Dah boleh jailbreak? Auumm. Kredit to @qwertyoruiop
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel iOS.
Kali ini topik mengenai kembalinya iOS Hacker, Luca Todesco
Adakah iPhone 7 boleh jailbreak?
Luca Todesco telah pun jawab soalan itu pada screenshot di atas, Cydia running pada iPhone 7. Beliau telah bermain2 meneroka sistem keselamatan pada iPhone 7 menemui sistem keselamatan baru iPhone untuk melindungi peranti tersebut daripada digodam.
Sistem keselamatan baru itu ialah Kernel Patch Protection, (KPP) pada peranti Apple yang baru itu dilaporkan sebagai generasi baru yang mana memerangkap semua penulisan dari dalam kernel pada kawalan memorinya sendiri untuk memperkukuhkan keselamatan. Tambahan pula, cache dari kerneliOS 10 pada peranti tersebut dilaporkan menggunakan beberapa jenis algorithm pemampatan serba baru. Kernel tersebut kekal unencrypted.
iPhone 7 has a “new generation” KPP: Seems like it traps all writes to kernel from the mem controller.
Todesco telah pun kongsikan apa yang dia buat pada iPhone 7 dengan Cydia berjalan pada peranti tersebut. Kedua2 iPhone 9,3 dan iOS 10.0.1 jelas kelihatan pada bawah aplikasi Cydia dekat gambar di bawah :
Todesco juga telah menunjuk jailbreak pada iOS 10 berfungsi yang mana beliau memanggilnya yaluX suatu ketika dahulu, dan ia merupakan salah satu daripada hardest jailbreaks untuk dicipta setakat ini sejak KPP Apple direka untuk panic apabila sesuatu yang kelihatan luar biasa pada peranti.
Dari apa yang kita dapat kumpulkan dari teases sebelumnya oleh Todesco, ia kelihatan seperti semi-untethered sama seperti jailbreak Pangu untuk iOS 9.3.3 kerana ia memerluka pengguna untuk melancarkan sideloaded app untuk menyuntik kod pihak-ketiga pada peranti. Ini bermakna penguna harus melancarkan semula aplikasi tersebut dari Home screen tiap kali peranti tersebut reboots.
Walaupun pergelutan, bertarung dan berperang dengan KPP merupakan perkara2 lain, Cydia dapat dilancarkan dengan normalnya pada iOS 10 jailbreak Todesco dan beliau mampu dapatkan Cydia Substrate dan beberapa penyambungan Substrate-based dari Cydia untuk berfungsi dengan baik setelah membuat perpustakaan sendiri untuk menggantikan SubstrateLauncher atas sebab2 ketidakserasian.
Berdasarkan rekod pretasi Todesco, kemungkinan besar jailbreak ini tidak akan dikeluarkan untuk orang ramai. Sebaliknya, kita tahu Pangu telahpun menunjukkan minat untuk menghasilkan jailbreak iOS 10. Jadi harap ia tidak terlalu lama sebelum pengguna boleh mula mengubahsuai iOS 10 mereka. Mesti tidak sabar kan?
Jadi, jika la iOS 10 ni dah boleh jailbreak, adakah anda semua nak jailbreak? Ataupun dah selesa dengan features iOS 10 (yang mana dicedok dari tweak jailbreak hahaha). Komen di bawah sebarang pendapat dan persoalan yer?
The Pirate Bay ni kita sedia maklum, merupakan laman web torrent nombor 1 ketika ini, setelah laman KickAss ditutup, dan disusuli oleh beberapa laman web lain selang sebulan secara berturut-turut.
Jadi selaku laman nombor 1, tak hairan sangat kalau kandungan yang disediakan berselang-seli dengan porno. Errr…
Hinggalah laman terbaru ini dibuat, ialah TPBClean. Syukur, dah boleh bookmark tanpa rasa ragu lagi dah. Maklum saja, kalau pelajar yang bookmark, bila kawan-kawan yang bukan nerd buka, mereka akan kata ‘biasa’. Tapi kalau bapak-bapak orang, sudah pasti mereka tidak mahu anak kecil ter-klik. Parah jawabnya nak menjawab.
Mungkin anda akan kata “Oiii pakai je la adblock”. Ahhh, jangan lupa, ada orang pandai pakai torrent client, tapi dia bukan geek/nerd/tech expert. Terkadang ‘adblock’ pun dia tak kenal. Ah panjang pulak ni karang nak cerita.
Apa yang bagus, jika anda cuba-cuba mencari kandungan porno dengan kata kunci yang ‘lucah’ – laman ini tidak akan memaparkan apa-apa hasil carian. Tak percaya anda boleh cuba sendiri. Abam malas nak paparkan paparan skrin di sini. Nanti budak-budak baca dia cuba dekat laman asal – naya.
Jika anda tidak suka ‘adult content’, anda boleh klik pautan ini untuk ke TPBClean.
iOS 10, kemaskini terbesar Apple pernah buat (ayat macam selalu dengar kan. hihihi)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikel iOS mengenai iOS 10.
Maaf kerana saya tidak boleh buat video dan screenshot sendiri mengenai iOS ini kerana sudah bersara dari iOS (tapi still rindu features iOS huhuhu)
Jadi, tak guna bersedih, mari kita teruskan topik kita.
iOS 10, merupakan kemaskini terbesar, dan perubahan besar Apple pernah buat pada iOS.
Kini iOS 10 lebih personal, lebih berkuasa dan lebih menyeronokkan.
Jika anda biasa gunakan iOS sebelum2 ini, anda pasti teruja dengan kemaskini yang terkini dan jika anda baru merasai iOS (baru pakai iDevices, beli2 dah iOS 10), anda pasti menyukainya dengan animasi, smooth dan mesra pengguna.
Tapi, jika anda dari Android or Symbian or Windows Phone, pasti anda akan kekok kerana tiada button lain selain Home. (Disarankan pakai Assistant Touch kerana nak jaga button Home, tapi model2 baru kini button baru, mungkin tahan rasanya, kan?)
Saya akan sentuh beberapa ciri2 yang terdapat pada iOS serta model apa yang support, limited support dan cara pemasangan yang mudah.
Antara ciri2 yang saya sentuh ialah Messages, Apple Maps, Music, HomeKits, Display Features dan Photos App.
Messages
iMessage, kini berwajah baru, lebih menarik, lebih memudahkan pengguna
Jika anda lihat gambar di atas, cantik dan menarik serta menggoda tak?
Jika anda nak merasainya pada Android, download lah Google Allo, ada artikel dalam blog ini ulasan mengenaiaplikasi tersebut Allo Akhirnya Dilepaskan! Muat Turun Apk Disini(Tetapi ciri2 iMessage tak semua ada dalam Google Allo huhuhu)
Malang sekali, hanya fungsi dengan baiknya jika orang yang anda mesej tu pakai juga iOS 10. Jika iOS 9 dan ke bawah, hanya dapat baca text sahaja.
Saya huraikan iMessage ini mengikut nombor yang saya letak di atas :
It’s how you say it, anda boleh mesej seperti anda bercakap. Seperti menjerit, ataupun berbisik, belon mesej akan berubah mengikut apa yang anda tulis seperti YUM!! haha
Write it yourself, anda boleh menulis dalam iMessage, iaitu anda tulis la apa-apapun, ia akan keluar pada rakan anda animasi apa yang anda tulis (tulis elok2, kalau tak kena bahan dengan kawan2), seperti dakwat yang keluar bila tulis di atas kertas. Menarik kan?
Invisible ink, iaitu anda boleh hantar mesej atau gambar yang kena swipe dulu baru mesej atau gambar tersebut timbul. Boleh la guna untuk kejutan untuk kawan2 anda.
Let’s celebrate, iaitu jika anda taip Happy Birthday! ataupun Congratulation! kemudian akan keluar animasi yang memenuh seluruh screen anda dan penerima. Menarik kan?
Tapback, fungsi ini sangat menarik kerana anda boleh membalas jawapan penerima dengan tap dekat belon mesej penerima. Terdapat 6 jawapan cepat iaitu Love, Bagus, Tidak Bagus, Haha, Tanda !, dan Tanda ?. (Jika malas nak taip, tap ja jawapan cepat. hahaha)
Add a personal touch, iaitu anda boleh hantar animasi bola2 api, yang sedulunya kecil, telah menjadi besar (dah macam lagu pulak) bola2 api, degupan jantung (jika anda ada Apple Watch, kan ada Heartbeat sensor), lukisan dan macam2 lagi. Malah, anda boleh lukis pada video! Tudiaaaa
Stickers, ini lain daripada lain. Tak seperti sesetengah aplikasi mesej yang mana sticker hanya keluar dekat tempat tulis kan? Tidak seperti iMessage, anda boleh letak sticker dekat atas belon mesej, atas gambar malah atas sticker yang lain. (Kalau bertindih nak tengok macam mana la? Haihh). Boleh dapatkan ia dekat App Store untuk iMessage, dalam aplikasi mesej. (Tak perlu masuk App Store kerana ia built-in dekat Message)
Tap to replace emoji, iaitu anda tulis la apa2 ayat yang kaitan dengan emoji. Contoh Volleyball atau pizza, ia akan keluar tulisan yang bercahaya dan tap saja untuk ubah tulisan kepada emoji. Tapi dalam English la, harap Apple buatkan untuk bahasa lain juga. 🙁
iMessage apps, iaitu anda boleh access aplikasi kegemaran anda untuk cipta atau kongsi maklumat malah anda boleh membuat bayaran dan macam2 lagi tanpa meninggalkan aplikasi Message. Contoh anda tengah chat untuk menempah tiket untuk menonton wayang, anda hanya buat bayaran dekat situ juga (menggunakan Touch ID atau Passcode). Mudah kan? Tak perlu nak buka 2,3 aplikasi.
Apple Maps
Apple Maps, lebih mesra pengguna
Street smarter, kini boleh berikan anda cadangan proaktif, ke mana anda nak pergi dan tunjuk jalan yang terpantas untuk sampai ke destinasi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat tempahan tempat dalam aplikasi tersebut. UI (user interface) keseluruhan aplikasi juga diberi nafas baru. Cantik kan?Apple Music
Apple Music, lebih mudah untuk digunakan dan mesra pengguna
Music, Redesigned, dengan membuat design yang simple memudahkan pengguna menikmat lagu kegemaran anda serta anda boleh juga menyanyi sambil lihat lirik yang terdapat dalam lagu tersebut. (Tak pasti menambah lagu manual dapat ka tak ciri2 ini. Kalau beli semestinya ada kan? Hehehe)
HomeKits
HomeKits, semua peralatan rumah dalam satu aplikasi
Home smart home, merupakan aplikasi baru Home yang mana anda boleh mengawal peralatan rumah anda, seperti tutup lampu, buka kunci pintu, tutup tingkap, hidupkan heater, pasang lagu dan macam2 lagi, semuanya dalam satu aplikasi. (Tapi jika peralatan rumah anda mempunyai kelebihan tersebut la. Hihihi)
Display Features
Ciri-ciri paparan hadapan, menarik kan?
iOS 10 juga manfaatkan hardware yang terdapat dalam iDevices. Seperti 3D Touch, dan Raise to wake tapi, hanya versi terkini sahaja (iaitu iPhone 6S, 6S Plus dan SE kerana M9 dan terkini sahaja yang boleh guna fungsi Raise to wake)
Rich notifications, iaitu anda boleh lihat gambar dan video malah dapat membalas mesej secara langsung pada notification anda. Jadi tiada alasan untuk reply lambat. hahaha
Touch and go, bukan Touch N’ Go tol tau. Tetapi ciri iOS 10, dengan menggunakan 3D Touch seperti Calendar, Weather dan Stocks untuk pandangan cepat segala informasi yang anda mahukan.
Raise to wake, iaitu anda angkat iDevice anda, dia akan bangun, dengan mamai2 dia tunjukkan notification yang sedang menanti anda untuk baca. (Actually sama dekat Android, iaitu Ambient Display. hohoho)
Photo App
Photo App, segalanya ada di sini, tak perlu cari yang lain
Photo app dalam iOS 10 agak menarik kerana anda boleh edit gambar, letak filter, adjust sana sini dalam aplikasi tersebut. UI (user interface) dia pun simple jadi, tak susah macam sesetengah aplikasi, kan? Ini antara dua ciri yang saya sentuh, iaitu :
Been there, Found that, iaitu anda boleh cari gambar anda dengan taip nama orang, nama tempat, motorsikal, kereta, haiwan peliharaan dan macam2 lagi. Jika anda enable GPS location lah. (Google Photos juga sudahpun ada ciri2 ni, lambat betul Apple. hihihi)
Your past, beautifully presented, iaitu aplikasi ini dapat membantu anda mengenang kembali kenangan2 lalu seperti ulangtahun perkahwinan, kelahiran ataupun kenangan bersama seseorang (kalau anda tak padam la kenangan kekasih lama. hahaha) malah boleh cipta movie yang cantik dari gambar2 anda. Menarik kan?
Jadi, iOS 10 ini memang mengutamakan privasi pengguna kerana peranti yang pintar dibantu oleh sistem perisian yang bijak dapat mengenalpasti orang, objek dan suasana dalam gambar. Jangan bimbang mengenai GPS Location kerana data anda encrypted dan tidak digunakan untuk membuat fake profiles.
iOS 10 ini serasi mengikut senarai peranti di bawah :
iPhone
iPhone 7 dan 7 Plus
iPhone 6S dan 6S Plus
iPhone 6 dan 6 Plus
iPhone SE
iPhone 5S
iPhone 5C, dan 5 (limited support)
iPad
iPad Pro, 12.9-inch dan 9.7-inci
iPad Air 1st generation dan 2
iPad 4th generation (limited support)
iPad Mini 2, 3 dan 4
iPod
iPod touch 6th generation
Jadi itu sahaja info ringkas mengenai iOS 10. Jadi jika anda nak pakai iOS 10 ni, haruslah upgrade/restore melalui iTunes untuk elak sebarang masalah pada iDevices anda. Bagi saya, jika iOS 9 ada update macam 9.3.2 tiada masalah updateOTA (On-The-Air) kerana sama versi 9. Tetapi iOS 10 ini versi 10, jadi tidak cantik update OTA. huhuhu. Itu pendapat saya lah
Jika nak update/restore melalui iTunes, sila layari laman sesawang ini > IPSW Downloads (wah design baru, lawa :D)
Biarkan iPhone anda dalam keadaan on (DFU mode tu kalau phone tu nazak teruk. hihihi)
Pastikan turn off dahulu Find My iPhone (akan keluar warning untuk off benda tu, rasanya kalau nak restore la). Oh ya, restore tu Clean Install manakala update tu macam Dirty Install la. (Maaf termasuk term Android. hihihi)
Kemudian tekan Shift dan klik pada restore (kalau update takpasti la, sebab saya selalu restore ja :3)dan cari .ipsw yang anda muat-turun tu.
Tunggu sampai dia siap, dekat iTunes kosong tiada sebarang aktiviti dan cabut cable dan selesaikan setup menu tu, dan tadaa Welcome to iOS 10. 😀 (Boleh ja tak cabut cuma nanti setup menu tu dekat iTunes. hihihi. Jangan cabut semasa tengah update/restore nanti brick pula 😛
Selamat mencuba dan menikmati kelajuan, kelembutan, dan keseronokan iOS 10, terokailah dan rasailah 🙂
Buat yang memang ‘kaki tonton’ memang akan mencari pelbagai cara agar dapat akses kepada laman-laman strim video yang dikhususkan untuk para penduduk asli Amerika Syarikat (AS). Cara yang biasa digunakan adalah mengaplikasikan VPN kepada rangkaian. Namun sejak Netflix, Hulu, dan lain-lain laman penstriman seperti itu mula menyekat alamat IP yang dikenali datang dari servis VPN, hobi ini seakan tersekat seketika.
Maka banyak jugalah servis yang cuba melawan tindakan ini dengan agresif, apabila setiap kali cuba disekat, mereka akan cipta dan buat pula cara lain bagi mendapatkan kembali akses. Dalam berbanyak cara, satu cara mudah ini nampaknya membuahkan hasil.
Memperkenalkan – Keenow – Free Smart DNS.
Apa itu Keenow? Keenow adalah pelayan DNS yang dikhaskan menjadi perantara laman-laman penstriman kepada pelayan proksi yang kebiasaannya terletak di Amerika Syarikat, sekaligus membolehkan pengguna melayari dan menonton laman-laman penstriman tersebut. Antara laman yang biasanya khusus untuk pengguna dari AS ialah Hulu, The CW, CNN Go dan pelbagai lagi laman – 70 kesemuanya disokong khas oleh Keenow.
Cara Menggunakannya
Caranya amat ringkas sekali. Apa yang perlu anda lakukan ialah – pasang extension/addon bagi pelayar web Chrome/Firefox. Kemudian tukar tetapan DNS anda kepada Keenow.
Preferred DNS Server: 62.210.122.43
Alternate DNS Server: 52.53.215.125
Selesai! Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menikmati kandungan dari laman-laman yang menyekat geo-lokasi khusus buat penduduk AS sahaja. Sekarang anda sudah boleh layari laman Hulu, The CW, dan lain-lain lagi tanpa bimbang kepada sekatan. Sekiranya cara ini tidak lagi berkesan (di masa akan datang), sila rujuk laman Keenow untuk mendapatkan sebarang berita kepada perubahan DNS (sekiranya ada).
Setelah Google Allo dilepaskan, kini ia bersaing dengan Hangout, Messenger dan Telegram. Pelbagai ciri baru pada aplikasi permesejan dari Google ini tampil mengisi kekosongan yang terasa pada WhatsApp (terutamanya). Meskipun pengguna masih belum ramai dan kukuh seperti WhatsApp, saya dapat rasakan dalam beberapa bulan lagi pengguna akan beralih kepada Allo kerana cirinya yang lebih menarik untuk digunakan.
Tetapan
Melihat kepada tetapannya, dapat dilihat ia masih belum cukup ‘mantap’ lagi seperti aplikasi lain yang telah pun bertahun dibangunkan. Untuk mendaftar, anda perlu gunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel seperti Hangouts.
Masih terlalu ringkas dan kekurangan ciri lain yang ‘diperlukan’ terutamanya kepada para pengguna termaju yang gemar untuk ‘tweak’ tetapan-tetapan yang ada. Pilihan untuk menukar wallpaper juga masih belum ada ketika artikel ini ditulis.
Paparan Antaramuka
Paparannya kelihatan lebih kurang sama seperti WhatsApp dan Telegram, di mana ia memaparkan nama pengguna yang telah kita hubungi, menu hamburger di sebelah atas (kiri) dan butang carian. terdapat juga FAB, menepati Material Design dari Google sendiri.
Tetapi setakat ini belum ada lagi pilihan kepada pengguna untuk menukar paparannya kepada latar gelap. Jadi untuk ‘release candidate’ ini anda perlu hadap paparan cerah dan putih seperti di bawah.
Google Assistant
Pada saya, antara ciri Allo yang lebih menarik dan lebih baik berbanding WhatsApp serta Telegram ialah dengan hadirnya Google Assistant sebagai penyeri dan pelengkap. Melalui Allo, pengguna dapat berinteraksi secara lebih terperinci bersama Google Assistant. Bukan itu sahaja, Google Assistant juga dapat digunakan dalam mana-mana ruang chat yang telah anda mulakan bersama rakan.
Ini bererti ia akan membantu anda sekiranya anda perlukan apa jua info, dari restoran berhampiran, balai polis, balai bomba, R&R bahkan masjid sekalipun. Maklum saja, ia adalah kepintaran tiruan/buatan dan bukan hanya enjin carian Google semata-mata.
Berborak dengan Google Assistant sementara menanti pengkalan pengguna berkembang menjadi lebih besar seperti WhatsApp, hmmm, saya tidak melihat apa yang salah di situ. Cuma terasa seperti lonely lah, heheh.
Ciri Tambahan
Saya sukakan quick reply pada Allo. Walaupun tidaklah selalu digunakan (untuk masa ini), tetapi dengan adanya cadangan pantas bagi apa-apa perkataan yang kerap kali digunakan terutamanya perkata ‘haha’. Ya, memang kelakar sebab setiap kali ada balasan dari rakan, perkataan ‘haha’ menduduki carta pertama bagi perkataan yang selalu dicadangkan.
Selain itu, Allo juga mempunyai sticker seperti Telegram, dan ada juga yang berbentuk animasi. Anda juga boleh menukar saiz perkataan serta emoji dengan cara menarik butang hantar sama ada ke atas mahupun ke bawah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Pada tarikh 14 September 2016 yang lalu, OnePlus telah mengeluarkan kemaskini pada peranti OnePlus 3, iaitu OxygenOS v3.2.6
Apa yang ada dalam kemaskini kali ini? Apa yang baru?
Optimized voice call quality of some IM applications
Improved adaptive brightness performance
Improved camera quality
Fixed occasional green/yellow issue
Optimized white balance
Improved 1080p video recording
Addressed some bluetooth connection problems for vehicles
Allows third party application to modify ringtone
Optimized battery consumption when scrolling
Optimized touch accuracy when playing games
Added DozeMode switch in Developer options
Added PocketMode switch in Display settings
Maaf tiada screenshot ataupun video untuk update kali ini kerana saya pakai sehari ja versi ini.
Mungkin kerana terlalu selesa dengan Community Build hehehe (Bila dah pakai versi CB, tak pandang yang lain dah. Jika ada update, just for testing ja. Perasaan ini sama seperti saya pakai ROM HydrogenOS pada OnePlus 2) dan versi CB kan gabungan OxygenOS dan HydrogenOS.
Saya buat sedikit perbezaan antara versi STABLE (3.2.6) dengan versi BETA (3.5.2)
Versi STABLE masih lagi mengekalkan UI (User Interface) OxygenOS manakala BETA sudahpun mutasi dengan HydrogenOS
Versi STABLEDozeMode boleh manual setting manakala versi BETA ia built in rasanya kerana tiada option untuk off, tapi kenapa nak off DozeMode? -_-
Versi STABLE (3.2.6) dan BETA (3.5.2) pula baiki ralat serta memperkukuhkan lagi ROM pada kemaskini yang lepas (STABLE, 3.2.4 [eh, mana 3.2.5 hahaha] dan BETA, 3.5.1)
Versi STABLE dan BETA merupakan versi selamat, patch keselamatan 1 September 2016. (Diperiksa menggunakan QuadRooterapp)
Versi BETA terdapat 60fps (frames per second) pada 1080pvideo recording. Wahh, harap versi STABLE akan dapat juga.
Versi STABLE ada masalah Open/Close Menu takda dalam Settings>Buttons>(Button setting, long press or double tap). Masalah ini pernah timbul dalam Community Build 3.5.0 manakala versi BETA tiada masalah (sebab mereka dah atasi masalah tersebut pada kemaskini 3.5.1)
Bagi nak guna versi STABLE, tiada masalah kerana ok juga dan bagi nak merasai benda yang baru, versi BETA pun tiada masalah kerana versi Community Build boleh digunakan sebagai kegunaan harian (ada juga ralat, nama pun BETA, tapi boleh buat kegunaan harian hihihi)
Tepuk dada tanya selera, long press home button tanyalah Google. hahaha
Jadi, apa pilihan anda? Versi STABLE (3.2.6) atau BETA (3.5.2)?
Jika ada sebarang persoalan dan pendapat, sila tinggalkan pada komen kat bawah nah? #NeverSettle
Akhirnya masa yang dinanti-nanti sudah tiba! Selepas beberapa lama, aplikasi permesejan dari Google iaitu Allo, kini dilepaskan. Kepada yang sudah mendaftar untuk mendapatkannya di Google Play Store, anda bolehlah cuba-cuba periksa kalau anda sudah dapat muat turun ia secara terus, dan jika tiada, anda boleh dapatkan fail apk melalui laman APK Mirror pada pautan di bawah.
Apapun, jom kita tonton dahulu video mengenai Google Allo ini.
Reviu aplikasi ini akan menyusul kemudian. Buat sementara waktu ini, jika di Google Play Store, ia masih menunjukkan ‘Registered’ untuk peranti anda, anda boleh muat turun menerusi butang di bawah.
ROM HydrogenOS pada OnePlus 2, agak cemerlang dengan ketahanan baterinya tapi pada OnePlus 3, ketahanan baterinya tidak semantap pada OnePlus 2. ROM OxygenOS pula, update yang terkini pada OP3 quite nice ketahanan baterinya.ROM HydrogenOS cepat update dan semuanya laju berbanding dengan OxygenOS.
Jadi, Oneplus telahpun mengabungkan OxygenOS dengan HydrogenOS menjadi Water OS (O2+H2=H20). hahaha gurau2 ja.
Tapi ROM OxygenOS ada Play Store (GApps) siap2 dalam ROM tersebut manakala HydrogenOS pula tiada (Play Store (GApps), jadi kena flash manual viaTWRP (Stock Recovery tidak boleh flash)
OnePlus juga merupakan telefon pintar alternatif Nexus, yang mana ia laju, dan boleh kita mengubahsuai mengikut citarasa kita dan mendapat sokongan ROM CyanogenMod, yayy.
Tetapi ROM OxygenOS hanya terdapat pada model US, Europe atau Global sahaja manakala ROM HydrogenOS pula terdapat pada model China sahaja.
Walapun model anda berlainan tempat, anda boleh flash ROM tersebut sendiri. Kan?
OxygenOS lebih kurang seperti ROM pada Nexus phones. Pure stockAndroid, boleh ubahsuai mengikut citarasa anda, kita advance sikit, Root dan install Xposed (Ini jahat sikit .hihihi) HydrogenOS pula, tidak seperti AOSP, ia lebih kurang seperti EMUI, MIUI (ROM yang base on Chinese, malah ada app kamera hanya support untuk ROM Chinese. Pelik kan? Hmm.
Jika fikir logik, macam rumit kan nak kekalkan dua ROM yang berfungsi berlainan asas.
Isu gabung ni menjadi buah mulut dalam social media, dan mereka telah pun keluarkan OxygenOS 3.5.0 Community Build untuk pengguna untuk merasainya sendiri. Kini, telah pun keluar versi baru, iaitu OxygenOS V3.5.2 Community Build (2016-09-14).
Notification drawer ada sedikit element Android 7.0, Nougat, boleh tukar network SIM data, Battery Saver dan Night mode dekat notification drawer, dan Dark Mode agak menarik serta dengan accent color menarik. Bukan itu sahaja, terdapat Night Mode (nak macam iOS la) dan ambient display dan proximity wake (tak boleh hidup tanpa function tu. hehe). Dalam versi ini juga, anda boleh pilih screen mode, ada tiga pilihan iaitu Default (warna nampak lebih cantik), sRGB (biasa2 saja, seperti screen OnePlus 2), dan Customization (Cool and Warm)
File manager kini ada sekali dengan Google Drive, jadi anda boleh access drive anda dengan mudah (anda juga boleh guna app Google Drive). Jika anda perasan, file manager dia nak macam HydrogenOS punya (ye la, depa dah gabung hahaha). Oneplus Music, merupakan app music player baru bagi OxygenOS CB ini dan ia mesra pengguna. Message dan Phone menggunakan HydrogenOS punya (tapi lebih selesa yang Google punya :(, tapi boleh pasang manual Google Contact).
Recent app, seperti HydrogenOS di mana anda boleh lock app yang anda tak mahu tertutup (seperti WhatsApps, kalau tutup, nanti notification masuk bila anda buka app tu), close all button dan feature OxygenOS, Normal clear and Deep clear. Power off, Reboot mode agak menarik, jika anda perasan, ia seperti ColorOS haha.
Ini changelog bagi V3.5.2
Added “kill all background processes” button in recents menu
Added long press options in messages application
Enhanced incoming call notification UI
Added manual “check for update” button
Added additional directions for first fingerprint configuration
Battery Saver mode optimizations and enhancements
Added back contacts widget in launcher
Improved dialer speed
New modes added in control panel (night mode and battery saver)
Added support for PIN codes up to 6 digits
Jadi ini merupakan Open Beta, risiko tanggung sendiri yer dan versi 3.5.2 ni merupakan bootloader baru, jadi anda harus flash TWRP baru yang telah dimodifiedkan, TWRP Modified (ia sama kes masa OnePlus 2 kena pakai TWRP kuning. hihihi)
Beberapa minggu sebelum ini, Opera telah melihatkan beberapa pembaharuan dalam versi ‘Developer’ apabila membawakan VPN dan penyekat iklan terbina dalaman. VPN dari SurfEasy yang juga merupakan anak syarikat Opera itu mempunyai pilihan beberapa pelayan dari lokasi beberapa buah negara iaitu Kanada, Jerman, Netherlands, Singapura dan Amerika Syarikat.
Seperti yang disebutkan di atas, Opera telah menyertakan sekali penyekat iklan (ad blocker) secara natif, dan ini bererti anda tidak perlu lagi memasang add-on/extension ad blocker lain lagi, melainkan penyekat iklan ini tidak berfungsi seperti yang anda harapkan. Sepanjang ujian yang saya telah lakukan, well, ok-ok laaa.
Melalui tetapan Privacy & security, anda boleh aktifkan VPN terbina dalaman dan seterusnya dapat diubah tetapannya melalui bar URL. Ia juga akan memberitahu berapa banyak data yang telah anda guna sepanjang VPN dihidupkan.
Berminat nak guna? Muat turun opera dengan mengklik pada butang di bawah.
Baiklah. Kita kembali kepada tutorial penstriman menggunakan Kodi. Cuma dalam tutorial kali ini kita akan gunakan versi 16.1 ‘Jarvis’.
Ok, kita terus kepada tajuk.
Jadi, macam mana caranya kita nak stream torrent melalui Kodi? Caranya amatlah mudah sekali. Apa yang penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah masukkan terlebih dahulu repo Fusion.
1. Pergi kepada Systems – File Manager – Add source : http://fusion.tvaddons.ag
Namakan ia sebagai ‘Fusion’.
2. Kemudian pergi ke Settings – Add-ons – Install from zip file – Fusion – xbmc-repos – english – repository.unofficialquasar.*.*.*.zip.
3. Seterusnya, pergi ke Settings – Add-ons – Install from repository – Unofficial Quasar Repo – Video add-ons – Quasar – Install
4. Setelah itu, terus ke belakang, navigasi ke Program add-ons – pasang mana-mana penyedia torrent yang anda suka. Tak perlu pasang terlalu banyak, contohnya saya sendiri hanya pasang EZTV, YIFY, RARBG, TorLock, dan 1333x.
5. Tetapkan ‘Download path’ bagi menempatkan fail torrent yang akan distrim/muat turun.
6. Tetapkan pula ‘Custom provider timeout’. Contohnya 30 saat, untuk mengelakkan dari ralat ‘No links found’.
7. Ok dah siap pun semua tetapan yang diperlukan. Sekarang anda sudah boleh mula cari apa-apa filem yang anda ingin tonton. Klik sahaja pada namanya dan ia akan mula menimbal (buffering).
8. Streaming done bro. Itu dia, filem berkualiti tinggi dari torrent sudah boleh ditonton.
Kalau anda suka dengan tutorial seperti ini, silakan klik butang share dan jangan lupa komen sekali.