U Mobile Unlimited Hero P78 Menawarkan Plan Data Tanpa Had Paling Murah

Sebelum ini kita telah dikejutkan oleh webe yang menjadi pemula kepada ‘gerakan’ telco menyediakan perkhidmatan yang menawarkan data tanpa had dengan harga mampu bayar tiap-tiap bulan.

Kemudian disusuli pula dengan Digi, mengeluarkan dua plan yang kompetetif. Kali ini U Mobile pula membuat langkah yang sama, kini dengan U Mobile Unlimited Hero P78.

Menurut dari sumber, plan Unlimited Hero P78 ini seperti namanya, mempunyai komitmen bulanan sebanyak RM78, lantas menjadikan ia plan data tanpa had termurah berbanding webe (RM79) dan Digi Pospaid 80 Infinite (RM80).

Selain itu, antara perincian lain bagi plan ini ialah:

1. Memberikan data untuk tethering sebanyak 10GB.
2. Berkelajuan 5Mbps.
3. Kad sim tidak boleh digunakan pada MiFi.
4. ‘Unlimited Video-Onz’, tetapi dihadkan resolusi video kepada 480p.
5. ‘Roam-Onz’, iaitu 5GB data percuma di 12 negara (roaming countries).
6. Panggilan tanpa had, namun SMS dikenakan caj.
7. Sudah boleh dilanggan mulai 16 Mei, dan hanya akan ada untuk tempoh waktu terhad.

Maklumat lanjut akan menyusul di laman web rasmi U Mobile.

Boleh juga rujuk Tweeter U Mobile untuk mendapatkan maklumat berkenaan plan ni.

Gambar cover kredit kepada: Careentan.com

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future. My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging. If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x