Utama Blog Laman 156

Polis Robot Memulakan Rondaan Di Dubai

0

Polis dalam ‘jelmaan’ robotik kini memulakan tugasnya di jalan-jalan Dubai dengan rondaan rasmi, tidak ubah seperti Robocop.

Robot tersebut bergerak menggunakan roda, serta boleh bercakap dalam 6 jenis bahasa. Juga terdapat tablet pada bahagian ‘dadanya’ yang boleh digunakan oleh orang awam untuk membayar denda serta melaporkan jenayah.

Ianya telah direkabentuk oleh para polis Dubai, dengan bantuan IBM Watson dan Google.

Menurut Brigadier-General Khalid Nasser Al Razzouqi – Ketua Pengarah Smart Services, robot polis ini dicipta bukan bertujuan untuk menangangi jenayah serius, sebaliknya bertujuan untuk mengambil alih kerja-kerja ringan.

“With an aim to assist and help people in the malls or on the streets, the Robocop is the latest smart addition to the force and has been designed to help us fight crime, keep the city safe and improve happiness levels”.

Menurut beliau lagi, robot tersebut boleh bertutur dan berbual, menjawab soalan-soalan dari orang awam, berjabat tangan, dan memberikan tabik hormat.

Sumber > RT Viral

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Memasuki Laman Deep/Dark Web Menggunakan Telefon Pintar

0

Adakah boleh memasuki deep atau dark web dengan menggunakan telefon pintar?

Jawapannya ya, boleh. Kerana keperluan untuk memasuki laman tersebut ada satu sahaja iaitu ‘Tor Browser’ (Windows), dan untuk versi Android ianya adalah gabungan antara Orfox dan Orbot.

Orfox merupakan pelayar web Firefox yang telah dibuat modifikasi manakala Orbot pula ialah alat bagi mengaktifkan sambungan proksi yang menyokong laman berserta URL deep/dark web (.onion).

Tetapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah. Hanya perlukan satu pelayar web sahaja, yang mana ia mempunyai sokongan proksi seperti Orbot namun ia terbina dalaman.

Ia dinamakan sebagai Fire.onion.

Fire.onion adalah alat yang paling efisien bagi para ‘peminat’ yang kepingin untuk memasuki laman deep/dark web namun dalam masa yang sama inginkan pelayar web dengan prestasi yang boleh diharap serta kurang menggunakan tenaga bateri.

Segalanya dilakukan secara automatik tanpa memerlukan interaksi langsung dari pengguna. Sebaik sahaja pengguna berjaya disambungkan ke rangkaian proksi, ia akan terus membawa pengguna kepada laman enjin carian DuckDuckGo, versi alamat pautan deep web, .onion.

Gambar di atas adalah contoh laman dalam deep web yang boleh diakses setelah menggunakan Fire.onion ini.

Cuma sedikit pesanan dari saya, apa pun yang anda lakukan, sila berhati-hati. Mungkin laman deep web adalah laman yang tidak diindeks oleh Google, jadi sebenarnya tiada apa yang terlampau istimewa melainkan ia perlu kepada sambungan proksi khusus untuk ‘memberi’ akses atau kebenaran kepada pengguna sebelum dapat melayarinya.

Namun kuncinya di situ. Disebabkan ia tidak diindeks menjadikan ia laman yang selesa untuk ditempati oleh para penjenayah dan orang-orang sakit jiwa yang sentiasa bersedia dan tidak akan pernah teragak-agak untuk menyusahkan hidup anda.

Jadi, sila berhati-hati, dan buka mata serta akal semasa membuat klik di mana-mana.

Muat turun: Fire.onion

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda jika anda rasa ia berguna.

Views: 37

Iklan Newspaper Inline

WikiLeaks Melepaskan Spyware CIA Dikenali Sebagai Athena

0

WikiLeaks kali ini telah membuat post baru berkenaan dengan sebuah spyware yang dicipta oleh pihak CIA.

Dinamakan sebagai Athena, spyware ini berkebolehan untuk menyerang kesemua versi Windows bermula dari XP, hinggalah kepada Windows 10.

Spyware ini membolehkan penyerang untuk mencuri data dan menghantar ia ke lokasi lain, contohnya pelayan-pelayan CIA, dan boleh memadam data serta melakukan jangkitan tambahan dengan memasang pelbagai lagi malware ke dalam PC yang telah berjaya dijangkiti.

Di dalam spyware ini mengandungi 2 modul. Modul utamanya ialah Athena, yang mampu menyerang Windows XP hingga Windows 10. Modul kedua pula ialah Hera, yang boleh menyerang Windows 8 hingga Windows 10.

Spyware tersebut telah dibangunkan hasil kerjasama antara CIA dan Siege Technologies, sebuah syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di New Hampshire.

Via: On MSFT

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

WannaCry Ransomware Decryption Tool Dilepaskan: Muat Turun Untuk Menyahaktif

0

Jangan Reboot Sistem Anda Jika Terkena Ransomware WannaCry

Benjamin Delpy, Penyiasat keselamatan daripada Perancis telah menjumpai satu penyelesaian masalah kepada ancaman Ransomware WannaCry ini.

Beliau telah mengeluarkan satu program tools yang dinamakan sebagai WanaKiwi. Satu penyelesaian masalah yang berguna pada Windows XP dan Windows 7 yang telah dijangkiti oleh Virus RansomWare ini.

Teori beliau adalah Ransomware ini akan menjana sendiri kata kunci apabila menyerang komputer mangsa dan kunci tersebut akan berada dalam keadaan tersembunyi dalam memori komputer jika mangsa tidak reboot sistem apabila kena virus tersebut.

Apabila mangsa menggunakan program tools WanaKiwi, program tersebut akan mencari kata kunci tersebut didalam memori. Dan jika mangsa bernasib baik menjumpai kata kunci tersebut, mereka boleh mendapatkan fail mereka semula.

Jika anda ingin tahu tentang perkembangan WanaKiwi dan WannaKeyTools, boleh layari laman GitHub mereka.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kenapa OnePlus Menjadi Pilihan Ramai?

0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Tempoh hari, saya buat artikel mengenai kekurangan OnePlus.
Kali ni, saya buat artikel mengenai kenapa ramai orang memilih OnePlus, termasuk saya sendiri.

Saya akan ceritakan kenapa orang memilih mengikut model2 yang dikeluarkan oleh OnePlus.
Bagi yang baru mengenali OnePlus, mungkin artikel ini berbaloi untuk mereka menerokai dan mengenali OnePlus.

OnePlus One (Bacon)

  • Masa OnePlus One dilancarkan, spesifikasi dia setaraf OPPO Find 7 dan harga dia masa tu jauh lebih murah dari Find 7 itu sendiri.
  • Pada ketika itu, spefisikasi OnePlus One agak terbaik dengan stor penyimpanan 16/64GB dan RAM 3GB dengan harga RM1.6k (harga dulu) berbanding dengan OPPO Find 7, stor penyimpanan 32GB dan harganya RM1.8k.
  • Masa tu, OnePlus One menggunakan perisian CyanogenMod 11S yang memberi kebebasan pada pengguna untuk ubahsuai mengikut citarasa mereka. Kemudian mereka tukar kepada CyanogenOS, iaitu versi Android 6.0.1 Marshmallow.
  • Selepas kejatuhan CyanogenOS dan CyanogenMod, ia diberi nafas baru, iaitu LineageOS yang mana mendapat sokongan 7.1.2 Nougat! (OnePlus One merupakan peranti ARM, 32-bit) Amaran, jangan pasang ROM OxygenOS, kerana anda akan terseksa untuk tukar ROM lain hahaha. ColorOS agak cemerlang dekat OnePlus One 😀
  • Kembali masa pengeluaran OnePlus One, ramai orang tertarik dengan cover belakangnya kerana Sandstone Black (rasa ala2 kertas pasir halus) dan Silk White (rasa lembut) malah ada jenis buluh, Bamboo.
  • OnePlus One juga mendapat banyak sokongan Custom ROM, malah turut mendapat sokongan dari ROM MIUI (Xiaomi)
Pada tahun 2017, masih berbaloikah jika nak pakai OnePlus One? Jawapan saya, ya sangat berbaloi kerana spesifikasi dia boleh dikatakan jangkamasa panjang serta sokongan perisian juga masih lagi ada hingga sekarang! Tapi kalau anda tidak kisah satu simkad (4G okey :P), tiada masalah. Mengenai stor penyimpanan penuh, Google Photos kan ada, high quality (saiz MB gambar akan dikecilkan tapi kualiti gambar tidak berubah), jadi boleh backup gambar2 anda di sana :). Berdasarkan pengalaman saya dan ini merupakan pengenalan pertama saya dengan produk OnePlus. Kawan saya kenalkan pada saya sebab saya mencari OPPO Find 7. Saya tanya mengenai nak setup macam mana, member cakap phone baru lagi, jadi barang tak banyak. Setelah belajar dan pakar sedikit setup OnePlus One ni, hari2 tukar ROM hahaha. OnePlus One juga boleh dikatakan peranti lagenda OnePlus
OnePlus 2 (oneplus2)
  • Masa pelancaran produk ini, agak menarik kerana berbeza daripada orang lain. Iaitu pelancaran melalui VR (Virtual Reality) menggunakan Google Cardboard (tengok biasa pun boleh) malah ada aplikasinya sendiri.
  • Selain OnePlus One, OnePlus 2 juga menggunakan sistem invite, yang membuatkan produk ini lebih eksklusif.
  • OnePlus 2 merupakan peranti pertama OnePlus yang ada Manual Shot.
  • Dengan spesifikasi 16/64GB dan RAM 3/4GB cukup membuat ia hidup pada jangkamasa yang panjang.
  • Kamera dia juga cantik dengan adanya OIS (Optical Image Stabilization), membuat gambar dan video yang kita rakam lebih stabil serta menggunakan teknologi Laser Autofocus.
  • Cover belakang hanya ada satu, iaitu Sandstone Black (rasa kasar sikit berbanding dengan OnePlus One), malah ada StyleSwap yang mana and boleh tukar2 cover belakang tanpa buka apa2 skru.
  • Mendapat sokongan OxygenOS pada versi 3.5.8 (12 April 2017), dan sama seperti OnePlus One, OP2 dapat banyak sokongan dari perisian Custom ROM sampai ke 7.1.2 Nougat! dan juga sokongan ROM MIUI (Xiaomi). Oh ya, OnePlus 2 merupakan peranti ARM64, 64-bit.
Pada tahun 2017, masih berbaloikah OnePlus 2 ni? Jawapan saya, ya masih lagi berbaloi kerana spesifikasi dia, serta kamera yang hebat tersebut membuatkan ia berdiri kukuh hinggah sekarang. Dulu OnePlus kedekut nak kongsi code fingerprint sensor mereka, menyebabkan para developer pecah kepala fikirkan macam mana nak selesaikan. Kini anda boleh pakai Custom ROM tanpa ada masalah. Saya beli OnePlus 2 masa dapat invite code dari OnePlus, dan beli dekat Maxis. Kerana OnePlus 2 juga lah saya jual iPhone 5S serta iPad 4 saya. Berbaloi beb 🙂
OnePlus X (onyx)
  • Produk ini keluar selepas tak lama OnePlus 2 dilancarkan.
  • Terdapat 3 warna iaitu Onyx (hitam), Champagne (putih) dan edisi terhad, versi Ceramic.
  • Design dia agak cantik sebenarnya, seolah2 anda memegang iPhone 4S atau Xperia Z hihihi
  • OnePlus X juga merupakan produk pertama OnePlus yang memakai paparan skrin AMOLED.
  • Juga menggunakan sistem invite, untuk nampak lagi eksklusif.
  • Walaupun stor penyimpanan 16GB dan RAM 3GB, terdapat sokongan MicroSD yang sokong sehingga 256GB! Ada yang menggunakan 2 sim dan MicroSD serentak, dan ia berhasil. Namun anda kena korbankan simkad lah hahaha
  • Kamera dia agak cantik dan kamera depan hebat sikit daripada OnePlus One, kerana kameranya 8MP malah kamera belakang menggunakan teknologi PDAF (Phase detection auto focus)
  • Tetapi bila sebut pasal perisian, syukur ia masih mendapat sokongan dari LineageOS, 7.1.2 Nougat beb. Nak harap OxygenOS? hmm serta merupakan peranti ARM, 32-bit.
  • Terdapat StyleSwap Cover seperti OnePlus 2.
Pada tahun 2017, masih berbaloikah OnePlus X ini? Jawapan saya jika anda mencari peranti yang dua simkad yang ada sokongan MicroSD, dan suka ada kaca depan belakang, silakan. Sebab OnePlus One dengan OnePlus X beza boleh tahan. Takda la macam OnePlus 3 dan 3T beza perkakasan dia buat sakit hati hahaha. Tapi bagi saya, OnePlus One lah lagi berbaloi kerana OnePlus X lebih kurang macam downgrade, kan? Jika nak buat koleksi tu tiada masalah. Hohohoh
OnePlus 3 dan 3T (oneplus3)
maaf nah, saya suka warna hitam ni.
  • Merupakan produk terhebat OnePlus yang pernah OnePlus cipta (eh ayat macam iPhone ja kan? hahaha)
  • Selepas OnePlus X, OnePlus 3/3T juga memakai paparan skin AMOLED.
  • Dengan spesifikasi stor penyimpanan 64GB (OP3), 128GB (OP3T) serta RAM 6GB membuatkan ia mampu hidup dengan jangkamasa yang panjang.
  • Kamera dia cantik bagi kedua2 peranti ni, tapi sayang focus dia gila sikit tapi masih dapat hasilkan gambar yang cantik dalam dok gila tu dan juga menggunakan teknologi PDAF (Phase detection auto focus).
  • Perbezaan tak banyak antara OnePlus 3 dan 3T, iaitu bateri, kamera depan, cover kamera (3T pakai cover kamera kaca Sapphire), processor dan warna (Gunmetal dan Midnight Black) serta stor penyimpanan 128GB!.
  • Perisian OxygenOS pada OnePlus 3/3T merupakan terbaik dan mendapat sokongan 7.1.1 Nougat!. Tapi versi Beta lagi best la daripada versi rasmi. hohoho. Oh ya, OnePlus 3/3T merupakan peranti ARM64, 64-bit.
  • Dash Charge pada OnePlus 3/3T, membuat orang sukar nak move on kerana tempoh cas yang cepat!
Pada 2017, masih berbaloikah OnePlus 3/3T ni? Jawapan saya berbaloi kerana spesifikasi dia membuatkan dia boleh hidup dalam jangkamasa yang panjang. Jika anda nak pakai 128GB, pakaiah OnePlus 3T manakala jika nak pakai 64GB, OnePlus 3 masih lagi berbaloi untuk pakai. Dengan perbezaan tidak banyak kepada kedua-kedua peranti ni, tidak rasa ketara sangat perubahan tu, kan? Sekiranya OnePlus 5 keluar, adakah OnePlus 3/3T ni masih lagi berbaloi? Ya berbaloi lagi, sama seperti OnePlus One, dan OnePlus 2 (maaf OnePlus X takda dalam senarai huhuhu). Saya dari OnePlus 3, hijrah ke OnePlus 3T. Kenapa saya hijrah sedangkan beza tak banyak dan spesifikasi hampir sama? Sebab saya mencari stor penyimpanan 128GB, kemudian yang mendapat sokongan simkad webe (kejam kau webe) yang menggunakan LTE Band 5 sebagai permulaan LTE mereka adududu.
Kesimpulannya, OnePlus tetap di hati peminat dia kerana produk itu sendiri. Tambahan harga dia murah daripada jenama2 lain serta mendapat sokongan Custom ROM begitu banyak. Jadi kaki flash ROM ni memang selesa la dengan OnePlus ni. Bagi yang baru mengenali OnePlus dan ingin memiliki salah satu produk OnePlus ni, saya boleh cakap, anda TIDAK SILAP memilih produk OnePlus. Percayalah anda akan merasai kepuasannya. Nak setup seperti unlock bootloader, tukar recovery dan flash itu ini bagi saya OnePlus la yang mudah berbanding Sony kena guna Flashtool, Samsung kena guna Kies atau Odin, dan MediaTek kena guna SP Flashtool serta lain2 jenama yang menggunakan perisian tertentu untuk setup peranti mereka.
Lain orang, lain citarasa dia kan, dan ini pendapat saya mengenai OnePlus.
Sebab itu saya sukar nak move on dengan OnePlus dan saya setia bersama OnePlus
Apa pendapat anda? Komen di bawah
#NeverSettle
asda

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

13 Reasons Why: Kenapa Anda Perlu Tonton

0

Ia berdasarkan kisah seorang gadis iaitu Hannah Baker yang membunuh dirinya sendiri dengan mengelar kedua-belah tangannya dan meninggalkan 13 buah kaset.  Kaset berupa alasan kenapa dia membunuh diri dan diserahkan kepada orang yang bertanggungjawab keatas kematiannya.

Saya mengambil masa tiga hari untuk menonton siri drama ini. Ya, kerana sangat teruja dan tertekan kerana ingin tahu kesudahan pada musim pertama ini. Durasi siri ini lebih kurang dalam 59 minit bagi setiap episod.


Bagi saya siri ini sangat menarik kerana jalan ceritanya lebih banyak beremosi dan menimbulkan ketegangan antara diri saya sendiri. Banyak persoalan yang tidak terjawab dalam musim pertama ini.

Namun begitu, anda dinasihatkan untuk tidak menonton dalam keadaan mood anda tidak baik. Drama ini hanya pada mereka yang berfikiran terbuka. Pada awal episod, anda akan merasakan suasana begitu baik, namun apabila berada ditengah episod 5 dan keatas anda akan merasa sendiri mood sedih dan tertekan. Dan 3 episod terakhir ialah paling mengerikan bagi saya. ( Babak paling saya tak sanggup lihat ialah Hannah mengelar kedua-belah tangannya ).


Mungkin bagi mereka iman yang tak cukup kuat, apabila menonton siri ini mungkin akan meniru jejak langkah Hannah Baker. Membalas dendam pada rakan tetapi membunuh diri sendiri.

Namun siri ini ada sudut positif yang saya dapat. Antaranya ialah :

1. Kadang-kadang kita tak tahu bahawa percakapan kita antara orang lain boleh membuatkan orang bersedih hati dan terasa dengan kita. Oleh itu, jaga perbualan kita dengan rakan dan keluarga.

2. Selalu mengambil berat terhadap pekara sekeliling. Jika ada antara kawan dan keluarga menghadapi masalah, hubungi mereka dan bantulah mereka jika mereka dalam kesusahan.

3. Selalu berfikiran positif. Ingat, jika kita berada dalam situasi malang. Berdoalah pada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan.

4. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, Ingat, membunuh diri bukan menyelesaikan masalah. Kita bukan hidup untuk seorang diri. Pecayalah, sejahat-jahat diri anda sekalipun masih ada yang prihatin dengan diri anda.

5. Kalau ada anda menyakitkan hati orang lain, segeralah meminta maaf. Siapa tahu, kadang kita terjumpa orang yang tak boleh lupakan perbuatan negatif kita.

6. Anda tidak lambat untuk berubah menjadi lebih baik. Masih ada kesempatan untuk berbuat baik dan berbakti pada orang lain.

Siri ini sudahpun berada dalam Netflix. Jadi kepada anda yang ada akaun Netflix silalah menonton Drama bersiri ini.  


>>> Netflix

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Selesaikan Cakera Yang Sentiasa Digunakan 100%

0

Lihat gambar di atas. Seksa bukan?

Saya faham bagaimana seksanya keadaan ini. Apabila cakera bekerja keras hingga mencecah 100%, sistem akan menjadi perlahan, sangat perlahan hingga memaksa kita untuk berhenti dari buat kerja, pergi main congkak dulu, tunggu PRU akan datang, barulah boleh sambung buat kerja semula.

Tetapi tidak mengapa. Ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang datang.

Isu cakera sentiasa berada pada aras 100% ini bermula dari Windows 8 lagi. Maka ia bukan perkara baru. Jadi macam mana nak buat ia jadi macam gambar di bawah ini?

1. Pertama sekali kena periksa dahulu sama ada komputer anda ada jangkitan virus ataupun tidak.

2. Dah periksa? Tiada masalah? Ok kita ke langkah seterusnya. Biasanya masalah penggunaan disk ke 100% ini ada kena mengena dengan Windows Search dan Superfetch.

Jalankan Command Prompt (Admin), kemudian masukkan baris perintah berikut satu persatu.

net.exe stop “Windows search”

net.exe stop superfetch

3. Dah cuba? Masih tidak responsif? Ok kita cuba lagi. Pergi ke Settings – System – Notifications & actions – anda nyahtifkan sahaja kesemuanya.

4. Tekan butang Windows + R, taipkan services.msc, kemudian cari Background Intelligent Transfer Service (BITS), kemudian pilih properties dan tekan Stop. Tukar ‘Startup type’ kepada Disabled.

5. Nyahtifkan ‘Prefetch’ pada Chrome, dan kalau boleh nyahaktif Flash sekali.

Kalau saya, saya nyahaktif juga kedua kotak di atasnya
Masih teruk juga?
Cuba rujuk:

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Melepaskan Kemaskini OxygenOS Beta 16 (OnePlus 3) dan Beta 7 (OnePlus 3T)

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus
Tidak sampai beberapa minggu anda pakai OxygenOS Beta 15 dan Beta 6, ada kemaskini pula.
Ini lah manusia, bila tiada kemaskini, marah kemudian bila ada kemaskini marah. Bersyukurlah ada kemaskini daripada takda, tabahlah pengguna OnePlus One, 2 dan X.

Kita balik pada topik kita, hah kemaskini ni ada apa? Bawah ni changelog dia bagi kedua2 kemaskini bagi kedua2 model tersebut :

  • Baiki contacts berganda selepas kemaskini
  • Baiki ralat butang pencarian pada Contacts
  • Baiki ralat jam penggera tak berdering
  • Baiki ralat aplikasi gagal berfungsi
  • Baiki ralat tema hitam dan putih pada display
  • Penggunaan tenaga dioptimumkan
Bagaimana nak sedut ni? Ada dua pilihan sama ada melalaui OTA (pengguna yang dah root akan mengalami masalah ni) dan sedut dari laman sesawang rasmi OnePlus.
Seperti biasa untuk menguji ketahanan bateri tunggu seharian atau kitaran cas bateri.
Diingatkan bahawa selepas memasang OxygenOS Beta ni, kena flash TWRP recovery jika tidak ia akan gantikan dengan stock recovery. 😛
Selamat mengemaskini peranti anda, Never Settle 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

4 Langkah Bagaimana Ransomware Menjangkiti PC

0

Kita tahu, ransomware ini adalah malware yang akan menjangkiti PC mangsa lalu ‘mengurung’ fail tersebut daripada dapat diakses oleh tuannya. Ini bertujuan bagi penggodam untuk memperoleh wang dengan cara yang mudah, iaitu hanya dengan memintanya kepada mangsa sebagai pertukaran bagi mendapatkan ‘kunci’ untuk membuka enkripsi oleh ransomware tersebut.

Tetapi bagaimana cara ia bekerja? Berikut diterangkan serba sedikit.

4 Langkah Bagaimana Ransomware Menjangkiti PC Anda

1. Pecah Masuk

Pengguna secara tidak sengaja/atau sengaja membuka fail malware yang telah disebarkan melalui laman-laman web, blog, dan forum, lampiran emel, atau lain-lain kaedah, sekali gus melepaskan klien ransomware kepada PC/laptop/Neelofa.

2. Penjanaan Kunci Enkripsi

Klien ransomware akan membuat sambungan SSL bersama pelayan yang dikendalikan oleh penggodam tersebut dan menjana kunci-peribadi awam (public-private key) untuk melakukan enkripsi pada fail-fail mangsa.

3. Enkripsi Data

Klien ransomware akan membuat imbasan kepada semua sandaran pada cakera fizikal beserta storan berasaskan awan dengan extension tertentu, iaitu kebiasaannya .doc, .xlsx, .ppt, .pdf, dan beberapa lagi yang lain. Ia akan menyalin dan melakukan enkripsi padanya, dan kemudian memadam fail asal.

4. Peras Ugut

Seterusnya ia akan mengeluarkan tetingkap, atau gambar, atau menukar wallpaper, dengan arahan-arahan bagaimana caranya untuk mangsa membayar wang tebusan bagi mendapatkan semula fail-fail yang telah ‘diculik’ tersebut, beserta ‘deadline’ atau tarikh akhir sebelum ianya dipadam, sekiranya wang tebusan itu tidak dibayar!

Bayaran (Penutup)

Setelah pembayaran dilakukan, penggodam akan memberikan ‘kunci’ yang akan membuka enkripsi pada semua fail yang telah dijangkiti.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

U Mobile Unlimited Hero P78 Menawarkan Plan Data Tanpa Had Paling Murah

0

Sebelum ini kita telah dikejutkan oleh webe yang menjadi pemula kepada ‘gerakan’ telco menyediakan perkhidmatan yang menawarkan data tanpa had dengan harga mampu bayar tiap-tiap bulan.

Kemudian disusuli pula dengan Digi, mengeluarkan dua plan yang kompetetif. Kali ini U Mobile pula membuat langkah yang sama, kini dengan U Mobile Unlimited Hero P78.

Menurut dari sumber, plan Unlimited Hero P78 ini seperti namanya, mempunyai komitmen bulanan sebanyak RM78, lantas menjadikan ia plan data tanpa had termurah berbanding webe (RM79) dan Digi Pospaid 80 Infinite (RM80).

Selain itu, antara perincian lain bagi plan ini ialah:

1. Memberikan data untuk tethering sebanyak 10GB.
2. Berkelajuan 5Mbps.
3. Kad sim tidak boleh digunakan pada MiFi.
4. ‘Unlimited Video-Onz’, tetapi dihadkan resolusi video kepada 480p.
5. ‘Roam-Onz’, iaitu 5GB data percuma di 12 negara (roaming countries).
6. Panggilan tanpa had, namun SMS dikenakan caj.
7. Sudah boleh dilanggan mulai 16 Mei, dan hanya akan ada untuk tempoh waktu terhad.

Maklumat lanjut akan menyusul di laman web rasmi U Mobile.

Boleh juga rujuk Tweeter U Mobile untuk mendapatkan maklumat berkenaan plan ni.

Gambar cover kredit kepada: Careentan.com

Views: 1

Iklan Newspaper Inline