rasa dan alami ialah kekurangan Lubuntu ialah Lubuntu tidak dapat mengingati saiz sesuatu tetingkap. Misalannya,pengurus fail PCManFM,beberapa aplikasi dan perisian. Ini agak menyukarkan saya untuk mencari butang pembesaran. Dalam pada saya menulis tentang perkara ini,saya kongsikan juga kaedah untuk mendapatkan butang padam,minimum dan maksimum. Kaedahnya ialah,klik butang Alt + Klik dan sorot tetikus anda di mana-mana bahagian. Contohnya:-

Percayakah anda bahawa apabila saya meminimumkan tetingkap perisian FlareGet,hasil yang begini akan saya dapat. Bingung rasanya. Tapi,dengan menggunakan kaedah tadi,kini perkara ini tidak menjadi masalah lagi kepada saya. Tidak perlu saya berpanjang lebar menulis tentang pengalaman saya sewaktu menggunakan Lubuntu. Kita terus sahaja kepada pembelajaran dan pengajian kita.
1. Buka aplikasi PCManFM dan tekan butan Ctrl + H.
Akan muncul beberapa folder dan fail yang tersembunyi.
2. Klik folder .config/openbox. Dalam folder openbox tadi,terdapat satu fail yang bernama lubuntu-rc.xml. Jika betul ikuti langkah seterusnya di bawah.
3. Klik Tools pada ‘toolbar’ dan pilih Open Current Folder as Root. Anda diminta untuk memasukkan kata laluan pengguna anda.

4. Selepas sahaja anda klik “Open Current Folder as Root” dan memasukkan kata laluan. Akan muncul satu tetingkap baru pengurus fail PCManFM (root). Klik kanan fail lubuntu-rc.xml dan pilih Leafpad. Sekiranya tiada,tetapkan pada Properties.

5. Selepas sahaja anda memilih untuk membuka fail menggunakan Leafpad. Muncul lah satu tetingkap Leafpad dengan pelbagai baris dan kalimat. Sorot bar tatal sehingga ke menjumpai perkataan dibawah. Biasanya di bahagian hujung bawah kiri. Mungkin akan berbeza sedikit. Buang simbol yang berwarna merah.

<!– Maximize all normal windows when launched     <–    <application type=”normal”>      <maximized>true</maximized>    </application>    –>

6. Hasilnya akan kelihatan seperti ini.

   <!– Maximize all normal windows when launched –>
    <application type=”normal”>
      <maximized>true</maximized>
    </application>

7. Tutup aplikasi Leafpad tadi dan simpan pembaharuan yang dilakukan. 

8. Buka aplikasi Terminal. Menu –> Accessories –> LXTerminal. Salin dan tampal baris di bawah. Tujuannya ialah untuk memeriksa sama ada terdapat kerosakan pada fail lubuntu-rc.xml. Sekiranya anda diberi amaran,sila periksa fail lubuntu-rc.xml semula.

openbox –reconfigure

9. Selesai sudah. Logout atau reboot jika perlu. Anda juga boleh menetapkan untuk beberapa perisian. Sila rujuk [di sini].

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih banyak tentang Lubuntu,klik [di sini] atau [di sini].

Selamat menelaah,selamat mencuba dan selamat menimba ilmu.
Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[E-Book] Computer Virus For Dummies

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Artikel kali ini saya akan bekalkan kepada anda semua buku elektronik untuk menambahkan lagi pengetahuan kita dalam bidang teknologi maklumat ini. Anda boleh dapatkan secara percuma dan membaca dengan tenang.

Apabila anda membaca buku ini secara tidak langsung anda akan mendapat sebuah ilmu baru tentang virus,antivirus dan segala hal yang bersangkut paut berkenaan virus. Apa salahnya jika anda mendapatkan buku ini sebagai bahan bacaan tambahan masa lapang atau menjadikan buku ini sebagai koleksi. Saya pun tidak mahu bercakap panjang. Jadi,muat turun dan manfaatkan segala ilmu yang terdapat  di dalamnya buku bermuka surat penuh hampir 300 ini.

Klik [di sini] untuk memuat turun buku elektronik Computer Virus For Dummies.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Membuat Pautan Langsung Dengan Google Drive

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera? Pada artikel kali ini saya akan kongsikan sebuah trik yang dapat dilakukan dengan Google Drive.

Sunting menggunakan Shutter.

Seperti yang anda sedia maklum,Google Drive merupakan storan awan (cloud storage) yang amat berkualiti dan mesra pengguna. Google Drive juga dikenali sebagai Google Docs atau GDrive. Google Drive memiliki fungsi yang pelbagai. Terdapat pelbagai kaedah yang telah dibongkar pada Google Drive ini. Antaranya ialah yang akan dikongsikan sebentar nanti. Pesaing Google Drive iaitu Dropbox memiliki fungsi pautan langsung dimana jika kita klik pautan tersebut kita akan dapat memuat turun sesuatu dokumen itu secara langsung tanpa perlu merujuk mana-mana halaman dan tekan butang ‘download’ terlebih dahulu. Google Drive juga memiliki fungsi ini,tapi anda perlu mengubah pautan perkongsian itu terlebih dahulu.

Kaedah ini amat sesuai sekiranya anda seorang blogger. Pada artikel DFX yang pernah saya tulis beberapa ketika dahulu,terdapat beberapa komen yang mengatakan mereka tidak dapat memuat turun fail ‘crack’ bagi perisian DFX tersebut. Jadi,saya telah mengubah pautan tersebut supaya anda tidak perlu susah payah lagi. Baik tak saya? Tanpa perlu membuang masa kita teruskan kepada tugasan kita.

1. Log masuk ke Google Drive [di sini]. 

2. Muat naik sebarang dokumen yang anda ingin kongsi. Lebih baik sekiranya anda buat sebuah folder agar mudah untuk diuruskan.

3. Setelah selesai memuat naik dokumen anda,klik kanan dokumen tersebut pilih Share dan Share.

4. Klik Change untuk ubah daripada Private kepada Public on the web. Membuat pautan langsung hanya akan jadi apabila anda tetapkan kepada Public. Klik Save.

5. Seperti yang anda lihat pada ruang Link to share. Pautan anda akan kelihatan seperti di bawah ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah salin ID (yang berwarna merah) bagi fail anda. 

https://docs.google.com/file/d/0B3a3T6gwvvqOZ05EZUNUejJYVXM/edit?usp=sharing

6. Selepas anda menyalin ID bagi fail anda. Ubah pautan anda menjadi seperti di bawah. Gantikan perkataan <KEY> (yang berwarna merah) dengan ID anda.

http://drive.google.com/uc?id=<KEY>&e=download (atau) http://drive.google.com/uc?export=download&id=<KEY> 

Pilih mengikut kesesuaian fail. Sekiranya fail anda bersifat audio/muzik/lagu. Maka, kaedah yang kedua perlu dipilih. Memandangkan saya meletakkan muzik sebagai perantara dalam penulisan ini. Maka,saya perlu pilih pautan yang kedua.


7. Hasilnya akan kelihatan seperti ini.  

http://drive.google.com/uc?export=download&id=0B3a3T6gwvvqOZ05EZUNUejJYVXM

8. Untuk mencuba sama ada dokumen anda berjaya dokongsi secara langsung. Klik pautan di bawah.

Muat turun: Katana – No Surrender. Untuk mendengar muzik terlebih dahulu klik Katana – No Surrender

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Perkara Perlu/Boleh Dilakukan Selepas Memasang Lubuntu 13.04

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selepas memasang Lubuntu untuk mengekalkan kestabilan dan kesempurnaan Lubuntu. Anda perlu melakukan beberapa perkara. Apakah perkara yang perlu dilakukan selepas memasang Lubuntu 13.04? Mari kita rujuk beberapa perkara yang perlu dilakukan.


1. Mengemaskini sistem operasi anda.
Selepas memasang sistem operasi Lubuntu 13.04,anda perlu mengemaskini sistem operasi anda untuk mengekalkan kestabilan.
Kaedahnya ialah,buka aplikasi Terminal dan masukkan baris perintah di bawah.

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

2. Memasang Lubuntu-Restricted-Extras. 
Lubuntu-Restricted-Extras merangkumi segala pakej perisian yang perlu anda pasang sekiranya anda ingin menggunakan fail yang pelbagai format seperti video,audio,flash. Rujuk [di sini].
Kaedahnya ialah,buka aplikasi Terminal dan masukkan baris perintah di bawah.

sudo apt-get install lubuntu-restricted-extras

3. Menghidupkan pemacu yang diperlukan. 
Ini biasa terjadi kepada saya. Saya perlu menghidupkan terlebih dahulu pemacu wireless sebelum dapat menggunakannya.
Kaedahnya ialah klik Menu,Preferences,Software & Updates.

4. Memasang VLC Media Player dan Firefox.
Ya! Jika anda gemar menggunakan pemutar media VLC dan belayar menggunakan Firefox. Inilah masanya untuk memasang perisian-perisian seperti ini. Tapi,setelah lama saya tidak menggunakan Chrome. Perasaan kembali minat kepada Chrome ini menjadi-jadi. Sejak menggunakan Lubuntu ini saya sudah kurang menggunakan Firefox. Entah bagaimana boleh berubah pula. Tapi,anda perlu memasang juga pelayar web Firefox untuk masa hadapan. Mungkin terdapat masalah pada Chrome. Jadi,sudah bersedia dengan alternatif yang baik.
Kaedahnya ialah buka aplikasi Terminal dan taip baris perintah dibawah.

sudo apt-get install vlc firefox

5.  Memasang pemuat turun uGet dan flareGet
Huh. Hidup tanpa ‘download manager’ memang tidak cukup sebagai pengguna internet yang juga “kaki download” seperti saya ini. Perkara pertama selepas memasang uGet saya terus cari artikel kompilasi Windows dan Microsoft Office karya saudara Dorsh. Fail .iso Windows 8 saya telah hilang  kemudian Windows 8 pula tengah rosak. Jadi,terpaksa muat turun untuk kali kedua. Saya masih memerlukan Windows untuk beberapa hal yang tak dapat dielakkan.
Tidak perlu fikir panjang. Ini kaedahnya,hanya muat turun fail yang diperlukan.

Klik [di sini] untuk memuat turun uget. Untuk flareGet pula anda boleh mengikuti kaedah yang ditunjukkan pada blog Ubuntu Arena [di sini].

7. Memasang pemuat turun Torrent Tixati dan Deluge.
Torrent memang makanan harian saya. Mendapatkan filem antarabangsa secara kurang sihat memang inilah kaedah yang paling sesuai. Pusat rujukan utama saya ialah Yify. Saya tidak biasa menggunakan Transmission jadi sebagai alternatif saya akan pasang Tixati dan Deluge.

Klik [di sini] untuk mendapatkan Tixati dan klik [di sini] untuk mendapatkan Deluge.

8. Memasang Geary perisian pembaca e-mel.
Saya agak tidak suka dengan pembaca e-mel Sylpheed. Jadi,sebagai alternatif Geary adalah yang terbaik. Anda boleh cuba menggunakan Thunderbird juga.

Rujuk pautan [di sini] tentang kaedah pemasangan Geary.

9. Memasang perisian pejabat Libre Office. 
Untuk anda yang memerlukan alternatif kepada Microsoft Office maka LibreOffice adalah yang terbaik. Memiliki fungsi yang lengkap dan mudah untuk digunakan membuatkan LibreOffice sebuah pilihan yang tepat. Seperti yang anda tahu juga bahawa Lubuntu hanya membekalkan Abiword – Word dan Gnumeric – Excel. Jika,anda mahu lebih lagi,maka anda wajib memasang LibreOffice.
Kaedahnya ialah buka aplikasi Synaptic Package Manager dan buatlah carian “libreoffice” pada ruangan carian.

10. Mengubah dan memperindah antara muka mengikut kemahuan anda.
Mengubah antara muka mengikut kemahuan anda perlu. Ini kerana sebahagian pengguna menginginkan rupa sistem pengoperasian yang cantik dan indah. Ada separuh orang inginkan perkara yang asas sahaja. Jadi,segalanya terpulang pada anda.
Kaedahnya ialah klik Menu,Preferences,Customize Look and Feel.

Kebanyakan perkara yang perlu dibuat ialah memasang perisian. Anda boleh memasang sebarang perisian lain yang mungkin dapat membantu anda melakukan tugasan seharian. Apa yang penting ialah anda perlu banyak melakukan carian pada Google untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Lubuntu 13.04

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Artikel pada kali ini saya akan membawa anda telusuri dunia Lubuntu. Saya telah mencuba membuat peta minda menggunakan Coggle untuk menerangkan secara ringkas tentang Lubuntu. Tapi,saya juga akan menulis panjang dalam artikel ini untuk menerangkan tentang Lubuntu secara penuh.

Apakah itu Lubuntu?
Lubuntu merupakan sebuah sistem pengoperasian berasaskan Ubuntu. Lubuntu menggunakan persekitaran atas meja (desktop environment-DE) Lightweight X11 Desktop Environment (LXDE). Jika anda sudah biasa dengan dunia Linux anda pasti mengenali akan de LXDE ini. Untuk apa Lubuntu dibina sedangkan kita boleh terus memasang de LXDE dan terus menggunakannya pada distro Ubuntu dan sebagainya? Sama seperti distro lain,Lubuntu dibina untuk memberikan kelainan pada sesebuah sistem pengoperasian itu. Dalam erti kata lain,anda boleh pasang dan terus menggunakannya. Jika anda memasang de LXDE terus anda perlu melakukan beberapa perubahan untuk menjadikan sistem pengoperasian anda lebih cantik,indah dan menawan. Sudah menjadi Lumrah manusia suka akan keindahan. Jadi,komuniti Lubuntu membina sistem pengoperasian ini dengan pelbagai kemudahan yang sudah sedia dipasang dan melakukan beberapa perubahan antara muka seperti menukar tema,ikon dan sebagainya. Itu dari segi kenapa lubuntu dibina. Sekarang kita pergi pula kepada,apakah tujuan sebenar Lubuntu dibina. Tujuan Lubuntu dibina ialah untuk memberi sinar kepada komputer yang sudah agak lama. Dalam erti kata lain,perkakasan komputer anda tidak dapat menampung sistem operasi yang terkini yang memerlukan spesifikasi perkakasan yang tinggi. Oleh sebab Lubuntu dibina berdasarkan Ubuntu maka,segala perisian,permainan,repositori atau format yang berjalan pada Ubuntu dapat digunakan dengan baik pada Lubuntu.

Apakah yang baharu pada Lubuntu 13.04?
Untuk menterjemahkan apa yang baharu pada Lubuntu 13.04 tidaklah terlalu banyak. Hanya perubahan yang biasa seperti penambahbaikan dan beberapa pembaharuan pada aplikasi. Antara perkara yang baharu yang dapat kita lihat ialah:-

  • Versi terbaru pcmanfm/libfm 1.1.0 (pengurus fail) iaitu fungsi carian yang terbina.
  • Penambahbaikan karya seperti kertas dinding (wallpaper) yang baru,kertas dinding yang disumbang oleh komuniti dan ikon yang baru.
  • Membuang catfish apabila pacmanfm sudah memiliki fungsi cariannya sendiri.
  • Membaiki pepijat lama yang mengakibatkan gnome-mplayer ‘crash’ pada sesuatu cpu (P4).
  • Pembaikan pada perisian pemapar gambar gpicview.
Adakah terdapat masalah semasa menjalankan sistem pengoperasian Lubuntu?
Masalahnya ialah seperti yang saya katakan pada artikel sebelum ini berkenaan sambungan wi-fi. Tapi,itu bukannya masalah utama kerana Google Malaysia dan laman perbincangan banyak membantu.  Antara masalah yang saya dapat sewaktu menggunakan distro Lubuntu dalam beberapa hari ini. Saya dapati aplikasi Lubuntu Software Center mudah ‘hang’ atau ‘not responding’. Mungkin disebabkan penggunaan memori yang tinggi. Tapi,satu kelebihan yang saya dapat pada distro Lubuntu ini ialah saya boleh membuka lebih daripada 20 tab pada pelayar web Chromium tanpa cacat cela. Ini merupakan masalah bagi saya. Saya seorang yang gemar melihat penggunaan memori,cpu dari semasa ke semasa. Tapi,Task Manager pada Lubuntu hanya membekalkan fungsi itu jelah. Saya perlu melihat penggunaan ‘swap’ dan sebagainya. Memang kita boleh memasang Conky tapi saya lebih gemar menggunakan perisian. Jadi,saya memasang htop (sudo apt-get install htop). Untuk menjalankannya hanya perlu buka Terminal dan taip htop. Masalah lain yang saya dapat ialah dua kali tetingkap ‘crash’ akibat daripada penggunaan memori yang tinggi. Ini disebabkan oleh pelayar web Chromium dan beberapa perisian lain yang berjalan pada masa yang sama seperti VLC,uGet dan lain-lain. Kelemahan yang saya lihat dan alami ialah Lubuntu agak tidak sesuai untuk komputer riba beresolusi 1024 X 600. Atau dalam bahasa teknologinya ialah ‘netbook’. Tapi,masalah ini tidak mengganggu tugasas harian anda sewaktu menggunakan Lubuntu.

Saya tidak pernah menggunakan Linux,adakah Lubuntu sesuai?

Maaf ini bukan ulasan untuk Lubuntu tapi ini ulasan secara umum untuk mengajak mereka melangkah ke alam Linux. Jika nak diikutkan sebarang distro Linux boleh digunakan untuk mereka yang baharu dalam dunia Linux ini. Bukan sekadar Ubuntu. Malah,distro-distro lain juga boleh digunakan. Ini yang dipanggil proses pembelajaran dan pengajian. Kita belajar dan mengkaji tentang Linux dan mendapat satu ilmu baru. Nak kata Linux tidak boleh melakukan tugasan harian? Semua aplikasi yang ada pada sistem pengoperasian Windows ada alternatif untuk Linux. Nak kata ‘kaki game’ bosan menggunakan Linux. Itu semua hanya tipuan semata-mata.

Jadi,dimana saya perlu mula?
Untuk bermula anda mestilah menggunakan terus Lubuntu tanpa membaca sebarang dokumen kecuali merujuk kaedah pemasangan yang bertebaran di alam maya ini. Selepas selesai memasang maka gunakanlah secara berhemah. Artikel “Apa Perlu Buat Selepas Memasang Lubuntu 13.04” akan menyusul tidak lama lagi. Ingat! Pasang dan gunakan.

Sekarang kita pergi kepada ulasan yang sebenar mengenai Lubuntu 13.04. Pada permulaan penulisan saya telah menerangkan serba sedikit tentang Lubuntu,apa yang baru pada Lubuntu 13.04. Tapi,pada penulisan selepas ini saya akan menerangkan aplikasi/perisian apa yang sudah sedia pasang,versi yang digunakan dan lain-lain.

Lubuntu menggunakan Audacious sebagai pemutar muzik,lagu,audio dan menggunakan GNOME MPlayer sebagai pemutar media/video. Lubuntu meletakkan Chromium sebagai pelayar web rasmi dan Transmission sebagai pemuat turun untuk torrent. Uutuk berbual dan bersembang di alam maya Pidgin Internet Messenger telah terpasang secara lalai. Jika anda meminati permainan bercorak ‘puzzle’,terdapat beberapa permainan bersifat kad yang terpasang pada Lubuntu. Untuk menulis dokumen. Lubuntu tidak didatangkan bersama Libre Office (anda boleh memasangnya kemudian) Lubuntu didatangkan dengan Abiword untuk membuat dokumen dan Gnumeric sebagai alternatif kepada Excel. Untuk membaca dokumen berformat .pdf,Document Viewer adalah perisian yang akan digunakan. Lubuntu tidak didatangkan dengan sebarang aplikasi ‘screen capture’ anda boleh memasang Shutter atau Gnome Screenshot. Terminal pula menggunakan LXTerminal yang bersifat ringkas dan mudah digunakan. Untuk membaca dan menghantar e-mel perisian Sylpheed didatangkan bersama,tapi saya lebih gemar menggunakan Geary. Anda boleh mencuba perisian Thunderbird. Perisian seperti Leafpad digunakan sebagai alternatif Notepad dan perisian Xpad digunakan untuk menulis nota ringkas. Untuk memasang aplikasi perisian seperti Lubuntu Software Center dan Synaptic Package Manager dapat membantu anda dengan lebih efisien.


Lihat beberapa gambar yang sempat diambil oleh saya:-


















Versi PDF: Lubuntu 13.04

Bagi anda pengguna Windows XP,segeralah berpindah kepada Linux. Jika anda ingin mengekalkan kecepatan mengakses komputer anda,maka gunakanlah Lubuntu. Tarikh kematian Windows XP pun semakin hampir. Jadi,jangan biarkan hidup anda diselubungi ketakutan.

Selamat mencuba.
Sekian. Assalamualaikum

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Trik] Lesen Kaspersky Pure 180 Hari Dan Kaspersky Internet Security 90 Hari

0

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

   Entri saya kali ini masih lagi berkisar tentang produk Kaspersky. Tidak perlu diperkenalkan lagi, Kaspersky merupakan antara produk perisian keselamatan (Security Tools) terbaik di dunia buat masa ini. Saya ingin kongsikan kepada anda semua giveaway lesen Kaspersky Pure selama 180 hari bersamaan 6 bulan. Sebenarnya giveaway ini hanya untuk mereka yang menetap di UK, bukan Ulu Klang ataupun Ulu Kinta tetapi United Kingdom. Jadi untuk layak memohon lesen ini anda memerlukan proksi ataupun VPN yang menggunakan IP dari UK. Promosi sah sehingga 12 May 2013.

   Saya telah cuba memasuki laman giveaway menggunakan proksi, akan tetapi kebanyakkan proksi tersebut tidak dapat memasuki laman tersebut. Akhirnya saya cuba mencari VPN yang dapat mengakses laman tersebut menggunakan enjin carian Google dengan kata kunci “Free UK VPN“. Terdapat banyak PPTP VPN percuma yang dijumpai. Saya telah menggunakan tiga daripadanya dan ketiga-tiganya berhasil memasuki laman web tersebut. Tiga daripada VPN tersebut ialah:

http://uk.newfreevpn.com/

http://www.bestukvpn.com/

http://www.getukvpn.com/ 

Selebihnya anda carilah sendiri… Ok, kita mulakan dengan langkah pertama..

1. Sambung komputer anda kepada VPN UK.
2. Pergi ke laman web ini:

http://promo.kaspersky.com/infosec2013

3. Jika proksi atau vpn itu sudah digunakan anda akan dapat mesej seperti ini, jangan risau, tuka saja ke vpn atau proksi yang lain.

Google Chrome
Mozilla Firefox

4. Jika sudah berjaya, masukkan butiran yang diperlukan seperti nama dan email.

5. Periksa e-mail anda untuk lesen yang telah di hantar.
6. Pergi ke laman web ini dan muat turun versi terbaru:

http://www.kaspersky.co.uk/pure-latest-versions

7. Pasang seperti biasa dan masukkan produk key yang diterima melalui e-mail tadi. Selesai..

Untuk Kaspersky Internet Security pula, anda ikut langkah di bawah:

1. Muat turun KIS versi 2012 (hanya untuk dapatkan lesen bukan untuk install yer):

kis2012_12.0.0.374aES_2483

2. Extract installer tersebut menggunakan 7-zip untuk mendapatkan lesen selama 90 hari ( 3 bulan ).

3. Muat turun KIS 2013 Offline Installer:

Kaspersky Internet Security 2013

4. Buka folder KIS 2012 yang telah di extract tadi, dan buka fail “setup.reg” dengan menggunakan notepad.

5. Pasang KIS 2013 dan masukkan key yang kita dapat dalam fail “setup.reg” tadi.. Selesai..
Sekian.. itu sahaja yang dapat saya kongsi kali ini… Selamat mencuba..

Update: Sila gunakan cara tersebut untuk reset semula masa percubaan produk Kaspersky anda >>> Kaspersky Trial Resetter

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Menyelesaikan Masalah ‘Failed To Add New Connection: (32) Insufficient Privileges’

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua. Harap anda sihat sejahtera. Seperti yang dijanjikan oleh saya pada artikel sebelum ini untuk membekalkan beberapa artikel tentang Linux. Kali ini kita akan berbincang tentang masalah yang berlaku pada sistem pengoperasian Linux pula.

Seperti biasa saya akan memasang sebarang distro Linux menggunakan ‘cable’. Ini kerana Linux gagal untuk membaca saya punya network card secara terus. Jadi,saya terpaksa memasang ‘proprietary driver’     Broadcom menggunakan ‘cable’ sebelum saya dapat menggunakan sambungan ‘wireless’. Kebiasaannya selepas sahaja memasang ‘proprietary driver Broadcom’ saya sudah dapat menggunakan ‘wireless’. Tapi,lain pula keadaannya selepas memasang Lubuntu 13.04 ini. Puas saya memasukkan kata laluan wi-fi saya tapi masih gagal. Selepas bosan mencuba beberapa kali juga tidak boleh akhirnya saya mencuba nasib mencari penyelesaian melalui perantaraan jin Google Malaysia. Alhamdulillah,selepas beberapa ketika saya menjumpai penyelesaian untuk masalah ini. Tanpa membuang masa kita teruskan kepada panduan penyelesaian masalah ini.

1. Buka Terminal. (Ctrl + Alt + T).

2. Salin dan tampat kalimat dibawah.

sudo nano /etc/polkit-1/localauthority/50-local.d/org.freedesktop.NetworkManager.pkla

3. Anda akan dapati tiada sebarang baris. Hanya fail kosong. Jadi,masukkan baris dibawah.

[nm-applet]Identity=unix-group:netdevAction=org.freedesktop.NetworkManager.*ResultAny=yesResultInactive=noResultActive=yes

 4. Selesai. Cuba anda masukkan kata laluan sambungan wi-fi anda dan lihat hasilnya.

Terima kasih kepada saudara Jeff Hoogland atas penulisan beliau yang banyak membantu.

Selamat Mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline