Utama Blog Laman 174

Projek The Outer Blueprint – Continued : Hadir Dengan Spesifikasi Gila Turing Monolith Chaconne

0

 

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh readers!
Masih ingatkah kepada projek The Outer Blueprint dari Turing Robotic Industries (TRI) yang debut sebuah telefon berspesifikasi gila – Cadenza? Kalau masih ingat, ayuh kita muntah pelangi dengan sebuah lagi projek mega – The Outer Blueprint Continued.

 

Here’s to the insane, the crazy ones, the misfits, the fools, the rebels, the troublemakers and the ones who see things differently. You can quote them, disagree with them, glorify or vilify them, but the only thing you can’t do is ignore them because they alter things. They lead us down a new path – and while some may see them as insane, we see brilliance – because the ones who are crazy enough to think they can alter the world, are the ones who do.
– Inspired by Steve Jobs
Diberi nama Turing Monolith Chaconne, next gen imaginative phone tidak hanya sebagai penerus yet-to-launch Cadenza, spesifikasinya juga as much crazy dan far-fetched.

 

Sedikit sebanyak mengenai spesifikasi Monolith Chaconne – Telefon epik dari Turing Robotic Industries (TRI) selepas Cadenza, which is will be coming with everything much than its sibling:
Pengeluar
Turing Robotic Industries
Model / Variant
Turing Monolith Chaconne
Harga
TBA (To Be Announce)
Rekaan
Badan Grafin Oksida
Bingkai Logam Cecair
Saiz Paparan dan Jenis
6.4 inci
Resolusi Paparan
3840 x 2160 px
4k Display
Chipset
3x Qualcomm Snapdragon 830
Ruang Memori
3x 256GB
RAM
3x 6GB LPDDR4X
Keboleh-luasan Memori
2x slot memori 256GB MicroSD
Sistem Operasi
SwordfishOS bersumber dasarkan SailfishOS
Kamera Utama
60MP Quad Sensory Array
Kamera Kedua
20MP Quad Sensory Array
Bateri
120wh berdasarkan:
3600mAh Graphene Super-Capasitor + 2400mAh li-on + Hydrogen Fuel Cell
Rangkaian
4G + VoLTE
3G
GSM
Jenis SIM
4x Slot SIM
Ciri Lain
Marshall Audio
WiGig Network Support 

 

Gudang Kemudahan R&D dan Produksi TRI yang terletak di Salo, Finland.

 

Behold, the Turing Monolith Chaconne.
Bahkan TRI menjemput manusia-manusia gila untuk bersama-sama menyertai mereka, bagi yang berkelayakan.
If you think you’re insane enough to want to alter the world, we invite you to be a part of the Turing Phone Cadenza and Turing Monolith Chaconne team. TRI Finland warmly welcomes you. Email us at changetheworld@turingphone.com to subscribe to our team of misfits and rebels.

 

 

 

 

Until next time, dan semoga berjaya Turing Robotic Industries!Signing Out,
MyNiM

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

iDope: Aplikasi Enjin Carian Torrent Tanpa Jejak

0

Mahukah anda, jika ada satu aplikasi yang mampu memberikan anda hasil carian untuk torrent semata-mata, seakan KickAss Torrent tetapi versi mobil?

Tahukah anda, terdapat satu aplikasi yang boleh berbuat demikian, tanpa menjejak aktiviti anda?

Ya, nama aplikasi tersebut ialah iDope, sebuah aplikasi enjin carian fail-fail torrent versi mobil, tanpa jejak, tanpa iklan, dan juga tanpa keraguan.

Dicipta sebagai satu bentuk penghormatan kepada laman KickAss Torrent yang telah pun ditutup, iDope berciri memudahkan pengguna tanpa perlu lagi tercari-cari laman carian torrent paling baik, terutamanya jika ia melibatkan filem-filem terbaru versi BRRip (nota : lanun).

Jika ia digabungkan bersama lain-lain aplikasi seperti Flud (untuk memuat turun), atau aplikasi yang membolehkan penstriman iaitu Torrent Video Streaming sebagai ‘perantara’ untuk strim kepada aplikasi VLC, maka lengkaplah sudah ‘tools’ untuk anda menikmati filem-filem yang tersimpan sebagai khazanah torrent dalam telefon pintar anda sahaja.

Aplikasi iDope ini akan memaparkan perincian fail dari pautan magnet, dan juga pautan untuk muat turun fail torrent tersebut. Ia juga ada menunjukkan perincian fail-fail yang terkandung dalam sesebuah torrent, jadi tidak perlu lagi mencarinya melalui pelayar web dan enjin carian luaran. Semua sudah tersedia dalam iDope.

Anda boleh membaca mengenai iDope dan muat turun ia pada pautan berikut.


iDope – Torrent Search Engine

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

U Mobile U Special Loyalty Program Dilancarkan Khusus Untuk Pelanggan Setia

0

Sebenarnya, kalau ditanya la pada saya, dalam banyak-banyak pelan telco, U Mobile lah yang paling menyerlah dan boleh dikatakan terbaik. Namun rungutan yang selalu kedengaran adalah “U Mobile mohon tingkatkan kualiti coverage area rumah saya!”. Kalau tidak kerana satu sebab rungutan ini, rasanya kebanyakan pelan U Mobile memang sudah boleh membuat telco lain ‘kepanasan’ dalam dilema.

Jadi mungkin atas antara sebab-sebab tersebut, U Mobile kini menawarkan suatu program yang dinamakan sebagai U Special Loyalty Program/Programme, khusus untuk pengguna U Mobile yang layak. Diulangi, yang layak sahaja.

Dalam ‘loyalty program’ ini, mana-mana pengguna yang layak tersebut akan menikmati faedah dan ganjaran ketika mereka berkembara, seperti e-voucher untuk makanan percuma di rangkaian Starbucks yang mengambil bahagian di KLIA atau KLIA2, insurans perjalanan percuma, dan kadar istimewa untuk penginapan di Berjaya Hotel Resorts yang terpilih.

Program ini adalah percuma, tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan, dan pengguna yang terpilih akan dihubungi melalui SMS atau e-mel. Kelayakan adalah melalui jemputan sahaja, dan ia tidak boleh dipindah milik. Untuk melayakkan diri, pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam setiap bil dan telah bersama dengan U Mobile minimum 12 bulan ke atas. Kelayakan ini akan dinilai setiap 6 bulan.

Jika anda pengguna U Mobile dan ingin menyemak sama ada anda layak atau tidak untuk program ini, anda boleh semak melalui pautan INI, atau melalui aplikasi MyUMobile.

Antara faedah dan keistimewaan yang akan diperoleh dalam program ini ialah:

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Pelanggan Prabayar Digi Boleh Menikmati Langganan 3 Bulan iflix Secara Percuma

0

Tak taulah Digi ni ada affair ke apa dengan iflix (pun intended), tapi berita terbaru, mereka menawarkan langganan selama 3 bulan secara percuma kepada semua pelanggan prabayar untuk akaun iflix, yang perlu diakses menggunakan rangkaian Digi.

Mana-mana pelanggan yang mengaktifkan akaun iflix bermula dari sekarang hingga 20 September akan mendapatkan akses kepada iflix selama 3 bulan.

Kolaborasi sebelum ini telah menunjukkan bahawa Digi dan iflix dapat memberikan pilihan baru kepada pengguna pascabayar apabila mana-mana pengguna yang mengaktifkan pelan Digi Postpaid 80 akan segera mendapatkan akses kepada iflix selama 12 bulan.

Dengan akaun iflix yang premium ini, pengguna akan dapat menonton beribu kandungan yang terdiri dari pelbagai drama, filem, dan rancangan televisyen. Sebanyak 5 buah peranti boleh digunakan serentak termasuk telefon pintar, laptop, tablet, smart TV, dan sebagainya lagi. Langganan ini juga boleh dikongsikan kepada rakan atau ahli keluarga.

Jika anda pengguna prabayar Digi, sila ke pautan di bawah dan aktifkan iflix anda. Tidak boleh menggunakan VPN, kerana ia hanya akan ‘mengesan’ akaun anda secara automatik melalui rangkaian Digi sahaja, sama seperti pengguna pascabayar.


iflix | Digi

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

13 Aplikasi Alternatif Kepada Kodi: Jom Layan Movie Online

2

Setelah kita puas berkenalan dengan aplikasi Kodi, pasti ada yang tertanya-tanya, “Takkan Kodi je yang ada?”. Ya, ada beberapa lagi aplikasi lain yang berbaloi untuk dicuba sekiranya anda memang ‘kaki streaming’.

Jom kita berkenalan pula dengan aplikasi-aplikasi lain yang boleh digunakan untuk strim kandungan media seperti video dan audio secara percuma ataupun berbayar. Dengan aplikasi-aplikasi ini, saya yakin Android Box anda akan lebih ‘meriah’, pelbagai pilihan video boleh distrim sampailah anda berjaya ‘muntah hijau’.

Sebenarnya aplikasi alternatif ada banyak. Cuma dalam artikel ini saya senaraikan yang benar-benar ‘legit’ dan masih dalam pembangunan, bukan yang ditinggalkan oleh pembangunnya. Kalau ada pun mungkin Showbox sahaja (tak pasti sama ada ia masih aktif dibangunkan atau sebaliknya).


Senarai Aplikasi Alternatif Kepada Kodi

1. Showbox

Showbox ni boleh dikatakan antara aplikasi paling popular sebagai alternatif kepada Kodi. Ramai yang dah sedia tahu pun mengenainya, tetapi saya senaraikan juga sebagai info kepada mereka yang masih belum tahu. Asalkan ada sambungan internet tanpa had data, Showbox boleh buat anda leka dengan senarai pilihan filem-filem yang ada.

Muat turun : Showbox apk

2. Megabox HD

Sesuai dengan namanya, Megabox HD membolehkan pengguna untuk strim dari senarai drama bersiri dan filem-filem terbaru yang dikemaskini setiap hari. Pengguna juga boleh memuat turun video-video tersebut.

 

Muat turun Megabox HD di sini : Megabox HD

3. Cinema Box

Anda boleh baca perincian reviu Cinema Box di sini : Cinema Box

4. Movie Box

Aplikasi ini juga adalah lebih kurang sama dengan Showbox, Megabox HD, dan Cinema Box. Paparan antaramuka sahaja yang sedikit berbeza, dengan ‘hamburger’ menu di sebelah kiri. Ianya serasi dengan sistem operasi Android dan iOS. Tak perlu kepada sebarang pendaftaran, cuma perlu muat turun, pasang dan jalankan ia.

Muat turun : Movie Box

5. PlayBox HD

Aplikasi seterusnya ialah PlayBox HD. Ianya bukan dari senarai aplikasi kegemaran saya, kerana sumbernya agak meragukan, dari segi siapa pembangunnya, dan adakah ianya masih lagi dibangunkan terus-menerus, dua perkara ini membuatkan saya tidak beberapa gemar untuk memasangnya. Namun jika aplikasi yang lain ‘gagal’, mungkin ia adalah pilihan terakhir yang ‘terbaik’. Maklum lah, percuma.

Muat turun : PlayBox HD

6. Popcorn Time (Time4Popcorn)

Baca reviu Popcorn Time (for Android) di sini : Popcorn Time (Time4Popcorn)

Popcorn Time juga ada versi untuk PC.

Pautan di artikel reviu tersebut sudah pun tidak lagi aktif. Ini adalah sumber muat turun yang baharu:

Muat turun : Time4Popcorn

7. iflix

iflix pernah digelarkan sebagai ‘Netflix Malaysia. Ia menawarkan pelbagai senarai dari katalog-katalog drama bersiri, dan juga filem-filem. Boleh dilanggan semurah RM10 sebulan, iflix menjadi pilihan nombor 1 setelah habis langganan percubaan Netflix. Hehe.

Baca reviu iflix di sini : iflix

8. Netflix

Baca reviu Netflix di sini : Neflix

Tips dan trik Netflix.

9. Cartoon HD

Maaf, aplikasi ini juga saya tidak dapat pastikan sumber asalnya. Laman yang mengehoskan fail apk bagi aplikasi ini bukan sumber asli, bererti ia bukan dari pembangunnya yang asal. Tetapi tidak mengapa, selagi ianya dikemaskini (mungkin), selagi ia ada di situ untuk dimuat turun dengan percuma, kita gunakan sahaja. Kalau anda ragu, anda boleh imbas ia dengan mana-mana antivirus (kalau mahu).

Muat turun : Cartoon HD

10. BoxTV

Baru sebentar tadi saya mencuba aplikasi BoxTV ini. Tak sangka juga ia ada dalam Google Play Store, kerana kalau Kodi itu mungkin juga agak sukar untuk dinyahaktifkan oleh pihak Google atas dasar melanggar akta hak cipta, kerana di ‘dalamnya’ bukan hanya ada sekadar filem cetak rompak. Ia ‘ada belaka’. Tetapi BoxTV ini, haih. Anda tengoklah sendiri. Ahahah.

Muat turun : BoxTV

11. Popcorn Time (Projek Asal)

Ya, mohon jangan tanya banyak. Hahahah. Saya pun pening mana satu sebenarnya projek asal, tetapi kalau mengikut kepada Andrew dari WebUpd8, Popcorn Time adalah projek asal dan Time4Popcorn adalah versi ‘fork’ kepadanya. Em, lantaklah situ.

Muat turun : Popcorn Time

12. Terrarium TV

Ahah! Ini satu-satunya aplikasi yang pada saya agak kemas, meskipun ada iklan terpapar, tetapi ia ‘ringan’ dan tidak membebankan pemproses telefon pintar anda. Pautan yang diberikan juga dinamakan dengan kemas (saya suka sangat apa yang mereka lakukan ini! Heheh), dan terdapat pilihan dari 1080p hinggalah kepada versi ‘biasa’.

Muat turun : Terrarium TV

13. Movie HD

Aplikasi terakhir ini juga adalah alternatif terakhir jika kesemua aplikasi-aplikasi lain yang di atas tidak lagi dibangunkan, gagal, tidak berkesan, atau apa juga ralat yang mungkin akan timbul nanti. Saya memang kurang gemar dengan aplikasi yang tidak jelas sumbernya, namun sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik ia dimasukkan ke dalam senarai kerana tidak mustahil suatu hari nanti pembangun asalnya akan mengambil alih kembali.

Muat turun : Movie HD

Sebutan Terhormat (Honorable Mention)

Mobdro, merupakan aplikasi yang membolehkan anda untuk strim pelbagai saluran televisyen di seluruh dunia. Dari berita, hinggalah kepada Video-On-Demand (VOD), anda boleh pilih dan tonton terus tanpa perlu mendaftar.

Baca reviu Mobdro di sini : Mobdro

Selesai sudah senarai 13 aplikasi alternatif kepada Kodi ini. Jika anda suka artikel seperti ini ditulis lagi pada waktu akan datang, jangan segan silu untuk menekan butang ‘share’ di bawah ini ya.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Adobe Mengumumkan Pemain Flash Terbaru Untuk Linux Dalam Versi 23 [Beta]

0

Semalam, Chris Campbell dari tim Adobe Flash Player dan Adobe AIR development mengumumkan bahawa sokongan terhadap sistem operasi Linux bagi pemain flash akan kembali.

Setelah 4 tahun mengabaikan dan meninggalkan Linux, terkini versi beta bagi pemain flash dilepaskan.

Jika anda menggunakan pelayar web berasaskan Chromium seperti Google Chrome, anda pasti tidak akan pernah terfikir lagi tentang pemain flash kerana ia didatangkan dengan versi terbaru secara terbina dalaman.

Namun buat pengguna tegar pelayar web lain seperti Firefox, berita ini mungkin sedikit melegakan meskipun pada saya, pemain flash adalah sesuatu yang sudah ketinggalan zaman di era HTML5 ini.

Apapun, jika anda tetap mahu menggunakan versi terbaru (beta) ini, silakan muat turun ia bagi sistem operasi yang anda gunakan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Album LifeBuuk Saya Dah Sampai!

0

Akhirnya, setelah beberapa hari menunggu, sampai jua album LifeBuuk yang telah saya tempah pada minggu lepas. Tak sia-sia tempah kerana kualiti album ini memang top notch!

Kulit album dicetak dengan versi hard cover, mengikut kepada reka bentuk yang telah dipilih melalui aplikasinya. Suka untuk saya ingatkan, setiap kulit muka hadapan adalah berbeza setiap bulan, jadi kulit yang telah anda pilih itu, jika anda ‘terlepas’ dari menggunakannya pada bulan ini, maka sayonara forever!

Album turut dicetak pada kertas berkualiti tinggi anti pudar, dari teknologi Fujifilm, bersaiz 4R, dan mempunyai garisan putus-putus padanya yang memudahkan pengguna untuk mengoyak bagi tujuan meletakkan gambar tersebut dalam bingkai.

Aplikasi LifeBuuk membenarkan pengguna untuk menyunting serba sedikit gambar yang akan dicetak. Cuma dalam versi album saya sendiri, saya biarkan ‘kosong’ kerana – blur ketika pertama kali guna, juga sedikit teruja. Hahaha.

Cetakan berkualiti tinggi dari LifeBuuk ini akan membenarkan pengguna menikmati hasil dari setiap tangkapan gambar bertahan dengan lebih lama. Dalam 50 keping gambar ini, kesemuanya saya ambil dengan menggunakan Zenfone 2. Cun kan?

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda juga mahu album seperti saya, muat turun aplikasi LifeBuuk sekarang, sunting, muat naik, dan buatlah tempahan hari ini juga!.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kali Linux 2016.2 Dilepaskan: Muat Turun Sekarang!

0

Ada sebuah sistem operasi lagenda yang dahulunya dikenali sebagai BackTrack. Sistem operasi Linux tersebut amat popular dikalangan para penguji kerentanan/sekuriti pada sesebuah sistem/laman web/pelayan.

Setelah mengalami beberapa evolusi, akhirnya BackTrack telah dijenamakan semula, bertukar nama kepada Kodi. Ehhh, maksud saya, Kali Linux.

Kali Linux Gnome

Jadi apa pula yang baharu dalam versi Kali kali ini? Huh. Kenapa la nama dia Kali. -_-

Pembaharuan kali ini membawakan persekitaran desktop yang berbeza-beza mengikut kepada pilihan pengguna itu sendiri secara lalai (default) untuk dimuat turun.

Persekitaran desktop yang telah disediakan ialah Gnome (seperti paparan skrin yang anda lihat pada gambar cover di atas), LXDE, MATE, XFCE, E17, dan KDE.

Enlightenment 17 (E17)

 

KDE

 

LXDE

 

MATE

 

XFCE
Kali Linux juga telah pun menggunakan konsep ‘rolling release’ seperti Arch Linux, yang mana ia akan mengemaskini sistem operasi secara keseluruhannya ataupun aplikasi-aplikasi secara individual dengan konsisten (bleeding edge) tanpa mempunyai versi-versi setiap beberapa bulan, contohnya Ubuntu.
Atas sebab itu pengguna adalah digalakkan untuk mengemaskini sistem operasi mereka ataupun muat turun ISO terbaru yang telah dilepaskan.

 

Muat turun Kali Linux 2016.2 dengan mengklik pada butang di bawah.


Download Kali Linux 2016.2

Sumber : Kali Linux

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kerana Si Nakal ‘Pegasus’, Apple Mengeluarkan Kemas-kini Kritikal iOS

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikal mengenai iOS.
Kali ini mengenai si nakal ‘Pegasus‘ ini.
Para penyelidik keselamatan telah mengenalpasti monster berkepala tiga yang boleh record suara, ambil kata laluan, baca SMS, record panggilan, dan pengunaan pengguna. Semua versi iOS dari 9.3.4 dan ke bawah mudah terjejas.

Serangan itu menggunakan produk mobile spyware, iaitu si ‘Pegasus’ ini, dicipta oleh NSO Group (merupakan syarikat perang siber Israel) untuk menyerang sasaran bernilai tinggi. Dengan menggunakan satu dari tiga keselamatan yang mudah terdedah dari iOS 9.3.4 iaitu ‘Trident‘. Exploit tersebut mampu merampas iPhone, iPod Touch, atau iPad pengguna dengan satu klik. Wahh

Menurut Mike Murray, VP of Security Research and Response di firma keselamatan siber, Lookout :

The Trident vulnerability chain is the first that anyone’s seen of a one-click remote jailbreak of an Apple device. It’s the smoking gun active mobile threat that we’ve always known existed but didn’t yet have proof of. This demonstrates that highly resourced actors see the mobile platform as a fertile target for gathering information about targets and regularly exploit the mobile environment for this purpose.

Malangnya, kelemahan (vulnerabilities) lebih daripada sebulan yang lalu pada ketika ini, jadi tidak jelas bagaimana sebaran kerosakan tersebut. Penyelidik keselamatan di Citizen Lab dan Lookout bekerja secara langsung dengan Apple untuk mengenal pasti dan mengeluarkan segera patch kecemasan untuk menutup kelemahan (vulnerabilities) tersebut.

Apple telahpun keluarkan kemaskini yang terbaru, iaitu iOS 9.3.5 yang mengandungi patch tersebut. iOS 9.3.5 dianggap sebagai kemas-kini terakhir bagi iOS 9 sebelum melancarkan iOS 10 tidak lama lagi. Jadi kelemahan yang baru ditemui membawa kepada perubahan rancangan, dan juga pada versi baru iOS. Kemas-kini (iOS 9.3.5) boleh didapati sekarang untuk semua peranti iOS di Software Update dan iTunes yang berdekatan dengan kawasan yang ada internet. hehehe

Untuk muat-turun manual sila klik sini dan pilih model iDevices anda, muat-turun dan restore dengan iTunes (pastikan iTunes anda yang terkini). Ini merupakan update yang terakhir yang support iPhone 4S, iPad 2, 3, iPod Touch 5 dan juga iPad Mini (generasi pertama).

Jika anda masih lagi menggunakan iOS 9.3.4 dan ke bawah, kemas-kini segera tau. Bagi yang jailbreak, sila cari repo dan pasang tool untuk buang ‘Pegasus‘ ini sekiranya anda sayang jailbreak dan tidak mahu kemas-kini iOS yang terkini.

Jailbreak memang dapat memberi kepuasan pengguna, tetapi keselamatan data kita adalah keutamaan kita 🙂

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

The Outer Blueprint – Projek Gila Dari Turing Robotic Industries (TRI)

0
Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh readers!

Pagi ini saya semak emails,  tiba-tiba mata tertancap ada satu newsletter yang menarik perhatian saya, yang mana newsletter ini sejak dari dulu saya ikuti perkembangannya. Tanpa membuang masa kita semak isi kandungan newsletter ini, dan apa yang menarik sangat mengenainya.

 

The Outer Blueprint is a leading edge program designed by TRI to realize the next generation of mobile devices. We’ve been seriously thinking about ways to dramatically improve our day to day mobile communication and how we use applications, one of which is the practical use of artificial intelligence (AI). We’ve seen chatbots come and go, but those that remain only serve as a shortcut to basic information such as weather status, street navigation, restaurant choices and internet searches. TRI’s research into AI goes further into deep learning and we’re interested in knowing how machines can be more beneficial to us. TRI foresees a new machine with far more computing power to serve our daily needs when we need them the most, thus we’ve dreamed up and have begun development of what we call a “perfectly designed device.” We introduce to you – the Turing Phone Cadenza.

 

Sedikit sebanyak mengenai spesifikasi Cadenza – Telefon terbaru dari Turing Robotic Industries (TRI) adalah seperti berikut:
Pengeluar
Turing Robotic Industries
Model / Variant
Turing Phone Cadenza
Harga
TBA (To Be Announce)
Rekaan
Badan Grafin Oksida
Bingkai Logam Cecair
Saiz Paparan dan Jenis
5.8 inci
Resolusi Paparan
2560 x 1440 px
Chipset
2x Qualcomm Snapdragon 830
Ruang Memori
2x 256GB NAND Flash 2
RAM
2x 6GB LPDDR4X
Keboleh-luasan Memori
2x slot memori 256GB MicroSD
Sistem Operasi
SwordfishOS bersumber dasarkan SailfishOS
Kamera Utama
60MP Quad Sensory Array
Kamera Kedua
20MP Quad Sensory Array
Bateri
100wh berdasarkan:
2600mAh Graphene Super-Capasitor + 1600mAh li-on + Hydrogen Fuel Cell
Jenis SIM
4x Slot SIM
Ciri Lain
Marshall Audio
WiGig Network Support
Rasa menarik perhatian dengan spesifikasi gila tersebut kan?
Semoga Turing Robotic Industries (TRI) berjaya merealisasikan hasrat mereka untuk kali ini, selepas beberapa kali projek mereka tergendala.
Sekian saja buat kali ini, saya undur diri dulu dan amati perkataan beliau ini dan kena mula berjimat:

A man provided with paper, pencil, and rubber, and subject to strict discipline, is in effect a universal machine.

— Alan Turing
Signing Out,
MyNiM.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline