Baru sahaja ada ura-ura tentang model kemaskini daripada OnePlus 9R, OnePlus 9RT, kini maklumat baru mula muncul dengan lebih banyak imej dan lejar spesifikasi. Dengan pengesahan daripada OnePlus mengenai pembatalan perkembangan model OnePlus 9T, OnePlus 9RT ini dilihat mampu menjadi pengubat rindu bagi peminat siri OnePlus 9.
Spesifikasi tertiris setakat ini:
Model | OnePlus 9RT; MT2110 (China), MT2111 (India) |
Pemproses | Snapdragon 888, UFS 3.1, LPDDR5 RAM |
Warna | Hacker Black, Nano Silver, Teal (China) |
Kamera | 50MP Sony IMX766 lebar, 16MP Sony IMX481 ultra-lebar, 2MP Omnivision OV02B10 Makro |
Kamera Hadapan | 16MP Sony IMX471 |
Bateri | 2 x 2200mAh (4400mAh) dengan 65W pengecasan pantas |
Skrin | 120hZ AMOLED Samsung E4 dengan pengesan cap jari dalam skrin |
Audio | Stereo |
Sambungan | Type-C, 5G/4G/LTE/3G/WCDMA Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6 |
Lain-lain | Motor getaran paksi-X |
Jika dilihat daripada gambar tiris ini, dapat dilihat butang luncur untuk suis senyap masih lagi dikekalkan. Skrinnya juga saya pasti akan lebih baik daripada model lama OnePlus 8T yang sudah sedia cemerlang kerana akan menggunakan panel Samsung E4. Lekuk kamera tampak lebih membonjol mungkin kerana sensor yang lebih besar.
Sensor Sony IMX766 50 Megapiksel adalah sensor yang sama digunakan pada OnePlus 9 Pro dan juga Oppo Find X3 Pro. Untuk bahagian kamera juga, pastinya ini akan memberi kekuatan yang besar kepada model baru ini. Dapat dilihat juga titik kecil di bawah lampu limpah LED, jadi saya rasa ia mungkin sistem auto fokus laser.
Tarikh pelancaran dijangka pada 13 Oktober 2021 ini dan tarikh jualan dikatakan akan bermula 15 Oktober ini. Di Malaysia, anda boleh mengikuti kedai rasmi dan untuk sebarang kemaskini model baru.
Sumber: NotebookCheck, GSMArena
Mantap infonya… semoga lebih byk info dari jenama2 gergasi HP bakal disiarkan… terbaik team OMGHackers…. mantap bussku