Onavo Extend: Gandakan Pelan Data Anda

Memasuki tahun 2013, ‘panorama’ internet di negara kita tampak masih tidak berubah. Segalanya masih mahal, segalanya masih di takuk lama. Alasan penyedia? “Cuba bandingkan dengan negara sekian-sekian. Pelan internet mereka jauh lebih mahal dan teruk”. Ahhh.. seperti dialog minyak petrol pula hendaknya.

Kebanyakan pelan data internet bagi telefon bimbit pintar di Malaysia ini masih mengenakan cas yang agak tinggi bagi penggunaan data yang rendah. Untuk pengguna termaju (advance user), ini agak mengecewakan. Masih relevankah pelan data 1GB untuk pengguna termaju? Kalau tidak, adakah anda rasa harga bagi pelan data 1GB ke atas adalah relevan?

Disebabkan itu, saya yakin dan pasti setiap kali anda menggunakan pelan data anda, pelbagai cara telah anda lakukan untuk menjimatkan penggunaannya. Tak usah cerita mengenai 2x Battery – Battery Saver dan pelbagai lagi aplikasi serta kaedah-kaedah lain. Semuanya telah dicuba. Namun ada satu juara antara mereka. Ia adalah Onavo Extend.

Apa Itu Onavo Extend?

Tak perlu saya berbicara panjang, mari kita tonton dahulu video berikut:



Sudah tonton? Jadi apa sebenarnya Onavo Extend ini? Secara ringkas, ia adalah perkhidmatan VPN percuma, yang menawarkan kaedah pemampatan data bagi mengurangkan penggunaannya sehingga 5 kali ganda. Analoginya lebih kurang sama dengan pelayar web Opera Mini yang memampatkan data bagi meningkatkan kelajuan pelayaran pada laman web dan juga menjimatkan data.

Anda boleh lihat data-data penjimatan yang telah dikumpul setelah paparan antaramuka aplikasi ini dibuka:

IP anda juga ditukar kepada IP pelayan Onavo:

Ingin pantau berapa jumlah data dari pelan data yang telah anda gunakan? Anda boleh muat turun aplikasi Onavo Count bagi menjalankan tugas ini:

Kelebihan Ovavo Extend (Pro):

1. Penjimatan pelan data, itu pasti!
2. Dapat menggandakan pelan data anda, kepada 2-5 kali ganda (bergantung kepada cara penggunaan).
3. Dapat melindungi sambungan internet anda dari penggodam dan pengintip kerajaan serta pemantauan dari Penyedia Servis Internet (ISP) dan lain-lain lagi dengan menggunakan sambungan VPN.

Kekurangan Onavo Extend (Kontra):

1. Sambungan internet menjadi sedikit lambat. (Sila uji sendiri).
2. Kesemua data dimampatkan termasuk video (Youtube, Dailymotion, etc) jadi kualiti menjadi kurang.
3. Menyebabkan bateri lebih cepat habis berbanding menggunakan sambungan data mobil tanpa Onavo Extend.

Jadi apa kata anda? Adakah “Saya mesti piley!”? Hahaha.. anda tentukan sendiri! Anda yang membayar pelan data internet anda!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img