A regular tech blogger who have passions for cats.

Windows 10 telah lama bertapak dan pelbagai rilisan telah dilepaskan. Namun dari satu versi ke satu versi, masih ada satu ‘cirinya’ yang tidak berubah, iaitu ia masih mengekalkan bloatware.

Sesetengah darinya berguna, manakala kebanyakan yang lain adalah aplikasi yang tidak diperlukan.

O&O App Buster adalah salah satu dari aplikasi mudah alih yang boleh digunakan untuk menyahpasang berbagai bloatware yang didatangkan sekali dengan Windows 10.

Disebabkan aplikasi kecil ini bersifat mudah alih, ia tidak perlu dipasang pada sistem operasi. Cukup sekadar anda menjalankan ia seperti aplikasi biasa yang lain.

Apabila anda klik padanya, dan jalankan ia sebagai Administrator, ia akan memaparkan kesemua aplikasi. Dari yang anda pasang, kepada bloatware, dan juga aplikasi sistem, sekiranya anda klik pada pilihan tersebut.

Cara menggunakannya adalah amat mudah. Klik atau tandakan pada nama aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian klik pada butang Actions, dan Remove apps.

Apa yang menarik, ia boleh juga memaparkan ‘Hidden Apps’, yang mana beberapa darinya tidaklah perlu kepada sistem operasi, seperti aplikasi-aplikasi Xbox. Manakala bagi aplikasi sistem pula, sila nyahpasang dengan berhati-hati.

Pada bahagian Actions, terdapat fungsi ‘Create a system restore point’. Gunakan fungsi ini sekiranya anda ingin nyahpasang mana-mana aplikasi yang anda rasakan akan memberi impak kepada sistem operasi.

Setelah anda klik Remove apps, anda akan diperlihatkan sekali lagi senarai aplikasi yang telah anda pilih bagi tujuan tersebut. Sekarang, hanya terus klik butang OK setelah anda selesai menyemak.

Muat turun aplikasi tersebut di sini > O&O App Buster.