Jika anda pengguna tegar Google Translate seperti saya, anda pasti tahu betapa robotiknya terjemahan yang dibuat. Kadang-kadang kelakar, kadang-kadang menyampah juga. Hahah.
Apapun, Google translate sememangnya banyak membantu dari segi pemahaman bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris. Walaupun terjemahannya perlu dihadamkan terlebih dahulu, tetapi ianya boleh difahami.
Namun itu semua akan berubah.
Google kini memperkenalkan sebuah penambahbaikan, pembaharuan yang signifikan. Sebelum ini, Google telah memasukkan ciri pembelajaran mesin (machine learning) ke dalam Google Play Music.
Ia dapat membantu pengguna seperti anda untuk mengenalpasti jenis lagu yang anda minat, dan dalam usaha menjadikan servis penstriman Google Play Music lebih ‘bijak’.
Tak lupa juga Google telah mengumumkan Rapid and Accurate Image Super-Resolution atau RAISR, sebuah metod menjana imej yang lebih besar daripada saiz asal yang lebih kecil menggunakan algoritma pintar dengan memasukkan perincian dengan nilai daripada pixel sekeliling.
Terkini, Google memasukkan pula ciri terjemahan neural atau Neural Machine Translation bagi menjadikan terjemahan Google Translate lebih tepat, dan bukan lagi robotik.
Antara sebab kenapa ia menjadi terjemahan yang kelakar dan tidak ‘kena’ dengan ayat ialah ia menterjemah satu demi satu patah perkataan dan bukannya keseluruhan konteks ayat tersebut.
Namun, melalui terjemahan neural, Google Translate akan cuba mendapatkan maksud kepada keseluruhan perkataan melalui – juga algoritma pintar, dan pembelajaran mesin.
Nampaknya, selepas ini, kita akan hidup bersama pelbagai kepintaran tiruan, dicipta oleh syarikat gergasi, yang tahu kesemua info tentang kita. Anda rasa?
Semua sistem operasi ada pro dan kontra, ada kelebihan dan kekurangannya yang jika anda tahu cara menangani, ianya semudah alif ba dan ta.
kadang-kadang anda berasa seolah anda adalah ‘tuan’ kepada PC anda, sehinggalah sistem operasi mula menderhakai.
Ada fail yang anda ingin namakan semula (rename), padam (delete), atau pindahkan (move) tetapi tidak dapat dilakukan kerana telah dikunci (locked) oleh sistem operasi Windows yang memang suka memandai-mandai. Heheh.
Walaubagaimanapun, ada cara untuk lakukannya. Dulu, kita ada ‘Unlocker’. Namun perisian itu telah menjadi abandonware (R.I.P). Apapun kita masih ada penggantinya, iaitu ‘IObit Unlocker’. Ia adalah perisian yang mempunyai fungsi yang sama, iaitu ‘membuka’ kunci (unlock) setiap fail yang terkunci oleh sistem dan membolehkan anda untuk menamakan semula, memadam, memindahkan, dan apa juga yang anda rasa anda boleh buat dengan fail tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan ialah pasang perisian IObit Unlocker ini, dan anda sudah boleh gunakan ia melalui integrasi dengan explorer.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus. OnePlus 3 ni telahpun dilancarkan sekitar lima bulan yang lalu tapi bagi pengguna OnePlus 3, termasuk Admin Amir Kubis sendiri merasakan mereka ni terlalu cepat sangat untuk perlancaran kemaskini untuk OnePlus 3, iaitu OnePlus 3T. Walau bagaimanapun, terpulang pada diri masing-masing kerana peranti tersebut tidak akan menjadi kemaskini utama.
Syarikat OnePlus akan mengeluarkan kemaskini yang terutamanya akan dikeluarkan kerana Qualcomm, Inc. Syarikat tersebut telahpun mengumumkan mengenai chipset yang terpantas iaitu Snapdragon 821!. Adakah cip tersebut bakal terdapat dalam OnePlus 3T? Jika benar, OnePlus 3T dapat mengalahkan produk terbaru Google, iaitu Google Pixel!
OnePlus 3T juga mendapat kemaskini perkakasan iaitu sensor Sony IMX398 yang mana selain OnePlus 3T, Oppo R9S juga dikhabarkan mendapat kemaskini perkakasan tersebut. Harap sensor baru tersebut dapat menambahbaik kamera OnePlus 3T, tetapi walaupun kamera ganas, tetapi tidak dapat menandingi peranti yang lain seperti iPhone 7 atau Samsung Galaxy S7 Edge. Kita tunggu dan lihat jika sensor tersebut dapat memberi kejutan pada kamera OnePlus.
Selain daripada dua ciri-ciri di atas yang hampir-disahkan, OnePlus 3T mungkin keluar dengan QHD berbanding dengan skrin Full-HD pada OnePlus 3 serta dikhabarkan mereka menambah stor penyimpanan yang besar iaitu 128GB, dan seperti biasa 64GB masih lagi ada.
Apakah agenda disebalik OnePlus 3T ni? Saya percaya bahawa OnePlus hendak menunjukkan bahawa mereka boleh mengeluarkan peranti dengan perkakasan yang terkini dan terbaik, tapi dengan harga yang murah!. Dikhabarkan juga harga OnePlus 3T ni mungkin mahal sedikit $80 (RM 348.74 tidak termasuk GST) dari peranti sebelum, iaitu OnePlus 3 dan adakah berbaloi?
Harapan saya, masa perlancaran OnePlus 3T tidak mengalami masalah stok habis seperti mana mereka alaminya dengan OnePlus 3. Kecewa juga la peranti habis stok dan penantian bukan sekejap dan kenapa mengeluarkan model baru hanya selepas lima bulan? Kenapa tidak tunggu lagi lima bulan akan datang, dan keluarkan OnePlus 4?
Jadi, adakah anda akan tukar atau kekal dengan OnePlus 3? Komen di bawah jika ada sebarang pendapat yang ingin dibincangkan.
Li-Fi (Light Fidelity) ialah teknologi komunikasi tanpa wayar dua hala berkelajuan tinggi dan dirangkaikan sepenuhya sama seperti Wi-Fi. Dicipta oleh Professor. Harald Haas.
Li-Fi adalah subset komunikasi tanpa wayar optik(OWC) dan boleh menjadi pelengkap kepada komunikasi RF (Wi-Fi atau rangkaian selular), atau pengganti dalam konteks penyiaran data. Setakat ini, kelaluannya diukur kira-kira 100 kali lebih cepat daripada Wi-Fi, mencapai 224 gigabit sesaat.
Ia adalah tanpa wayar dan menggunakan komunikasi cahaya nampak atau infra-merah dan berhampiran spektrum ultraungu (bukan gelombang frekuensi radio), sebahagian daripada teknologi komunikasi tanpa wayar optik, yang membawa lebih banyak maklumat, dan telah dicadangkan sebagai penyelesaian kepada batasan jalur lebar RF. Satu penyelesaian yang lengkap termasuklah proses pemiawaian yang diterajui industri.
diatas serba sedikit pengenalan pada Li-Fi. dibawah disenaraikan beberapa Kelebihan serta kekurangan Li-Fi.
KELEBIHAN LI-FI
Dapat digunakan di area sensitif. Berbeza dengan Wi-Fi yang menggunakan gelombang radio, Li-Fi menggunakan cahaya sehingga tidak berpengaruh besar terhadap area-area sensitif,
Dengan Kelajuan yang lebih tinggi , Dengan gelombang cahaya Li-Fi diharapkan memiliki kecepatan jauh dari pada Wi-Fi.
Gelombang cahaya yang digunakan tidak dapat menembus dinding yang membuat Li-Fi bersifat privacy sehingga diharapkan lebih Selamat.
KEKURANGAN LI-FI
Seperti teknologi baru lainnya Li-Fi juga masih banyak yang perlu di tambah baik untuk dapat digunakan secara umum
Cuti harini ambo ada masa sikit nak bercerita. Malam semalam godek-godek Google Play terjumpa Youtube Kids , lalu ambo download nk try . (walaupun benda ini dah lama ada, namun ambo rasa ambo nak juga kongsi dengan semua)
Memperkenalkan ahli terbaru dalam keluarga Google, Aplikasi Youtube Kids .
Boleh Didapati di Google Play Dan Apps Store.
YT Kids atau umumnya dipanggil Youtube Kids di khususkan untuk kanak-kanak. Aplikasi ini telah dibina dengan kajian yang teliti untuk kanak-kanak membesar dengan “Sihat” :] .mari layan gambar dibawah dulu.
*Saiz Aplikasi Youtube Kids ini tidak lah begitu besar (28MB) hehe . #next
*haaa, sebelum mula tu silalah baca setiap page step tu ye. jangan main skip je
*yang ini menarik,
*sini dia tunjuk beberapa generasi kanak-kanak yang layak pakai Youtube Kids. Jika anda rasa anda layak, Silakan :p
*Disini anda boleh Setting nak bagi buat carian video ataupun tidak.
*yang ni part menarik, anda boleh set masa berapa lama untuk anak-anak anda gunakan Youtube Kids (secara tidak langsung menggunakan handphone)
*Jika anda rasa diganggu dengan Bunyi Video tersebut, anda boleh matikan fungsinya. Anda juga boleh mengubah paparan Hadapan mengikut umur kanak-kanak.
Baiklah sampai setakat ini saja. Maka dengan ini anda bolehlah Bekerja tanpa syakwasangka kepada anak-anak anda :p .
“Kita berada pada puncak Teknologi, Sediakanlah langkah yang terbaik untuk Keluarga”
Kita sedia maklum, agak sukar hendak menafikan penambahbaikan yang boleh dilihat dalam Windows 10. Pelbagai ciri diperbaiki dan dinaik taraf, sama ada dari paparan antaramuka pengguna, mahupun ciri lain seperti kelajuannya.
Namun, tahukah anda, Windows masih lagi belum dapat menyaingi Ubuntu khususnya dan Linux amnya dalam beberapa bahagian? Berikut saya senaraikan 7 ciri pada Ubuntu yang masih belum dapat ditandingi oleh Windows.
Wallpaper Ubuntu abam. Heheh.
1. PERCUMA
Siapa yang dapat nafikan perkara ini? Ubuntu sangat convenient kerana bila-bila masa sahaja boleh dimuat turun tanpa sebarang bayaran dan pelbagai syarat. Manakala Windows 10 pula adalah sebaliknya. Berapa ya harga terkini Windows 10 Pro?
2. Penggunaan RAM
Meskipun Windows 10 sudah berjaya mengurangkan penggunaan RAM, namun, ianya masih belum mencapai tahap yang telah dilakukan oleh Ubuntu. Penggunaan RAM pada Ubuntu masih jauh lebih baik berbanding Windows.
3. Kemas Kini
Buat anda yang biasa menggunakan Windows 10, pastinya ramai yang ingin menyahaktif ciri kemas kini kerana terkadang ketika sedang membuat sesuatu tugasan yang penting, ketika itulah Windows ‘gatal’ hendak mulai semula (restart) untuk melengkapkan kemas kini.
Berbeza dengan Ubuntu, setiap kali ada kemas kini, setiap kali itulah pengguna akan diberitahu secara terperinci akan apa yang mereka muat turun, dan kebiasaannya pengguna tidak perlu pun untuk mulai semula seperti sistem operasi Windows 10.
4. Sekuriti
Ya, tidak dapat dinafikan Linux sudah mula menjadi sasaran penggodam. Tetapi dari tahun-tahun sebelumnya, iaitu pada tahun ketika saya mula-mula menggunakan Ubuntu lagi – ayat ini sudah kedengaran. Namun hakikatnya peratus penyasaran adalah sangat kecil.
Selain itu, sistem Linux itu sendiri adalah lebih ‘terjaga’ berbanding Windows yang amat memerlukan kepada perisian pihak ketiga seperti Antivirus, Firewall dan sebagainya.
5. Pengubahsuaian
Kalau nak dikatakan tentang pengubahsuaian ini (customizations), boleh dikatakan Windows juga boleh melakukan perkara yang sama (3D desktop, widget, dll). Namun dengan Ubuntu/Linux, anda boleh ubahsuai tanpa memerlukan sebarang bayaran sekalipun. Sebaliknya dengan Windows, setiap ‘hiasan’ adalah berbayar. Kalau anda yakin dengan integriti perisian crack, silakan.
6. Anda Boleh Cuba Dahulu
Bolehkah anda buat live USB pada sistem operasi Windows? Cuba terlebih dahulu, godek-godek dulu kemudian bila sudah berpuas hati baru pasang? TIDAK. Hanya Ubuntu/Linux sahaja yang dapat melakukan perkara ini.
7. Tidak Perlukan ‘Jagaan Rapi’
Kalau Windows, sekalipun Windows 10, anda masih perlu lakukan jagaan dengan sela masa tertentu untuk memastikan prestasinya berada di puncak. Sekurang-kurangnya defrag sebulan sekali (itu saya lah, untuk diri anda sendiri terpulang).
Ubuntu? Entah, tiada pilihan untuk lakukan ‘defrag’ pun kalau anda mahu.
Sebelum ini, kita belajar cara menjadikan telefon pintar kepada sebuah ‘PC’. Bagaimana kalau saya katakan, ada cara yang lebih baik, iaitu kita tukarkan mana-mana laptop atau PC, kepada sebuah ‘Android PC’. Cara ini lebih bagus kerana kita menggunakan kuasa atau prestasi yang ada pada sesebuah laptop dan PC, tetapi kita kuasakan ia dengan sistem operasi Android.
Caranya ialah dengan memasang secara dual boot Remix OS.
Apa Itu Remix OS?
Remix OS ialah sistem operasi desktop berasaskan Android (Marshmallow). Dengan Remix OS, secara asasnya anda boleh ‘memasang Android pada mana-mana PC, tak perlu kepada emulator lagi’.
Ia berfungsi penuh, sama seperti sistem operasi Windows, dengan faedah dapat memanfaatkan ‘library’ aplikasi Android yang sangat banyak di Google Play Store, guna ciri-ciri Android itu sendiri.
Remix OS boleh dipasang pada cakera keras dan USB, seperti sebuah sistem operasi dekstop Windows/Linux yang biasa anda lakukan. Dengan ‘pakej’ fail zip yang anda muat turun, anda kan mendapat satu fail ISO dan satu fail pemasang.
Disebabkan ia berasaskan Android, Remix OS juga menyokong Google Play Store. Anda boleh muat turun aplikasi sepuasnya, dan gunakan ia pada PC anda secara native (terus), bukan lagi secara virtual machine seperti Bluestacks. Berikut adalah beberapa paparan skrin Remix OS.
Pelayar web Google Chrome adalah pelayar web lalai (default).
Pengurus Fail Remix OS, tampak seperti pengurus fail yang ada pada Ubuntu.
Qualcomm telah mengumumkan bahawa mereka kini mempunyai sebuah modem 5G pertama dunia yang mampu membawakan kelajuan muat turun sehingga 5Gbps, dinamakan sebagai Snapdragon X50.
The Snapdragon X50 5G modem is a remarkable milestone in and of itself. But its capabilities are even more impressive. It’s engineered to support unprecedented download speeds of up to 5Gbps. It is designed to achieve these breathtaking speeds by utilizing very wide bandwidths available in the 28 GHz millimeter wave (mmWave) band combined with advanced signal processing technologies.
Sekadar perbandingan, purata kelajuan 4G rangkaian telco di Malaysia adalah dalam lingkungan 12-40Mbps (anggaran). Kelajuan maksimum yang pernah saya lihat diuji oleh rakan-rakan menggunakan rangkaian Celcom adalah dalam sekitar 100Mbps.
Namun dengan adanya teknologi baru modem 5G ini, ia dikatakan bakal meningkatkan kelajuan muat turun kepada 5 Gigabit per saat (5000 Megabit). Kelajuan yang meningkat beratus kali ganda dari kelajuan 4G di negara ini, bahkan jua di negara lain di suruh dunia umumnya.
The Snapdragon X50 5G modem is expected to begin sampling in the second half of 2017, and the first products integrating it are expected to surface throughout 2018. As we take on the challenge of integrating new mmWave technology into commercial devices, we’ll learn a lot. We can use this learning to accelerate the finalization of the 5G NR standard and usher in 5G NR networks and devices.
2018 adalah tahunnya, di mana peranti dijangka akan hadir bersama modem 5G dari Qualcomm ini. Sama-sama kita nantikan kemunculan teknologi 5G di negara kita, sejajar dengan perkembangan teknologi mutakhir – harapan tinggi agar telco di Malaysia memulakan langkah naik taraf rangkaian yang progresif lagi intensif dari sekarang.
Sejak dua menjak ini, pelbagai kisah yang kita dengar tentang sistem operasi Android. Dari penyatuan bersama Chrome OS hinggalah kepada versi naik taraf dalam Google Pixel, kesemuanya membuatkan diri berasa tidak sabar lagi untuk mencuba.
Namun, tahukah anda, terdapat satu aplikasi dalam dunia Android yang mampu menukarkan peranti telefon pintar Android anda kepada sebuah komputer berfungsi penuh, dari fungsi berbilang tugas hinggalah kepada menjalankan aplikasi-aplikasi Android seperti pelayar web dan aplikasi pejabat – segalanya boleh dilakukan tak ubah seperti sebuah komputer.
Ya, anda dapat melakukannya dengan menggunakan Andromium OS.
Untuk sementara waktu sahaja, Andromium OS hanya akan terdapat untuk umum bagi versi public beta. Berkemungkinan ia akan menjadi aplikasi berbayar sebaik sahaja memasuki versi stabil.
2. Kemudian, buka aplikasi tersebut. Anda perlu aktifkan beberapa akses yang diperlukan oleh Andromium OS. Sila aktifkan kesemuanya. Di bawah ini adalah gambar contoh daripada Zenfone 2.
Usage access – off
Kita kasi on sama dia
Notification access – off
Kita kasi on sama dia
3. Setelah itu, buka kembali Andromium OS dan klik pada butang OK.
4. Anda akan dapat lihat pada bahagian drop down notification area tu – Andromium OS (BETA) is running (click to manually launch). Tunggu apa lagi? Klik la.
5. Wal-lah! Andromium OS sudah aktif. Anda boleh sambungkan peranti anda kepada mana-mana laptop dan papan kekunci luaran – siap!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai sistem operasi OnePlus, iaitu OxygenOS
Bila anda beli produk OnePlus, perasan tak ada mesej kecil dekat kotak iaitu “Created Together With Our Fans”? Hampir 2 tahun yang lepas apabila pertama kalinya bermula perjalanan perisian, pengguna OnePlus telahpun memberi nama sistem operasi ini, iaitu OxygenOS.
Anda pasti perasan mengenai OxygenOS yang baru, iaitu “Community Builds” yang menjadi bualan ramai beberapa bulan yang lepas kan? Apa tu Community Builds? Kenapa wujudnya Community Builds ni?Apa yang dah jadi dengan OxygenOS? Community Builds ni merupakan satu komponen baru, program perisian yang Beta dari OnePlus dengan trademark “Created Together”. Pihak pembangun mahu memastikan tiap-tiap ciri, tweak dan tambahan pada OxygenOS untuk lulus ujian muktamad untuk anda.
Perjalanan sistem perisian OxygenOS
Untuk mencapai sasaran kejayaaan ini, OxygenOS ada tiga aliran yang berbeza, iaitu Closed Beta, Open Beta (Community Builds) dan Official Release (OTAs). Setiap peringkat perjalanan aliran tersebut, mereka mengumpulkan maklum balas asas, laporan ralat, dan ciri-ciri tambahan yang pengguna mahukan. Ini penjelasan secara terperinci mengenai tiga aliran di atas.
Closed Beta (~4 kemaskini sebulan)
Di sini lah bermulanya kesemua kod OxygenOS. Boleh juga dirujuk sebagai “Alpha builds”. Dari sini pasukan perisian menguji kod dan ciri-ciri baru (ada yang experimental). Matlamatnya untuk mendapatkan maklum balas yang pertama pada ideal baru. Builds pada ketika ini kurang kestabilan perisian yang dibuat tapi menawarkan akses awal. Kod dan ciri-ciri baru akan ada pada Beta tertutup dalam seminggu atau sebulan sebelum dilancarkan pada umum. Untuk dapatkan Beta tertutup, anda perlu menjadi penguji Closed Beta yang sah. Ini merupakan krew elit, malah pihak pembangun hanya menerima 60 orang penguji Beta tertutup pada bila-bila masa.
Open Beta (Community Builds) (~2 kemaskini sebulan)
Semua orang boleh mencuba builds ini termasuk anda. Apabila ciri-ciri baru dan lulus ujian kualiti awal dalam Beta tertutup, mereka akan tambahkannya pada Open Beta. Pada tahap ini, perisian lebih stabil dan kurang ralat major berbanding Beta terbuka, tapi belum semua untuk keluaran akhir. Untuk memendekkan cerita, Beta terbuka ni, langkah semi-umum untuk maklum balas, dan menguji ralat, memastikan hanya kod yang terbaik sahaja sebelum keluaran rasmi.
Official Release (OTAs) (~1 kemaskini setiap 1-2 bulan)
Ini merupakan langkah terakhir, apabila kod telah melalui beberapa pusingan dalaman dan maklum balas pengguna pada seluruh aliran Beta Tertutup dan Terbuka, yang terbaik daripada terbaik dikeluarkan pada versi rasmi OxygenOS. Ini adalah kemas kini yang anda terima secara automatik melalui OTA (On-The-Air) jika anda tidak terlibat dalam apa-apa jenis program beta. Secara ringkasnya, ini adalah builds yang dibina untuk diucapkan semua pengguna OnePlus di seluruh dunia. Walaupun builds ini stabil dan digilap, maklum balas dari pengguna tidak berhenti untuk baiki ralat-ralat yang terlepas pandang. Pihak pembangun masih terus mengumpul dan menganalisis ciri permintaan pengguna, dan laporan ralat serta mereka sebenarnya mempunyai beberapa perkara yang besar dalam kerja-kerja untuk membuat proses maklum balas yang lebih baik.
Apa makna semua ini untuk anda?
Ia bergantung pada anda. Jika anda tidak usik apa-apa, anda akan dapat OTA rasmi, yang mana diuji sepenuhnya dan stabil dan anda dapat tahu terdapat beberapa tahap untuk diuji sebelum anda dapat OTA rasmi. Jika anda nak mengetahui ciri-ciri baru (tapi tak kisah jika ada sedikit ralat), anda boleh pasang Open Beta (Community Build). Di sini, anda boleh menyuarakan pendapat anda, terus secara langsung menyumbang kepada program perisian mereka.
Harap artikel ini dapat memberi pencerahan dan penerangan mengenai proses pembangunan sistem operasi OxygenOS sebelum anda dapat yang stabil (tetapi ada la ralat yang terlepas dan pihak pembangun akan baiki secepat yang mungkin). OxygenOS adalah projek semangat sebenar untuk OnePlus dan mereka tidak boleh melakukannya tanpa anda, pengguna OnePlus. Jadi, marilah kita terus ciptakan sesuatu, bersama-sama! Never Settle!
* Jika ada sebarang pendapat dan persoalan, sila komen di bawah yer 🙂