Utama Blog Laman 196

Super Awesome Quest: Satu Lagi Hasil Tangan Dari Boomzap

0
Legends of Fire & Steel adalah permainan yang dibangunkan oleh Boomzap dan bakal dilancarkan melalui kempen Kickstarter. Tetapi ia bukan satu-satunya permainan yang pernah dihasilkan oleh syarikat ini.

Super Awesome Quest merupakan satu lagi hasil kerja Boomzap. Mengikut penerangan yang telah diberikan kepada saya melalui e-mel, sukalah untuk saya quote sedikit:

Super Awesome Quest adalah permainan RPG free-to-play yang menggunakan mekanik kombat memutar token dengan system kraf seperti game Jepun. Pemaju permainan dari Malaysia adalah antara yang terlibat dalam menghasilkan game ini dan kami sangat teruja untuk melancarkan game ini dalam Bahasa Melayu.

Saya quote pula kenyataan akhbar untuk permainan ini:

A Malaysia-made mobile RPG is launching worldwide on July 9 for iOS and Android, and it’s playable in Bahasa Melayu! 

Super Awesome Quest is an original free-to-play fantasy adventure game on mobile with a unique tile-flipping combat mechanic and an in-depth crafting system. Follow the adventures of three heroes – a Paladin, a Valkyrie, and a Mage – on their quest for honor, riches, and super awesomeness by fighting the hordes of the Undead Army, crafty kobolds, nefarious bounty hunters, dangerous dragons – and more. 

New playable characters and upgradeable pets can be unlocked as players go  through the story. There are dozens of enemy types to battle with by flipping tokens to attack. Through the game’s in-depth crafting system, players can make their own epic gear and personalize their heroes with hundreds of customization options. Other features include a non-stop survival mode called Awesome Arena, comparing progress with friends, and more. 

Watch out for global launch on iTunes, Google Play, and Amazon with exciting features as well as full language support on July 9, 2015!

RPG + Card Game adalah suatu ‘arena’ yang agak baru bagi saya walaupun sudah lama pada orang lain, dek kerana saya lebih menumpu kepada permainan perlumbaan, perlawanan, dan juga Tower Defense. Namun untuk mendapatkan ‘feel’ pada permainan ini saya pun mencubanya.

Berikut adalah beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil. Harapnya dapat memberikan anda sedikit gambaran mengenai permainan ini.

Seperti yang anda lihat, Super Awesome Quest memerlukan anda untuk memilih seorang hero sebagai watak yang akan anda ‘bawa’ di sepanjang ‘perjalanan’ dalam permainan ini. Anda akan bertempur dengan watak-watak makhluk berupa seakan tengkorak + zombie yang akan menyusahkan perjalanan anda ke destinasi akhir.

Terdapat beberapa jenis senjata, yang mana ianya boleh dinaiktaraf jika anda berjaya mengalahkan ‘hantu-hantu’ yang menghalang jalan anda. Ada juga ‘haiwan peliharaan’, namun saya belum sempat menggunakan ia kerana bateri phone sudah meminta-minta untuk dicaj dengan segera. Heheh..

Apapun ianya permainan yang santai dan ‘time waster’ yang sangat sesuai sewaktu anda kebosanan di pejabat, di lapangan terbang ketika menunggu kapal terbang anda sebelum bertolak ataupun ketika mesyuarat sedang berlangsung. Errr..

Ok. Jika anda beminat, anda boleh muat turun ia di Google Play Store:

Klik —> Super Awesome Quest

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Muslihat Google (Bahagian 2)

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada edisi kali ini, saya akan bawakan satu lagi kaedah untuk dimanfaat oleh kita bagi memastikan setiap hasil gelintaran kita pada enjin gelintar Google lebih efisien dan efektif. Masih mengekalkan konsep mudah dan segera, panduan kali ini akan memudahkan anda khususnya murid dan pelajar untuk mencari bahan-bahan pembelajaran. Dengan mengaplikasikan baris site: (site~noktah bertindih) sahaja, hasil keputusan carian anda akan berubah daripada kebiasaan.

Semasa menggunakan fungsi ini, saya dapati fungsi ini sangat berguna untuk mendapatkan carian melalui satu domain yang khusus misalannya gov.my ataupun edu.my dan juga domain yang khusus dan tertumpu seperti www.omghackers.com. 

1. Domain khusus: gov.my, edu.my
Menjadi kemestian untuk setiap kerajaan memuat naik kandungan seperti dokumen laporan atau rumusan tahunan seperti Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun sekian, dokumen Keluaran Dalam Negeri Kasar. Semasa saya masih menjadi penuntut prauniversiti di sebuah sekolah, saya perlu menyediakan satu kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi. Pada ketika itu, saya masih tidak mengetahui fungsi ini. Jadi, memang agak memeningkan apabila saya perlu menghadap berbagai-bagai kandungan yang wujud dalam Internet ini. Oleh sebab itu, saya tegaskan bahawa pengenalan fungsi ini sedikit sebanyak membantu murid dan pelajar mendapatkan maklumat yang bersesuaian dan tepat dengan kehendak mereka, langsung dari laman web-laman web kerajaan. Selain itu, melalui fungsi ini juga pengguna dapat mendapatkan informasi yang sahih terus daripada tapak web kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Apa yang pasti, fungsi ini tidak hanya tertumpu untuk mendapatkan kandungan daripada laman web kerajaan sahaja. Jadikan fungsi ini lebih menarik bergantung kepada keperluan semasa anda.

2. Domain yang khusus dan tertumpu: www.omghackers.com
Katakanlah anda pernah terbaca suatu artikel yang menarik pernah dikongsikan pada sesuatu blog, namun anda terlupa untuk simpan dalam direktori “bookmark” anda. Oleh itu, dengan hadirnya fungsi ini, insya-Allah anda bisa mendapatkan kembali pautan yang dikehendaki anda. Caranya cukup mudah, katakan anda mencari tentang artikel Linux, anda hanya perlu taipkan site:www.omghackers.com Linux, akan tersenarai cadangan pautan oleh Google berhubung dengan carian anda. Jika anda mengetahui kata-kata yang lebih spesifik, anda boleh tambahkan lagi pada ruangan carian untuk mengecilkan skop atau ruang lingkup carian Google.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya. Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

I2P: The Invisible Internet Project

0
I2P atau nama penuhnya The Invisible Internet Project, bukanlah sama seperti VPN mahupun SSH Tunneling. Namun tujuannya sama, iaitu untuk memastikan sambungan ke rangkaian internet adalah selamat.

I2P merupakan lapisan rangkaian komputer yang membenarkan aplikasi-aplikasi untuk menghantar mesej kepada satu sama lain dengan persekitaran yang selamat dan tidak dapat dikesan.

I2P bukan VPN, seakan Hola (tetapi bukan), seakan SSH (tetapi juga bukan) bahkan juga bukan proksi. I2P ini merupakan satu rangkaian ‘tanpa nama’ di dalam rangkaian internet. Kesemua sambungan adalah terenkripsi.

Apa yang penting ialah sambungan dan rangkaian I2P melindungi anda dari penyangak-penyangak internet yang ingin ‘membaca’ data anda, termasuklah ISP anda sendiri.

Rangkaian I2P ini adalah sedikit kompleks untuk diterangkan dalam Bahasa Melayu, oleh itu anda boleh buat bacaan intensif melalui laman web rasminya di sini : Introduction to I2P

Buat masa ini saya masih belum menemukan tetapan yang paling mantap untuk penstriman video. Tetapi melalui paparan skrin di bawah dapatlah digambarkan bahawa I2P menyokong penstriman video (YouTube). Ia juga dikatakan menyokong aplikasi/perisian peer-2-peer seperti Torrent.

Di bawah ini adalah contoh IP setelah diperiksa melalui laman whatismyipaddress.

Pemasangan melalui Windows dan Android adalah semudah muat turun fail pemasang dan klik-klik-klik sahaja. Manakala pemasangan untuk sistem operasi Ubuntu pula adalah menggunakan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:i2p-maintainers/i2p
sudo apt-get update
sudo apt-get install i2p i2p-router i2pd

Untuk menghidupkan I2P, gunakan baris perintah berikut:

i2prouter start

Untuk lain-lain sistem operasi, anda boleh semak pada pautan ini : I2P Download

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Legends of Fire & Steel – Permainan Hasil Tangan Rakyat Malaysia

0
Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh wakil dari syarikat Boomzap Entertainment mengenai permainan yang sedang mereka bangunkan.

Sebuah permainan hasil tangan rakyat Malaysia, dan merupakan projek “Kickstarter” pertama dari Boomzap Entertainment yang telah dilancarkan pada 18 Jun yang lalu, ianya dinamakan sebagai Legends of Fire & Steel.

Woahhh..

Merupakan majikan kepada pembangun-pembangun permainan di Malaysia, Indonesia dan Filipina, selepas 10 tahun berada dalam industri pembangunan permainan, kini Boomzap ingin melancarkan sendiri permainan mereka dengan permulaan melalui Kickstarter.

Legends of Fire & Steel adalah sebuah permainan perseorangan dan multi-pemain penaklukan dunia fantasi jenis turn-based digabungkan bersama mekanik “boardgame” dan “card game” yang sedang mereka bangunkan untuk PC, Mac dan tablet mudah alih (iOS dan Android).

Permainan ini telah mendapat inspirasi dari permainan strategi epik seperti Civilization, Crusader Kings 2, and Heroes of Might and Magic, tetapi dengan tempoh permainan yang lebih singkat dan pengawalan mudah seperti game Risk, Lux, atau FT.

Permainan ini adalah mengenai peperangan antara 3 bangsa, Manusia, Fae, Revenant, di sepanjang tanah Callasia. Pemain-pemain akan melatih tentera mereka yang diketuai oleh ‘Hero’, dan akan diarahkan untuk menakluki sempadan-sempadan melalui peta yang strategik. Objektif permainan adalah untuk menakluki kesemua istana-istana musuh dan memerintah dunia.

Untuk pengetahuan anda, sasaran kutipan melalui Kickstarter bagi projek ini ialah $50,000. Mari sama-sama kita sokong projek ini supaya nanti kita juga yang akan dapat merasa keseronokannya.

Laman Kickstarter : Legends of Fire & Steel

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Poltergeist (2015): Hantu?

0
Waktu dulu ketika kecil saya menonton filem Poltergeist di rumah Mak Ngah saya (arwah) bersama-sama dengan saudara saya, di depan televisyen petak-gemuk, digabungkan bersama tape player. Duduk lah di depan tv petak-gemuk itu ramai-ramai. Paling kelakar, apabila ia tiba-tiba ‘rosak’, gambar yang keluar cuma ‘semut-semut’ kecil. Maka Mak Ngah akan mengarahkan budak yang paling depan untuk ‘hempuk’ atau ‘lempang’ ‘pipi tv’ itu. Hahahah.. kenangan paling indah waktu dulu. Budak zaman sekarang tak tahu pun apa itu tape player agaknya.

Ok, cukup dengan nostalgia. Kita beralih kepada filem Poltergeist versi remake tahun 2015.

Waktu saya menonton filem ini, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, kerana saya seakan pasti, bahawa filem-filem bergenre seram yang terbaru semuanya sama. Terlalu banyak dengan ‘jump scares’ yang keterlaluan dan membosankan.

Namun saya silap. Walaupun ada jump scares yang adakalanya saya rasa seperti tidak kena pada tempatnya, tetapi filem remake atau reboot ini pada saya ianya tidak gagal, walaupun tidak memenuhi kepuasan hati saya yang sememangnya menggemari filem asal (Poltergeist – 1982).

Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana apa yang ingin saya tulis sudah pun ditulis di ‘luar sana’. Apapun filem Poltergeist 2015 ini tidaklah begitu mengecewakan. Terdapat beberapa babak yang saya tunggu, antaranya ialah babak Griffin ditarik keluar oleh pokok, babak kolam mayat, dan juga rumah yang runtuh.

Ianya menerima sentuhan moden, dan ada juga beberapa babak lain yang dicipta baru untuk memberi nafas segar, contohnya penggunaan Drone berkamera untuk masuk dan mencari Madison yang hilang ditarik ke dalam alam roh.

Di dalam ‘alam’ tersebut juga digambarkan bagaimana keadaan roh-roh yang tidak tenang, dan ini saya boleh katakan sebagai gambaran yang berjaya kerana kesan visual dan CGI yang dibuat adalah tampak begitu realistik dan mudah difahami keadaan sekitarnya meskipun tampak agak sedikit kucar-kacir.

Apapun saya berpuas hati dan saya boleh katakan Poltergeist 2015 ini adalah lebih sesuai dengan golongan Generasi Y, dan mungkin peminat filem Poltergeist tahun 1982 tidak beberapa menghargainya dek kerana ia seakan ‘half-baked’, tiada jiwa, tetapi bagi Generasi Y saya rasa ianya boleh diterima dan ‘cukup seram’.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Solid Explorer File Manager Versi Stabil 2.0.0 Dilepaskan

0
Solid Explorer ialah pengurus fail untuk Android yang mempunyai pelbagai ciri (ayat tipikal lah). Setakat ini rating dari Google Play Store untuk Solid Explorer ialah 4.9. Akan datang mungkin akan turun sedikit, namun saya boleh jamin rating ini akan kekal tinggi untuk tempoh masa yang lama.

Apa yang menjadikan Solid Explorer menyerlah berbanding yang lain? Selain Material Design, Solid Explorer juga kaya dengan ciri pengubahsuaian (customization) yang sememangnya ‘kena’ dengan jiwa para pengguna termaju.

Ia mempunyai 2 panel bebas yang masing-masing bertindak sebagai pengurus fail sebelah-menyebelah. Juga punyai ciri Root, plugin, sokongan simpanan awan, dan pelbagai lagi ciri yang tak mampu ditulis ringkas.

Kini Solid Explorer telah mencapai versi stabil 2.0 setelah sekian lama berada dalam fasa beta. Ia dilepaskan kepada pengguna secara rasmi melalui Google Play Store semalam dan menerima reviu positif dari pengguna.

Kalau ada satu aplikasi pengurus fail yang berbaloi untuk dibeli, tak usah pandang kepada aplikasi lain lagi. Inilah satu-satunya pengurus fail yang lancar, pantas, mempunyai reka bentuk yang ‘sedap mata memandang’, boleh diubahsuai paparan antaramukanya melalui tema, terdapat ikon yang boleh dimuat turun dan…

Apa kata anda cuba sendiri : Solid Explorer File Manager

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Repost: Tips Mengelakkan Daripada Pemacu USB Dijangkiti Virus Shortcut Dan Lain-Lain Virus Geli-Geli

0
Anda teringin nak memiliki pemacu USB yang paling kebal dalam dunia, yang tidak akan dapat dijangkiti sebarang virus? Tambahan lagi virus-virus ‘common’ yang selalu sangat menjangkiti pemacu USB seperti virus shortcut, yang nampaknya enggan ‘meninggalkan dunia maya’.

Sangat.. menjengkelkan..

Oleh itu apa yang anda perlukan?

Oh ya, anda perlukan sebuah PC yang bebas dari virus terlebih dahulu. Kemudian masukkan pemacu USB ke mana-mana port yang anda suka. Tunggu sehingga label/nama pemacu anda keluar, dan kemudian namakan ia semula dengan menggunakan Segitiga Ajaib Sangat ini : Δ

Sebagai contoh:

ΔMr. Hac KacakΔ

Apakah logika di sebalik perbuatan ini?

Sebenarnya awal pemilihan kaedah ini, adalah didapati melalui ‘perbuatan’ Antivirus dari Indonesia iaitu SMADAV. SMADAV mempunyai satu ciri yang mewujudkan perbahasan panjan iaitu ‘folder ajaib’ yang bernama SmadLock.

Sebaik anda menggunakan SmadLock ini, akan tercipta satu folder dengan nama Δ Smad-Lock (Brankas Smadav) Δ. Ya, segitiga itu juga adalah lambang SMADAV, tetapi jangan silap. Di situlah terletaknya rahsia SMADAV. Segitiga tersebut adalah punca mengapa virus tidak dapat ‘masuk’ ke dalam pemacu USB anda kerana ianya termasuk dalam golongan orang baik-baik kategori Extended ASCII Codes, iaitu karakter-karakter yang tidak dapat dimengerti oleh virus lalu ‘difahami’ olehnya sebagai tanda tanya (?).

Wow. Mudah bukan?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Repost: Shortcut Virus Remover (Belajar Cara Menghapuskan Virus Shortcut Melalui Command Prompt)

0
Tahun 2015, virus shortcut masih berleluasa lagi. Serius? yeah.. serius.. -_-Tak pasti sejak tahun bila ia dicipta, tapi yang pasti ianya adalah kod asas, namun yang ‘asas’ inilah yang telah menyusahkan ramai orang bertahun lamanya.

Apa yang pasti ia amat menjengkelkan. Saya sudah bosan melihat komputer dan pemacu USB yang dijangkiti dengan virus ‘mudah’ ini.

Jadi untuk memudahkan cara, apa kata anda hafal baris perintah di bawah supaya apabila kena di esok hari, anda tidak gelabah puyuh, berpeluh dahi dan menangis di tepi dinding menyalahkan takdir. Huh..

1. Tekan butang Windows + R, taipkan cmd, dan tekan Enter.
2. Halakan cmd ke pemacu USB anda.
3. Taipkan baris perintah ini : del *.lnk dan tekan Enter.
4. Taipkan : attrib -h -r -s /s /d F:*.* (Huruf F tersebut adalah label untuk pemacu anda. Tukarkan ia jika hurufnya berlainan)
5. Tekan Enter dan tunggu sehingga selesai.

Berikut adalah contohnya. Saya demokan pada pemacu USB saya yang jelasnya tiada virus tersebut. -_-

Anda jenis pening kepala? Tak tahu ‘bermain’ dengan command prompt? Ahhh.. download je lah app di bawah ini:

Klik pautan muat turun untuk orang yang malas menghafal baris perintah : Shortcut Virus Remover

Har har har.. <— gelak jahat

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Clash Of Clans Free Bots

0
junk-koyoe

OMG! CLASH OF CLANS FREE BOTS

Well its been a long time since I have gone now I’m back with another cool stuff for those who addicted to the number one ranked game on mobile phone (I guess) Clash Of Clans.

As the title say today I will present to you a FREE Clash Of Clans Bot, yes it is free. The only thing you need is a computer with 2 GB of RAM, the reason is this bot will use an application called Bluestack that enable you to play COC on your computer and this application is quite heavy for any wood computer out there.

All the information you need about this bot are all in their site, just do a few click and you will have it.

Download link below are all safe there is no ads or GST attached, enjoy:

why waste your money to buy COC Bot when there is a Free Bot

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

ZPN VPN : Bandwidth Percuma 10GB Setiap Bulan

0

Ahhh, artikel VPN, lagi.. untuk adik-adik abang yang ajet-ajet hejes, gunakan VPN atau SSH untuk bypass kuota DiGi, Celcom, Maxis, U Mobile tu, errr.. artikel ini bukan untuk anda.

Tapi jika anda berminat dengan servis VPN yang sesuai dengan kocek anda, maka anda boleh teruskan membaca. Buat sementara ini, jika diikutkan kepada pelan, masih belum ada lagi servis VPN/OpenVPN yang boleh menandingi FinchVPN. FinchVPN, selain dari murah, ia juga menawarkan beberapa ciri yang boleh ‘mengikat’, contohnya SSH Over VPN, dan juga Anti DPI.

Namun tidak dapat tidak perlu juga cari alternatif, sekadar untuk dijadikan sandaran kepada servis yang ada. Maka dengan itu saya perkenalkan ZPN VPN, satu servis VPN yang memberikan secara percuma 10GB bandwidth kepada mana-mana penggunanya.

Apa yang saya suka mengenai ZPN ialah klien untuk Android yang mempunyai ciri-ciri menarik, seperti port yang boleh ditukar, dan jenis sambungan (TCP/UDP). Kebanyakan servis percuma yang lain, kliennya terlalu ringkas. Kebiasaannya port dan jenis sambungan adalah dibiarkan apa yang diberi oleh servis. Tetapi ZPN memberikan anda pilihan ini.

Lihat paparan-paparan skrin aplikasi ZPN VPN di bawah:

Dari segi harga, boleh lah dikatakan tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah. Ianya adalah sederhana, dan sesuai digunakan jika pilihan-pilihan servis yang lain mengecewakan anda. Buat sementara waktu ini, jika servis FinchVPN tidak sempat untuk saya ‘renew’ (atas apa jua alasan), maka ZPN adalah pilihan paling hampir untuk bersambung kepada rangkaian VPN.

Anda boleh klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:

ZPN @ Google Play Store

ZPN Official Website

Views: 1

Iklan Newspaper Inline